You are on page 1of 1

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama Kesan Politik Rusia : Menamatkan Sistem Pemerintahan Beraja : o Perang Dunia Pertama telah

menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan Tsar yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama telah menguji kemampuan kerajaan menghadapi keadaan semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Rusia khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di medan perang menyebabkan kesetiaan sebahagian tentera berbelah bagi. Kerajaan Hilang Imej dan Sokongan : o Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah, kerajaan juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang muram kesan daripada Perang Dunia Pertama. Pejuang Revolusi Berpecah : o Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja dan petani telah berpecah ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan pekerja dan petani serta menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh golongan petani. Kerajaan Komunis Terbentuk : o Dengan sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang berdisiplin, Lenin berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang pertama di dunia. Rusia Kehilangan Wilayah : o Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui perjanjian tersebut, Rusia telah kehilangan wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman dan sumber arang batu dan besi. Kejayaan tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman. Wujud Golongan Kapitalis : o Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi perlahan berbanding dengan negara-negara Eropah Barat. Wujud sebilangan kecil golongan kapitalis yang menyediakan modal bagi melibatkan diri dalam perniagaan. Kemunculan Golongan Pekerja Industri : o Golongan tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang dan jalan kereta api. Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan pekerja industri yang miskin dan persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Jumlah pekerja industri kecil iaitu kira-kira 10% daripada penduduk Rusia pada tahun 1917.

You might also like