You are on page 1of 87

KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN-IKLAN DI SURAT KHABAR (MINGGUAN MALAYSIA)

NAZIRA BINTI KERIYA NO. PEND. 20001-05039

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN

FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM

MAC 2003

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN 35900 TANJONG MALIM PERAK


PROGRAM BAHASA MELAYU

IDRIS

KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN-IKLAN DI SURAT KHABAR MINGGUAN MALAYSIA.

OLEH NAZIRA BINTI KERIYA

Latihan ilmiah ini telah diterima oleh program Kesusasteraan Melayu untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan Melayu (dengan kepujian) Sesi 2002 / 2003

__________________ Penyelia. EN. SAMSUDIN BIN SUHAILI Jabatan bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

____________________ Tarikh

______________________ Ketua Jabatan Program bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

____________________ Tarikh

ii

PENGAKUAN

Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya latihan ilmiah ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya.

Tarikh :

NAZIRA BINTI KERIYA No. Pend. 20001-05039

iii

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan keizinan-Nya, saya dapat menyiapkan dan menyempurnakan penulisan ilmiah ini dengan jayanya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kekangan dan halangan. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan buat pensyarah yang budiman iaitu En. Samsudin Suhaili di atas kesudian beliau memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyelenggarakan serta menyempurnakan latihan ilmiah ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan, tidak mungkin saya meraih kejayaan yang diingini. Semoga tenaga, masa dan ilmu yang tuan taburkan akan mendapat ganjaran daripada Allah S. W. T. jua hendaknya. Insya Allah. Jutaan terima kasih juga saya tujukan buat semua pensyarah yang telah membimbing serta mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya sepanjang pengajaran di UPSI ini. Segala budi dan jasa yang telah diberikan tidak akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan buat kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustaan Negara Malaysia dan tidak lupa juga kepada kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia di atas perkhidmatan serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini. Seterusnya, sekalung ucapan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi dorongan, kerjasama serta bimbingan yang sedikit banyak telah membantu saya dalam menyiapkan latihan ilmiah ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa ini saya tujukan buat suami tercinta, Mohd. Mahdi Abdullah serta kedua ibu bapa saya yang telah banyak berkorban dan memberikan dorongan demi kejayaan saya. Segala jasa dan budi kalian tetap kusemadikan dalam ingatan buat selamanya. Semoga kita sentiasa mendapat Taufik dan Hidayah serta berada di dalam peliharaan-Nya.

Sekian, wassalam.

NAZIRA BINTI KERIYA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK.

iv

ABSTRAK

KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN-IKLAN DI SURAT KHABAR MINGGUAN MALAYSIA

Kajian ini merupakan satu analisis tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-iklan di surat khabar Mingguan Malaysia. Dengan andaian terdapat beberapa kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar tersebut yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca serta boleh mempengaruhi penggunaan dan pemantapan bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk melihat dan menganalisis data mengenai kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang terdapat dalam akhbar yang dikaji. Seterusnya, tumpuan analisis ini juga untuk mengenal pasti serta mencari kekerapan kesalahan-kesalahan bahasa tersebut dari aspek ejaan, pengimbuhan dan juga pengaruh bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis kandungan. Sebanyak 13 naskhah akhbar dipilih sebagai sampel kajian terbitan bulan Oktober hingga bulan Disember 2002. Pengkaji menggunakan kaedah senarai semak untuk melihat perbezaan kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian bagi memnentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara kesalahan-kesalahan bahasa dari tempoh tersebut. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat 273 jumlah kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis dalam iklan-iklan yang dipaparkan melalui akhbar yang dikaji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 130 kesalahan ejaan yang dapat dikesan oleh pengkaji iaitu bersamaan 47.6% dan jumlah ini merupakan kesalahan yang tertinggi berbanding kesalahan bahasa daripada pengaruh bahasa Inggeris iaitu sebanyak 111 kesalahan ataupun bersamaan dengan 40.7 peratus. Seterusnya, kesalahan bahasa dari segi pengimbuhan pula mencatatkan jumlah kesalahan yang paling sedikit iaitu hanya sebanyak 32 kesalahan sahaja.

ABSTRACT

AN ERROR USAGE OF MALAY LANGUAGE AT THE ADVERTISEMENT IN NEWSPAPER MINGGUAN MALAYSIA

This study is designed to examine and analyzed data on grammer error and stylist which have in advertisement at newspaper Mingguan Malaysia. With supposing there are several an error usage of Malay Language above newspaper which could arise confusion especially to the reader and also got to influence usage then Malay language comfortably. The most important thing an objective this study is to see and analyzed data an error usage of Malay language which there have in studies sample by researcher. After that, this focus of analized is also for identified and look at for frequentcy mistake the above language from several aspects like spelling, increation and also about influence of English language. This studies of hypotesis is an usage about method library and analyzed contents. There have about thirteen copies of newspaper be chosen as sample studies by researcher discharge from October until Disember 2002. The method of list check is used by researcher to see whats difference error of language whice there have in sample`s studies to got whether exist difference which significant between the mistake and an error language from the above term. The result of the studies which be carry out from this sample shown that thera have 273 amounts of an error about Malay language which done by writer in the advertisement that flated through from newspaper`s research. From the above amounts, a total of 130 an error about spelling have found by researcher and its effected is ame to 47.6 percent and facts, this amounts is the highest of an error if compare language`s mistake about influencing Englisa language which there have 111 of total an error or identical with 40.7 percent. Therefor, an error of Malay language from the angel comfortably records are small amount that most lower and there have only 32 mistakes only.

vi

KANDUNGAN

Halaman

PENERIMAAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL

ii iii iv v vii ix

BAB I

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Latar Belakang Kajian Permasalahan Kajian Tujuan Kajian Soalan/Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Kaedah Kajian Definisi Operasional 1 5 8 10 10 12 13 13

BAB II

TINJAUAN LITERATUR 2.1 2.2 2.3 Literatur Berkaitan Teori Berkaitan Kajian Berkaitan 17 18 21

vii

BAB III

KAEDAH KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Reka Bentuk Kajian Populasi dan Sampel Kajian Alat Kajian Prosedur Pengumpulan Data Prosedur Penganalisisan Data 34 36 36 38 40

BAB IV

KEPUTUSAN KAJIAN 4.1 4.2 Perihalan Sampel Dapatan Kajian 43 46

BAB V

RUMUSAN 5.1 5.2 5.3 5.4 Kesimpulan Perbincangan Implikasi Kajian Cadangan Kajian Lanjut 63 66 69 71 75

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN

viii

SENARAI JADUAL

No. Jadual

Nama Jadual

Halaman

Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan-iklan Di surat Khabar (Mingguan Malaysia) Tempoh Keluaran Akhbar Mingguan Malaysia Yang Dikaji Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Mingguan Malaysia Dari bulan Oktober Hingga Disember 2002 Golongan Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Kajian (Iklaneka) Jumlah Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Akhbar Kajian Dari Bulan Oktober Hingga Disember 2002 Kekerapan Setiap Golongan Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Kajian Bilangan Dan Peratusan Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Akhbar Kajian Kekerapan Dan Peratusan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Kajian Kekerapan Dan Peratusan Kesalahan Penggunaan Imbuhan Dalam Sampel Kajian Kekerapan Dan Peratusan Kesalahan Bahasa Daripada Pengaruh Bahasa Inggeris

37

2 3

39 41

4 5

45 47

49

49

52

56

10

59

ix

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Kedudukan bahasa Melayu pada hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang sedang mengalami pembangunan pesat dan dalam proses perkembangan ini, pelbagai perkara baharu akan ditemui khususnya dari segi perubahan bahasa Melayu. Perubahan bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata (Abdullah Hassan: 1996). Maka dengan itu, seluruh masyarakat seharusnya peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa Melayu khususnya dari segi ujaran dan penulisan agar langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan.

Justeru, dalam hubungannya dengan bahasa Melayu kesalahan bahasa yang berlaku dari sudut penggunaan bahasa tersebut dilihat sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar ilmu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan di negara ini diberi penekanan utama oleh kerajaan khususnya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam Perlembagaan Malaysia (perkara 152) ada menyatakan bahawa:

Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan parlimen.

Pernyataan ini dengan jelas menerangkan bahawa bahasa kebangsaan bagi negara ini ialah bahasa Melayu. Justeru itu, bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua konteks untuk tujuan-tujuan tertentu berdasarkan peruntukan undang-undang dan parlimen yang telah ditetapkan. Akta bahasa 1963/1967 juga dengan jelas memperuntukkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.

Untuk memenuhi peranannya sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan rakyat daripada pelbagai kaum dan keturunan, bahasa Melayu sewajarnya digunakan secara menyeluruh dan meluas. Bahasa Melayu juga digunakan dalam pelbagai bidang penulisan untuk menyalurkan pemikiran dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Tidak dinafikan bahawa penerbitan buku-buku, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan hasil media cetak yang lain secara tidak langsung telah turut memperkembang dan mempengaruhi pemantapan bahasa Melayu serta memperluaskan penggunaannya di segenap lapisan masyarakat.

Secara umumnya, penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan lebih mudah dilakukan memandangkan sebarang kesalahan yang wujud dan yang terdapat dalam hasil penulisan tersebut dapat dilihat dengan mudah. Di mana-mana sahaja kesalahan dalam penggunaan bahasa dapat dilihat sama ada di papan-papan tanda, iklan, surat khabar, majalah, buku teks, dan dokumen rasmi atau tidak rasmi. Dalam pada itu, penggunaan bahasa dalam hasil-hasil penulisan juga lebih luas tersebar jika

dibandingkan dengan bentuk pertuturan disebabkan bahasa tulisan itu lebih mudah disebarkan tanpa wujudnya batasan ruang dan waktu.

Sesungguhnya, makna sesuatu kata boleh berubah sekiranya berlaku kesilapan atau kesalahan penggunaan bahasa. Tanpa disedari atau memang dimaklumi, pelbagai kesalahan bahasa ini juga wujud dalam hasil penulisan di media-media cetak khususnya seperti surat khabar. Sememangnya, surat khabar merupakan salah satu daripada wacana penting bagi menyampaikan serta menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Malahan, akhbar juga berperanan penting ke arah memperkembang dan memartabatkan bahasa Melayu.

Namun begitu, menurut Corder (1981: 11) kesilapan juga akan berguna kepada pelajar atau masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam situasi bahasa tersebut (Arpan Shahbudin Latip: 1998). Ini kerana, kesilapan atau kesalahan yang berlaku boleh memberi kesedaran kepada seseorang individu bahawa bahasa Melayu sentiasa mengalami proses perkembangan dan perubahan dan sewajarnya seluruh masyarakat perlu peka dengan perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam sejarah perkembangannya. Ahli linguistik kontrastif seperti Nickel (1971), Eliasson (1973) dan

James (1980) juga sependapat dengan Corder dan mereka memberi pandangan bahawa kesilapan bahasa boleh diatasi dengan menentukan terlebih dahulu perbezaan dan persamaan yang wujud dalam perkembangan bahasa dari dulu hingga kini (Arbak Shahbudin Latip: 1998).

Gejala kesalahan bahasa terutamanya dalam media cetak seperti surat khabar ini dilihat sebagai sesuatu yang serius dan tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana, pengaruh untuk membaca surat khabar sangat kuat khususnya di kalangan generasi muda dan tidak ketinggalan juga golongan profesional serta segenap lapisan masyarakat waima orang bukan Melayu. Hal ini sekaligus akan menyebabkan mereka menggunakan bahasa yang salah di segi penguasaan ejaan dan tatabahasa yang betul dan sudah pasti akan menjejaskan mutu bahasa Melayu itu sendiri.

Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk melihat dan meneliti kesalahankesalahan bahasa yang sering dilakukan dalam surat khabar yang dikaji bagi membuka mata pelbagai pihak agar memandang serius akan hal ini kerana perkembangan, pemantapan serta penggunaan bahasa Melayu yang betul adalah tanggungjawab semua individu. Sungguhpun skop kajian yang dilakukan oleh pengkaji hanya tertumpu dalam ruang iklaneka sahaja, namun sedikit banyak kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu akan turut mendatangkan kesan yang kurang baik kepada pembaca amnya dari segi pemantapan bahasa Melayu.

1.2

Permasalahan Kajian

Masyarakat sering didedahkan dengan pelbagai pendapat serta spekulasi tentang konsep bahasa sejak dari dahulu lagi. Secara ringkasnya, bahasa adalah alat komunikasi, alat berfikir dan alat untuk menghasilkan buah fikiran. Justeru itu, bahasa tidak seharusnya dibiarkan tumbuh dan tersebar luas secara liar dan tanpa sekatan. Sebagai alat komunikasi, alat berfikir dan sebagai alat pengwujudan buah fikiran maka bahasa dan unsur-unsurnya dapat dinilai, diubah, diperbaiki, serta disesuaikan mengikut keperluan masyarakat.

