You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU

06900 YAN KEDAH DARUL AMAN

PELAN STRATEGIK DAN TAKTIKAL


2010

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


Disediakan Oleh:
AHMAD KHAIRI ABU BAKAR
DAFTAR ISI

MISI DAN VISI SEKOLAH ….. 1

PENDAHULUAN ….. 2

SEJARAH PENUBUHAN ….. 3

MOTTO, MISI DAN VISI PERSATUAN ….. 4

CARTA ORGANISASI ….. 5

AKTIVITI SEPANJANG 2010 ….. 6

PELAN TAKTIKAL ….. 7

PELAN OPERASI ….. 9

ANGGARAN BELANJAWAN ….. 13

PENUTUP ….. 14
MISI DAN VISI

SMK SUNGAI LIMAU, YAN


KEDAH DARUL AMAN

VISI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


SUNGAI LIMAU AKAN MENJADI SEKOLAH
MENENGAH NOMBOR SATU DI DAERAH
YAN KEDAH TAHUN 2010

MISI

BERUSAHA SEDAYA UPAYA MEMBERI


PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI BAGI
MELAHIRKAN PELAJAR YANG
BERKETRAMPILAN DALAM BIDANG
KOKURIKULUM, BERAKHLAK MULIA,
BERIHSAN ,MENCINTAI AGAMA, BANGSA
DAN NEGARA
PENDAHULUAN

Perancangan Tahunan ini dibentuk bagi merangka satu pelan dan

program bagi melaksanakan aktiviti –aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia di

SMK Sungai Limau sepanjang tahun 2010. Pelan dan program yang dibentuk

adalah manifestasi daripada Pelan Strategik sekolah 2006 hingga 2010 iaitu

bagi mencapai visi sekolah menjadi sekolah nombor satu di daerah Yan tahun

2010 khususnya dalam bidang kokurikulum .

Pelan strategik jangka panjang lima tahun tersebut sudah berlalu

selama tiga tahun iaitu mulai tahun 2006, 2007 dan 2008. Sepanjang masa

tiga tahun tersebut terdapat aktiviti-aktiviti yang dirancang telah dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya ialah Kursus Asas Pertolongan

Cemas, Perkhemahan Belia Bulan Sabit Merah Cabang Yan, Perkhemahan

Perdanan Unit Uniform SMK Sungai Limau dan sebagainya.

Berasaskan kepada kejayaan perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut,

maka adalah wajar pihak Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Sungai Limau

merangka satu pelan yang jitu bukan hanya bagi mencapai visi sekolah yang

telah dibentuk sebaliknya memberikan ruang kepada pelajar untuk melahirkan

bakat dan potensi mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih

tinggi dan alam kerjaya mereka.


SEJARAH PENUBUHAN

Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau

telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan bilangan ahli seramai 34 orang.

Pada awal penubuhannya, Bulan Sabit Merah SMK Sungai Limau

mengharungi pelbagai tribulasi serta kekurangan dari segi kelengkapan,

kemahiran dan alatan. Namun, segala kekurangan yang ada bukanlah

merupakan alasan untuk BSMM SMK Sungai Limau tidak bergiat aktif

mendidik para pelajar dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan khususnya

dalam bidang pertolongan cemas.

Hari ini, BSMM SMK Sungai Limau merupakan salah satu unit uniform

yang bergerak aktif bukan hanya di sekolah, malah diperingkat Cabang Yan.

Bilangan ahli yang berdaftar juga telah meningkat kepada 74 orang dengan

dibantu oleh dua orang guru penasihat.

BSMM Sekolah Menengah Sungai Limau juga bergiat aktif di peringkat

Cabang Yan dengan menyertai pelbagai aktiviti dan program yang

dilaksanakan antaranya ialah Perkhemahan Belia Peringkat Cabang Yan

yang diadakan di Kawasan Peranginan Titi Hayun. Di samping itu juga, Ahli

PBSMM SMK Sungai Limau juga telah menyertai Perkhemahan Perdana Unit

Uniform peringkat sekolah di mana persatuan telah menghantar seramai 10

orang pemimpin pelajar menyertainya untuk menambahkan ilmu pengetahuan

di dalam bidang pengurusan kelab dan unit uniform.


