You are on page 1of 1

Dalam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah dalam kehidupan seharian.

Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman
globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang
jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah kepada manusia. Ciptaan
pelbagai yang begitu canggih mampu mendekatkan sesuatu perjalanan atau sebagainya. Globalisasi
juga akan meningkatkan kesediaan kognitif dimana apabila berada di ambang globalisasi, maka
individu akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding dengan pencapaian era
semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai individu yang proaktif dilahirkan. Kesan
positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna individu belajar untuk masa
hadapannya. Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran
terbuka. Impak seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak
mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri akan
memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti
masyarakat. Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru. Kemahiran teknologi
yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memberi persaingan yang
hebat antara negara-negara membangun lain. Kemahiran teknologi yang ada pada sesebuah negara
menjadi kayu ukur kepada negara lain berkenaan kemajuan negara tersebut. Namun begitu, arus
globalisasi juga mempunyai impak negatif. Impak ini seharusnya dielakkan bagi menjamin keamanan
sejagat. Antara impak negatif yang sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan
teknologi yang tidak terkawal. Apabila hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti
peperangan dan sebagainya. Teknologi digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Ini perlu
dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang lain ialah pengkomersilan pendidikan.
Pengkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman maya. Ilmu yang diberi bukan untuk sesuatu
yang hakiki tetapi ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan peribadi. Seterusnya ialah penularan
kes-kes jenayah siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada individu yang sanggup berbuat demikian
bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara yang mudah. Ramai yang akan tertipu dengan
penggunaan propaganda yang menarik tetapi memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan
pelbagai kes jenayah siber seperti skim cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudian
hari. Impak negatif lain ialah manusia lebih mengharapkan kecekapan teknologi daripada kecekapan
diri sendiri. Sikap kebergantungan ini semakin hari semakin serius. Banyak mesin yang dicipta bagi
menggantikan kudrat manusia. Harus diperingatkan disini bahawa tidak semua kerja atau beban
perlu diselesaikan dengan menggunakan mesin atau robot. Sikap sebegini akan lebih membuat
manusia malas dan tidak peka terhadap sesuatu perkara. Melalui globalisasi juga impak negatif ketara
dilihat pada negara-negara yang mundur. Ini kerana kurangnya faktor jaringan perhubungan atau
teknologi melingkungi negara tersebut. Akibatnya, negara ini saling ditindas oleh negara yang lebih
membangun.

You might also like