You are on page 1of 11

1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN


PENDEKATAN BERFOKUS

Disediakan Oleh:
Pn. Hjh. Elina Binti Hj. Mohd Abd. Kahar
Dr. Abdul Jawi Bin Abnoh Sawi
SMK. DATUK PANGLIMA ABDULLAH,
91308 SEMPORNA, SABAH.


Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah
dalam menguasai kemahiran menulis karangan yang
merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Kertas 1 SPM. Sampel kajian melibatkan seramai 98
orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Saya memfokuskan kepada penulisan karangan. Tinjauan
awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid
lemah terhadap penulisan karangan. Oleh itu, melalui
tinjauan awal, didapati pelajar menghadapi masalah
pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran
formal dalam kelas. Oleh itu, pendekatan berfokus
diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar
terutama dalam penulisan karangan. Kajian juga telah
menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan
berfokus yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan
kemahiran pelajar dalam menulis karangan semakin
memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar
tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan
menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai
kemahiran menulis karangan dan mempunyai keyakinan diri
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi
mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu
di peringkat SPM.








2

1. PENDAHULUAN

Era globalisasi telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi pembelajaran
pelajar (Arifin, 2003). Dalam hal ini, mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam
menghadapi cabaran alaf baru, cabaran dunia siber dan semuanya boleh
dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu
perkembangannya kesan ledakan maklumat merentasi sempadan negara. Lantaran
itu, iklim pembelajaran pelajar yang berkesan dan harmoni perlu difikirkan bagi
mencapai kecemerlangan pendidikan. Namun demikian, perkara membimbangkan
ialah berlaku kemerosotan kualiti pembelajaran pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar ketika mengikuti pendidikan formal dalam kelas
berdasarkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan sehingga menjejaskan
pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu peringkat SPM. Fenomena ini perlu
ditinjau secara teliti dan mendalam bagi mencari formulasi berkesan dalam
menangani isu pembelajaran pelajar dalam kelas khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu SPM.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM mempunyai
dua bahagian, iaitu Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) dan Bahasa Melayu Kertas 2
(1103/2). Format pentaksiran bagi mata pelajaran ini telah mengalami perubahan
format bermula tahun 2004. Satu instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Kertas 1 ialah karangan. Karangan merupakan satu komponen
penting dengan peruntukan markah yang ditetapkan sebanyak 130 peratus. Aspek
yang diberikan penekanan dalam penulisan karangan ialah kemahiran membuat
pendahuluan, pernyataan isi, dan penutup. Menulis karangan memerlukan pelajar
menguasai kemahiran berkenaan secara berkesan. Oleh itu, penulisan karangan
memerlukan kemahiran aras tinggi.
Kemahiran membuat pendahuluan, pernyataan isi, dan membuat penutup
dalam penulisan karangan umum perlu dikuasai oleh pelajar SPM bagi
membolehkan pelajar memperoleh markah yang tinggi. Oleh hal demikian,
penguasaan terhadap kemahiran menulis karangan memerlukan pendekatan
berfokus yang komprehensif untuk memberi kefahaman yang mudah dan jelas
kepada pelajar.
Sehubungan itu, projek penyediaan dan pemilihan bahan-bahan bantu
mengajar (BBM) dengan pendekatan berfokus ATMA+ dan KIA+ disediakan yang
bertujuan untuk membantu pelajar SPM sekolah SMKDPA dalam menangani
masalah yang dihadapi pelajar dalam aspek penulisan karangan umum. Antaranya
dari segi masalah dalam penguasaan format penulisan karangan, teknik dalam
perenggan penulisan, masalah mengembangkan idea, dan ketidakmampuan
memiliki sumber rujukan yang baik dan sesuai.