MOTTO, MISI DAN VISI

MOTTO

SEDIA BERKHIDMAT

MISI

MELAKSANAKAN PENGURUSAN PERSATUAN SECARA

PROFESIONAL DAN DINAMIK DENGAN MELAHIRKAN AHLI

YANG PENYAYANG DAN PRIHATIN BERTERASKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE ARAH MENCAPAI

WAWASAN SERTA ASPIRASI NEGARA

VISI

BULAN SABIT MERAH SMK SUNGAI LIMAU SENTIASA

MENJADI PERTUBUHAN YANG MEMPERKEMBANGKAN

POTENSI AHLI KE ARAH KECEMERLANGAN


CARTA ORGANISASI

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


SMK SUNGAI LIMAU

PENAUNG
Tuan Haji Zarawi Bin Dogol
Pengetua SMK Sungai Limau

PENASIHAT
Puan Sharidah Bt Abu Bakar
Penolong Kanan Ko-Akademik

GURU PENASIHAT
Encik Ahmad Khairi Bin Abu Bakar
Puan Ng Lee Ki

PENGERUSI
Shuhaida Binti Mohamad Rodzi

TIMBALAN PENGERUSI
Syazwaani Binti Othman

BENDAHARI
Nor hidayah Binti Hassan

SETIAUSAHA
Nur Aqilah Binti Mohamad Nasir

JAWATAN KUASA KERJA


Nur Hakimi Bin abd. Samad
Mohd Syafiq Bin Mohd Syukri
Noor Asma Binti Saod
Nor Maisarah Binti Abd Halim
Fatin Aiza Binti Mahazir
AKTIVITI DIRANCANG SEPANJANG 2010

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan oleh Persatuan

Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Sungai Limau bertujuan mendedah dan

memantapkan para pelajar dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan berteraskan

pertolongan cemas. Antara aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan

ialah :

1. Program Latihan Kawad Kaki dan Pertolongan Cemas

2. Kursus Asas Kawad Kaki dan Pertolongan Cemas

3. Perkhemahan Perdana Unit Uniform SMK Sungai Limau

4. Petugas Khas semasa Kejohanan Olahraga sekolah

5. Perkhemahan Belia peringkat Cabang Yan

6. Program Lawatan Sambil Belajar anjuran BSMM Cabang


Yan

Dengan adanya program dan aktiviti yang telah dirancangkan ini

diharap dapat memberi impak semaksima yang mungkin kepada para pelajar

dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan

mempunyai jati diri yang tinggi.


PELAN TAKTIKAL
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SMK SUNGAI LIMAU
SESI 2010

Teras 1 : Membina Negara Bangsa


Fokus : Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional

Teras 2 : Membangunkan Modal Insan


Fokus : a) Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan ketrerampilan
b) Memantapkan program kokurikulum dan sukan

Kos / Indikator
Bil
Program / Projek Tanggungjawab Tempoh Sumber Output Prestasi Sasaran

1 Program Latihan Guru-guru Sepanjang RM100.00 Pelajar berkawad Ahli-ahli memperoleh Semua ahli
penasihat tahun kaki asas dan pengetahuan dan membantu BSMM
a) kawad kaki BSMM berpengetahuan pelajar yang cedera di bilik
b) pertolongan cemas pertolongan kecemasan.
c) ujian bertulis cemas
Kursus pertolongan Guru-guru Mengikut RM50.00 Guru boleh Guru dapat menyampaikan Guru
cemas dan kawad kaki penasihat takwim membalut ikatan pengetahuan dan kemahiran penasihat
BSMM BSMM simpulan dan kepada pelajar dan rakan BSMM
2
cabang berkawad kaki sejawat.
Yan

Perkhemahan Perdana Guru-guru Mei @ Jun RM300.00 Ahli bersedia Ahli memperoleh ilmu dalam Pemimpin dan
Unit Uniform penasihat mewakili sekolah bidang pengurusan unit J/Kuasa ahli
BSMM ke perkhemahan uniform BSMM
3
Unit peringkat
Cabang Yan

Petugas Bantu Mula Guru-guru Tarikh RM 100.00 Bantuan awal Pelajar dapat memberi Ahli BSMM
(setiap aktiviti dan penasihat Kejohanan dapat diberikan bantuan awal kepada atlet
program sekolah) BSMM Olahraga kepada para atlet yang cedera
4
yang tercedera

Perkhemahan Belia Guru Penasihat Ditentukan RM 300.00 Ahli dapat Ahli dapat memindahkan Pemimpim
Peringkat Cabang Yan BSMM sekolah J/kuasa menyediakan diri pengalaman dan pengetahuan dan ahli yang
dan Cabang Yan Cabang dengan ilmu yang diperolehi kepada ahli- terpilih
5
Yan pertolongan ahli yang lain.
cemas
PELAN OPERASI

