3
•
Kesilapan dapat diperbetulkan dengan lebih mudah dan menjimatkan kosinterpersonal.
•
Pelajar akan sedar akan kepentingan keberkesanan individu dan kejayaandalam perniagaan adalah sistem yang kompleks dan interaktif.
•
Perhubungan mengenai faedah , kejayaan kumpulan dan kemahiran individuditunjukkan dengan lebih ketara. (Corbeil, Laveault, & Saint-Germain,1989).
1.2 Batasan Kajian
Kajian adalah terhad kepada amalan pengajaran-pembelajaran secara simulasi didalam kelas bersama dengan guru pelatih (GP). Ia melibatkan GP semester 2 dari 2kelas seramai 60 orang yang mengambil elektif Kemahiran Hidup . Elektif yangberkenaan ialah subjek Perniagaan dan Keusahawanan (P&K) yang berfokus kepadatopik merekod urusniaga sahaja.
1.3 Fokus Amalan
Melalui pengalaman dan pemerhatian pengajaran-pembelajaran (P&P ) semasapraktikum mengenai topik merekod urusniaga dalam mata pelajaran perdagangandan keusahawanan (P&K) di sekolah dan maktab, guru biasanya mengajar secarapenerangan, perbincangan dan diikuti dengan latihan atau penyelesaian masalah. Inidapat dilihat juga dalam Jadual 3 mengenai amalan kaedah pengajaran-pembelajaranoleh guru.