3. ISU DAN FOKUS KAJIAN

Berdasarkan ujian pra Bahasa Melayu bulan Mac. Kelas Tingkatan 5 (Kelas Ixora,
Dahlia, dan Teratai) didapati 18.4 peratus pelajar gagal dalam kelas berkenaan
dalam penulisan karangan. Oleh itu, pelajar gagal dalam penulisan karangan
berpunca daripada pelbagai faktor yang perlu ditinjau secara teliti dan mendalam.
Pembedahan terhadap isu kegagalan pelajar dalam pembelajarannya, khususnya
dalam penulisan karangan perlu dilakukan dengan segera. Keadaan ini tidak boleh
3

dibiarkan berpanjangan kerana pelajar ini akan menghadapi SPM 2012 pada bulan
November. Seandainya mereka tidak menguasai kemahiran menulis karangan
dengan baik kebarangkalian mereka tidak akan mendapat keputusan cemerlang
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM kerana soalan bahagian ini
merangkumi 130 markah daripada 240 markah keseluruhan Bahasa Melayu Kertas
1. Oleh itu, kajian tindakan perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis karangan dengan kaedah terancang dan sistematik. Selain itu,
perlu ada satu pendekatan dan strategi yang sesuai dan pelbagai untuk pengajaran
dan pembelajaran menulis karangan. Lantaran itu, bagi meningkatkan kemahiran
menulis karangan, Pendekatan Berfokus dilaksanakan yang diserapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Tingkatan Lima Bahasa
Melayu, dalam Bidang Interpersonal berfokus pada keupayaan pelajar
berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata,
ungkapan, dan ayat secara bertatasusila untuk mengekalkan hubungan melalui
perkongsian idea semasa melakukan interaksi sosial. Manakala Bidang Maklumat
berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai
pengetahuan dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti
mendengar, berbual, membaca, dan mengakses maklumat daripada multimedia
menerusi e-pembelajaran. Hasil pembelajaran yang boleh dicapai oleh murid dalam
Bidang Maklumat adalah untuk mendapat, memproses, dan menyampaikan
maklumat dengan berkesan. Oleh hal demikian, menulis karangan merangkumi
bidang interpersonal dan bidang maklumat yang perlu dikuasai oleh pelajar ketika
proses pengajaran dan pembelajaran formal di kelas. Antara contoh hasil
pembelajaran yang perlu dicapai adalah seperti berikut:-
1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang
dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.
7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu
bahan.
8.8 Membuat karangan dengan alasan yang munasabah.
Oleh hal demikian, sebagai guru perlu mengembangkan potensi pelajar selaras
dengan Matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat membentuk
insan pelajar yang seimbang. Selain itu, guru juga perlu menyemai minat dan sikap
positif terhadap pembelajaran pelajar dengan memperkenalkan pendekatan
pembelajaran secara komprehensif dan strategi belajar Bahasa Melayu di samping
berusaha meningkatkan kemahiran penulisan karangan bagi mencapai
kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM.

4. OBJEKTIF KAJIAN

a. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan
penggunaan teknik yang sesuai, mudah, dan betul.
b. Memudahkan sesi latih tubi atau latihan dalam pemerengganan karangan.
c. Mudah dirujuk semula (akses kendiri) oleh pelajar.
d. Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan.
e. Menerapkan kesedaran dalam diri dan nilai terbaik, iaitu gred A+ dalam
pencapaian Bahasa Melayu Kertas 1, Karangan Umum.

5. KUMPULAN SASARAN

Kajian melibatkan pengajaran seorang guru dan 98 orang pelajar Tingkatan 5, iaitu
33 orang pelajar di kelas Ixora, 35 orang pelajar kelas Dahlia, dan 30 orang pelajar
4

kelas Teratai. Keseluruhan kebolehan pelajar daripada ketiga-tiga kelas ini adalah
pada tahap lemah, sederhana dan baik. Lazimnya, dalam ketiga-tiga kelas
berkenaan, terdapat beberapa orang pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran khususnya masih tidak menguasai kemahiran menulis karangan
umum dengan baik. Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk mengatasi
masalah tersebut.

6. METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian yang digunakan ialah:-

a. Pemerhatian
Sikap pelajar dilihat secara langsung di dalam kelas sewaktu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan penggunaan stesen pembelajaran.

b. Ujian Pra
Ujian ini diberikan kepada pelajaran untuk mengukur tahap pencapaian
pelajar dalam penulisan karangan sebelum pelaksanaan pendekatan
berfokus.

c. Tindak Balas Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Tindak balas pelajar dinilai semasa mereka menjawab soalan yang
dikemukkan oleh guru berpandukan contoh latihan yang disediakan dalam
pendekatan berfokus.

d. Semakan Buku Latihan
Buku latihan akan disemak oleh guru dari semasa ke semasa sebagai
tindakan pengayaan dan pengukuhan penguasaan kemahiran menulis
karangan. Tindakan semakan secara langsung dapat menilai tahap
perkembangan pelajar dalam menguasai kemahiran berkenaan. Semasa
semakan latihan markah diberi mengikut standard pemarkahan SPM yang
sebenar seperti berikut:-
Secara holistik = 100 markah
Jumlah = 100 markah

e. Ujian Pos
Ujian pos diberi untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam
penulisan karangan pada akhir kajian.

