You are on page 1of 10

SOALAN 2

Apakah perbezaan-perbezaan nyata antara Dasar Ekonomi


Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Huraikan perbezaan-perbezaan itu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di
Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun
Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks
strategi serampang dua mata untuk:
• mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan
untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
• mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada
1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan
diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai
keyakinan diri.[1]

Isi kandungan
• 1 Latar belakang
• 2 Dasar Pecah dan
Perintah
• 3 Dasar Ekonomi Baru
• 4 Isu Penolakan
• 5 Lihat juga
• 6 Notakaki
• 7 Rujukan
• 8 Lihat juga

Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan
perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk
pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara

1
penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu
bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja
sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan
kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih
timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-
ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan
perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom
jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan
manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak
negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu
masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di
Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar.
Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang
perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di
kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul
kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka
telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi
masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak
kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk
menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun
mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan
kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun
menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang
kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya)
telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut
memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina
menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan
menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep
"Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut
mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan
oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu.
Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa
berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan
harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu
yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku
sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu
telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana
Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh

2
negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan
sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri,
Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan
Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi
Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan
Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan
MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk
membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan
menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati
satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur
masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih
terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang
hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi
adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan.
Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju
membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun
Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-Undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara
sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan
kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk
melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat
Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di
bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969
yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.
Dasar Pecah dan Perintah
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering
dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah
Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan
menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan
terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung
serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan
makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk

3
pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan
aktiviti pertanian.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk
mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang
menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan
antara kawasan (bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk
mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti
perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang
British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza,
maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini
British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian
setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara
kaum.
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan
oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua.
Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk
menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara
ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan
kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah
berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih
banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati
juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing
dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan
ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang
yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun
1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

4
• penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
• pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,
strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar
bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati
bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia
berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan
tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di
kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui
kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu,
keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan
bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku
teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.
Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi
kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah
menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah
17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan
telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama,
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah
melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan,
pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi
menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi
telah dirancang, antaranya:
• Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan
mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum
menjelang tahun 1990;
• Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya
mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
• Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum
Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-
kaum lain;
• Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin
di luar bandar.

5
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan
Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan
kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Isu Penolakan
Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP),
Lim Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau
menafikan perkara itu melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap
bercanggah dengan DEB/DPN ialah 'tender terbuka'.
Lihat juga
• DAP dan Dasar Ekonomi Baru
• Youtube.com: 101 East - Affirmative action in Malaysia -20 Mar 08
-Part 1
• Youtube.com: 101 East - Affirmative action in Malaysia -20 Mar 08-
Part 2
Notakaki
1. Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997. Kenegaraan
Malaysia. Universiti Putra Malaysia. DASAR EKONOMI BARU (DEB)
(1970–1990)137
2. Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications &
Distributors.
3. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan
1982. INTAN.
4. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan
1991. International Law Book Services.
Rujukan
1. [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.
htm "Unsur DEB dihapus beransur", Utusan Online, 24 Oktober 2008.

DASAR EKONOMI BARU


Latarbelakang

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan


perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan
perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari

6
negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor
perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah


menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan
pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan
luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah


diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia
Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan
pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari
segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih
berterusan.

Rasional

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari
jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14%
di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti
berikut:

Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan


( RM )

Malayu 64.8 172.00


Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00

Pemilikan Jumlah Pemilikan %

( RM Juta )
1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3
a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.7
2. Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
3. Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah : 6564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan


mengikut kaum adalah seperti berikut:

7
Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain
1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan
kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2

Objektif

Matlamat-matlamat konsep warisan bersama yang disuarakan oleh Malaysia


ialah:-
Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.

'Ecology' dan alam sekitar dipertahankan.


Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik dan lain-
lain.

Antartika digunakan untuk menggalakkan 'disarmament', 'denuclearisation'


dan 'demilitarisation'.

Strategi Pelaksanaan

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah


disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan


memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa
mengira kaum.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya


menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas


hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi
juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana
masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling
tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian
tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial
ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang


menganggur.

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah
daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

8
iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara
kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.

v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di


Malaysia.

viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan


saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan
kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40%
bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru,


strategi berikut telah disusun :

i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin


melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga
yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi
pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan
tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di


kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan
memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi
saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham
Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui


pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan
sebagainya.

Penutup

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses


pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam

9
konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan
negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang
dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini
memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan
kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan
pemikiran rakyat dari sektor swasta.

10

You might also like