Umumnya, masyarakat Malaysia boleh menguasai bahasa Melayu dengan pelbagai cara sama ada melalui pembacaan, berdialog, mendengar pita rakaman, mengikuti kursus-kursus bahasa dan bagi pelajar pula, lazimnya memperoleh ilmu bahasa melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sememangnya dalam hal ini, tiada justifikasi yang teguh untuk menghalang seseorang dari menguasai bahasa.

Bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap dalam proses perkembangannya bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Ismail Dahaman (1992: 43) mengatakan bahawa kedatangan orang Inggeris yang mula berminat terhadap bahasa Melayu telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi Bahasa Melayu pada abad ke-17 hingga akhir abad ke-19. Di antaranya termasuklah ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701), ejaan Rumi J. Hawison (1800), ejaan Rumi William Marsden (1912), ejaan Rumi Negerinegeri Selat (1878), ejaan Rumi Swttenham (1881) dan ejaan Rumi Maxwell (1882)

yang berpandukan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada Rumi (Abdul Hamid Mahmood, 1998: 2)

Selain itu, perancangan ejaan rumi yang pertama di Tanah Melayu pula telah bermula pada tahun 1902 apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang diketuai oleh R. J. Wilkinson telah menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan. Bermula dari tempoh tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan ke arah memantapkan sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu sehinggalah pada 5 Disember 1974 telah diterbitkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia untuk kegunaan umum sekaligus wujudnya sistem ejaan baharu Bahasa Malaysia-Indonesia seperti yang digunakan pada hari ini (Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia: 1974).

Walau bagaimanapun, dalam proses perkembangan dan pemantapan bahasa Melayu masih terdapat ciri-ciri kelemahan yang ketara yang sering dilakukan oleh penguna-pengguna bahasa khususnya dalam unsur-unsur penyalahgunaan bahasa. Nik Safiah Karim (1986:2) menyatakan bahawa:

dalam kepesatan pembinaan bahasa Melayu terdapat ciri-ciri kelemahan ke taraf penguasaan yang agak rendah di kalangan pengguna bahasa. Juga kelemahan ciri-ciri bahasa yang memperlihatkan unsur-unsur penyalahgunaan ejaan, struktur ayat, pemilihan kata yang sesuai dan sebagainya.

Berdasarkan pernyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa di kalangan masyarakat amnya dan orang Melayu khasnya masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Walaupun proses perkembangan bahasa

Melayu sudah mengalami proses yang mantap, masih terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang melibatkan unsur-unsur ejaan, struktur ayat dan pemilihan kata yang sesuai. Sungguhpun wujud sedikit banyak perubahan dalam perkembangan bahasa Melayu, seharusnya masyarakat sentiasa peka terhadap perubahan tersebut dan berusaha memastikan tiada kesalahan bahasa berlaku khususnya dalam bidang penulisan yang boleh mempengaruhi pembaca khasnya dan seluruh masyarakat amnya.

Dalam dunia yang serba canggih, salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan adalah dengan menggunakan iklan. Iklan dihasilkan dengan sebegitu rupa agar barangan yang bakal dipromosi akan mendapat tempat di hati pengguna. Secara tidak langsung, pengiklanan yang dilakukan akan melibatkan perantaraan media-media cetak khususnya seperti surat khabar.

Walaupun matlamat akhir iklan adalah untuk mempromosikan dan melariskan jualan yang merupakan faktor luaran linguistik, hubungannya dengan bahasa memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, dalam keghairahan untuk melariskan jualan atau barangan sering berlaku kesalahan-kesalahan ejaan dalam penyampaian iklan yang dipaparkan tanpa menitikberatkan soal bahasa.

Justeru itu, penulisan kertas ilmiah ini akan menyorot dan membincangkan tentang penggunaan bahasa khususnya kesalahan ejaan, imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris yang terdapat dalam surat khabar yang dipilih. Ini kerana, penggunaan bahasa dalam iklan-iklan di surat khabar juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Dalam hal ini, para penggunalah yang akan menjadi sasarannya. Tepat atau tidak bahasa yang

digunakan bakal membentuk persepsi pengguna, seterusnya mengubah sikap mereka dan akhirnya mempengaruhi tindakan yang akan dilakukan. Oleh itu, pelbagai pihak harus sedar dan memainkan peranan yang penting ke arah memartabatkan bahasa Melayu.

1.3

Tujuan Kajian

1.3.1

Tujuan Umum.

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk melihat dan menganalisis aspek-aspek kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang terdapat di dalam akhbar yang dikaji iaitu dari aspek ejaan, penggunaan imbuhan dan perkataan Inggeris yang diMelayukan (pengaruh bahasa Inggeris). Selain itu, kajian yang dilakukan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pembaca mengenai kesalahan-kesalahan bahasa yang wujud dalam surat khabar Mingguan Malaysia ini.

Seterusnya diharapkan agar para pembaca menyedari dan berwaspada dengan kesilapan-kesilapan yang telah dibuat serta tidak terpengaruh dan melakukan kesilapan yang sama khususnya ketika menggunakan bahasa Melayu sama ada dalam bentuk penulisan yang berbentuk ilmiah atau tidak dan mungkin juga di segi pertuturan. Sekaligus ia juga bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu agar tidak disalahgunakan sewenang-wenangnya khususnya dalam media-media cetak seperti surat

khabar kerana ia boleh meninggalkan impak yang negatif ke atas penguasaan bahasa seseorang individu.

1.3.2

Tujuan Khusus

Secara khususnya, kajian yang dilakukan oleh pengkaji mempunyai beberapa tujuan tertentu. Di antaranya ialah untuk:

i.

Mencari dan meneliti kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklaniklan yang terdapat dalam surat khabar yang dipilih agar pelbagai pihak menyedari permasalahan ini khususnya pihak yang terlibat dalam penghasilan akhbar itu sendiri dan golongan pembaca umumnya.

ii.

Menganalisis kekerapan kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berkaitan.

iii.

Membandingkan data-data kesalahan bahasa dan bentuk-bentuk kesalahan dalam iklan yang dipaparkan.

iv.

Melihat tahap kepekaan dan penguasaan bahasa seseorang pengarang atau penyunting akhbar tersebut terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul.

1.4

Soalan Kajian

Berdasarkan kepada topik yang telah dipilih, kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat menghuraikan beberapa persoalan tentang perkara yang dikaji. Di antaranya:

i.

Berapa banyak kesalahan-kesalahan bahasa yang wujud dalam iklan-iklan yang dipaparkan dalam akhbar yang dikaji?

ii.

Sejauh manakah tahap penguasaan bahasa atau ejaan yang betul mempengaruhi hasil penulisan seseorang individu?

iii.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya kesalahan-kesalahan bahasa dalam iklan-iklan di surat khabar.

iv.

Apakah jenis kesalahan bahasa yang paling kerap ditemui dalam iklan-iklan yang dipaparkan?

1.5

Kepentingan Kajian

Surat khabar merupakan salah satu daripada wacana penting yang menyalurkan maklumat dan memainkan peranan penting ke arah memperkembang dan

memartabatkan bahasa Melayu. Sewajarnya, surat khabar dijadikan medan yang sihat dalam menyalurkan informasi serta mementingkan aspek bahasa yang jitu dalam setiap hasil penulisan hatta iklan-iklan kendatipun. Namun demikian, realitinya perkara ini tidak terlaksana dengan berkesan lantaran sikap pihak-pihak yang terbabit dengan hasil penulisan akhbar itu sendiri yang tidak peka dan prihatin terhadap kesalahan

10

penggunaan bahasa yang wujud di dalam akhbar mereka. Situasi sebegini secara tidak langsung memberi tanggapan dan impak yang negatif kepada para pengguna dalam penguasaan bahasa Melayu.

Oleh itu, kajian ini dibuat dengan alasan agar ia mendatangkan kebaikan kepada semua pihak baik kepada pengguna atau para pembaca mahupun kepada penyunting surat khabar itu sendiri supaya sentiasa memastikan penggunaan bahasa Melayu yang menepati peraturan dan hukum-hukum bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sekaligus, dapat mewujudkan satu perasaan celik akal bahawa mereka sebenarnya telah mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan menyimpang daripada landasan yang sebenar.

Selain itu, hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pembaca atau pengguna kerana di samping menikmati iklan-iklan yang dipaparkan di dada akhbar seharusnya pembaca juga dapat memantapkan penggunaan bahasa Melayu melalui aspek-aspek bahasa yang dapat dicontohi atau peka kepada kesalahan-kesalahan yang harus dielakkan serta tidak terpengaruh dengan kesilapan tatabahasa yang dilakukan.

Seterusnya, pengkaji juga mengharapkan agar kajian yang dilakukan ini dapat menyedarkan pihak yang terlibat dengan hasil penulisan atau penerbitan iklan-iklan di surat khabar bahawa dalam mengejar keuntungan, mereka juga turut memainkan peranan ke arah menyemarakkan penggunaan bahasa yang betul. Ini kerana, penggunaan bahasa Melayu yang betul akan turut mendorong pembaca menggunakan

11

bahasa yang betul dan tepat. Seterusnya sebarang kelemahan dan salah tafsir dapat dielakkan sekaligus membantu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara ini.

1.6

Batasan Kajian

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji berkaitan dengan tajuk ini dibataskan kepada pemerhatian dan penelitian kepada iklan-iklan yang terdapat dalam surat khabar Mingguan Malaysia keluaran dari bulan Oktober hingga Disember 2002. Berdasarkan kepada tempoh ini, sebanyak 13 naskhah surat khabar dijadikan bahan pemerhatian atau persampelan oleh pengkaji dan pemilihan untuk tempoh ini dibuat memandangkan tempoh tersebut melibatkan perayaan-perayaan yang besar seperti Deepavali, Krismas dan juga Hari Raya Aidilfitri.

Seterusnya, hasil daripada dapatan tersebut pengkaji akan menganalisis iklaniklan yang dipaparkan di surat khabar yang dipilih berdasarkan kepada kesalahankesalahan bahasa yang wujud di dalam akhbar tersebut. Kesalahan bahasa yang dikaji termasuklah kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan perkataan yang mendapat pengaruh daripada bahasa Inggeris.

12

1.7

Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah melibatkan kaedah perpustakaan dan juga kaedah analisis kandungan. Melalui kaedah perpustakaan, bahanbahan ilmiah yang berkaitan dengan kajian ini dijadikan rujukan oleh pengkaji. Bahanbahan tersebut termasuklah buku-buku, majalah, jurnal dan juga kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji.

Seterusnya melalui kaedah analisis kandungan pula, pengkaji merujuk kepada hasil penulisan iklan-iklan yang dipaparkan dalam surat khabar Mingguan Malaysia dan membuat penelitian serta pemerhatian terhadap bahasa yang digunakan. Data-data yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan dari aspek ejaan, imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris tersebut seterusnya diteliti dan merekodkannya untuk tindakan memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

1.8

Definisi Operasional

1.8.1

Kesalahan bahasa

Nik Safiah Karim (1986: 132) dan Awang Sariyan (1984: 50) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa atau peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Menurut Za`ba (1965), Asmah Hj. Omar

13

(1980) dan Arbak Othman (1981) menyatakan bahawa kesalahan bahasa adalah penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaan bahasa yang baku (Azizah Hj. Jamali: 1999)

1.8.2

Penggunaan

Atan Long (1980: 167) menjelaskan konsep penggunaan adalah kebolehan pengetahuan dalam situasi yang baru. Ini termasuklah penggunaan pelbagai aturan, konsep, kaedah, prinsip, undang-undang serta teori.

1.8.3

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang berketurunan Melayu atau bangsa Melayu. Istilah Melayu telah mula ditemui dalam tulisan Cina sebagai Mo-Lo You pada tahun 644 atau 645 Masihi. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.

1.8.4

Iklan-iklan

Perkataan iklan berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud khabar yang disiarkan. Asmah Hj. Omar (1984: 1) mengatakan bahawa di Malaysia, makna iklan telah disempitkan menjadi sesuatu yang hendak disuguhkan, dipelawa, ditawarkan dan dijual.

14

Seterusnya Frank Jefkins (1979: 123) dalam bukunya yang berjudul Advertising Today mendefinisikan pengiklanan sebagai satu usaha menyebarkan atau memperkenalkan barangan kepada masyarakat dengan harapan agar dapat mewujudkan dan menambahkan permintaan.