7. TEORI KAJIAN
Kajian ini menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif berpandukan Pendekatan
Berfokus yang ditekankan dalam penulisan karangan. Penggunaan bahan
rangsangan yang berbentuk soalan berpandu dan contoh jawapan dalam penulisan
karangan adalah berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme dan Teori Gestalt.
Berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme, manusia menyedari bahawa rangsangan
akan menyebabkan gerak balas. Oleh hal demikian, manusia sentiasa melihat
rangsangan sebagai sesuatu yang perlu diberi tindakan menurut perspektif yang
sesuai berdasarkan persepsi, pengalaman, persekitaran atau apa sahaja yang
berkaitan. Hal ini bermakna, tingkah laku manusia adalah berasaskan pengetahuan
atau pemikiran mereka tentang sesuatu situasi (rangsangan) yang menyebabkan
sesuatu perubahan tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, dalam situasi kajian ini
rangsangan berlaku apabila guru mengemukakan soalan menyebabkan pelajar
5

bertindak balas mencari jawapan berdasarkan bahan dalam modul pendekatan
berfokus sehingga mewujudan gerak balas kognitif (Rajah 1).

Rajah 1 : Teori Pembelajaran Kognitif dan Kaitan Rangsang dengan Gerak Balas


Menurut Teori Gestalt pula, pembelajaran akan digerakkan oleh rangsangan
yang berbentuk kekaburan yang memerlukan penyelesaian (Bower dan Hilgard,
1983). Oleh hal demikian, manusia akan tergerak untuk menyelesaikan kekaburan
tersebut melalui proses yang dikenali sebagai celik akal. Lantaran, dalam proses
celik akal struktur kognitif manusia yang telah sedia tersimpan dengan pelbagai
maklumat dan pengalaman akan dikaitkan dengan masalah (rangsangan) yang
perlu diselesaikan itu. Situasi ini bermakna bahan rangsangan mempunyai peranan
untuk membantu dalam mengaktifkan proses celik akal atau pembelajaran aktif itu
sendiri. Berdasarkan konteks kajian ini, pelajar yang masih kabur atau lemah
menulis karangan akan mengalami proses celik akal atau pembelajaran aktif
apabila guru memberi bimbingan dan panduan dalam penulisan karangan yang
baik.

Selanjutnya dalam Teori Pembelajaran Kognitif menekankan tentang cara
struktur pemikiran (kognitif), memperoleh, menyusun, menyimpan, dan
menggunakan maklumat sebagai tindak balas terhadap rangsangan. Tegasnya, teori
ini memperincikan bagaimana minda atau struktur kognitif memproses maklumat.
Berdasarkan teori ini, terdapat empat komponen asas dalam struktur kognitif
manusia, iaitu pancaindera, persepsi, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka
panjang.


8. PELAKSANAAN KAJIAN

8.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah kajian berkaitan dengan mengenal pasti masalah
pembelajaran pelajar dan seterusnya mengenal pasti punca pelajar gagal dalam
penguasaan kemahiran menulis karangan. Pemerhatian dilihat terhadap tingkah
laku pembelajaran pelajar dalam aspek sikap dan kesediaan pelajar ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas. Sikap pelajar yang kurang
memberi tumpuan terhadap pengajaran guru dan budaya leka dalam pembelajaran
telah dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi kemahiran pelajar dalam
penulisan karangan. Begitu juga terdapat pelajar yang membuat latihan yang
diberikan oleh guru secara sambalewa dan kurang berkualiti. Masalah yang dihadapi
6

pelajar dalam penulisan karangan dapat diperhatikan melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di kelas.

8.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan latihan yang diberikan dan penyemakan latihan pelajar untuk meninjau
masalah yang menjadi punca pelajar gagal menguasai kemahiran menulis karangan
seperti yang terkandung dalam Jadual 2.


BIL.

