You are on page 1of 36

ASPEK PERUNDANGAN DALAM

PENGURUSAN MURID
 Perundangan dalam pengurusan sekolah
merupakan satu aspek yang seharusnya diketahui
oleh semua pengurus sekolah.

 Pengetua/Guru Besar/Guru/K.Tangan yang


kurang maklumat mengenai undang-undang
menjadikan banyak tindakan dan perkara
dilakukan tanpa mengikut prosedur dan
peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia
Mengapa Sekolah Mudah Didakwa?

 Suasana sekolah yang pelbagai ragam.

 Suatu kesalahan diambil tindakan oleh pihak


sekolah dengan mengenakan. dendaan
tertentu mungkin disalah ertikan oleh ibu
bapa sebagai deraan atau penghinaan kepada
anak mereka.
Mengapa Sekolah Mudah Didakwa?

Jika tindakan yang diambil oleh pihak sekolah


tidak bertepatan. dengan prosedur dan peraturan
yang ditetapkan sudah tentu akan mengundang
pelbagai masalah.
Bagaimana Melindungi Sekolah Daripada
Didakwa
 Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan
pelbagai buku panduan dan surat‑surat pekeliling
ikhtisas (SPI) bertujuan memperingatkan pengurus
sekolah dengan pengetahuan dan peraturan yang
jelas dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

 Adalah menjadi tanggungjawab sekolah


memastikan setiap dokumen ini ada dalam
simpanan dan menyebarluas kepada semua warga
sekolah.
Bagaimana Melindungi Sekolah Daripada
Didakwa

 Guru mempunyai tanggungjawab menjadikan


mereka sebagai manusia berguna dan kadangkala
ada masanya kita bertindak melampaui bidang
yang dibenarkan
Tanggungjawab Sekolah Kepada Pelajar
 Bila mana pelajar berada di dalam kawasan pagar
sekolah, tanggungjawab menjaga mereka akan
terserah kepada pihak sekolah.

 Istilah perundangan ini disebut sebagai 'in loco


parentis' yang bermaksud 'sebagai ganti ibu bapa'.
Dalam ertikata lain, pihak sekolah mempunyai
tanggungjawab secara langsung bagi memastikan
pelajar diselia dan dilindungi
Tanggungjawab Sekolah Kepada Pelajar

 Tanggungjawab melindungi pelajar yang disebut


sebagai 'the duty of care' merupakan
tanggungjawab melindungi mereka daripada
risiko yang boleh dijangka mendatangkan
mudarat.

 Melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu


yang boleh dilihat sebagai mendatangkan
kecederaan kepada pelajar.
Darjah Tanggungjawab

 Darjah tanggungjawab yang terbeban ke atas bahu


guru tidak sama bagi semua keadaan dan bergantung
kepada faktor‑faktor berikut:

 Bilangan pelajar yang diselia


 Keadaan aktiviti yang dilakukan
 Umur dan kemahiran yang ada
 Keadaan alatan yang disediakan
 Ketrampilan dan kemampuan pelajar; dan
 Faktor lain yang berbeza mengikut keadaan
Guru Dan Bilik Darjah

 Apabila murid‑murid berada di dalam bilik darjah,


tanggungjawab 'the duty of care' akan terletak di atas
tanggungjawab guru berkenaan

 Peralatan di dalam bilik darjah yang boleh


mendatangkan bahaya kepada pelajar hendaklah
diberikan perhatian

 Amat mustahak guru‑guru yang terlibat dalam aktiviti


lasak dan berbahaya seperti sukan tertentu dan aktiviti
perkhemahan mendapat latihan secukupnya sama ada
secara kursus dalaman atau dihantar berkursus di luar
Tanggungjawab guru di sekolah
 Mendidik

 Mengekalkan persekitaran yang sesuai

 Mengekalkan tahap kesihatan dan keselamatan

 Menjaga harta benda awam di sekolah


Tanggungiawab Sivil Sekolah

 Sekolah perlu mengambil tindakan proaktif dalam


mengurus langkah-langkah meminimakan risiko dan
mengenalpasti sebarang keadaan yang mendatangkan
bahaya

 Murid‑murid yang masih kecil tidak seperti orang


dewasa tidak mampu memikirkan bahaya sesuatu
tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan
masalah atau kecederaan.
Punca Kuasa Pengetua/Guru Besar