Bagi Mansor Ahmad Saman et al. (1984: 98) pula mengatakan bahawa iklan adalah satu proses penyebaran maklumat untuk menghebahkan, memaparkan, menaja serta menggalakkan pembelian atau penerimaan sesuatu barangan, idea atau perkhidmatan atas tajaan sesuatu pertubuhan.

1.8.5

Surat khabar

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 1326) mendefinisikan surat khabar sebagai kertas bercetak yang memaparkan atau menyiarkan berita dan lain-lain (umumnya yang diterbitkan hari-hari atau harian).

1.8.6

Ejaan

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:327) mendefinisikan ejaan sebagai suatu kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu merangkumi aspek-aspek keselarasan vokal, kekecualian keselarasan vokal, kata pinjaman khususnya daripada Bahasa Inggeris, awalan dan kata sendi di dan ke, kata ganti singkat serta partikel.

15

1.8.6

Imbuhan

Imbuhan dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentukbentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Bentuk-bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu ialah awalan, akhiran, sisipan dan apitan (Awang Mohd. Amin: 1982).

16

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Literatur Berkaitan

Kesalahan penggunaan bahasa Melayu merupakan suatu perkara yang lazim dan sering ditemui baik di media-media cetak, di papan-papan tanda mahupun di mana-mana sahaja. Kesalahan dalam penggunaan bahasa ini berlaku bukanlah disebabkan oleh penutur atau individu yang tidak cekap dan tidak berpengetahuan dalam bahasa sematamata. Hal ini demikian, kerana menurut Awang Sariyan (1979: 9) menegaskan bahawa punca kemerosotan dan kesilapan bahasa antaranya ialah faktor gangguan dialek dan pengaruh bahasa kedua (Arpan Shahbudin Latip: 1998).

Menyedari akan hakikat ini, pelbagai kajian yang berkaitan dengan kesalahankesalahan bahasa telah diberi perhatian oleh pengkaji-pengkaji bahasa sama ada dari

17

negara Barat mahupun oleh pengkaji-pengkaji tempatan. Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan telah mendorong pengkaji untuk membuat generalisasi dan kajian tertentu dan diharapkan kajian ini mampu menjadi panduan kepada generasi baru dalam menjalankan penyelidikan. Seterusnya pengkaji juga berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat memaparkan dapatan-dapatan terbaru ke arah memperbaik serta memartabatkan bahasa Melayu.

2.2

Teori Berkaitan

Abd. Hamid Mahmood (1997) menyatakan bahawa penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyibunyi bahasa dan keduanya dari segi perkataan itu disusun menjadi ayat. Arpan Shahbudin (1998) pula menegaskan bahasa tatabahasa merupakan satu teori bahasa yang menghuraikan dengan lengkap hingga ke peringkat penghuraian yang begitu jelas tentang kebolehan intrinsik penutur bahasa itu sendiri. Menganalisis kesalahan bahasa bermaksud satu kajian yang dilakukan untuk menganalisis kesilapan tatabahasa yang sering terdapat dalam bahan-bahan bacaan.

Bidang kajian ini mula berkembang setelah timbulnya kesedaran tentang kepentingan tatabahasa dalam berbahasa dan juga kesilapan bahasa yang dilakukan (Raminah: 1982). Menurut Lutfi Abas (1987: 169), beliau mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh terjadi oleh faktor-faktor kajahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif bahasa Malaysia, takrif bahasa baku, takrif nahu, teori himpunan,

18

pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing. Selain itu, kesilapan juga boleh berlaku disebabkan faktor gangguan daripada bahasa ibunda (Juriah, 1994: 310).

Di samping itu, Koh Boon Boon dan Nik Safiah Karim (1989) pula menjelaskan bahawa tatabahasa adalah satu cara yang jelas untuk memisahkan struktur tidak gramatis dan gramatisnya sesuatu ayat. Kegramatisan ayat ini bukan sahaja diukur dengan kebolehan menaakul bahkan wujud teori pemerolehan bahasa yang dapat dikaitkan dengan penguasaan tatabahasa seseorang. Secara tidak langsung, kebolehan serta tahap penguasaan bahasa seseorang individu boleh dikaitkan dengan teori pemerolehan bahasa.

Dalam kajian tentang teori yang berkaitan, pengkaji cuba mengupas teori Linguistik Behaviorisme atau disebut juga sebagai teori Bloomfield (1887-1949). Bloomfield merupakan ahli bahasa yang digelar sebagai American Structuralism (Lepschy Ginlio, 1970: 84). Konsep ini menerangkan bahawa semua pelajaran bahasa wujud melalui pengumpulan tabiat, iaitu pembentukan kebiasaan yang berkaitan antara ransangan dengan gerak balas.

Semua gerak balas pembelajaran berlaku disebabkan ransangan dan gerak balas ini adalah suatu aktiviti yang dapat diperhatikan. Seseorang itu dikatakan belajar daripada perlakuan baru dan perubahan perlakuan sama ada dengan menguatkan atau melemahkan pola perlakuan yang lama hasil daripada latihan. Pengukuhan merupakan unsur penting dalam pembentukan kebiasaan dengan kehadiran ransangan.

19

Teori ini juga dikenali sebagai teori struktur atau linguistik deskriptif (Lim Kiat Boey, 1975: 27). Menurut teori ini menganalisis bahasa berdasarkan data yang dapat diuji adalah bertujuan menghuraikan sesuatu contoh (sampel) sesuatu bahasa dan tidak menghuraikan seluruh bahasa itu. Oleh sebab itu, Bloomfield menitikberatkan kajiannya pada bahasa yang dapat diamati. Kesimpulannya, menurut teori ini bahasa dianalisis dengan melihat bahagian-bahagiannya dan hubungannya di antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Analisis ini disebut analisis konstituen terdekat.

Kaedah analisis bahasa menurut teori ini bagi pendapat pengkaji adalah sesuai digunakan dalam kajian ini. Mengikut teori ini, huraian tentang kesalahan bahasa dibuat dengan melihat kesalahan menurut jenis-jenis (golongan) tertentu. Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh Bloomfield, analisis kesalahan bahasa pada amnya bertujuan untuk mengesan dan mengenal aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah kepada penulis agar masalah itu dapat diatasi.

Berdasarkan idea-idea tersebut, pengkaji cuba mengaitkan tentang kesalahan bahasa dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan yang berkaitan dengan kesalahan morfologi, kesalahan ejaan dan pemilihan kata. Justeru itu, pengkaji berpendapat bahawa apabila mengaitkan aktiviti membaca dan bahan bacaan, aspek yang harus dipentingkan ialah ketepatan bahasa, kebenaran ejaan dan juga sistem tatabahasa yang betul. Ini amat penting bagi membolehkan seseorang pembaca dapat memahami serta mengetahui maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh penyunting atau pengarang di samping penggunaan bahasa yang betul dan tepat.

20

2.3

Kajian Berkaitan

Berdasarkan subtopik ini, pengkaji telah meneliti beberapa kajian terdahulu yang berkaitan dengan tatabahasa, kesalahan ejaan dan juga kajian yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dalam media-media cetak. Melalui kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar bahasa tersebut, jelas menunjukkan bahawa wujudnya minat yang mendalam di kalangan pencinta-pencinta bahasa untuk mengkaji tatabahasa dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai sektor sama ada dalam bentuk penulisan atau pertuturan.

Hal ini juga sekaligus, jelas menunjukkan bahawa kajian tentang bahasa tidak pernah menemui noktahnya sejak dari sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan hinggalah pada masa kini. Walaupun pelbagai pendedahan serta kajian dilakukan terhadap penggunaan bahasa Melayu, masih juga berlaku kesalahan-kesalahan bahasa dalam pelbagai bidang contohnya seperti kajian yang dibuat oleh pengkaji.

2.3.1

Kajian Barat

Menurut Brown (1980) dalam kajiannya mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku sama ada oleh pengguna bahasa pertama atau pengguna bahasa kedua. Menurut beliau, kebolehan bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa pertama bukanlah disebabkan oleh kurangnya kecekapan pengguna itu terhadap bahasanya tetapi disebabkan oleh masalah proses penglahiran bunyi bahasanya iaitu perlakuan bahasa.

21

Penglahiran bunyi tersebut ialah penggunaan perkataan imbuhan, frasa, klausa dan ayat. Ini dapat difahami berdasarkan dua perkataan istilah yang beliau gunakan iaitu kecekapaan dan perlakuan yang merupakan istilah tatabahasa transformasi-generatif.

Chomsky (1965) pula berpendapat, seseorang penutur bahasa pertama memiliki dua keupayaan iaitu kecekapan dan perlakuan dengan syarat seseorang itu adalah manusia normal dari segi mental dan fizikalnya. Bagi Chomsky, istilah kecekapan merujuk kepada keupayaan seseorang memahami makna bahasa yang dipelajari mengikut sistem tatabahasa yang menjadi milik bahasa itu manakala istilah perlakuan pula merujuk kepada keupayaan seseorang melahirkan penglahiran bunyi bahasanya melalui sistem lambang linguistik, termasuk juga sistem yang dilahirkan melalui penulisan.

Menurut beliau lagi, kecekapan ini merujuk kepada struktur dalaman yang berkaitan dengan makna dan perlakuan merujuk kepada struktur luaran yang ada pada sesuatu bahasa sebagai unsur yang dapat didengar melalui bahasa lisan serta dapat pula dilihat melalui bahasa penulisan. Bagi Chomsky, seseorang penutur natif sesuatu bahasa diandaikan mempunyai pengetahuan yang cukup tentang rumus-rumus dan sistemsistem bahasa ibundanya. Dalam pada itu, mereka juga kerap mengeluarkan ujaranujaran yang tidak gramatis dan melakukan kesalahan bahasa dalam tulisan.

Oleh itu, berdasarkan kedua-dua penjelasan di atas dapatlah difahami bahawa kesalahan bahasa pertama adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu mengeluarkan semula sistem bahasa yang tersimpan dalam mentalnya sama ada melalui

22

bahasa lisan ataupun melalui penulisan. Dalam proses penglahiran semula itulah berlakunya keraguan, kesilapan pemilihan aspek-aspek bahasa secara rawak tanpa tatabahasa yang betul serta kesilapan-kesilapan yang lain.

Brown (1980) berpendapat bahawa semua hal yang berkaitan dengan kesalahankesalahan bahasa tersebut dapat digolongkan sebagai ketidaksempurnaan penglahiran bahasa. Beliau seterusnya mengatakan bahawa ketidaksempurnaan itu ada banyak sebabnya. Di antaranya ialah pengalaman seseorang menguasai bahasanya sejak kecil atau dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa serta pengalaman secara formal dan tidak formal.

Pendapat Brown ini diperkukuh lagi dengan pendapat Mc. Neill (1968) yang menyatakan seseorang pengguna bahasa pertama menguasai bahasanya secara berperingkat-peringkat mengikut peringkat umur dari zaman kanak-kanak hingga ke zaman dewasa. Beliau berpendapat proess penguasaan bahasa pertama itu bukanlah bererti semakin meningkat umur seseorang itu semakin kuranglah kesalahan bahasa yang dilakukannya, tetapi keadaan yang berlainan pula yang berlaku pada setiap peringkat umur yang dilalui oleh seseorang itu.

Pada kebiasaannya, seseorang pengguna bahasa terpaksa menggunakan bahasanya mengikut keadaan orang yang seperingkat dengannya. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu terpaksa mengubah dan meninggalkan aspek-aspek tatabahasa dalam penggunaan perkataan, imbuhan, frasa, klausa dan ayat dalam bahasanya semata-mata kerana ingin menyesuaikan diri dengan kumpulan sebayanya.

23

Seterusnya, Mc. Neill mengatakan dalam proses peningkatan dari satu peringkat ke satu peringkat umur itulah seseorang pengguna bahasa boleh terpengaruh dengan pemilihan aspek-aspek bahasa secara rawak tanpa mengikut rumus-rumus tatabahasa yang betul.

2.4

Kajian Tempatan

Isu tentang kesalahan bahasa telah hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada pengkaji-pengkaji tempatan sejak sebelum merdeka lagi. Pelbagai usaha dilakukan ke arah memartabatkan bahasa Melayu dan mula mendapat perhatian yang serius dalam tahun 1956 apabila soal tentang ejaan Rumi telah dibincangkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ke-3 (Abd. Hamid Mahmood: 1998). Antara lainnya, kajian tentang kesalahan bahasa ini juga telah dilakukan oleh Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za`ba pada tahun 1965 dan beliau adalah di antara pengkaji-pengkaji terawal yang membuat kajian tentang isu ini.

