You are on page 1of 12

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107

Pengenalan Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Menurut Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad. Pakar botani di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Prof. Dr. Abdul Aziz Bidin. Bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pengasas Taman Paku Pakis UKM, Kepelbagaian spesies tumbuhan vaskular di Malaysia telah dianggarkan iaitu antara 12,000 hingga 15,000 spesies flora adalah tumbuhan berbunga dan tidak kurang 1,136 spesies pula adalah paku-pakis. Bilangan tersebut telah meletakkan negara kita sebagai negara yang ke-12 terkaya daripada segi bilangan spesies di dunia selepas Brazil, Colombia, China, Mexico, Russia, Indonesia, Venezuela, Amerika Syarikat, Australia, India dan Peru serta ke-4 terkaya di Asia selepas China, Indonesia dan India. Mereka juga menyatakan bahawa jumlah tumbuhan tersebut adalah mewakili 40% daripada jumlah flora bagi rantau asia dan 5% daripada sejumlah 250,000 spesies flora dunia. Maklumat mengenai spesies pokok dan tumbuhan yang terkini bagi Semenanjung Malaysia telah dilaporkan oleh Keng (1986) yang menganggarkan 2.9% daripada tumbuhan berbiji yang terdapat di Semenanjung Malaysia mewakili keseluruhan spesies flora yang terdapat di dunia. Dr. Francis S.P. Ng. Penyunting buku Tree Flora of Malaya jilid 3 dan 4 telah menyemak maklumat flora seperti terkandung di dalam buku Tree Flora of Malaya (Jilid 1-4) merumuskan terdapat sebanyak 2,830 spesies, 532 genus dan 100 famili di Semenanjung Malaysia. Daripada 2,830 spesies tersebut, 746 spesies (26.4%) adalah endemik kepada Semenanjung Malaysia. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan fauna. Negara kita sahaja mempunyai 200 spesies mamalia, 115 spesies ular, 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Kepupusan Flora Dan Fauna Pada masa kini, flora dan fauna sering menjadi mangsa seiring dengan pembangunan. Pelbagai khazanah bumi terpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini. Kealpaan manusia telah menjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakin meningkat dari sehari ke sehari. Kadar peningkatan kepupusan flora dan fauna jika di kaji dewasa ini begitu membimbangkan. Kepupusan tumbuh-tumbuhan seperti bunga pakma (Raflesia), bunga Magnolia dan haiwan seperti tapir, orang utan,

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107


tenggiling akan memberi kesan kepada ekosistem bumi khasnya. Namun tahukah anda, bahawa manusia merupakan punca kepada kepupusan Flora dan Fauna. Punca - Punca Kepupusan

Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna dan Flora Pada tahun 1986 hingga jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia telah ditebang walaupun kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Ini di Perkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Datuk Paul Low Seng Kuan, Malaysia dianggarkan mengalami kerugian antara RM800 dan RM900 juta setahun akibat pembalakan hutan secara haram di seluruh Negara. Pembalakan haram ini di kaitkan dengan pengambilan pokok Meranti dan Cengal kerana ia merupakan pokok yang dilindungi. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia telah memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Pokok-pokok masih kecil dan belum matang terdedah kepada kemusnahan. Selain itu ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu menghadapi ancaman. Habitat-habitat seperti gajah, harimau, burung dan sebagainya akan musnah dan menyebabkan gangguan kepada ekosistem bumi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembalakan haram. Antaranya ialah pembukaan tanah baru. Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh tumbuhan. Pembalakan haram juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepeda penduduk. Hal ini demikian kerana dapat memberikan pendapatan kepada penduduk. Pengangguran di negara kita juga akan mengurangkan.Dengan demikian,taraf hidup penduduk akan meningkatkan. Selain itu,ini juga dapat meningkatkan pendapatan negara. Hal ini demikian kerana pembalakan hutan dapat membantu memperkembangan industri berasaskan kayu-kayuan. Kayu-kayuan akan eksport ke luar negara.Imej negara kita juga akan meningkatkan.Hal ini demikian akan menyebabkan ramai orang mengetahui negara kita. Satu lagi punca yang dikenalpasti kepada kepupusan flora dan fauna ialah Pencemaran. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaankegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya bukan sahaja binatang tetapi juga manusia dan tumbuh-tumbuhan. Terdapat sebab dan akibat