Principle of Respondent
Superior

Bertanggungjawab secara langsung


terhadap semua yang berlaku di sekolah
dan yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap
pelajar
Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar
 Mengetahui/maklum mengenai semua dokumen
undang-undang

 Menyebarluaskan maklumat kepada semua pihak


yang terlibat

 Mengingatkan staf secara konsisten dan mengikut


keselesaan

 Memastikan guru mahir dalam tajuk yang diajar


Undang‑undang Tort dan Cuai
(Negligence)

 Undang‑undang tort diwujudkan sebagai cara untuk


mengubati atau membayar ganti rugi kepada individu yang
mendapat kerugian akibat perbuatan seseorang

 Undang‑undang tort adalah saman sivil yang digunakan


bagi melindungi hak orang lain yang dicerobohi.
Tort
Kecuaian

Liability Tort

Tort Tort
diniatkan kecuaian
Prinsip Tort

Setiap manusia adalah bertanggungjawab


terhadap apa-apa tindakan yang
mengakibatkan kerugian kepada pihak lain
Liabiliti Tort

Sebarang tindakan yang dilakukan yang


akan/mungkin mendatangkan :

 Kecederaan kepada individu


 Kemusnahan harta benda
 Kehilangan harga diri atau maruah
Asas Menentukan Kecuaian

Apa yang akan dilakukan oleh manusia


yang waras dalam masa dan keadaan
berkenaan ?
Tort yang diniatkan

 Melakukan sesuatu tindakan dengan


niat/sengaja untuk mendatangkan
kecederaan

 Melibatkan ‘assault’ dan ‘battery’


Pertimbangan Mahkamah Dalam
Tort yang Diniatkan

 Sejauh mana wujud unsur berlebihan dalam


tindakan seseorang?

 Pertimbangan berdasarkan aspek :


- umur pelajar
- alatan yang digunakan
- beratnya kesalahan yang dilakukan
Kecuaian (Negligence)

 Melakukan sesuatu yang biasanya tidak


dilakukan oleh seorang manusia waras
dalam satu keadaan dan masa

 Tidak melakukan sesuatu yang biasanya


dilakukan oleh seorang manusia waras
dalam satu keadaan dan masa
Asas Untuk Dakwaan Cuai

 Tanggungjawab melindungi

 Gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan

 Terdapat perkaitan langsung antara sebab dan


akibat

 Wujud musibah dan kerugian


Asas untuk Menolak Dakwaan Cuai

 Foreseeable risk (ex-hypothesis)

 Contributory negligence

 Assumption of risk
Foreseebility

Sejauh mana sesuatu kecuaian boleh


ditelah oleh guru ?
Contributory Negligence

Keadaan di mana plaintif sendiri cuai


dalam melakukan sesuatu perkara atau
tindakan
Assumption of Risk

 Plaintif mengetahui risiko yang berkaitan

 Memahami risiko yang bakal dialami

 Mempunyai pilihan untuk tidak


mengambil risiko yang dinyatakan
Kecuaian Dalam Melaksanakan
Tindakan Disiplin

 Hukuman gantung dan buang sekolah

 Gagal untuk mengikut prosedur dalam


mengenakan hukuman
Prosedur yang Tepat

 Diberitahu kesalahan dan bentuk hukuman


 Diberi peluang untuk memberi keterangan
bela diri
 Diberi peluang untuk mengemukakan
rayuan dan didengari (audi alteram
partem)
 Prinsip keadilan semulajadi (natutal
justice) mesti diikuti
Hukuman yang Tepat

 Rujuk dokumen yang berkaitan dalam


menjatuhkan hukuman
 Melihat asas-asas menjatuhkan hukuman
yang digariskan dalam Buku Panduan
Tatacara Pengurusan Disiplin (DBP)
 Membuat pertimbangan secara adil
terhadap rayuan pesalah
Rumusan

 Pengurus sekolah sentiasa terdedah kepada


kemungkinan dakwaan mahkamah
 Perlu mengambil langkah yang proaktif bagi
menjamin keselamatan pelajar sepanjang masa
 Perlu peka dan memahami segala dokumen
rujukan dalam membuat tindakan
HARGA SATU
PENAMPAR
RM1650.00
TERIMA KASIH DAN
SEMOGA KITA
BERJUMPA LAGI DI
MAHKAMAH

You might also like