You are on page 1of 4

KAJIAN KUANTITATIF, KUALITATIF DAN GABUNGAN

KAJIAN KUANTITATIF

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang


bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran
dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel
bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.
Jenis-jenis kajian kuantitatif:
i) Kajian Deskriptif
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative
iv) Kajian Eksperimental
KAJIAN KUALITATIF
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang
bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual,
analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz
sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:


i) Kajian Tindakan
ii) Kajian Kes
iii) Kajian Lapangan
iv) Analisis Dokumen
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN
KUALITATIF
i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk angka yang boleh Data berbentuk perkataan atau ayat
diukur.
yang dikumpul melalui temubual atau
yang direkod dalam bentuk gambar
atau video.
ii) Instrumen Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik menggunakan instrument
seperti soal selidik dan ujian
pencapaian bagi memungut data.
Instrumen berfungsi sebagai alat
pengukur dan menjadi alat perantaraan
antara penyelidik dan peserta kajian.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah instrumen utama
memungut data. Penyelidik perlu
berada dalam situasi yang dikaji,
mendengar dan memerhati sendiri
fenomena yang ingin dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian


KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data Reka bentuk bersifat mudah lentur /
dipungut.
fleksibel, boleh diubahsuai mengikut
keadaan dan keperluan situasi.
iv) Peserta Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian.
Peserta kajian adalah sampel yang
dipilih dengan menggunakan teknik
persampelan tertentu.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah sebahagian daripada
peserta kajian. Maklumat kajian
diperoleh secara langsung daripada
peserta kajian.

v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau
sampel yang mewakili populasi. Saiz
sampel besar dan dipilih berasaskan
kebarangkalian.

KAJIAN KUALITATIF
Saiz sampel kecil dan dipilih secara
bertujuan dan tidak berasaskan
kebarangkalian

Penyelidikan kuantitatif

Kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di


mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji,
bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan,
mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada
peserta, menganalisa nombor-nombor tersebut
menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam
bentuk yang objektif dan tidak bias.

Penyelidikan kualitatif
Kajian kualitatif pula merupakan satu kajian penyelidikan
di mana pengkaji bergantung kepada pandangan peserta,
menanyakan soalan yang luas dan umum, mengumpul data
dalam bentuk perkataan atau teks daripada peserta,
menjelaskan dan menganalisa perkataan-perkataan
tersebut dalam bentuk tema-tema serta menjalankan
inkuiri dalam bentuk yang subjektif dan bias.

KAJIAN RINTIS
Kajian rintis Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu
kajian rintis hendaklah dijalankan. Kajian rintis ini
dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan
yang perlu diubah suai atau dikekalkan (Mohamad
Najib, 1999). Kajian rintis juga dijalankan untuk
memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman
responden terhadap struktur ayat dan item-item
tertentu dalam soal selidik ini di samping meninjau
masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar
dijalankan. Menurut Mohd. Majid (1998) dalam Siti
Noorshahliza (2002), tiada batasan khusus yang boleh
digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan

yang
sesuai
bagi
sesuatu
alat
ukur
tetapi
kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering
digunakan. Bagi menjalankan kajian rintis, soal selidik
ini diedarkan kepada 12 orang pelajar sebelum soal
selidik sebenar diedarkan kepada subjek kajian. Pelajarpelajar bagi kajian rintis ini terdiri daripada 6 orang
pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan daripada
kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kemahiran Hidup (SPH). Set soal selidik diedarkan
secara rawak di mana semua pelajar mempunyai
peluang untuk dipilih bagi menjawab set soalan kajian
rintis ini. Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan,
didapati nilai pekali Cronbach Alpha adalah 0.94 (>
0.60). Ini menunjukkan item bagi soal selidik ini
mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan
sesuai digunakan dalam kajian yang ingin dijalankan.

You might also like