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107


pencemaran ini berlaku. Pencemaran kini berlaku secara berleluasa sehingga menyebabkan banyak binatang dalam fenomena kepupusan. Pencemaran boleh di bahagikan kepada dua jenis pencemaran iaitu pencemaran air dan pencemaran udara yang menyebabkan flora dan fauna di dalam kedua-dua habitat iaitu habitat air dan habitat darat musnah. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak membuang sampah ataupun sisa industri kilang yang terus disalurkan ke dalam sungai membawa kepada pencemaran air. Rumah-rumah ditebing-tebing sungai kebiasaannya membuang sampah ke dalam sungai. Sampah sarap yang bertimbun di atas permukaan air menutupi kawasan permukaan air menyebabkan udara tidak dapat meresap masuk ke dalam air. Ini memberikan kesan kepada haiwan dalam air tersebut misalnya ikan, udang, ketam dan hidupan akuatik lain akan mati kerana kekurangan oksigen . Pencemaran air ini akan menyebabkan peningkatan kandungan nutrien yang mengarah kepada berlakunya eutrofikasi . Eutrofikasi merupakan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh limbah fosfat khususnya di dalam ekosistem air tawar. Hal ini berlaku kerana kandungan nutrient di dalam ekosistem air melebihi tahap yang sepatutnya. Terdapat kajian yang yang telah dijalankan keatas sungai-sungai yang tercemar seperti sungai Juru , sungai Muar, sungai Kelang , sungai Kepah dan sebagainya adalah di sebabkan oleh bahan buangan industri, bahan ternakan dan domestik. Contohnya, Penyaluran sisa najis ternakan ke dalam sungai boleh menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan mikrob lain yang ada pada najis ternakan ayam, khinzir, kambing dan lain-lain lagi yang membawa kepada masalah pencemaran . Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Akibatnya sungai menjadi busuk dan tidak dapat mengalir dengan deras. Oleh sebab keadaan sungai yang berbau dan diliputi oleh bahan-bahan terbuang ini , maka secara tidak langsung hidupan di dalam air akan mati kerana kekurangan oksigen . Sudah tentu habitat haiwan ini akan berkurangan akhirnya pupus begitu sahaja. Begitu juga dengan pencemaran yang berlaku di laut di mana sungai yang tercemar akan mengalir terus ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya. Perbuatan yang tidak

bertanggungjawab ini menyebabkan banyak hidupan laut mati. Tumpahan minyak dan pembuangan sisa-sisa toksik oleh kapal yang belayar di laut sememangnya amat membimbangkan semua pihak . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung Tumpahan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .. Keindahan dan sifat semula jadi laut ini akan terjejas di mana banyak hidupan dalam laut mati di sebabkan keadaan ini. Menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang Terengganu, melalui kajian mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107


menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies ini

Pencemaran udara pula berlaku apabila terdapat benda asing seperti asap, habuk, kabus, wap dan gas dalam kepekatan yang boleh mengganggu atau membahayakan bukan sahaja binatang tetapi juga manusia ,dan tumbuh-tumbuhan. Kandungan gas yang berlebihan seperti karbon monoksida (CO) , karbon dioksida (CO2) , Hidro karbon dan Chloro-fluoro-carbon (CFC) mempengaruhi alam sekitar dan ekosistem haiwan akan terancam atau mati.. Kawasan pencemaran udara yang paling teruk berlaku ialah di Kalimantan dan Sumatera Indonesia . Banyak binatang dalam hutan tersebut telah pupus.

Pembakaran terbuka juga merupakan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan binatang dalam hutan pupus . Pembakaran terbuka biasanya dilakukan oleh individu yang mementingkan diri sendiri ibarat enau melepaskan pucuknya masing-masing . Di Malaysia Pembakaran terbuka biasanya belangsung pada musim kemarau. Pembakaran terbuka ini sukar untuk di halang kerana ia melibatkan kegiatan ekonomi masyarakat di sesebuah kawasan. Contohnya bagi penanaman padi bukit, biasanya penduduk akan beramai-ramai membersihkan hutan sebelum mengusahakan kawasan tersebut untuk pertanian padi. Cara mudah bagi membuang pokok-pokok yang telah ditebang adalah dengan membakarnya secara terbuka.. Sudah tentu haiwan dalam hutan tersebut akan lari ke tempat lain kerana terasa diri mereka telah diancam. Semakin banyak kawasan yang diteroka oleh manusia. Maka semakin kecillah habitat yang dihuni oleh hidupan liar dalam hutan.