Nama Projek : PROGRAM LATIHAN MINGGUAN

Objektif :  Melatih ahli dengan sukatan pelajaran yang


ditetapkan dalam unit BSMM
 Mendedahkan ahli dengan realiti sebenar selaku
kesinambungan pembelajaran dalam bidang bilik
darjah
 Memastikan ahli mengambil bahagian dan dapat
mencapai tahap maksimum markah penilaian
kokurikulum

Tempoh : Januari – Oktober 2010


Kumpulan Sasaran : Semua ahli BSMM
Guru Terlibat : Guru Penasihat BSMM sekolah

Proses Kerja :  Menetap dan mengadakan AJK kokurikulum


 Menyusun jadual , peraturan ,aktiviti latihan dan
bilangan latihan tahunan
 Surat makluman jadual perjumpaan mingguan
 Penyediaan peralatan dan kemudahan latihan
 Mengenal pasti dan memilih peserta serta
kebenaran waris ( jika terlibat pertandingan luar )
 Memastikan disiplin dan kawalan keselamatan
semasa latihan
 Memastikan rekod kehadiran dan penilaian akhir
 Menyediakan post mortem, penilaian dan
dokumentasi selepas penyertaan aktiviti luar.

Kekangan : 1. Minat ahli masih tidak menyeluruh


2. Kemudahan tempat dan peralatan masih terhad
3. Keupayaan dan sistem perhubungan ahli terhad
4. Peruntukan kewangan terhad
Pemantauan : 1 Penolong Kanan Kokurikulum
2. Setiausaha Kokurikulum dan sukan
3. Guru Penasihat BSMM

Penilaian : 1. Disiplin , sahsiah ,penyertaan dan penglibatan


ahli
2. Minat , semangat dan kehadiran ahli
3. Kecekapan pengurusan dan galakan guru
Pencapaian ,potensi dan bakat ahli
Penambahbaikan : Kecekapan dan kelancaran pengurusan jurulatih,
kehadiran, pencapaian dan penglibatan ahli, dan bakat ahli
akan direkod selepas perjumpaan mingguan
Nama Projek : PERKHEMAHAN PERDANA UNIT UNIFORM
Objektif :  Mendedahkan pelajar tentang realiti sebenar
kehidupan,survival dan semangat jati diri.
 Menanamkan semangat berpasukan,berdisiplin
dan ketabahan.
 Pelajar dapat menonjolkan bakat dan potensi
diri dalam kepimpinan .

Tempoh : Mei 2010 ( Awal Cuti Pertengahan Tahun )


Kumpulan Sasaran : Semua pemimpin dan 20 orang ahli BSMM
Guru Terlibat : Setiausaha kokurikulum
Guru Penasihat BSMM sekolah
Proses Kerja :  Bentuk AJK pengurusan perkhemahan .
 AJK bermesyuarat bagi menyusun tugas, syarat ,
jadual , peraturan dan aktiviti perkhemahan ,
peralatan dan kaedah perlaksanaan
 Memilih peserta dan kebenaran waris
 Melaksanakan perkhemahan dan kawalan
 post mortem, penilaian dan dokumentasi

Kekangan : 1. Minat ahli masih tidak menyeluruh


2. Kemudahan dan peralatan masih terhad
3. Keupayaan kewangan pelajar rendah
4. Peruntukan kewangan terhad

Pemantauan : 1. Penolong Kanan Kokurikulum


2. Setiausaha Kokurikulum & AJK penganjur
3. Guru Disiplin
4. Guru Penasihat BSMM sekolah

Penilaian : 1. Disiplin , sahsiah dan penglibatan ahli


1. Minat , daya tahan dan kehadiran ahli
2. Kecekapan pengurusan dan galakan guru
3. Potensi dan bakat kepimpinan murid

Penambahbaikan : Kecekapan dan kelancaran pengurusan AJK , pencapaian


dan penglibatan ahli, pengesanan potensi , daya tahan
dan bakat kepimpinan ahli akan dilakukan selepas kursus
Nama Projek : PERKHEMAHAN BELIA BSMM CABANG YAN

Objektif :  Mendedahkan pelajar tentang realiti sebenar


kehidupan,survival dan semangat jati diri.
 Menanamkan semangat berpasukan,berdisiplin
dan ketabahan.
 Pelajar dapat menonjolkan bakat dan potensi
diri dalam kepimpinan .