MASALAH

JUMLAH (%)
1 Tidak faham kehendak soalan 35%
2 Lemah penghuraian isi 68%
3 Lemah pembinaan ayat 57%
4 Tidak ada keyakinan diri 45%


8.3 Tindakan yang Dijalankan

Berdasarkan analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan pelajar yang
dinyatakan di atas, satu tindakan telah dijalankan. Langkah pertama yang
dijalankan ialah memberi pendedahan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu SPM
sebenar, khususnya kepada penulisan karangan dan sistem pemarkahan.
Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan kurang memberi
tumpuan terhadap pengajaran dan lemah dalam penulisan karangan adalah perlu
diberi perhatian dalam kalangan pelajar sasaran. Oleh itu, tindakan dilakukan
dengan memperkenalkan Pendekatan Berfokus dalam penulisan karangan.
Tindakan yang dilakukan ialah memberi pendedahan berkaitan kemahiran menulis
karangan dan penekanan terhadap semakan latihan pelajar berpandukan kepada
strategi Pendekatan Berfokus yang diperkenalkan.

8.4 Hasil Pemerhatian dan Penilaian

Setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu, aktiviti latihan penulisan karangan
dijalankan. Aktiviti tersebut memerlukan pelajar menulis karangan berpandukan
bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Guru membuat aktiviti sesuai dengan
topik karangan yang diajar. Sebelum menulis karangan, guru memberikan
maklumat berkaitan dengan kaedah menulis karangan berpandukan tip-tip
penulisan yang ditunjukkan dalam Pendekatan Berfokus. Soalan karangan
diberikan kepada pelajar untuk dibincangkan yang ada terkandung dalam
Pendekatan Berfokus. Soalan berkenaan adalah sebagai rangsangan kepada
pelajar untuk panduan dan pengembangan idea pelajar dalam penulisan karangan.
Guru juga menerangkan teknik menulis karangan dengan berpandukan kaedah
yang ditunjukkan dalam Pendekatan Berfokus iaitu;

Pendekatan Berfokus 1: Arahan Teknik Markah A+ / Aku Tahu Matlamat
Akhir! (ATMA)
a. Memperkenalkan tema buku teks Tingkatan 4 dan 5 yang perlu diberi
perhatian.
b. Membuat analisis mengikut agihan soalan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
(2004 2011).
7

c. Membuat analisis berdasarkan Jenis / Format karangan.
d. Memaparkan isu semasa sepanjang tahun 2008 2010 (Fokus SPM
2010/2011).
e. Menyediakan bahan terpilih (1-14): karangan SPM.

Pendekatan Berfokus 2: Kembangkan Idea A+ / Kita Ikut Arahan!
(KIA+)
f. Memperkenalkan tip-tip penting penulisan
- Tip 1 : Merancang masa dengan betul
- Tip 2 : Merancang penulisan
- Tip 3 : Kekemasan tulisan
- Tip 4 : Merangka dan membina karangan
g. Latihan mengembangkan idea
h. Penyediaan bahan berfokus KIA+.
i. Memberi nota penanda wacana (permulaan karangan, memulakan isu
baharu, huraian isi karangan, memberi contoh dalam karangan).
Tentatif pelaksanaan tindakan bagi pelaksanaan Pendekatan Berfokus ditunjukkan
dalam Lampiran 1 dan 2. Sehubungan itu, kesemua maklumat yang dinyatakan di
atas dijalankan secara bersepadu yang diserapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar di kelas.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Guru membuat analisis terhadap isu (tema buku teks Tingkatan 4 dan
5) yang perlu diberi perhatian berdasarkan tema pengajaran yang disampaikan.
Seterusnya mengaitkan isu yang dipaparkan dengan topik karangan yang akan
dibincangkan. Guru juga membuat analisis berdasarkan jenis / format karangan
yang diberikan kepada pelajar.

Langkah 2 : Guru memberikan soalan karangan sebagai fokus perbincangan. Guru
memberikan panduan menuliskan karangan mengikut format yang telah ditetapkan
dan menunjukkan contoh pelaporan karangan mengikut topik yang diberikan
berpandukan Pendekatan Berfokus. Pengajaran dilakukan secara dua hala bagi
menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar.

Langkah 3 : Guru meminta pelajar mengembangkan idea berdasarkan latihan
mengembangkan idea yang terdapat dalam Pendekatan Berfokus. Guru
menjelaskan kaedah mengembangkan idea kepada pelajar.