Awang Sariyan (1983) dalam kajiannya mengatakan bahawa pencemaran bahasa boleh berlaku dengan pelbagai cara. Kebiasaannya pencemaran bahasa tersebut terjadi apabila sistem bahasa Melayu tidak dipatuhi sehingga timbulnya bentuk-bentuk bahasa yang salah. Mengikut kajian beliau lagi, kesalahan bahasa dalam sistem ejaan bahasa Melayu kerap berlaku khususnya dari segi keselarasan vokal, kekecualian keselarasan vokal, kata pinjaman khususnya daripada bahasa Inggeris, awalan kata sendi di dan ke, kata ganti singkat dan terakhir ialah dari segi partikel.

24

Menurut beliau juga, fakta tentang struktur bahasa yang salah dalam sukatan pelajaran, buku-buku teks, bahan bacaan umum dan sebagainya amat mempengaruhi corak bahasa yang digunakan di kalangan masyarakat khususnya kepada para pelajar. Jika usaha pemulihan tidak dilakukan, pencemaran bahasa ini akan terus berlaku dan membentuk suatu lingkaran yang tidak sihat.

Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa usaha untuk mengatasai masalah pencemaran bahasa haruslah dimulakan dan direncanakan dengan sedemikian rupa agar setiap individu mampu menguasai sistem bahasa bukannya sekadar mengetahui beberapa aspek struktur bahasa sahaja. Justeru itu, tahap penguasaan bahasa Melayu haruslah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi agar setiap individu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing ke arah memartabat serta memantapkan bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (1989: 34) pula menegaskan bahawa penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan lebih mudah dilakukan dan sebarang kesalahan juga dapat dilihat dengan mudah. Sebagai contoh, wujud kesalahan dalam penggunaan bahasa seperti di papan tanda, di surat khabar, majalah, buku teks dan surat atau dokumen rasmi atau tidak rasmi. Beliau juga mengatakan bahawa penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan lebih luas tersebar berbanding bentuk pertuturan kerana bahasa tulisan lebih mudah disebarkan tanpa batasan ruang dan waktu. Selain itu, kesalahan-kesalahan ini juga mungkin lebih mudah dikuatkuasakan dan dapat dikawal.

25

Di samping itu, Abdullah Hassan melalui kajiannya berpendapat bahawa kesalahan ejaan biasanya berlaku dari segi sistem keselarasan huruf vokal, pengejaan imbuhan, partikel, gabungan kata-kata pinjaman, nama tempat, nama orang dan kata istilah khusus. Seterusnya, dalam kajiannya juga beliau telah mengenal pasti beberapa kesalahan bahasa dari segi ejaan yang dipetik daripada Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1981). Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji membuat kesimpulan seperti berikut:

Jenis-jenis Kesalahan K1 K2 K3 K4 K5 K6

Jumlah 13 14 3 35 2

K1 = Kesalahan huruf vokal K2 = Kesalahan penggunaan imbuhan K3 = Kesalahan penggunaan partikel K4 = Kesalahan penggunaan kata-kata pinjaman K5 = Kesalahan penggunaan kata nama K6 = Kesalahan penggunaan kata-kata lain (istilah khusus)

26

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa kesalahan bahasa yang kerap berlaku ialah kesilapan penggunaan kata-kata pinjaman. Ini menerangkan bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu seseorang individu masih dipengaruhi oleh unsurunsur bahasa asing berbanding kesalahan-kesalahan lain. Menurut beliau, sistem ejaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat penutur masih dipengaruhi oleh bahasa Indonesia, bahasa Arab dan juga bahasa Inggeris.

Seterusnya, Abdul Hamid Mahmood (1989) dalam kajiannya yang bertajuk Kesalahan Frasa dan Ayat mengatakan bahawa penyalahgunaan bahasa Melayu sering berlaku dalam aspek sebutan, ejaan, kata, frasa dan ayat. Beliau juga pernah mengkaji kesalahan penggunaan bahasa dalam media cetak termasuklah akhbar-akhbar tempatan.

Hasil daripada kajiannya, beliau berpendapat bahasa Melayu yang digunakan dalam penerbitan buku-buku, majalah dan penerbitan bersiri adalah lebih baik khususnya jika dilihat dari segi penyampaian maksud kepada pembacanya. Namun begitu, umumnya penggunaan bahasa Melayu dalam buku-buku adalah lebih tinggi mutunya berbanding bahan-bahan penerbitan seperti akhbar-akhbar harian dan mingguan yang didapati lebih rendah mutu bahasanya, terutama dari segi ejaan, istilahistilah dan penyusunan ayat (Abdul Hamid Mahmood: 1989).

Nor Hashimah Jalaluddin (1993) dalam Jurnal Pendidikan Bahasa menegaskan bahawa sungguhpun matlamat akhir iklan adalah untuk melariskan jualan, namun hubungannya dengan bahasa tidak dapat dinafikan. Beliau juga mengemukakan pendapat yang diutarakan oleh Asmah Hj. Omar yang mengatakan bahawa masalah

27

kekaburan yang wujud dalam iklan adalah berpunca daripada sikap individu yang tidak mengendahkan bahasa. Sememangnya tujuan melariskan jualan merupakan faktor luar bahasa walaupun dalam proses melariskan barangan ini, peranan bahasa adalah amat penting (Asmah Hj. Omar: 1984).

Menurut Nor Hashimah lagi, berbagai-bagai kaedah dilakukan untuk menarik perhatian pengguna seterusnya mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu barangan. Kaedah tersebut termasuklah penggunaan bahasa yang mempunyai matlamatnya sendiri dan dalam hal ini penggunalah yang menjadi sasarannya. Antara matlamatnya ialah untuk membentuk persepsi para pengguna, mengubah sikap dan akhirnya

mempengaruhi tindakan mereka. Justeru itu, bahasa diolah dengan sebegitu rupa agar mampu mencapai sasaran dan matlamatnya walaupun adakalanya pemilihan kata dalam iklan-iklan yang dipaparkan telah menyebabkan wujudnya kekaburan khususnya kesalahan dari struktur bahasa.

Selain itu, Asiah Idris dalam Jurnal Dewan Bahasa (Julai 1996) mengatakan akhbar berperanan sebagai egen pembina dan pengembang bahasa Melayu yang menyebarkan maklumat kepada orang ramai walaupun wujud pelbagai saluran komunikasi massa seperti radio dan televisyen malahan melalui komunikasi canggih seperti Internet. Walau bagaimanapun, hal ini tidak terlaksana dengan berkesan kerana masih wujud kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar-akhbar yang dikaji. Beliau mengemukakan hasil Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (LJMPBM) yang mengatakan bahawa:

28

Bahasa Malaysia yang digunakan dalam penerbitan buku dan penerbitan bersiri adalah baik dari segi penyampaian maksud kepada pembaca. Walau bagaimanapun apabila dibandingkan antara buku dengan penerbitan bersiri seperti majalah mingguan atau dwi mingguan, didapati pada umumnya bahasa Malaysia di dalam buku lebih tinggi mutunya. Penerbitan seperti akhbar harian atau mingguan didapati lebih rendah mutu bahasanya, terutama sekali dari segi penggunaan ejaan, istilah dan penyusunan ayat.

Berdasarkan laporan tersebut, dapatlah dikatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar-akhbar tempatan masih rendah mutu bahasanya khususnya dari segi kesalahan bahasa. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan bahasa yang digunakan dalam penerbitan buku. Ini kerana bahasa yang digunakan lebih tinggi mutunya dan penggunaan bahasanya secara keseluruhan adalah lebih baik.

Penggunaan bahasa yang baik dari segi tatabahasa dengan laras bahasa yang sesuai serta gaya yang berkesan amat penting dalam sebarang penulisan sama ada dalam buku, majalah mahupun surat khabar. Peri pentingnya penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan-penulisan di akhbar telah mendapat perhatian daripada tokoh-tokoh bahasa dan ramai yang bersetuju bahawa akhbar bukan sahaja penyampai berita dan maklumat semata-mata malahan merangkumi aspek-aspek bahasa. Hal ini ditegaskan oleh Awang Sariyan (1984) yang mengatakan bahawa:

Oleh sebab demikian pentingnya akhbar kepada manusia, maka kaedah penulisannya turut manjadi penting juga. Sehubungan dengan itu, bahasa memainkan peranan yang penting sekali untuk menjamin mutu berita yang baik.

29

Selain itu, Asiah Idris (1996) juga menjelaskan bahawa pentingnya penggunaan bahasa yang baik dalam akhbar turut ditegaskan oleh Stovall et al. (1984) melalui peranan editor akhbar yang menurutnya harus menguasai tatabahasa. Menurut Stovall:

The job of editor, however, is not to change language but to use it. To do so effectively requires knowning the basic rules and conventions. Editors should know thoroughly the eight basic parts of speech (noauns, verbs, adjective, adverbs, pronouns, conjunctions, interjections and prepositions), and the basic unit of the English usage (the sentence) and its two parts (subject and predicate).

Berdasarkan pendapat yang diutarakan oleh Stovall, jelas menunjukkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa yang sistematik dan tepat dalam surat khabar adalah menjadi tanggungjawab semua individu khususnya editor atau pengarang akhbar itu sendiri. Menurut beliau, seseorang pengarang atau penyunting sesebuah akhbar seharusnya mempunyai lapan pengetahuan asas bagi memastikan hasil penulisan yang efektif dan berkesan dari segi penggunaan bahasa yang betul. Pengetahuan asas yang dimaksudkan ialah merangkumi aspek tatabahasa dan morfologi yang bersesuaian mengikut konteks penulisan mereka dalam surat khabar. Sehubungan dengan itu, Awang Sariyan amat menekankan dua aspek bahasa yang penting iaitu pembinaan wacana yang berkesan dan tatabahasa sebagai asas penulisan di surat khabar (Asiah Idris: 1996).

Arpan Shahbudin Latip (1998) pula menegaskan bahawa kesilapan atau kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu bukanlah disebabkan penutur jati yang tidak cekap atau tidak berpengetahuan dalam bahasanya. Malah beliau memetik katakata Corder yang menganggap kesilapan juga biasanya berpunca daripada tindakan

30

penutur yang melakukan penukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata sehingga ayat-ayat yang dibentuk mengandung kesilapan (Corder, 1973: 258). Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa pendapat yang dikemukan oleh Corder bersesuaian dengan pandangan Ray (1963), Nik Safiah Karim (1986), Awang Sariyan (1984) dan Baskaran (1984) yang menegaskan kesilapan bahasa berlaku dengan adanya penggunaan aspekaspek bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku.

Menurut Arpan Shahbudin lagi, kesalahan bahasa juga boleh berlaku apabila pengguna-pengguna bahasa tersebut keliru atau tidak mampu memahami penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan. Beliau mengemukakan pendapat yang diutarakan oleh Awang Sariyan (1980: 3) yang mengatakan bahawa masih terdapat banyak kesalahan bahasa yang dikenal pasti dalam penggunaan bahasa Melayu pada peringkat tulisan khususnya dari segi ejaan, kesilapan morfologi dan sintaksis.

Di samping itu, beliau juga mengemukakan pendapat yang diutarakan oleh Lutfi Abas (1987:169) yang menerangkan bahawa kesilapan pemilihan kata boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah faktor-faktor kejahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif bahasa Malaysia, takrif bahasa baku, penguasaan nahu, pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing.

Seterusnya, kajian yang berkaitan dengan kesalahan bahasa Melayu juga telah dibuat oleh Awang Sariyan (2000). Berdasarkan buku tersebut, beliau telah membuat kajian untuk mengenal kesalahan umum dalam penggunaan bahasa Melayu dalam

31

pelbagai sektor dan bidang, iaitu dalam bab dua belas. Melalui kajian yang dilakukan, beliau mengemukakan kesalahan bahasa yang wujud dalam sektor pentadbiran yang melibatkan penggunaan bahasa dalam dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh sektor tersebut. Kesalahan bahasa yang dimaksudkan termasuklah kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan atau pemilihan kata, kesalahan imbuhan, kesalahan susunan kata dan juga kesalahan ayat.

Selain itu, beliau juga telah membuat kajian tentang kesalahan bahasa dalam sektor pendidikan. Hasil kajian yang dilakukan, beliau menegaskan bahawa kesalahan penggunaan bahasa Melayu juga tetap wujud dalam sektor pendidikan khususnya dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang telah dikaji oleh beliau. Kesalahan yang nyata dapat dilihat ialah dari sudut fakta bahasa dan juga dari segi struktur ayat.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, pelbagai bentuk kesalahan penggunaan bahasa Melayu telah diberi perhatian oleh pencinta-pencinta bahasa dalam hasil kajian dan penulisan mereka. Kesalahan-kesalahan bahasa yang dibincangkan termasuklah kesalahan ejaan, tatabahasa, morfologi dan sintaksis. Pelbagai persepsi diberikan berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah kesalahan bahasa ini. Namun begitu, sungguhpun pelbagai kajian berkaitan bahasa Melayu telah dilakukan tidak dapat dinafikan bahawa masih banyak berlaku penyelewengan atau kesalahan bahasa Melayu sama ada di papan-papan tanda, mediamedia elektronik mahupun media-media massa.