Pemburuan haram juga dikenal pasti sebagai faktor penyumbang kepupusan flora dan fauna. Gejala yang tidak sihat ini berleluasa di hutan-hutan negara. Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara kita. Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor saja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut melambung tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram. Amat menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan. Dianggarkan

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107


hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus pada masa sekarang.

Gaya hidup manusia juga turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, namun di kawasan-kawasan pedalaan seperti di Sabah dan Sarawak pemburuan haram ini masih lagi berjalan. Ini kerana budaya setempat yang masih mewarisi tradisi nenek moyang masih lagi menebal di kalangan masyarakat. Contohnya pemburuan haiwan seperti monyet dan tenggiling yang boleh dijadikan sumber makanan untuk seharian masih lagi di amalkan di sesetengah kawasan pedalaman. Masalah memburu binatang bagi mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan kepada manusia juga terus berleluasa. Harimau, memerang, paus, badak dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut. Pemburu haram ini bukan saja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berterusan. Contoh lain ialah Harimau Malaya yang merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutamanya dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. Terdapat sebahagian organ-organ haiwan juga dikatakan mampu untuk menigkatkan Prestasi Seks. Ini menyebabkan orang ramai mempercayai khabar sedemikian rupa lantas ingin mencuba untuk mendapatkan haiwan-haiwan tersebut.

Pemanasan global hari ini telah menyebabkan suhu seluruh dunia meningkat termasuklah suhu air laut. Ini akan membawa kepada masalah pembiakan dan kadar tumbesaran ikan. Ikan di dalam air yang bersuhu tinggi lebih cepat mencapai kematangan seksual berbanding ikan dalam air yang sejuk. Namun, 90 peratus ikan di dalam air yang panas mempunyai badan yang kecil berbanding ikan di dalam air sejuk. Ini telah menyebabkan masalah pembiakan dan bilangan benih ikan yang rendah. Contohnya, ikan kap kurang berovulasi di dalam air yang bersuhu tinggi dan ikan gapi menghasilkan hanya sedikit anak ikan. Ikan salmon, keli dan sturgeon pula memerlukan suhu menurun pada aras tertentu supaya ia boleh bertelur. Selain itu, suhu tinggi juga merencatkan tumbesaran ikan. Apabila suhu meningkat, kadar metabolisma ikan juga bertambah tinggi sedangkan bekalan makanan yang ada tidak sepadan. Jadi, ini akan memperlahankan tahap tumbesarannya. Sesetengah spesis ikan tidak boleh bertolerasi dengan peningkatan suhu pada bahagian kitar hidupnya yang kritikal. Jadi, jumlahnya dijangka berkurangan. Contohnya, ikan Salmon Pasifik. Tambahan pula, peningkatan suhu air juga menyebabkan kehabisan oksigen. Ikan tidak memperolehi oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya. Apabila suhu air

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107


terus meningkat, aras oksigen yang terlampau rendah akan menyebabkan ikan banyak mati. Perubahan iklim juga boleh membawa kepada perubahan rantai makanan dan ini akan memberi kesan kepada ikan. Bagaimana ia berlaku? Perubahan iklan akan mengubah habitat organisma marin dan ia mempengaruhi kelimpahan haiwan mangsa dan pemangsa. Contohnya, angin dan arus kuat boleh menyebabkan percampuran lapisan air. Mangsa yang berlapis-lapis pada kedalaman tertentu menjadi lebih berselerak. Jadi, jumlah mangsa yang tersedia untuk pemangsa berkurangan. Akhirnya jumlah mangsa akan bertambah sedangkan bilangan pemangsa berkurangan Pemuliharaan Ex-Situ Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Spesies yang dikategorikan sebagai terancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan/habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Contohnya Pemuliharaan ex-situ bagi tumbuhan. Sampel atau spesies tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Pemuliharaan ex situ hidupan liar fauna dijalankan di zoo, aquarium dan program pembiakaan kurungan. Contohnya di Jongs Crocodile Farm, Kuching Sarawak, banyak program-program pemuliharaan Ex-Situ di jalankan. Antaranya termasuklah penangkapan dan pelepasan buaya untuk jangka masa yang pendek, program pembiakbakaan dan penternakan khas untuk jangka masa yang panjang, kajian penetasan telur buaya, pemindahan dan pembahagian semula lokasi buaya, menjalankan kajian dan penyelidikan, dan memberikan pendidikan dan kesedaran awal kepada masyarakat luar. Selain itu terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasiorganisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar,