Tempoh : Akan ditetapkan pada Mesyuarat BSMM Cabang Yan


Kumpulan Sasaran : Semua pemimpin pelajar BSMM ( 10 orang )
Guru Terlibat : Jawatan Kuasa BSMM Cabang Yan
Guru Penasihat BSMM sekolah

Proses Kerja :  Bentuk AJK pengurusan perkhemahan .


 AJK bermesyuarat bagi menyusun tugas, syarat ,
jadual , peraturan dan aktiviti perkhemahan ,
peralatan dan kaedah perlaksanaan
 Memilih peserta dan kebenaran waris
 Melaksanakan perkhemahan dan kawalan
 post mortem, penilaian dan dokumentasi

Kekangan : 1. Pemilihan tempat berdasarkan kekosongan aktiviti


2. Kemudahan dan peralatan masih terhad
3. Keupayaan kewangan pelajar rendah
4. Peruntukan kewangan terhad

Pemantauan : 1. Jawatan Kuasa BSMM peringkat Cabang Yan


4. Guru Penasihat BSMM sekolah

Penilaian : 1. Disiplin , sahsiah dan penglibatan ahli


4. Minat , daya tahan dan kehadiran ahli
5. Kecekapan pengurusan dan galakan guru
6. Potensi dan bakat kepimpinan murid

Penambahbaikan : Kecekapan dan kelancaran pengurusan AJK , pencapaian


dan penglibatan ahli, pengesanan potensi , daya tahan
dan bakat kepimpinan ahli akan dilakukan selepas kursus
Nama Projek : PETUGAS BANTU MULA ( KECEMASAN )

Objektif :  Melatih ahli mengendalikan mangsa/pesakit


dalam waktu kecemasan sebelum kedatangan
paramedik
 Ahli dapat mempraktikkan segala ilmu dan
pengetahuan dalam pertolongan cemas
 Melatih ahli agar dapat memberikan
pertolongan tanpa mengira masa dan tempat

Tempoh : Setiap program dan aktiviti sekolah


Kumpulan Sasaran : Ahli BSMM sekolah
Guru Terlibat : P. K Ko Kurikulum
Guru Penasihat BSMM

Proses Kerja :  Bentuk AJK di kalangan ahli BSMM


 AJK penganjur menyediakan jadual aktiviti atau
program yang hendak dilaksanakan
 Menetapkan jadual bertugas bagi setiap ahli BSMM
 Melaksanakan tugas semasa aktiviti atau program
dijalankan
 post mortem, penilaian dan dokumentasi

Kekangan : 1. Penglibatan pelajar masih tidak menyeluruh


2. Kemudahan peralatan terhad

Pemantauan : 1 Penolong Kanan Kokurikulum


2. Setiausaha Kokurikulum & AJK penganjur
3.Guru Penasihat BSMM

Penilaian : 1. Disiplin , sahsiah dan penglibatan murid


7. Minat dan kehadiran murid
8. Kecekapan pengurusan dan galakan guru
9. Potensi dan bakat kepimpinan murid

Penambahbaikan : Kecekapan dan kelancaran pengurusan AJK , pencapaian


dan penglibatan murid, pengesanan potensi dan bakat
kepimpinan murid akan dilakukan selepas kursus
ANGGARAN BELANJAWAN 2010
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SMK SUNGAI LIMAU

PENDAPATAN PERBELANJAAN

BUTIRAN RM SEN BUTIRAN RM SEN

1. Program Latihan ( mingguan ) 100 00

2. Kursus Pertolongan Cemas Dan 50 00


Kawad Kaki

3. Perkhemahan Perdana Unit Uniform 300 00


SMK Sungai Limau

4. Petugas Bantu Mula ( setiap aktiviti 100 00


dan program sekolah )

5. Perkhemahan Belia Bulan Sabit 300 00


Merah Malaysia Cabang Yan

JUMLAH JUMLAH 850 00


PENUTUP

Pelan Taktikal dan Operasi Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Sungai

Limau telah dirancang dengan begitu teliti dan mendalam dalam usaha

memperikan imput yang semaksima mungkin kepada ahli-ahli persatuan yang

bagi menambah dan meningkatkan ilmu dan kemahiran di dalam bidang yang

diceburi khususnya kemahiran pertolongan cemas dan bantu mula.

Adalah diharapkan agar segala perancangan yang telah disusun atur

bagi segala program dan aktiviti persatuan dapat dilaksanakan dalam usaha

untuk memperkembangkan potensi para pelajar semaksima mungkin dalam

usaha untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang

agar dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan Negara.

You might also like