You are on page 1of 16

Persekitaran

Kod Arahan
Persekitaran Kod Arahan
1. Kod arahan ialah satu arahan yang ditulis dalam bahasa
komputer untuk melaksanakan sesuatu tugasan.
2. Satu set kod arahan disebut segmen kod.

3. Segmen kod digunakan untuk membina satu atur cara bagi


menyelesaikan masalah.

4. Persekitaran kod arahan pula merujuk kepada persediaan


terhadap peralatan dan perisian yang diperlukan untuk
menulis kod arahan.
Persekitaran Kod Arahan
5. Secara ringkasnya, persekitaran kod arahan dapat dirumuskan
seperti dalam rajah berikut :

- Perkakasan Komputer
- Pembangunan Atur Cara
- Sambungan Kepada Internet
PERSEKITARAN Diperlukan
- Penterjemahan
KOD ARAHAN - Pelayar Web Untuk

- Pelaksana Atur Cara


- Perisian Aplikasi Bahasa Pengaturcaraan
Persekitaran Kod Arahan

6. Dalam pengaturcaraan, penterjemah diperlukan untuk


menterjemahkan bahasa aras tinggi ke dalam bahasa mesin
supaya komputer memahami dan melaksanakan arahan di
dalam program.

7. Semasa perlaksanaan atur cara, penterjemah akan menterjemah


kod arahan kepada bahasa mesin yang difahami oleh komputer.
Persekitaran Kod Arahan
8. Terdapat 3 jenis penterjemah iaitu :
i. Penghimpun (Assembly)
– Menterjemah bahasa penghimpun kepada bahasa mesin
– Contoh : Basic Assembly Language
ii. Pengkompil (Compiler)
– Menterjemah keseluruhan kenyataan pengaturcaraan program ke dalam bahasa
mesin, menyimpan sebagai fail kod objek dan kemudian dilaksanakan.
– Contoh : C, C++, Java, Cobol dan Pascal

iii. Pentafsir (Interpreter)


– Menterjemah bahasa aras tinggi kepada bahasa mesin, tiada kod objek disimpan
dan kemudian melaksanakannya dengan segera baris demi baris
– Contoh : Python, PHP, LOGO, Perl dan Ruby
Definisi Bahasa Pengaturcaraan
1. Kita boleh melakukan banyak perkara dalam kehidupan dengan
bantuan komputer.
2. Akan tetapi, semasa memberi arahan kepada komputer, kita
perlu menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh komputer
iaitu bahasa pengaturcaraan.
3. Bahasa pengaturcaraan (programming language) ialah bahasa
yang ditulis dalam bentuk kod arahan dan digunakan oleh
pengaturcara (programmer) untuk memberi arahan kepada
komputer bagi melaksanakan sesuatu tugas yang sesuai dengan
kehendak kita.
4. Bahasa pengaturcaraan yang telah dipelajari sebelum ini ialah :
HTML

5. Kali ini, bahasa pengaturcaraan yang akan dipelajari ialah :

Python
Apa itu Python?
1. Python telah dibangunkan oleh Guido Van Rossum.
2. Nama Python berasal dari salah satu acara komedi tahun 70-an
yang disiarkan oleh BBC.
3. Python adalah perisian percuma yang mana anda tidak perlu
membuat sebarang pembayaran.
4. Python telah diungkapkan sebagai “a powerful modern computer
programming language”.
Apa itu Python?

5. Python ialah sejenis bahasa pengaturcaraan moden yang mudah


dipelajari dan membenarkan anda menggunakan pemboleh ubah
(variables) tanpa membuat pengisytiharan.

6. Bahasa pengaturcaraan Python merupakan salah satu bahasa


pengaturcaraan aras tinggi yang dapat beroperasi dalam hampir
semua platform, seperti Windows, Mac OS X dan keluarga UNIX.
Persekitaran Kod Arahan
Jenis Data dalam Segmen Kod

1. Jenis-jenis data dalam aplikasi Python yang akan dipelajari ialah


i. integer (int)
ii. float
iii. string (str)
iv. boolean (True / False)
Persekitaran Kod Arahan
Jenis Data dalam Segmen Kod

2. Jenis-jenis data ini boleh dikelaskan kepada 3 kategori utama


iaitu :
i. nilai berangka (nombor)
ii. nilai teks
iii. nilai logik
Persekitaran Kod Arahan
Jenis Data dalam Segmen Kod

3. Nilai berangka terdiri daripada :


i. nombor bulat
ii. nombor pecahan (bertitik perpuluhan)
iii. nilai kompleks
4. Nombor-nombor ini diiytiharkan sebagai class int, float
dan complex dalam Python
Persekitaran Kod Arahan
Jenis Data dalam Segmen Kod

5. Nilai teks pula terdiri daripada satu aksara (merangkumi


abjad, nombor dan simbol) serta satu rentetan aksara.

6. Semua aksara diwakili dalam jenis data yang disebut


string.
Persekitaran Kod Arahan

Jenis Data dalam Segmen Kod

7. Manakala nilai logik pula mempunyai dua keadaan iaitu


“Benar” dan “Palsu” yang akan dipaparkan sebagai “True” dan
“False” dalam aplikasi Python.
Persekitaran Kod Arahan
nombor bulat
Nilai integer
Berangka float nombor bertitik perpuluhan

complex gabungan nombor nyata dan


nombor khayalan

Jenis Data aksara (char) abjad, nombor dan simbol


Nilai Teks
rentetan (string) perkataan atau ayat

Nilai True mempunyai dua keadaan


Logik False iaitu “Benar” dan “Palsu”
Kod Arahan
Python
www.sololearn.com

You might also like