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107


Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lainlain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum.

Pemuliharaan In Situ

Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Ia merupakan salah satu cara untuk memulihara flora dan fauna di kawasan-kawasan semula jadi, di mana kawasan tersebut telah ditetapkan dan flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut dijaga dan dipulihara daripada ancaman alam sekitar. Pemuliharaan in situ bertujuan untuk pemuliharaan kepelbagaian jenis dan genetik flora dan fauna yang terdapat di kawasan yang dilindungi tersebut. Antara contoh pemuliharaan in situ termasuklah taman negara (national parks), taman hutan (forest parks), taman laut (marine parks), hutan perlindungan, dan sebagainya. Terdapat banyak taman negara yang terdapat di negara kita. Contohnya Taman Negara Bako, Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Endau Rompin, dan sebagainya. Salah satu contoh pemuliharaan in situ yang dianggap amat berjaya di Malaysia ialah Taman Negara, Titiwangsa, Pahang, Malaysia. Taman Negara ini berkeluasan 4.343 km persegi yang meliputi Banjaran Titiwangsa, Taman Negara ini merupakan salah satu hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Ia juga merupakan tempat perlindungan kepada ratusan spesies burung, kupu-kupu, serangga, ikan dan spesies tumbuhan yang amat berharga, sama ada tumbuhan yang kecil seperti kulat atau tumbuhan yang besar seperti pokok-pokok besar. Taman Negara ini juga merupakan tempat memulihara spesies-spesies yang terancam dan hampir pupus seperti Harimau Malaya, Badak Sumatara, Beruang Madu Malayan, tapir, ungka, dan sebagainya. Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu, pemuliharaan jenis ini menjadi semakin sukar untuk dilaksanakankan disebabkan keadaan habitat dan ekosistem semula jadi mereka yang makin hari makin banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Perkaitan Budaya Masyarakat Pemeliharaan Dan Pemuliharaan.

Negara kita terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang kaum. Budaya masyarakat ini sangat lah luas dan salah satunya adalah saling berkait rapat

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107


dengan alam sekitar. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam sekitar. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam sekitar secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia.

Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam dan mampu untuk memelihara dan memulihara flora dan fauna.

Dahulu pendidikan alam sekitar telah pun diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Bagi memantapkan lagi keberkesanan pendidikan alam sekitar, maka matapelajaran ini telah pun di pecahkan kepada beberapa matapelajaran lain iaitu Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Elemen alam sekitar juga boleh di selitkan dalam matapelajaran-matapelajaran lain. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran Sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Melalui pendedahan ini, secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran tentang betapa pentingnya memelihara alam sekitar dan kesannya kepada habitat fauna kepada masyarakat. Pada hari ini, media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu kepupusan fauna boleh memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan khazanah yang tiada nilainya jika sudah pupus.

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107


Kesimpulan Kepupusan Flora Dan Fauna merupakan satu masalah besar yang di hadapi oleh masyarakat global khasnya di Malaysia. Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan dan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang

berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam semulajadi perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. .

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107

ISI KANDUNGAN 1. Tugasan satu ( Esei ) Pengenalan Kepupusan Flora Dan Fauna Punca-Punca Kepupusan Pemuliharaan Ex Situ Pemuliharaan In Situ Perkaitan Budaya Masyarakat Dengan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Kesimpulan

2. Lampiran 3. Tugasan dua ( Pelan Perancangan Program Kesedaran ) 4. Refleksi 5. Bibliografi

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107

[EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI] SCE3107

You might also like