You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD


DAERAH KUALA PILAH
TAHUN 2014

1.0 PENDAHULUAN
Kejohanan Bola Baling MSSDKP adalah pertandingan tahunan anjuran Pejabat
Pelajaran Daerah Kuala Pilah.Kejohanan ini bertujuan untuk memilih para pemain yang
berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan daerah ke pertandingan peringkat Negeri
Sembilan.Penyertaan Pasukan SKYA ke kejohanan tersebut telah disahkan kepada
Jawatankuasa Teknik Bola Baling MSS Daerah Kuala Pilah.
2.0 RASIONAL
2.1 Memberi pendedahan kepada para pemain suasana sebenar sesuatu kejohanan.
2.2 Memberi peluang kepada pemain menunjukkan bakat .
.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menambah pengetahuan murid secara teori dan praktikal tentang pengurusan
kejohanan.
3.2 Mempraktikkan kemahiran dan strategi yang dipelajari dalam perlawanan sebenar.
3.3 Memupuk semangat kerjasama, berkongsi pengetahuan dan ilmu di kalangan
pemain.





Cgreza2014/ 1
4.0 KUMPULAN SASARAN
- 10 orang pemain perempuan
- 8 orang pemain lelaki

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 5 7 Mei 2014
5.2 Masa : 8.00 pagi- 6.00 petang
5.3 Lokasi : Kompleks Rakan Muda Melang.

6.0 SUMBER KEWANGAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Yamtuan Antah ( PIBG )
7.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH ( RM )
1 Makanan dan minuman
pemain
RM5.00x18 orangX3 hari 270.00
2 Makanan dan minuman
guru pengiring
RM10.00x4 orangx3 hari 120.00
3 Yuran Penyertaan 30.00
Jumlah Rm 420.00

Nota : Perbelanjaan makanan dan minuman para pemain pada hari kedua dan ketiga bergantung
kepada kelayakan pasukan ke peringkat seterusnya. Baki perbelanjaan akan dipulangkan sekiranya ada
lebihan.



Cgreza2014/ 2
8.0 AJK INDUK

Penasihat : Pn Ruslah binti Yusof ( Guru Besar )
Pengerusi : En. Nor Razali bin Salam(PK KOKU)
N/Pengerusi 1 : En Mohd Rosli bin Noordin( GPK Kurikulum )
N/ Pengerusi 2 : En Abd. Razak bin Husain ( GPK HEM )
Setiausaha : Cik Faridah binti Ahmad
Bendahari : Cik Siti Fatimah binti Sidek

AJK PELAKSANA
Pengurus : En. Ahmad Hafizan bin Omar
Jurulatih : En. Mohd Rezani Bin Nawi
Guru Pengiring : Cik Siti Fatimah binti Sidek
Cik Faridah binti Ahmad
En. Ahmad Hafizan bin Omar
En. Mohd Rezani bin Nawi



Cgreza2014/ 3

9.0 PENUTUP
Diharapkan permohonan peruntukan kewangan perkara tersebut diberi perhatian dan
diluluskan PIBG SK YAMTUAN ANTAH .


Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... .................................................
(AHMAD HAFIZAN BIN OMAR) (NOR RAZALI BIN SALAM)
Pengurus Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum
Pasukan Bola Baling SK Yamtuan Antah SK Yamtuan Antah

Disahkan Oleh,

.................................................
( RUSLAH BT. MOHD YUSOF )
Guru Besar SK Yamtuan Antah



Cgreza2014/ 4

You might also like