You are on page 1of 7

SMK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)

PERDAGANGAN Kertas 2
<Nama Ujian> Kelas : <Tarikh> Masa : Markah :

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B. Bahagian A [75 markah] Jawab tiga soalan sahaja 1. (a) Seseorang usahawan harus mempunyai sifat kreatif dan inovatif untuk berjaya. Jelaskan penyataan tersebut. [10 markah] (b) Terangkan lima peranan usahawan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat. [15 markah] 2. (a) Gambar di bawah ini menunjukkan sejenis perniagaan.

Jelaskan lima kelebihan perniagaan di atas kepada pengguna dan pengeluar. [10 markah] (b) Terangkan mengapa peruncit besar-besaran tidak memerlukan perkhidmatan pemborong. [7 markah] (c) Nyatakan perbezaan antara perniagaan runcit dengan perniagaan borong. [8 markah] 3. (a) Mengapakah peniaga masih sanggup mendaftarkan perniagaan mereka sebagai milikan tunggal, walaupun menghadapi liabiliti tidak terhad? [10 markah] (b) Gambar di bawah ini menunjukkan sejenis milikan perniagaan.

Apakah faktor yang mendorong penubuhan milikan perniagaan di atas? [15 markah] 4. Encik Shan dan Encik Yasin menjalankan perniagaan perkongsian. Setelah menjalankan perniagaan untuk beberapa tahun, mereka bersetuju untuk membubarkan perniagaan perkongsian tersebut untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad. (a) Nyatakan keadaan yang boleh menyebabkan pembubaran sesebuah perniagaan perkongsian. [5 markah] (b) Mengapakah Encik Shan dan Encik Yasin bersetuju membubarkan perniagaan mereka dan menubuhkan syarikat sendirian berhad? Terangkan. [15 markah] (c) Jelaskan kepentingan Tataurus Syarikat kepada sesebuah syarikat sendirian berhad. [5 markah] 5. (a) Terangkan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang usahawan sebelum memilih sesuatu lokasi untuk memulakan perniagaan. [13 markah] (b) Bagaimanakah seseorang peniaga dapat mengelakkan kemerosotan perniagaannya? [12 markah] Bahagian B [25 markah] Bahagian ini wajib dijawab 6. Encik Sam dan beberapa orang rakannya telah memulakan sebuah perniagaan borong. Perniagaan ini didaftarkan dengan nama Syarikat Borong C & C Sdn. Bhd.. Setiap orang telah menyumbangkan modal sebanyak RM50 000. Jumlah modal awalan untuk menubuhkan syarikat borong ini adalah sebanyak RM500 000. Syarikat ini telah membeli sebuah gudang lama di pinggir bandar Tasik Puteri. Selain menyimpan lebihan stok, gudang ini juga digunakan untuk melakukan kerja-kerja akhir seperti menimbang, membungkus dan menjenama. Memandangkan gudang ini digunakan untuk menyimpan stok barang yang agak banyak, syarikat ini terpaksa mengambil polisi insurans serta menggaji beberapa orang pengawal keselamatan. Syarikat telah membeli beberapa buah lori serta van untuk memudahkan kerja-kerja pembelian stok barang daripada para pengeluar di sekitar Lembah Klang. Selain itu, syarikat juga menggunakan lori serta van untuk menghantar barang pesanan para peruncit kecil-kecilan terus ke kedai mereka. Stok barang yang dibekalkan kepada para peruncit biasanya terdiri daripada barang-barang makanan seperti beras, gula, minyak masak, dan tepung; barang-barang pengguna seperti sabun mandi, bedak, ubat gigi, dan barang kegunaan dapur seperti pingan mangkuk, sudu dan garpu serta pelbagai jenis pisau. Barangbarang pengguna biasanya terdiri daripada pelbagai jenama. Syarikat membeli stok secara tunai daripada para pengeluar, namun ia sanggup menjual secara kredit kepada para peruncit yang menjadi pelanggan tetap syarikat. (a) Sebagai pemborong, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Syarikat Borong C & C Sdn.Bhd. kepada para pengeluar?