32

Hal ini jugalah yang telah menarik minat pengkaji untuk melakukan kajian berkaitan kesalahan penggunaan bahasa seterusnya cuba memberi kesedaran kepada pelbagai pihak dan mengambil langkah untuk memperbaik kesalahan-kesalahan berkenaan. Selanjutnya, pengkaji juga mengemukakan beberapa pandangan yang diharapkan dapat mengurangi kesalahan tersebut daripada terus-menerus berlaku. Ini kerana, surat khabar merupakan salah satu daripada media utama yang menyalurkan maklumat sekaligus menjadi medan ke arah memartabatkan bahasa Melayu.

33

BAB III

KAEDAH KAJIAN

3.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk mengenal pasti kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang terdapat dalam iklan-iklan di surat khabar yang dikaji. Untuk menyempurnakan tugasan ilmiah ini, Dua langkah atau kegiatan yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan pengumpulan data menerusi kaedah perpustakaan dan kajian tinjauan.

Melalui kaedah perpustakaan, kajian dilakukan dengan merujuk buku-buku yang berbentuk akademik yang ditulis oleh pakar-pakar bahasa sama ada oleh pengkajipengkaji tempatan mahupun oleh pengkaji-pengkaji dari negara luar. Pandangan atau pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa tersebut yang berkaitan

34

dengan kesalahan bahasa khususnya tentang kesalahan ejaan dan juga tatabahasa diolah semula oleh pengkaji bagi membuktikan wujudnya kesalahan penggunaan bahasa Melayu di media-media cetak yang perlu diberi perhatian dan harus diperbaik dari semasa ke semasa.

Selain itu, bagi menjelaskan dengan lebih lanjut tentang wujudnya kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam media cetak iaitu akhbar Mingguan Malaysia telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian. Akhbar Mingguan Malaysia merupakan salah satu daripada akhbar tempatan yang turut menjadi pilihan di kalangan pembaca sebagai sumber informasi dan maklumat terkini. Iklaneka yang terdapat dalam akhbar ini dijadikan pilihan dan bahan kajian oleh pengkaji kerana akhbar ini diterbitkan pada setiap hujung minggu dan dalam tempoh sebulan hanya terdapat empat keluaran sahaja.

Secara tidak langsung, pemilihan dan pemerhatian daripada sampel ini akan memudahkan pengkaji membuat pengumpulan data dan tinjauan tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-iklan yang dipaparkan. Kesalahan-kesalahan bahasa dari segi ejaan, penggunaan imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris dalam ruangan berkenaan dikaji dan diteliti untuk melihat kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

35

3.2

Populasi dan Sampel Kajian

Pengkaji telah memilih salah satu daripada akhbar tempatan yang terdapat di Malaysia sebagai bahan kajian iaitu akhbar Mingguan Malaysia. Sebanyak 13 naskhah surat khabar tersebut dianalisis iaitu keluaran dari bulan Oktober hingga bulan Disember 2002. Rasional pemilihan akhbar Mingguan Malaysia sebagai bahan kajian ialah berdasarkan popularitinya selain daripada akhbar-akhbar tempatan yang lain khususnya di kalangan pembaca yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Berdasarkan bahan kajian yang dipilih, pengkaji mencatat kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang terdapat dalam iklaneka yang dipaparkan. Aspek kesalahan bahasa yang diberi perhatian ialah dari segi kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan pinjaman daripada perkataan Inggeris untuk dijadikan sampel kajian. Di samping itu, pengkaji akan meneliti dan menganalisis aspek kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berkenaan seterusnya membuat

penganalisisan dan peratusan berkaitan kesalahan-kesalahan tersebut.

3.3

Alat Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji memperoleh data-data melalui kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam akhbar yang dijadikan sampel kajian. Setiap ruang iklaneka yang dipaparkan khususnya promosi barangan atau jualan pada hari perayaan, diteliti untuk mencari kesalahan dalam aspek ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan pengaruh

36

bahasa Inggeris. Seterusnya, kesalahan yang ditemui dikelompokkan mengikut kategori kesalahan yang telah ditentukan iaitu pengkaji menggunakan kaedah senarai semak.

Setiap senarai semak ini dibahagikan kepada beberapa bahagian demi memenuhi aspek kesilapan atau kesalahan bahasa yang hendak dikaji. Kekerapan kesalahan penggunaan bahasa Melayu akan dilihat berdasarkan banyaknya kesalahan yang ditemui dan juga berdasarkan hukum tatabahasa yang betul. Selain itu, jadual senarai semak ini akan memudahkan pengkaji mengesan kesalahan penggunaan bahasa yang kerap dilakukan dalam iklaneka yang dipaparkan melalui sampel kajian yang dipilih. Setiap isi kandungan jadual akan dibahagikan dan akan dihurai hasil dapatannya dalam bab yang seterusnya. Rujuk jadual 1 di bawah:

Jadual 1 Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan-iklan di Surat Khabar (Mingguan Malaysia)

Bulan

Kesalahan Ejaan

Kesalahan Imbuhan

Pengaruh Bahasa Inggeris

Oktober November Disember

Bagi memudahkan pengiraan kekerapan kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian, satu kajian induk disediakan seperti dalam jadual di atas. Pengkaji

37

mengumpul maklumat kesalahan bahasa dan merekodkannya dalam senarai semak yang disediakan oleh pengkaji. Data-data direkodkan mengikut bulan-bulan keluaran, jenisjenis kesalahan bahasa yang terdapat dalam iklaneka berpandukan sampel kajian dan menganalisis kekerapannya. Seterusnya, pengkaji membuat pengelompokan

berdasarkan dapatan yang telah diperoleh dan disatukan dalam jadual keseluruhan yang lebih besar.

3.4

Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan oleh pengkaji dengan menganalisis kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian. Setiap ruang iklaneka yang berkenaan diteliti untuk mencari kesalahan-kesalahan bahasa iaitu dari aspek ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris. Langkah pertama yang dilakukan pengkaji ialah mengumpulkan semua naskhah akhbar Mingguan Malaysia dari bulan Oktober hingga bulan Disember 2002. Terdapat 13 naskhah kesemuanya yang telah dibuat penelitian oleh pengkaji. Tarikh keluaran akhbar tersebut boleh dilihat seperti yang berikut:

38

Jadual 2 Tempoh Keluaran Akhbar Mingguan Malaysia Yang Dikaji

Bulan

Tarikh Keluaran

Oktober

6 Oktober 2002 13 Oktober 2002 20 Oktober 2002 27 Oktober 2002

November

3 November 2002 10 November 2002 17 November 2002 24 November 2002

Disember

1 Disember 2002 8 Disember 2002 15 Disember 2002 22 Disember 2002 29 Disember 2002

Kemudian, pengkaji membuat penelitian terhadap setiap iklaneka yang terdapat dalam sampel kajian dan seterusnya mengesan kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berkenaan berpandukan hukum tatabahasa dan bahan rujukan yang berkaitan. Kesalahan-kesalahan bahasa yang diperoleh akan dijumlahkan dalam ruangan yang disediakan untuk mengetahui jumlah kekerapan kesilapan yang dilakukan. Seterusnya,

39

pengkaji menandakan kesalahan tersebut mengikut ruangan yang telah ditentukan dalam jadual senarai semak yang disediakan.

3.5

Prosedur Penganalisisan Data

Ellis (1987:296) mengatakan bahawa terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh seseorang penganalisis untuk menganalisis kesilapan tatabahasa. Langkah tersebut meliputi pengumpulan sampel dan penjelasan kesilapan. Selain Ellis, Srindhar (1985:22) juga menyarankan satu langkah yang hampir sama dengan pendapat yang dikemukakan oleh Ellis untuk tujuan berkenaan.

Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh dua pengkaji di atas, maka pengkaji membuat rumusan untuk memilih beberapa bahagian untuk menjelaskan mengenai penganalisisan data berpandukan sampel kajian. Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan kesalahan-kesalahan bahasa dari aspek ejaan, penggunaan imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris. Penganalisisan yang dibuat oleh pengkaji adalah dalam bentuk huraian iaitu pengkaji akan menghuraikan kesalahan bahasa yang ditemui dalam bentuk kekerapan dan juga peratusan.

Seterusnya, bagi memudahkan pengiraan kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan berdasarkan sampel kajian, satu jadual induk disediakan. Jadual tersebut memuatkan maklumat tentang bulan keluaran, jenis-jenis kesalahan daripada ruang iklaneka yang terdapat dalam sampel kajian dan juga kekerapannya. Berikut merupakan

40

contoh jadual yang disediakan untuk menganalisis data bagi setiap aspek kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam sampel kajian.

Jadual 3 Contoh Jadual Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Mingguan Malaysia Dari Bulan Oktober Hingga Disember 2002

Bulan Oktober

Jenis Kesalahan Kesalahan Ejaan Penggunaan Imbuhan Pengaruh Inggeris Bahasa

Jumlah

Kekerapan

Peratusan

November

Kesalahan Ejaan

Penggunaan Imbuhan Pengaruh Inggeris Disember Kesalahan Ejaan Penggunaan Imbuhan Pengaruh Inggeris Bahasa Bahasa

41

Pengkaji akan menganalisis kekerapan kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian untuk melihat kesalahan yang sering dilakukan. Bagi menganalisis kesalahan tersebut, pengkaji menggunakan kaedah mod (kekerapan), contohnya pengkaji meneliti dan mencatat seberapa banyak kesalahan bahasa yang ditemui dan mengira jumlah keseluruhannya. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah peratusan untuk mengesan peratus kesalahan yang terdapat dalam iklan-iklan berdasarkan sampel kajian. Berdasarkan analisis data inilah, rumusan tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu dibuat secara keseluruhan.

42

BAB IV

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1

Perihalan Sampel

Pelbagai pandangan dan pendapat diberikan tentang peri pentingnya peranan serta pengaruh media massa khususnya akhbar terhadap mesyarakat. Hal ini turut diperkukuh oleh pendapat yang diutarakan oleh Dennis et. al. (1994) yang menyatakan bahawa Napolean menjelaskan bahawa tiga buah akhbar yang tidak bekerjasama dengan pemerintah lebih berbahaya daripada tikaman 1000 benet (Asiah Idris: 1996).

Sememangnya, komunikasi massa berbeza dengan komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal kerana bidang ini melibatkan alat yang bertindak sebagai perantaraan dan penyebaran maklumat seperti surat khabar. Sistem komunikasi ini juga

43

melibatkan kehadiran individu-individu yang terbabit serta sistem yang mengawal serta memproses maklumat yang ingin disampaikan sebelum disebarkan kepada orang ramai.

Walaupun pada masa kini wujud pelbagai saluran komunikasi massa seperti radio dan televisyen mahupun komunikasi canggih seperti internet, namun akhbar tetap releven. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia tetap memberi perhatian terhadap akhbar untuk menyalurkan serta menyebarkan maklumat kepada rakyat jelata. Ini kerana, akhbar mampu dibeli oleh setiap orang dan melalui rangkaian pengedaran yang cekap, akhbar dapat sampai kepada pembeli di segenap pelosok negara. Secara tidak langsung, pengaruh akhbar sememangnya sangat besar khususnya sebagai agen dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu di rantau ini.

Sungguhpun penggunaan bahasa Melayu sudah meluas namun secara terperinci masih ada masalah-masalah yang timbul khususnya dari segi penyalahgunaan bahasa dalam akhbar. Justeru itu, dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kajian kepada kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang melibatkan akhbar Mingguan Malaysia iaitu berdasarkan kesalahan bahasa dalam iklan-iklan yang dipaparkan, yakni tiada perubahan dari segi pemilihan sampel seperti yang telah dibincangkan dalam bab satu berkaitan sampel kajian.

Selain itu, kajian yang dilakukan ini hanya melibatkan sampel kajian terbitan dari bulan Oktober hingga bulan Disember 2002. Pemilihan ini dibuat oleh pengkaji memandangkan tempoh tersebut melibatkan perayaan-perayaan besar seperti Deepavali, Krismas dan juga Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya, hasil daripada dapatan tersebut,

44

pengkaji menganalisis iklan-iklan yang dipaparkan berdasarkan kesalahan bahasa yang dilakukan khususnya dari segi ejaan, pengimbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris. Jadual di bawah menunjukkan tentang kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian berdasarkan iklaneka yang dipaparkan dari bulan Oktober hingga bulan Disember 2002.

