You are on page 1of 2

Bandingkan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif

Penyelidikan kualitatif merupakan satu penyelidikan yang berasaskan kepada penelitian


terhadap sesuatu fenomena. Munurut Moleong (2007) dalam buku Metodologi Penelitian
Kualitatif, penelitian kualitatif ini dilakukan dengan memahami fenomena yang berlaku ke atas
subjek penelitian seperti perilaku, sikap, motivasi, tindakan, persepsi dan lain-lain. Secara
ringkasnya, penyelidikan kualitatif ini melibatkan pendeskripsian bahasa sesuatu kata atau
bahasa secara bertulis daripada sumber bahan atau individu yang diamati. Penyelidikan
kualitatif ini berfokus kepada kajian yang tidak dapat dijelaskan dengan angka atau statistik.

Penyelidikan kuantitatif pula ialah penyelidikan yang berasaskan kepada data yang diperoleh
bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Dengan kata lain, penyelidikan
kuantitatif ini melibatkan penelitian terhadap data yang berbentuk nombor atau angka. Bagi
penyelidikan kuantitatif ini, datanya bersifat sistematik, iaitu data tersebut boleh diukur dengan
menggunakan proses dan alat-alat pengukuran seperti soal-selidik dan juga ujian. Selain itu,
penyelidikan ini melibatkan sampel data yang besar, iaitu yang memerlukan alat pengukuran
tertentu berbanding penyelidikan kualitatif.

Berikut merupakan perbezaan yang dapat dilihat dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif:

Kajian Kuantitatif Kajian Kualitatif

Data bersifat deskripsi secara


Data berbentuk angka atau nombor yang
Bentuk Data bertulis melalui temu bual atau
boleh diukur.
pemerhatian.
Penyelidik bertindak sebagai
Data diperoleh dengan menggunakan
instrumen utama dalam kajian.
Instrumen instrumen seperti soal selidik dan ujian
Penyelidik perlu turut serta untuk
Kajian pencapaian. Instrumen ini berfungsi
memerhati situasi dan fenomena
sebagai alat pengukur bagi penyelidik.
yang dikaji.

1
Reka
Kajian bersifat fleksibel, boleh
Bentuk Kajian direka sebelum data dipungut.
diubah dan mudah lentur.
Kajian
Persampelan data yang lebih kecil
Melibatkan persampelan data yang besar
berbanding data kajian kuantitatif.
dan perlu diukur menggunakan alat
Saiz Data Dipilih berdasarkan tujuan kajian
instrumen tertentu seperti SPSS serta
dan tidak mengambil kira
dipilih berdasarkan kebarangkalian.
kebarangkalian.
Penyelidik boleh bertindak sebagai
Peserta kajian merupakan sampel yang peserta kajian dengan melibatkan
Peserta
dipilih dengan menggunakan diri secara langsung dalam
Kajian
persampelan tertentu. memerhati dan mengkaji fenomena
atau situasi.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perbezaan dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.


Perbezaan ini dapat dilihat melalui persampelan data dan cara data tersebut diperoleh. Walau
bagaimanapun, sebagai seorang penyelidik, kedua-dua kajian ini boleh digabungkan bagi
mendapatkan data yang lebih jitu.

Rujukan

Moleong, Lexy J. (2007) Metodologi Penelitian Kualitatif, Penerbit PT Remaja Rosdakarya

Offset, Bandung.

Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang Mendasari
Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN 0126-
5024.

Kajian Dalam Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/18682201/Panduan-Kajian-Kes

You might also like