You are on page 1of 15

PT 20803 : ANALISIS DATA

Kuliah 1
PENGENALAN KEPADA
ANALISIS DATA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pengenalan
Statistik merujuk kepada permerhatian, fakta atau maklumat
yang berbentuk angka atau nombor (Cohen, 1996).
Analisis data pula merujuk kepada pengumpulan pemerhatian
(atau data) yang sistematik (Cohen, 1996).
Statistik dan analisis data boleh membantu kita menjawab
persoalan khusus tentang sebab dan akibat, meringkaskan
perkara yang kompleks, menjelaskan perhubungan di antara
pembolehubah, membuat penilaian yang lebih tepat tentang
bagaimana dan mengapa seseorang bertindak sedemikian serta
memahami keputusan penyelidikan yang dijalankan.

Perbezaan Statistik Dan


Analisis Data
Statistik menekankan aspek pengiraan untuk mengenalpasti
atau mencari sesuatu hubungan dalam penyelidikan kuantitatif.
Data yang dikumpul adalah berbentuk kuantitatif (berbentuk
nombor).

Analisis data menekankan aspek tafsiran, metodologi atau


analitik iaitu apakah jenis data yang perlu dikumpul dan apakah
yang harus dilakukan setelah data dikumpul. Data yang dikumpul
boleh berbentuk kuantitatif (berbentuk nombor) atau kualitatif
(bukan berbentuk nombor - deskriptif atau naratif).

Konsep-Konsep Asas Statistik


JENIS STATISTIK

Statistik Deskriptif
Prosedur statistik yang menjelaskan, menyusun dan
meringkaskan ciri-ciri utama data sampel dalam bentuk yang
lebih tersusun. Contohnya, dalam bentuk jadual atau rajah.
Statistik Inferensi
Melanjutkan skop statistik deskriptif dengan mengkaji
perhubungan antara pembolehubah dalam satu set data.
Membolehkan membuat inferensi atau kesimpulan terhadap
populasi berdasarkan data yang dikumpul daripada sampel
dan membolehkan generalisasi dilakukan.

Konsep-Konsep Asas Statistik


SKALA PENGUKURAN
(1) Skala Nominal
Skala nominal bertujuan untuk melabelkan sesuatu objek,
perkara atau individu. Ia digunakan hanya sebagai satu cara
untuk mengkategorikan sahaja.

Contohnya, dalam soal selidik, jantina responden dilabel seperti:


1 = Lelaki; 2 = Perempuan. Nombor 1 dan 2 tidak mempunyai nilai
pemeringkatan iaitu tidak bermakna perempuan lebih baik
daripada lelaki dan lelaki kurang daripada perempuan. Nombor
berkenaan hanya digunakan sebagai label sahaja.

Konsep-Konsep Asas Statistik


SKALA PENGUKURAN
(2) Skala Ordinal
Skala ordinal membolehkan kita membuat pemeringkatan
terhadap objek, perkara atau individu.
Skala ini dapat menunjukkan perbezaan antara peringkat tetapi
tidak dapat menjelaskan perbezaan pemeringkatan berkenaan
secara mutlak. Contohnya, pilihan nombor 1, 2, 3 dan 4 bagi
sesuatu item hanyalah merupakan label bagi pilihan individu
mengikut urutan tahap.

Konsep-Konsep Asas Statistik


SKALA PENGUKURAN
(3) Skala Sela
Skala sela membolehkan kita membuat pemeringkatan terhadap
objek, perkara atau individu dan menjelaskan perbezaan dalam
pemeringkatan secara mutlak.
Skala ini tidak mempunyai ciri kosong (0) yang mutlak.
Contohnya, ukuran suhu dalam darjah Fahrenheit. Nilai kosong
(0) pada darjah suhu tidak beerti bahawa suhu tidak wujud pada
nilai itu.

Konsep-Konsep Asas Statistik


SKALA PENGUKURAN
(4) Skala Nisbah
Skala nisbah membolehkan kita membuat pemeringkatan
terhadap objek, perkara atau individu, menjelaskan perbezaan
dalam pemeringkatan secara mutlak dan menerangkan kosong.
Pembolehubah tahap skala pengukuran nisbah adalah seperti
umur, ketinggian, jarak dan kepantasan. Contohnya, individu yang
mendapat markah 80 lebih baik daripada individu yang mendapat
markah 60 dan individu yang mendapat markah kosong (0) bererti
dia gagal mendapat sebarang markah.