Jadual 4 Golongan Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Kajian (Iklaneka)

Tarikh 6.10.2002 13.10.2002 20.10.2002 27.10.2002 3.11.2002 10.11.2002 17.11.2002 24.11.2002 1.12.2002 8.12.2002 15.12.2002 22.12.2002 29.12.2002 Jumlah

Kesalahan Ejaan 1 13 2 4 21 26 6 6 12 14 15 9 1 130

Kesalahan Imbuhan 1 3 1 6 1 2 3 8 3 3 1 32

Pengaruh Bahasa Inggeris 2 3 6 4 20 9 13 9 10 13 13 6 3 111

45

4.2

Dapatan Kajian

Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan inilah yang membezakannya dengan makhluk-makhluk lain kerana dengan bahasa manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu, kebudayaan serta peradaban dari satu generasi kepada satu generasi. Walau apapun persepsi diberikan terhadap bahasa, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bahasa adalah satu lambang atau sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk saling berhubung. Ini diperjelas lagi oleh ahli psikolinguistik moden yang mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang dapat dimanipulasikan untuk menghasilkan sejumlah kalimat yang tidak terbatas (Mengantar Simanjuntak:1982) dalam Kamarudin Hj. Husin (20001: 4).

Dalam bidang penulisan, persoalan berkomunikasi dengan bahasa memang tidak dapat dipisahkan. Sememangnya, dunia kehidupan manusia terletak pada keupayaan untuk berbahasa. Seterusnya menerusi evolusi bahasa, tulisan berperanan sebagai sistem dan alat interaksi serta sistem komunikasi kepada manusia. Betapa tahap ilmu yang ingin disebarkan, bahasa pengantarnya hendaklah mampu mengemukakan setiap pengertian tentang ilmu tersebut tanpa menimbulkan kekaburan tafsiran.

Tegasnya, bahasa yang digunakan khususnya dalam bidang penulisan perlulah memenuhi syarat tertentu dan seharusnya pengguna bahasa perlu menguasai penggunaan semua kaedah pengantar itu dengan sebaik-baik mungkin. Sewajarnya juga,

46

semua pihak perlulah peka dan prihatin terhadap sebarang kesalahan yang berlaku dalam penggunaan bahasa.

Namun begitu, tahap penguasaan bahasa di kalangan individu yang terlibat secara langsung dalam hasil penulisan dalam akhbar yang dikaji masih kurang memberansangkan sekaligus pemantapan bahasa Melayu yang melibatkan media cetak khususnya surat khabar masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ini kerana, berdasarkan dapatan kajian yang telah diteliti dan dianalisis oleh pengkaji, terdapat pelbagai kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis khususnya dari segi kesalahan ejaan, pengimbuhan dan juga pengaruh bahasa Inggeris. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan jumlah keseluruhan kesalahan penggunaan bahasa Melayu berdasarkan iklan-iklan yang terdapat dalam akhbar kajian.

Jadual 5 Jumlah Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Akhbar Kajian Dari Bulan Oktober Hingga Disember 2002

Bulan Oktober November Disember Jumlah

Kesalahan Ejaan 20 59 51 130

Kesalahan Pengimbuhan 5 9 18 32

Pengaruh Bahasa Inggeris 15 51 45 111

47

Berdasarkan jadual di atas, kesalahan ejaan pada bulan November mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 59 kesalahan manakala kesalahan ejaan pada bulan Disember mencatatkan jumlah kedua terbanyak iaitu 51 dan diikuti pada bulan Oktober iaitu jumlah kesalahan ejaan yang paling sedikit iaitu hanya terdapat 20 kesalahan sahaja. Seterusnya, bagi kesalahan pengimbuhan secara keseluruhannya mencatatkan jumlah kesalahan yang paling rendah iaitu sebanyak 18 kesalahan diikuti 9kali dan akhir sekali 5 kesalahan sahaja yang dapat dikesan oleh pengkaji yang masing-masing pada bulan Disember, November dan diikuti bulan Oktober.

Seterusnya, jadual 6 pula menunjukkan tentang kekerapan setiap golongan kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian. Secara ringkasnya, kesalahan bahasa dari segi ejaan telah mencatatkan jumlah kesalahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 130 kesemuanya. Kemudian jumlah ini diikuti oleh kesalahan dari segi pengaruh bahasa Inggeris yang telah mencatatkan jumlah yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 111 kesalahan manakala jumlah kesalahan dari segi pengimbuhan pula hanya terdapat 32 kesalahan sahaja kesemuanya.

48

Jadual 6 Kekerapan Setiap Golongan Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Kajian

Kesalahan Ejaan Pengimbuhan Pengaruh Bahasa Inggeris Jumlah

Bilangan 130 32 111 273

Peratusan (%) 47.6 11.7 40.7 100

Berikut merupakan jadual yang menunjukkan bilangan peratusan keseluruhan kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang telah dianalisis berdasarkan iklan-iklan yang terdapat dalam akhbar kajian.

Jadual 7 Bilangan dan Peratusan Kesalahan Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Kajian

Bulan

Jumlah Kesalahan Ejaan, Pengimbuhan dan Pengaruh Bahasa Inggeris 40 119 114 273

Peratusan (%)

Oktober November Disember Jumlah

14.6 43.6 41.8 100

49

Jadual-jadual di atas iaitu jadual 4, 5, 6 dan 7 menunjukkan tentang bilangan keseluruhan kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang dapat dikesan oleh pengkaji daripada iklan-iklan yang dipaparkan berdasarkan akhbar kajian bagi setiap terbitan bulanan iaitu dari bulan Oktober hingga bulan Disember sahaja. Jadual tersebut membuktikan bahawa terdapat pelbagai kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis dalam hasil penulisan dalam akhbar tersebut. Sungguhpun skop perbincangan pengkaji hanya dibataskan kepada iklan-iklan yang dimuatkan dalam akhbar kajian, namun sedikit banyak ia turut menjejaskan mutu serta pemantapan bahasa Melayu itu sendiri.

Berdasarkan dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa iklaneka yang dipaparkan dalam terbitan bulan November 2002 mencatatkan jumlah kesalahan bahasa yang paling kerap iaitu sebanyak 119 kali atau 43.6% daripada jumlah keseluruhan kesalahan bahasa yang ditemui. Seterusnya, jumlah tersebut diikuti oleh kesalahan bahasa yang dicatatkan pada bulan Disember iaitu sebanyak 114 atau bersamaan dengan 41.8%. Sementara itu, iklan-iklan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji terbitan bulan Oktober telah mencatatkan jumlah kesalahan bahasa yang paling rendah iaitu hanya sebanyak 40 kali atau 14.6% sahaja.

Secara keseluruhannya, kekerapan dan peratusan setiap golongan kesalahan bahasa yang dikesan dalam akhbar tersebut menunjukkan bahawa kesalahan ejaan merupakan kesalahan yang paling tinggi atau banyak berlaku iaitu pada kadar 47.6% atau sebanyak 130 kali. Hal ini berbeza dengan kesalahan penggunaan bahasa dari segi pengaruh bahasa Inggeris yang mencatatkan jumlah kesalahan yang lebih rendah iaitu

50

sebanyak 111 kali yang bersamaan dengan 40.7%. Kesalahan penggunaan bahasa dari segi pengimbuhan pula mencatatkan jumlah kesalahan yang paling sedikit iaitu 11.7% atau sebanyak 32 kali sahaja.

4.2.1

Kesalahan Ejaan

Awang Sariyan (1989) mengatakan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan penggunaan bahasa Melayu dari segi kesalahan ejaan. Antara faktor-faktor berkenaan adalah seperti berikut, iaitu:

a. Tidak mematuhi peraturan keselarasan vokal b. Kekecualian keselarasan vokal c. Ejaan kata daripada bahasa pinjaman d. Kata ganti singkat e. Kata sendi awalan di dan ke f. Kata berakhiran i, an dan kan g. Ejaan beberapa kata yang mengelirukan dan tidak sesuai

Berdasarkan jadual 8 di bawah, secara keseluruhannya terdapat 130 kesalahan ejaan yang dapat dikesan oleh pengkaji berdasarkan iklan-iklan dalam akhbar yang dikaji. Sebagai rumusannya, adalah dipercayai bahawa kesalahan tersebut berpunca daripada beberapa faktor sebagaimana yang diperkatakan oleh Awang Sariyan (1989).

51

Jadual 8 Kekerapan dan Peratusan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Kajian

Bulan Oktober November Disember Jumlah

Kekerapan Kesalahan Ejaan 20 59 51 130

Peratusan (%) 15.4 45.4 39.2 100

4.2.1.1 Tidak Mematuhi Peraturan Keselarasan Vokal

Abdullah Hassan (1989) menyatakan bahawa dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdapat 18 pola keselarasan vokal. Pola-pola ini hendaklah diikuti secara tepat sewaktu mengeja. Ini kerana, sebarang salah faham atau kesilapan pola keselarasan vokal ini khususnya dalam penulisan akan mengakibatkan kesalahan ejaan bahasa Melayu

Berdasarkan kajian yang telah ditadbirkan, pola keselarasan vokal yang kerap disalahgunakan ialah pola a - a sahaja. Kesalahan tersebut didapati dalam iklan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji terbitan bulan Disember 2002 iaitu ejaan wayar telah dieja menjadi wayer. Ejaan tersebut yang sepatutnya dieja dengan /wa/ dan /yar/ telah dieja menjadi /wa/ /yer/.

52

4.2.1.2 Ejaan Kata Daripada Bahasa Pinjaman

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa ejaan yang diambil daripada bahasa-bahasa pinjaman seperti bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan juga bahasa Arab. Berdasarkan iklan-iklan yang terdapat dalam sampel kajian, pengkaji mendapati wujudnya kesalahan bahasa yang mendapat pengaruh daripada bahasa pinjaman tersebut dan ini sekaligus boleh menimbulkan masalah dalam ejaan bahasa Melayu.

Masyarakat sering berasa ragu-ragu tentang sistem pengejaan bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Inggeris walaupun dasar-dasarnya telah ditetapkan. Sebenarnya, sistem pengejaan kata yang berasal daripada bahasa Inggeris telah dirangka oleh Jawankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM). Justeru itu, masyarakat seharusnya peka terhadap sebarang perubahan yang telah dibuat oleh jawatan kuasa tersebut. Di sini, pengkaji mengutarakan contoh-contoh dan pembetulan bagi kesalahan ejaan berdasarkan sampel kajian. Di antaranya:

Bahasa Inggeris Makkah Cartoon Electrik Credit Baucar Litre

Bahasa Melayu Mekah Kartun Elektrik Kredit Baucer Liter

53

Bahasa Arab Qiblat

Bahasa Melayu Kiblat

4.2.1.3 Kata Ganti Singkat

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis kata ganti singkat iaitu ku, kau, mu dan nya. Sekiranya perkataan ku dan kau ditulis sebagai awalan penanda pasif, penulisan tersebut perlulah serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya . Namun, dalam kajian yang dilakukan berdasarkan sampel kajian pengkaji mendapati beberapa kesalahan dilakukan. Contohnya:

Salah Ku cari Kau kunci Kau pergi Ku pohon Ku hulur

Betul Kucari kaukunci Kaupergi Kupohon Kuhulur

Seterusnya, kata ganti singkatan mu dan nya bagi nama Tuhan perlulah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang. Contohnya:

54

Salah Darinya

Betul Dari-Nya

4.2.1.4 Kata Sendi Awalan di dan ke

Terdapat dua cara penggunaan di dan ke dalam penulisan bahasa Melayu iaitu sebagai awalan dan sebagai kata depan. Sebagai awalan dan menunjukkan kata kerja, perkataan di dirapatkan dengan perkataan yang menyusulinya, manakala sebagai kata depan (kata sendi), di dan ke dipisahkan daripada perkataan yang mengikutinya.

Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh pengkaji berpandukan kepada sampel kajian, didapati bahawa kesalahan kata sendi awalan di dan ke terdapat dalam kata depan sahaja. Berikut merupakan contoh kesalahan yang dilakukan oleh penulis dalam kesalahan bahasa yang berkaitan dengan kata awalan tersebut iaitu:

Salah Diluar Dimana Disini

Betul Di luar Di mana Di sini

55

4.2.2

Kesalahan Penggunaan Imbuhan

Menurut Awang Sariyan (1989), kesalahan yang berhubung dengan imbuhan dapat dibahagikan kepada :

i.

Pengabaian terhadap penggunaan imbuhan MeN - pada kata kerja aktif transitif

ii.

Pengguran akhiran kan daripada kata kerja yang diikuti oleh satu kata kerja lain yang setara

iii. iv.

