You are on page 1of 4

Tajuk 1:

Bincangkan jenis-jenis pensampelan (sampling) yang sesuai untuk kajian


kuantitatif. (10 markah)

Penyelidikan kuantitatif merupakan penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu


program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak sesuatu
program yang telah dijalankan. Kajian kuantitatif menggunakan analisis statistik, ia lebih
bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti"
membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang
diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.

Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika
dan ketepatan. Bagi penyelidikan kuantitatif, reka bentuk yang sesuai adalah kajian
eksperimental, kuasi eksperimental, kajian tinjauan dan kajian korelasi. Selain itu, kajian
kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik jenis terbuka dan soal selidik jenis tertutup.

Sampel adalah sebahagian daripada populasi. Pensampelan adalah satu proses memilih
individu bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu supaya mereka mewakili populasi di
mana mereka dipilih.

Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai 500 orang pelajar Sains, maka kumpulan
tersebut dikenali sebagai populasi dan 60 orang pelajar daripada kumpulan itu yang
dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 60 orang pelajar tadi dikenali sebagai
sampel.Sampel kajian perlu dikekalkan sehingga habis kajian tersebut.

Bagi kajian kuantitatif, jenis persampelan yang sesuai adalah persampelan rawak. Prosedur
persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek
dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian.
Sebelum prosedur persampelan rawak dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz populasi
dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek, pemilihan
responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. Terdapat empat jenis persampelan
rawak yang biasa. Antaranya:
Persampelan Rawak Mudah

Persampelan rawak mudah adalah kaedah persampelan jenis yang paling asas dan biasa
digunakan. Manfaat utama dari sampel rawak adalah bahawa setiap anggota populasi
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih untuk kajian ini. Ini bermaksud bahawa ia
menjamin bahawa sampel yang dipilih adalah mewakili populasi dan bahawa sampel dipilih
dengan cara yang tidak berat sebelah. Pada gilirannya, kesimpulan statistik yang diambil dari
analisis sampel akan berlaku.

Persampelan Rawak Berlapis

Kaedah persampelan ini sesuai digunakan bagi populasi yang tidak seragam (heterogenous)
dan sesuai jika penyelidik ingin membuat perbandingan di antara sub-populasi. Dalam
memilih sampel bagi mewakili lapisan-lapisan yang wujud dalam populasi, kaedah rawak
mudah tidak sesuai digunakan kerana sampel rawak mudah tidak mewakili lapisan-lapisan
yang wujud dalam populasi. Dengan ini, pengkaji akan menentukan lapisan atau kelompok
yang ingin dikaji.

Persampelan Rawak Sistematik

Persampelan rawak sistematik ini sesuai digunakan jika rekabentuk penyelidikan tidak
menjadikan strata populasi sebagai pemboleh ubah bebas. Teknik ini agak mudah dan ringkas
di mana pengkaji yang ingin mengambil sampel 20 keluarga dari 100 keluarga yang terdapat
di dalam sesuatu kawasan hanya perlu memilih sampel setiap selang 5 keluarga.
Persampelan Rawak Kelompok

Persampelan rawak kelompok ini sesuai jika elemen-elemen yang terdapat di dalam populasi
adalah berselerak (homogeneous) semasa kajian dijalankan. Persampelan ini berdasarkan
keupayaan penyelidik membahagikan populasi sampel mengikut kelompok kemudian
memilih elemen untuk setiap kelompok menggunakan persampelan rawak mudah. Kelompok
boleh dibentuk berdasarkan geographical promixity atau ciri-ciri kesamaan yang mempunyai
korelasi dengan variable kajian.
Tajuk 2:

Bincangkan beberapa perbezaan di antara kajian kuantitatif dan kualitatif. (10


markah)

FAKTOR
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
PERBEZAAN
Satu kajian secara umumnya DEFINISI Kajian semulajadi yang tidak
menggunakan analisis statistik, ia lebih DAN TUJUAN mematuhi spesifikasi stastistik,
bersifat objektif dan berorientasikan seterusnya dapatan kajian yang
kepada hasil. diperoleh adalah tidak boleh
Ia bertujuan untuk menerangkan, digeneralisasikan. Ia bertujuan
meramalkan dan mengawal fenomena untuk menjelaskan dan
melalui pengumpulan berfokus data mendapatkan pandangan dan
berangka. pemahaman data naratif yang
Dari segi pendekatan kajian kuantitatif intensif. Kajian kualitatif pula
berobjektif, fokus dan berorientasikan subjektif, holistik dan
hasil. berorientasikan proses.
2 jenis reka bentuk iaitu kajian REKA Bersifat fleksibel dan boleh
eksperimental dan kajian bukan BENTUK diubahsuai mengikut keadaan dan
eksperimental (tinjauan). Kajian KAJIAN keperluan situasi. Terdapat
eksperimental bertujuan untuk menguji beberapa reka bentuk kualitatif.
hubungan sebab-akibat antara Antaranya ialah etnografi, kajian
pembolehubah bebas dan kes, kajian tindakan, fenomenologi,
pembolehubah bersandar. Manakala kajian teori grounded dan sebagainya.
bukan eksperimen bertujuan untuk
menghuraikan secara numerik dan
membuat generalisasi mengenai sikap atau
pendapat populasi yang ingin dikaji.
Contoh reka bentuk kajian bukan
eksperimen ialah deskriptif,
korelasi dan regresi.
Pendekatan kuantitatif formatnya lebih INSTRUMEN Pendekatan kualitatif pula
formal, spesifik, berstruktur, telah formatnya tidak berformal, tidak
ditetapkan dan menggunakan skala. berstruktur, tidak berspesifik dan
Instrumen kuantitatif adalah seperti soal tidak ditentukan. Bagi kajian
selidik dan ujian pencapaian. Instrumen kualitatif pula, pengkaji adalah
ini berfungsi sebagai alat pengukur dan instrumen utama memungut data.
menjadi alat perantara antara pengkaji dan Pengkaji perlu berada dalam situasi
sampel kajian. yang dikaji, mendengar dan
memerhati sendiri fonomena yang
ingin dikaji. Instrumen yang
digunakan ialah temu bual,
pemerhatian dan analisis
dokumen.
Berbentuk angka yang boleh diukur BENTUK Berbentuk data bukan angka
mengikut analisis statistik. Contoh data DATA (perkataan atau ayat) seperti teks,
pengiraan adalah seperti min, mod, video, foto, transkrip perbualan
median, peratusan, sisihan piawai, skor- atau
percakapan yang diambil
secara

You might also like