[10 markah] (b) Apakah kelebihan yang dinikmati oleh peruncit yang membeli stok mereka daripada Syarikat Borong C & C Sdn. Bhd.? [10 markah] (c) Apakah jenis perniagaan borong yang dijalankan oleh Syarikat Borong C & C Sdn. Bhd.? [5 markah] SMK PUTRAJAYA PRESINT 14(1) Jawapan

SPM Perdagangan Tingkatan 4,5 - Ujian 6 K2 ( Sederhana ) Kertas 2


1. Ceraian (a) Sifat kreatif bermaksud kebolehan mereka cipta atau menghasilkan sesuatu keluaran baru [1m] sama ada barangan atau perkhidmatan [1m] keluaran ini dapat memenuhi kehendak pengguna [1m] oleh kerana tiada keluaran sedemikian yang lain, usahawan dapat menguasai pasaran sepenuhnya [1m] contoh satu keluaran (perkhidmatan) yang kreatif ialah menyediakan perkhidmatan pelancongan untuk melihat keindahan bumi dari angkasa lepas [1m] Sifat inovatif kebolehan untuk membuat pengubahsuaian dan pembaharuan [1m] kepada barangan atau perkhidmatan [1m] yang sedia ada di pasaran [1m] justeru, barangan atau perkhidmatan itu menjadi lebih bermutu dan lebih mudah digunakan [1m] oleh yang demikian, usahawan dapat kelebihan bersaing di pasaran kerana keluarannya lebih bermanfaat kepada pengguna [1m] Ceraian (b) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat [1m] dengan menyediakan pelbagai jenis dan pilihan barangan dan perkhidmatan [1m] Menikmati hasil ciptaan baru [1m] usahawan yang kreatif dan inovatif [1m] dapat menghasilkan barangan yang baru dan mengubah suai barang sedia ada [1m] kehidupan masyarakat menjadi lebih selesa [1m] dan seterusnya taraf hidup meningkat [1m] Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat [1m] dengan mewujudkan perusahaan baru dan memperkembangkan industri yang sedia ada [1m] dengan menggunakan sumber yang ada [1m] secara langsung mengurangkan kadar pengangguran [1m] dan pendapatan masyarakat juga akan bertambah [1m] Membantu perkembangan ekonomi negara [1m] hasil kerajaan bertambah [1m] melalui kutipan cukai [1m] dapat digunakan untuk menyediakan prasarana/infrastruktur yang lebih baik [1m] seperti jalan raya dan kemudahan telekomunikasi [1m] 2. Ceraian (a) Kelebihan E-dagang kepada pembeli banyak pilihan [1m] terdapat ribuan laman web di mana pembeli boleh membuat perbandingan sebelum membuat keputusan untuk membeli [1m] harga lebih murah [1m] tidak perlu perkhidmatan jurujual dan ini membolehkan penjimatan kos pengeluaran [1m] membeli dengan selesa di rumah [1m] tidak bimbang atau diganggu oleh kesesakan
3

lalu lintas dan perubahan cuaca [1m] Kelebihan E-dagang kepada pengeluar kos operasi yang rendah [1m] hal ini kerana barang jualan diperagakan di laman web tanpa perlu penyediaan premis [1m] pasaran luas [1m] penambahan jualan dan keuntungan kerana pasaran merangkumi seluruh dunia [1m] mengelakkan hutang lapuk [1m] penjual mengamalkan sistem prabayar [1m] Ceraian (b) Membeli secara pukal [1m] peruncit membeli secara pukal kerana kadar jualannya adalah cepat [1m] Membayar secara tunai [1m] pe runcit mampu membayar tunai dan menikmati diskaun tunai [1m] Mempunyai gudang sendiri [1m] untuk melakukan kerja memecah pukal dan kerja-kerja akhir lain [1m] Mempunyai pengangkutan sendiri [1m] untuk mengangkut barang dari gudang pengeluar ke gudang peruncit [1m] Ceraian (c)

3. Ceraian (a) Mudah ditubuhkan [1m] milikan tunggal mudah ditubuhkan berbanding dengan milikan perniagaan lain seperti perniagaan perkongsian, syarikat sendirian berhad [1m] perniagaan hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan [1m] Modal yang diperlukan adalah kecil [1m] biasanya diperoleh melalui simpanan ataupun pinjaman dari pada saudara mara dan rakan-rakan [1m] Pengurusan dan pentadbiran per niagaan adalah mudah [1m] peniaga mempunyai kawalan yang penuh terhadap perniagaan [1m] segala keputusan perniagaan boleh dibuat dengan cepat tanpa campur tangan orang lain [1m] segala keuntungan perniagaan menjadi hak milik sendiri [1m] hal ini memberi dorongan kepada pemilik untuk bekerja keras [1m] pemilik membayar cukai pendapatan peribadi [1m] cukai pendapatan peribadi adalah lebih rendah dari pada kadar cukai syarikat berhad [1m] Ceraian (b) Dapat mengumpul modal yang banyak [1m] modal dikumpulkan dengan menjual syer orang ramai [1m]
4