Penggunaan kata kau dan i yang salah; dan Gagal membezakan akhiran an dan kan

Berikut merupakan jadual yang menunjukkan tentang kekerapan dan peratusan kesalahan imbuhan yang dianalisis oleh pengkaji berdasarkan sampel kajian.

Jadual 9 Kekerapan dan Peratusan Kesalahan Penggunaan Imbuhan Dalam Sampel Kajian

Bulan Oktober November Disember Jumlah

Kekerapan Kesalahan Imbuhan 5 9 18 32

Peratusan (%0 15.6 28.1 56.3 100

56

Jadual di atas menunjukkan tentang analisis kesalahan bahasa dari segi imbuhan dan peratusan kesalahan tersebut yang dapat dikesan daripada iklan-iklan yang dipaparkan dalam sampel yang dikaji terbitan bulan Oktober hingga bulan Disember 2002. Purata daripada setiap terbitan akhbar tersebut, pengkaji dapat mengesan sekurang-kurangnya 32 kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis dari segi pengimbuhan.

Secara keseluruhannya, akhbar terbitan bulan Oktober mencatatkan jumlah kesalahan imbuhan yang paling rendah dalam iklan-iklan yang dipaparkan iaitu sebanyak 5 kesalahan sahaja. Sementara itu, akhbar terbitan bulan November pula mencatatkan jumlah kesalahan yang lebih banyak iaitu 9 kesalahan pengimbuhan yang ditemui. Namun demikian, iklaneka yang dimuatkan dalam akhbar kajian yang diterbitkan pada bulan Disember mencatatkan jumlah kesalahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 18 kesalahan atau 56.3% daripada jumlah keseluruhan.

4.2.2.1 Contoh-contoh Kesalahan Dalam Akhbar Yang Dikaji

1. Membeli set kedua produk pakaian dengan potongan harga 50 peratus 2. Keunggulan mutlak daripada mesin pembasuh 3. Sila rujuk kaunter khidmat untuk keterangan lanjut 4. Hadiah-hadiah diperolehi daripada 5. Nada dering lagu raya menghilang gundah 6. Selamat diguna

57

7. Memikir untuk membeli penyaman udara?

4.2.2.2 Analisis Kesalahan

Berdasarkan contoh-contoh di atas terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dikenal pasti dari segi pengimbuhan. Ayat yang gramatis seharusnya:

1. Pembelian set kedua produk pakaian dengan potongan harga 50 peratus 2. Keunggulan mutlak daripada mesin basuh 3. Sila rujuk kaunter perkhidmatan untuk keterangan lanjut 4. Hadiah-hadiah diperoleh daripada 5. Nada dering lagu raya menghilangkan gundah 6. Selamat digunakan 7. Berfikir untuk membeli penyaman udara?

4.2.3

Kesalahan Bahasa Daripada Pengaruh Bahasa Inggeris

Jadual berikut menunjukkan bilangan kekerapan dan peratusan kesalahan bahasa daripada pengaruh bahasa Inggeris berdasarkan sampel kajian. Kesalahan bahasa daripada pengaruh bahasa Inggeris ini merupakan kesalahan kedua tertinggi berbanding kesalahan dari segi ejaan yang mencatatkan jumlah yang paling tinggi manakala

58

kesalahan dari segi pengimbuhan pula mencatatkan jumlah kesalahan yang paling rendah.

Jadual 10 Kekerapan dan Peratusan Kesalahan Bahasa Daripada Pengaruh Bahasa Inggeris

Bulan

Kekerapan Kesalahan Daripada Pengaruh Bahasa Inggeris 15 51 45 111

Peratusan (%)

Oktober November Disember Jumlah

13.5 46.0 40.5 100

Secara keseluruhannya, sebanyak 111 kesalahan bahasa daripada pengaruh bahasa Inggeris yang dapat dikesan oleh pengkaji berdasarkan sampel kajian. Berdasarkan data yang telah dianalisis, pengkaji mendapati bahawa akhbar yang diterbitkan pada bulan November mencatatkan jumlah kesalahan yang paling kerap melalui iklan-iklan yang dipaparkan iaitu sebanyak 51 kali ataupun bersamaan dengan 46.0 peratus. Ini diikuti dengan akhbar terbitan bulan Disember yang mencatatkan jumlah sebanyak 45 kesalahan. Seterusnya, iklan-iklan yang dimuatkan dalam sampel kajian terbitan pada bulan Oktober pula mencatatkan jumlah yang paling rendah iaitu hanya terdapat 15 kesalahan sahaja yang dilakukan.

59

4.2.3.1 Contoh-contoh Kesalahan Bahasa Yang Mendapat Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Akhbar Kajian

1. Pergi ke write messages 2. Pilih reply 3. We want you to win 4. WM dan EM 5. Radio Cassette 6. DVD player 7. Gas cooker 8. T-Shirt 9. Vacum Cleaner 10. Rice cooker 11. Standing fan 12. Washing machine 13. Percuma voucher 14. Cuba try coca-cola 15. Electric oven 16. Cash 17. Remote kontrol 18. Celebrations 19. Talk-time Credit 20. Family Choice 21. Get gaya this raya

60

4.2.3.2 Analisis Kesalahan

Berdasarkan kesalahan-kesalahan tersebut, pengkaji berpendapat tidak sewajarnya penulis menggunakan istilah bahasa Inggeris yang dicampuradukkan dengan bahasa Melayu dalam hasil penulisan mereka. Ini kerana, tindakan tersebut akan menyebabkan langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu tidak akan berjaya. Seharusnya, ayat yang gramatis ditulis seperti:

1. Pergi ke tulis mesej 2. Pilih jawab atau balas 3. Kami mahu anda memenanginya 4. Malaysia Barat dan Malaysia Timur 5. Kaset 6. Pemain DVD 7. Dapur gas 8. Kemeja-T 9. Pembersih Hampagas 10. Periuk nasi elektrik 11. Kipas angin berdiri 12. Mesin basuh 13. Vaucer percuma 14. Cubalah coca-cola 15. oven elektrik 16. Tunai

61

17. Alat kawalan jauh 18. Perayaan 19. Kredit masa berbual 20. Pilihan keluarga 21. Dapatkan gaya di hari raya ini

62

BAB V

RUMUSAN

5.1

Kesimpulan

Kajian terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-iklan yang dipaparkan dalam surat khabar ini dilihat sebagai sesuatu yang berguna dan berfaedah serta bernilai kepada masyarakat amnya dan juga kepada individu atau perorangan yang terlibat dalam penulisan khususnya. Berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui kajian yang dijalankan, sedikit banyak diharap dapat memberi kesedaran kepada pelbagai pihak bahawa peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul sama ada dalam bentuk pertuturan atau dalam penulisan adalah menjadi tanggungjawab semua individu.

Sehubungan itu, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing ke arah memartabatkan dan mempertingkat penguasaan bahasa Melayu khususnya yang

63

melibatkan hasil-hasil penulisan yang menjadi perhatian umum. Kesalahan umum dalam bahasa Melayu seharusnya dilihat sebagai suatu agenda yang perlu dititikberatkan dan perlu dipandang serius oleh segenap lapisan masyarakat yang cintakan bahasa.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesilapan penggunaan bahasa Melayu dalam hasil penulisan juga mungkin dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa disedari. Namun begitu, kesilapan yang tidak disengajakan inilah yang akan mempengaruhi pemantapan bahasa Melayu dan tahap penguasaan bahasa di kalangan pembaca khasnya dan kalangan masyarakat amnya.

Maka dengan itu, seharusnyalah individu yang terlibat secara langsung dalam hasil penulisan di akhbar ini termasuklah pengarang, penolong pengarang dan penyunting peka serta mengambil kira penggunaan bahasa yang betul dari perspektif pemikiran dan juga kesempurnaan dalam hasil penulisan mereka secara keseluruhan. Pemikiran yang dimaksudkan oleh pengkaji di sini ialah melibatkan idea atau konsep (iklan) yang hendak disampaikan dan diketengahkan oleh penulis manakala kesempurnaan pula merangkumi penggunaan bahasa yang betul serta sempurna dari semua aspek.

Berdasarkan perbincangan dan data-data tentang kesalahan pengggunaan bahasa yang dikenal pasti, menunjukkan bahawa masalah tersebut memerlukan langkahlangkah yang tertentu untuk mengatasinya. Sememangnya, kesalahan penggunaan bahasa dalam akhbar tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan perhatian serta

64

pembacaan dari segenap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, bentuk bahasa yang digunakan secara tidak langsung akan menjadi ikutan kepada pembaca. Kesan yang jelas yang mungkin berlaku adalah gangguan bahasa serta tahap penguasaan bahasa di kalangan pembaca.

Seterusnya, keutuhan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan turut tergugat dan digugat dengan adanya permasalahan seperti ini. Justeru itu, masalah ini perlu dibendung dan diatasi dengan segera agar tidak berterusan sekaligus menjejaskan imej bahasa Melayu itu sendiri. Saranan-saranan yang dikemukakan oleh pengkaji diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat khususnya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa.

Perlu dijelaskan, kajian tentang penggunaan bahasa dalam aspek yang dikaji oleh pengkaji dalam akhbar ini merupakan penyelidikan dalam usaha mengumpul data dan maklumat tentang penggunaan bahasa dalam iklaneka yang dipaparkan melalui akhbar Mingguan Malaysia. Diharap akan ada kajian atau penyelidikan lanjut yang dibuat berkaitan penggunaan bahasa Melayu dalam aspek yang lebih luas dan lebih terperinci.

65

5.2

Perbincangan

Ferdinand de Saussure iaitu seorang sarjana linguistik Swiss awal abad ke-20 menyatakan bahawa bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan keduaduanya adalah bersifat psikologi. Menurut beliau, erti dan bunyi tidaklah terpisah di antara satu sama lain sebaliknya bergabung dalam satu rantaian ucapan mengikut hukum-hukum tatabahasa (Kamarudin Hj. Husin: 2001).

Pada masa kini, definisi yang baru dan lazim telah meneliti bahasa menurut fungsi dan bentuknya. Dari segi fungsinya, bahasa merupakan satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya sebagai sistem komunikasi sesebuah masyarakat. Menurut bentuknya pula, bahasa seperti yang diertikan oleh Chomsky adalah kalimat yang terbatas dan juga semestinya mengandung unsur-unsur yang terbatas jumlahnya.

Dalam menelusuri bidang penulisan, sememangnya persoalan berkomunikasi dengan bahasa tidak dapat dipisahkan. Pada hakikatnya juga, dunia kehidupan manusia adalah terletak pada keupayaan untuk berbahasa kerana dengan berbahasa manusia dapat mengerti, mengetahui, menikmati, mengawal, mencipta dan mengembangkan dunia demi kehidupan yang lebih bermakna. Demi memenuhi peranannya sebagai penghantar mesej dan juga informasi sama ada melalui pertuturan mahupun penulisan, maka aspek bahasa yang digunakan hendaklah mematuhi syarat-syarat tertentu tanpa menimbulkan kekaburan tafsiran.

66

Namun dalam hal ini, kesalahan bahasa tetap berlaku dalam pelbagai sektor dan bidang khususnya yang melibatkan bidang penulisan. Ini kerana berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, pengkaji menemui pelbagai kesalahan-kesalahan bahasa dalam akhbar yang menjadi sampel kajian pengkaji. Hasil daripada penelitian yang telah dibuat, pengkaji berpendapat bahawa situasi sebegini bukan sahaja berlaku dalam media cetak seperti surat khabar malahan di mana-mana sahaja kesalahan penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dan ditemui sama ada di media-media elektronik, di papan-papan tanda, buku-buku dan sebagainya.

Di sepanjang kajian yang dilakukan ini, pengkaji berpendapat banyak faktor yang mendorong seseorang individu melakukan kesalahan bahasa khususnya dalam bidang penulisan. Ini kerana, setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan seharusnya kesilapan-kesilapan yang dilakukan bakal menyedarkan pihak-pihak yang terbabit agar sentiasa peka dan prihatin terhadap kesilapan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, adakalanya masalah ini timbul berikutan sikap segelintir masyarakat yang tidak endah dan mengambil sikap sambil lewa terhadap sesuatu kesilapan yang dilakukan dalam penyalahgunaan bahasa begitu juga halnya dalam bidang penulisan.