Konsep-Konsep Asas Statistik


PEMBOLEHUBAH
Pembolehubah adalah perkara atau objek yang mempunyai
lebih daripada satu nilai ukuran.
Pembolehubah juga adalah sebarang faktor yang boleh diukur
dan mempunyai nilai yang berbeza.
Contohnya, jangka masa beraksi, bilangan responden dalam
satu kumpulan, jumlah aksi agresif, umur responden,
kepanjangan satu program latihan dan lain-lain.

Konsep-Konsep Asas Statistik


PEMBOLEHUBAH
(1) Pembolehubah Bebas
adalah pembolehubah yang mana nilainya boleh diubah
ataupun dimanipulasikan secara langsung oleh penyelidik.
Nilai pembolehubah bebas digunakan sebagai asas untuk
membuat ramalan terhadap nilai pembolehubah terikat.

(2) Pembolehubah Terikat


adalah pembolehubah yang mana nilainya bergantung kepada
nilai pembolehubah bebas.

Konsep-Konsep Asas Statistik


PEMBOLEHUBAH
(3) Pembolehubah Selanjar (Continuous Variables)
jika pengukurannya atau nilainya boleh dibahagikan dan nilai
ukuran boleh didapati di mana-mana bahagian di antara dua titik
nilai.
Contoh pembolehubah selanjar: Masa (jam, minit, saat, milisaat
dan seterusnya), panjang (meter, sentimeter, millimeter dan
seterusnya) misalnya, berat 10.7 kilo ataupun panjang 10.773
meter

Konsep-Konsep Asas Statistik


PEMBOLEHUBAH
(4) Pembolehubah Diskrit/Kategori (Discrete Variables)
jika ia mempunyai satu unit asas pengukuran yang mana
nilainya tidak boleh dibahagikan dan mempunyai nilai tertentu dan
tidak terdapat nilai lain di antara dua titik nilai.
Contoh pembolehubah diskrit: Jumlah pelajar kursus PT20803
adalah seramai 498 orang dan jumlah pelajar tidak boleh
dilaporkan sebagai seramai 498.50 orang.

Konsep-Konsep Asas Statistik


HIPOTESIS
merujuk kepada kenyataan yang dibina berdasarkan fakta yang
terkumpul atau kenyataan yang dibina berdasarkan teori.
Hipotesis yang diuji bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan di
antara pembolehubah yang dikaji. Contohnya, hubungan di antara
A dan B.
.
Hipotesis boleh dinyatakan dalam bentuk hipotesis nul atau
hipotesis alternatif.
Hipotesis nul: Tidak terdapat hubungan di antara A dengan B
Hipotesis alternatif: Terdapat hubungan di antara A dengan B

Konsep-Konsep Asas Statistik


ARAS KESIGNIFIKANAN/ ARAS KEYAKINAN
Keputusan untuk menerima atau menolak sesuatu hipotesis
hanya boleh dibuat pada suatu aras kesignifikanan tertentu.
Aras kesignifikanan ialah nombor yang digunakan sebagai satu
batas untuk menerima atau menolak dengan yakin sesuatu
hipotesis yang telah dibina.
Dalam bidang psikologi, aras kesignifikanan yang biasa
digunakan adalah .05 (atau 5%) bagi membuat keputusan untuk
menerima atau menolak hipotesis yang telah dibina.

Konsep-Konsep Asas Statistik


ARAS KESIGNIFIKANAN/ ARAS KEYAKINAN
Contoh: hubungan antara kaedah pengajaran guru dan
kemahiran pelajar menggunakan perisian IBM SPSS
versi 21.0. Jika keputusan menunjukkan hubungan di
antara dua pembolehubah itu adalah signifikan, ini
bermakna perhubungan di antara dua pembolehubah itu
berlaku secara kebetulan (berlaku kesilapan) mestilah
kurang daripada .05. (5%) Dengan kata lain, 95%
perhubungan di antara dua pembolehubah itu benarbenar wujud.

You might also like