boleh juga menambahkan modal dengan membuat pinjaman daripada orang ramai melalui penerbitan debentur [1m] Tanggungan pemilik syer adalah terhad [1m] jika syarikat muflis, pemegang saham hanya akan rugi setakat jumlah modal yang dilaburkan dalam syarikat [1m] pemiutang syarikat tidak boleh menuntut harta peribadi pemilik syer [1m] Pemegang syer boleh menukar syer kepada wang tunai dengan mudah [1m] syer syarikat awam berhad biasanya disenaraikan di bursa saham [1m] hal ini membolehkan pemilik syer menjual syer mereka kepada orang lain [1m] Syarikat awam berhad adalah berkekalan [1m] kerana ia ditubuh kan sebagai satu entiti yang berasingan daripada pemiliknya [1m] syarikat akan terus wujud walaupun ada pemegang syer yang meninggal dunia ataupun menjadi muflis [1m] Menikmati ekonomi bidangan [1m] syarikat dapat mengumpul modal yang banyak melalui penjualan syer kepada orang ramai [1m] ini membolehkan perniagaan menjalankan pengeluaran secara besar-besaran [1m] 4. Ceraian (a) tamat tempoh perkongsian dengan persetujuan semua rakan kongsi [1m] salah seorang rakan kongsi menjadi tidak siuman, bankrap atau meninggal dunia [2m] atas perintah mahkamah [1m] tamat usaha sama yang menjadi tujuan penubuhan perkongsian [1m] Ceraian (b) Syarikat sendirian berhad boleh mengumpulkan modal yang lebih banyak daripada perniagaan perkongsian [ 1m] bilangan ahli syarikat sendirian berhad adalah 2 hingga 50 [1m] bilangan ahli perkongsian mak simum 20 orang [1m] oleh itu, syarikat sendirian berhad boleh menjalankan pengeluaran secara besar-besaran [1m] dan menikmati ekonomi bidangan dalam pengeluaran [1m] di mana kos seunit keluaran menjadi lebih murah [1m] Syarikat sendirian berhad boleh menjalankan pengkhususan dalam pentadbiran dan pengurusan dapat mengaji pakar dalam pelbagai bidang [1m] sementara perkongsian ditadbir oleh rakan kongsi sendiri [1m] Kewujudan syarikat sendirian berhad adalah berterusan [1m] kerana ia adalah suatu entiti yang berasingan daripada pemiliknya [1m] perniagaan akan berkekalan walaupun pemilik syer menjadi tidak siuman, muflis, ataupun mati [1m] sementara sesebuah perniagaan perkongsian tidak kekal [1m] kerana ia perlu dibubarkan jika rakan kongsi meninggal, menjadi tidak siuman ataupun muflis [1m] Semua pemegang syer syarikat sendirian berhad menanggung liabiliti terhad [1m] jika syarikat muflis, pemiutang tidak boleh menuntut harta peribadi pemilik syer [1m] sementara rakan sesebuah perniagaan perkongsian kecuali per kongsian berhad, menghadapi liabiliti tidak terhad [1m] harta peribadi pekongsi boleh dituntut oleh para pemiutang jika per niagaan menjadi muflis [1m] Ceraian (c) Tataurus Syarikat menunjukkan: aturcara dan cara mengendalikan mesyuarat tahunan [1m] menunjukkan cara keuntungan syarikat dibahagikan [1m] menunjukkan kelayakan, tanggungjawab dan kuasa pengarah syarikat [1m] menunjukkan cara saham diterbitkan, dipindah milik [1m] dan pelucutan hak seseorang
5