Sikap yang tidak bertanggung jawab serta prihatin terhadap pemantapan bahasa Melayu sememangnya akan mendorong seseorang individu melakukan kesalahan demi kesalahan terhadap penggunaan bahasa apatah lagi sekiranya tindakan tersebut tidak pernah mendapat kritikan mahupun perhatian daripada masyarakat umum. Jika dilihat berdasarkan hasil kajian pengkaji, kesalahan bahasa dari segi ejaan merupakan yang tertinggi berbanding kesalahan dari segi pengimbuhan dan juga pengaruh bahasa

67

Inggeris. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah pihak-pihak yang terbabit lebih mementingkan keuntungan yang bakal diperoleh melalui iklan-iklan yang dipaparkan di dada akhbar tanpa mengambil berat terhadap bahasa yang digunakan.

Selain itu, keadaan ini juga berlaku disebabkan kemahiran yang tidak seimbang dalam penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seseorang penutur bahasa. Pada pandangan pengkaji, kemahiran bahasa Melayu penutur tersebut masih lemah dalam bidang tertentu dan ini digantikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Namun begitu, pengkaji juga tidak menafikan bahawa adakalanya penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan-iklan yang dipaparkan tersebut memang disengajakan sebagai gimik dan bertujuan untuk menarik perhatian pengguna.

Hal ini diperkukuh dengan pendapat yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan (1989) yang menjelaskan bahawa hal utama menyebabkan berlakunya keadaan ini ialah kemahiran bahasa yang tidak seimbang dalam kedua-dua bahasa tersebut iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Secara ringkasnya, kemahiran bahasa seseorang individu dalam bahasa pertamanya iaitu bahasa Melayu hanya meliputi bidang-bidang tertentu sahaja khususnya pertuturan.

68

5.3

Implikasi Kajian

Langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu yang dilaksanakan sejak zaman sebelum merdeka hinggalah selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, meruntun masyarakat pencinta bahasa untuk menggunakan bahasa Melayu dengan penuh berperaturan dan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, adakalanya hajat untuk memartabatkan bahasa Melayu sering dipandang remeh oleh sesetengah lapisan masyarakat sehingga mendorong mereka menggunakan bahasa yang menyeleweng daripada tatacara yang benar serta mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Dalam hal ini, tidak ketinggalan juga bahan-bahan bercetak yang berbentuk bukan ilmiah yang sedikit banyak menyumbang kepada pemantapan bahasa Melayu.

Dengan itu, berdasarkan kepada kajian yang dilakukan pengkaji berpendapat bahawa kajian ini sedikit banyak dapat memberi manfaat kepada seluruh golongan masyarakat khususnya kepada pembaca serta individu yang terlibat dalam hasil penulisan di surat khabar itu sendiri. Ini kerana hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar yang dikaji khususnya kesalahan bahasa dari segi ejaan, pengimbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris.

Secara tidak langsung, hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan pelbagai pihak khususnya individu yang terbabit dalam hasil penulisan di surat khabar tersebut agar sentiasa prihatin dengan bahasa yang digunakan dalam hasil-hasil penulisan mereka serta memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Seharusnya

69

juga hasil dapatan-dapatan kajian yang telah dibuat dapat mewujudkan perasaan celik akal kepada individu berkenaan bahawa mereka sebenarnya telah mengabaikan penggunaan bahasa Melayu dan menyimpang daripada landasan yang sebenar.

Perl (1979) menyatakan proses penulisan berlaku secara berulangan. Apabila proses penciptaan berlaku dalam keadaan biasa, seseorang itu akan terus-menerus menulis, adakalanya pantas dan adakalanya perlahan. Penulis juga perlu meninjau semula apa yang telah ditulisnya (Mohd. Jonit Mohd. Johari: 1994). Justeru itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Perl, pengkaji berpendapat dapatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaan bahasa dalam iklan-iklan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji masih lemah dan selain daripada mengejar keuntungan seharusnya individu berkenaan sedar bahawa mereka juga turut memainkan peranan ke arah memartabatkan bahasa Melayu.

Hasil daripada kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa pihak akhbar itu sendiri tidak peka dan prihatin terhadap penggunaan bahasa yang betul serta tidak membuat semakan atau tinjauan semula terhadap bahasa yang digunakan. Dengan itu, hasil kajian ini sekaligus dapat memberi manfaat kepada individu yang terlibat secara langsung dalam hasil-hasil penulisan dalam surat khabar dan tidak ketinggalan juga kepada pembaca amnya agar dapat memantapkan penggunaan bahasa Melayu melalui aspek-aspek bahasa yang dapat dicontohi serta peka kepada kesalahan-kesalahan bahasa yang harus dielakkan.

70

5.4

Cadangan Kajian Lanjut

5.4.1

Cadangan ke atas Syarikat Penerbitan

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1989), banyak faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam media-media cetak. Antaranya ialah:

i.

Ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang masih belum menguasai bahasa Melayu dengan sempurna

ii.

Tidak ada pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi dan memberikan bimbingan dalam penggunaan bahasa Melayu; dan

iii.

Tidak dapat dinafikan adanya sikap tidak mengambil berat terhadap bahasa Melayu di kalangan pegawai-pegawai mereka, tidak mengambil berat terhadap penggunaan bahasa yang betul serta tidak merasa malu dan memberi berbagai- bagai alasan.

Berdasarkan pendapat tersebut, pengkaji berpendapat bahawa seseorang penyunting atau pengarang sesebuah akhbar perlulah peka dan prihatin terhadap kesalahan bahasa yang terdapat dalam akhbar mereka dan perlu mengambil tindakan segera untuk menanganinya. Hal ini kerana, ketegasan pihak penyunting boleh membantu penguasaan penulisan yang bermutu dari segi bahasa serta tatabahasanya dan seharusnya menanamkan semangat cintakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

71

Dalam satu kajian lain yang dilakukan oleh Abdul Hamid Mahmood (1992), beliau mancadangkan agar kursus intensif bahasa diberikan kepada penyunting, pengarang, penulis serta pengedit dari semasa ke semasa kerana bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan demi perubahan justeru sifatnya yang fleksibel. Oleh itu, semua individu yang terlibat dalam proses penghasilan sesebuah akhbar perlulah didedahkan dengan kemahiran bahasa dan tatabahasa yang terkini. Hal ini penting bagi memastikan mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul dan tepat dalam setiap hasil penulisan mereka.

Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar sesebuah syarikat penerbitan akhbar mewujudkan pengkhususan atau pembahagian tugas mengikut bidang kemahiran khususnya kemahiran dari segi bahasa. Dengan adanya pengkhususan ini secara tidak langsung membolehkan sesebuah syarikat penerbitan mempunyai pakar rujuk bahasanya yang tersendiri. Oleh itu, segala permasalahan yang timbul berkaitan bahasa boleh dirujuk dan sekaligus masalah pencemaran bahasa dalam hasil-hasil penulisan boleh dielakkan.

5.1.2

Cadangan Kajian Lain

Dalam kajian ini, topik perbincangan hanya difokuskan kepada kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-iklan di surat khabar Mingguan Malaysia sahaja dan pengkaji berpendapat bahawa skop kajian ini terlalu kecil serta masih terdapat kekurangan dan kelemahannya. Justeru itu ,pengkaji mencadangkan agar kajian-kajian

72

lain perlu dilakukan dengan lebih meluas lagi contohnya subjek kajian hendaklah diperbanyak jumlahnya iaitu merangkumi sebilangan besar hasil penulisan yang dimuatkan dalam akhbar bukan hanya ruang iklaneka sahaja bagi melihat perbezaan yang nyata dalam aspek kesalahan-kesalahan bahasa.

Dengan kajian sedemikian, bilangan subjek akan menjadi lebih besar untuk membolehkan hasil kajian ini digeneralisasikan secara meluas. Secara tidak langsung, pelbagai kesalahan dapat dikenal pasti dan dianalisis oleh pengkaji berikutnya agar dapat dikaji dengan lebih meluas aspek-aspek kesalahan bahasa yang terdapat dalam media-media cetak khususnya surat khabar yang menjadi wadah pengembang bahasa dan sumber informasi.

Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian lain dijalan dengan melibatkan akhbar-akhbar tempatan yang terdapat di Malaysia. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak akhbar-akhbar tempatan yang diterbitkan selain daripada akhbar Mingguan Malaysia contohnya seperti akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Watan dan Perdana. Kajian ini sewajarnya dilakukan untuk melihat dan menganalisis data perbezaan serta perbandingan dengan lebih jelas dalam aspek-aspek kesalahan bahasa dalam penulisan di antara satu akhbar dengan akhbar yang lain.

Dengan itu, pelbagai kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam akhbarakhbar yang dikaji dapat dilihat dan dianalisis sekaligus dapat mengenal pasti akhbar yang melakukan kekerapan serta peratusan kesalahan bahasa yang paling tinggi. Hasil

73

daripada dapatan kajian tersebut sekaligus dapat membezakan kesalahan-kesalahan bahasa tang terdapat dalam akhbar-akhbar yang berbeza sekaligus dapat membuka mata pelbagai pihak agar menyedari dan prihatin terhadap kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan.

Seterusnya, dicadangkan kepada pengkaji selanjutnya dapat menggunakan kaedah soal selidik terhadap individu yang terbabit dalam penulisan di sesebuah akhbar itu sendiri di samping membuat kaedah penganalisisan hasil penulisan yang dilakukan. Ini kerana, soal selidik yang dilakukan terhadap pihak penerbitan akhbar tersebut akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan terperinci. Secara tidak langsung, pengkaji dapat mengumpul maklumat yang berkaitan dengan faktor sikap dan latar belakang penulis, minat terhadap bidang penulisan serta tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan individu terbabit yang mempunyai perkaitannya dengan masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan di surat khabar.

74

SENARAI RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood (1989). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan Bahasa Melayu Terkini. Kajang: Masa Enterprise.

Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Syarikat Percetakan Bintang Baru.

Abdullah Hassan (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1996). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi Dan Sintaksis Untuk Guru Dan Pelajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Alias Mohd. Yatim (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Percetakan Paavai.

Arbak Othman (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arpan Shahbudin Latip (1998). Bahasa Melayu: Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asiah Idris (Julai 1996). Citra Bahasa Melayu Dalam Beberapa Akhbar Utama Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal dlm. Dewan Bahasa 40:7, hal. 580-93.

75

Asmah Hj. Omar (1984). Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long (1980). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Awang Mohd. Amin (1982). Satu Kajian Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan (1983). Kesalahan Umum Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Awang Sariyan (2000). Warna Dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizah Hj. Jamali (1999). Kesalahan-kesalahan Tatabahasa Dalam Penulisan Karangan Cereka Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sains dan Empat Sastera di Sekolah Menengah Dato` Sheikh Ahmad, Seremban. Tesis Sarjana Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Azman Wan Chik (1982). Trend-trend Baru Dalam Bidang Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Brown & H. D. (1980). Principle Of Language And Teaching Engiewood Cliffs. New Jersey: Prentice-Halal, Inc.

Chomsky, Noam (1965). Aspects Of The Theory Of Syntax. Cambridge Mass: M.I.T.T Press.

Everette E Dennis, Arnold H. Ismech & Donald M. Gillmer (1994). Isu-isu Komunikasi Massa. Trj. Md. Salleh Kassim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ismail Dahaman (1989). Kesalahan Umum Ejaan Rumi Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

76

Jhon Lyons (1993). Bahasa Theoretis. Trj. Abdullah Hassan, Rogayah Abd. Razak & Wan Zaleha Mohd. Nordin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Juriah Long et. al. (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boon Boon (1989). Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mansor Ahmad Saman & Ahmad Sebi (1996). Peranan Media Dalam Masyarakat Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Yusoff Che Mat (Julai 2001). Bahasa Iklan Barangan Penjagaan Diri: Satu Analisis Dari Aspek Retorik. Dlm. Dewan Bahasa 1:7, hal. 38-42.

Mc Neill, David (1968). On The Theoris Of Language Acqualation dlm. T. R. Dixon & D. L. Norton (pnyt.). Varial Behavior And General Behavior Theory. New Jersey: Engiewood Cliffs.

Mohd. Jonit Mohd. Johari (Januari 1994). Beberapa Dikotomi Pokok Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Karangan dlm. Dewan Bahasa 38:1, hal. 53-59.

Muhammad Salehudin Aman (1993). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Sekolah Menenngah Agama Atas. Tesis Masters, Universiti Putra Malysia (UPM).

Nik Safiah Karim (1986). Pencemaran Bahasa Melayu dan Kesannya Terhadap Pengajaran Bahasa Malaysia dlm. Dewan Bahasa 24: bil Jun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al. (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

77

Nor Hashimah Hj. Jalaludin (Julai-Disember 1993). Kekaburan Dalam Pengiklanan: Masalah Atau Strategi dlm. Dewan Bahasa hal. 882-91.

Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd. Nor (2002). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri & Razali Ayob (2002). Komunikasi Kewartawanan: Penulisan Berita, Rencana Dan Ulasan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

78

You might also like