pemegang saham [1m] 5. Ceraian (a) Kesesuaian lokasi dengan jenis perniagaan [1m] sama ada perniagaan itu berhampiran dengan jenis pelanggan yang memerlukan barangan dan perkhidmatan yang disediakan di situ [1m] contohnya perniagaan runcit kecil-kecilan sesuai ditubuhkan berdekatan dengan kawasan perumahan [1m] Kos memulakan perniagaan di sesuatu lokasi [1m] kos mestilah dapat ditampung dengan modal yang ada [1m] contohnya pasar raya boleh diletakkan di tengah-tengah bandar kerana mempunyai modal yang banyak untuk membiayai kos premis/sewa [1m] Persaingan yang sedia ada [1m] sama ada perniagaan berupaya mengatasi persaingan dan berkembang [1m] contohnya seseorang peruncit kecil-kecilan yang meletak kan perniagaan berdekatan dengan sebuah pasar raya mungkin dapat mengatasi persaingan dan berkembang dengan menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan menjual secara kredit [1m] Kemudahan yang sedia ada [1m] sesuatu perniagaan dapat beroperasi dengan lancar haruslah diletakkan di kawasan yang mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya dan kemudahan telekomunikasi [1m] Dasar kerajaan [1m] sesuatu lokasi perniagaan tidak boleh bercanggah dengan dasar dan peraturan ke rajaan [1m] contohnya sesuatu bengkel kereta motor tidak boleh beroperasi di kawasan perumahan [1m] Ceraian (b) Mengurus wang perniagaan dengan baik [1m] agar tidak mengalami masalah aliran tunai [1m] contohnya; menyimpan wang lebihan dalam akaun simpanan tetap untuk menerima pendapatan dalam bentuk faedah [1m] Mengelakkan pengambilan barang dan wang tunai [1m] hal ini dapat mengelakkan modal kerja daripada tersusut [1m] modal kerja penting untuk meningkatkan hasil dan seterusnya keuntungan perniagaan [1m] Menjelaskan pembelian yang dibuat secara kredit dengan cepat [1m] dapat menikmati diskaun tunai yang lebih tinggi [1m] mengurus stok dengan cekap [1m] memastikan jumlah stok pada paras yang optimum [1m] Mengadakan kegiatan promosi [1m] dapat meningkatkan jualan dan keuntungan [1m] memberi perkhidmatan yang ramah kepada pelanggan [1m] untuk memikat hati pelanggan lama dan menarik pelanggan baru [1m] Memberi latihan kepada pekerja [1m] untuk memastikan produktiviti pekerja meningkat [1m] 6. Ceraian (a) membeli secara pukal dan membayar dengan segera [1m] membolehkan pengeluar mendapat semula modal kerja dan menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pengeluaran [1m] menyampaikan maklumat pasaran terkini [1m] maklumat disampaikan kepada pengeluar tentang cita rasa, reaksi, dan maklum balas pengguna terhadap sesuatu keluaran [1m] melakukan kerja-kerja pemecahan pukal seperti menimbang, membungkus, dan
6

menjenama [1m] mengurangkan beban serta kos pengeluar [1m] pemborong menyediakan gudang untuk menyimpan barang [1m] pengeluar dibebaskan daripada pelbagai risiko pergudangan seperti kecurian, kerosakan serta pelbagai belanja pergudangan seperti sewa dan insurans [1m] pemborong membantu pengeluar mempromosi dan mencari pasaran untuk hasil keluarannya [1m] menjalankan kempen pengiklanan seperti mencetak dan mengedarkan risalah dan katalog [1m] Ceraian (b) dapat membeli pelbagai jenis dan jenama barang [1m] peruncit dapat menjimatkan masa dan belanja kerana tidak perlu berurusniaga dengan banyak pengeluar [1m] dapat menikmati kemudahan kredit [1m] dapat mengurangkan beban peruncit kecil-kecilan dari segi keperluan modal pusingan [1m] barang-barang dalam bentuk yang mudah untuk dijual [1m] peruncit tidak perlu lagi menimbang, membungkus, dan melabel [1m] tidak perlu menyediakan kemudahan pengangkutan [1m] pemborong sedia menghantar barang terus ke kedai peruncit [1m] pemborong menyediakan kemudahan pergudangan [1m] membolehkan bekalan dihantar kepada peruncit pada bila-bila masa [1m] membolehkan peruncit menjimatkan kos-kos yang berkaitan dengan pergudangan [1m] Ceraian (c) perniagaan borong am /pemborong am [1m] menjual pelbagai jenis [1m] dan jenama barang [1m] barang-barang tidak berkaitan antara satu dengan yang lain [1m] contohnya makanan dan barang kegunaan harian [1m]

You might also like