Langkah 4 : Guru memberi tugasan penulisan karangan lengkap sebagai
pemantapan pelajar terhadap penulisan karangan mengikut format karangan yang
disampaikan. Pelajar membuat tugasan yang diberikan berpandukan Pendekatan
Berfokus.
Langkah 5 : Guru memberi penegasan terhadap penulisan karangan yang baik di
samping memberikan beberapa penanda wacana sebagai panduan kepada pelajar.

9. DAPATAN KAJIAN

Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan,
dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran
menulis karangan dalam kalangan pelajar tingkatan 5 secara keseluruhannya.
Pelajar sendiri melakukan penerokaan kendiri berdasarkan panduan yang diberikan
8

oleh guru berdasarkan pendekatan berfokus. Kelemahan pelajar dalam menulis
karangan dapat dapat di atasi bagi pelajar yang berpotensi cemerlang. Manakala
pelajar yang lemah dapat diminimumkan kesilapan menulis karangan dan masih
berada pada aras lulus. Setiap kali latihan menulis karangan, saya telah memeriksa
latihan tersebut dan memberikan markah mengikut standard SPM sebenar.

Jadual 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra, Latihan dan Ujian Pos


MARKAH
PENCAPAIAN
Ujian
Pra
Latihan
1
Latihan
2
Latihan
3
Latihan
4
Ujian
Pos

Cemerlang
(70 100)

7
(7.2%)

10
(10.2%)

15
(15.3%)

17
(17.3%)

19
(19.4%)

22
(22.4%)
Kepujian
(50 69)
61
(62.2%)
63
(64.3%)
61
(62.2%)
58
(59.2%)
65
(66.3%)
55
(56.1%)
Lulus
(40 49)
12
(12.2%)
23
(23.4%)
20
(20.4%)
23
(23.5%)
14
(14.3%
12
(12.3%)
Gagal
(1 39)
18
(18.4%)
2
(2.1%)
2
(2.1%)
0
(0%)

0
(0%)
9
(9.2%)

Sumber: Unit Peperiksaan Sekolah, 2011; Laporan Kemajuan Pelajar, 2011.

Berdasarkan Jadual 2, pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah kurang
menggalakkan, iaitu didapati hanya 7 orang pelajar mencapai tahap cemerlang, 61
orang pelajar mencapai tahap kepujian, 12 orang pelajar lulus dan 18 orang pelajar
berada pada tahap gagal. Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam latihan
(1-4) yang diberikan menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian. Seterusnya
dapatan kajian melalui ujian pra menunjukkan pencapaian yang menggalakkan. Jika
dibuat analisis perbandingan dengan merujuk kepada analisis ujian pra dengan
ujian pos didapati wujud peningkatan peratusan dalam tahap pencapaian cemerlang
dan sebaliknya, wujud penurunan sedikit dalam tahap pencapaian kepujian.
Manakala tahap pencapaian pelajar dalam peratus lulus masih konsisten sebaliknya
berlaku penurunan peratus pelajar yang berada pada tahap gagal. Hal ini
bermakna, pelaksanaan Pendekatan Berfokus yang diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran di kelas memberikan kesan baik terhadap pencapaian pelajar
dalam kemahiran penulisan karangan.

10. REFLEKSI KAJIAN

10.1 Penilaian Pencapaian Pelajar

Langkah-langkah pengajaran yang dirancang telah dilaksanakan dan berjalan
dengan lancar. Semasa aktiviti pembelajaran berjalan, didapati keyakinan pelajar
untuk menjawab soalan karangan semakin meningkat. Pelajar telah membuat
penerokaan kendiri melalui pelbagai sumber. Setiap kali latihan karangan diberikan
pelajar dapat memberikan isi berdasarkan pendekatan berfokus dilaksanakan
melalui pendekatan kembangkan idea (KI A+) dan pendekatan Arahan Teknik
Markah A+ Aku Tahu Matlamat Akhir (ATMA+). Namun demikian, pencapaian
pelajar dalam membuat latihan menunjukkan peningkatan. Hal ini bermakna
9

kelemahan pelajar dalam menulis karangan dapat diminimumkan. Soalan-soalan
karangan yang diberikan diambil daripada soalan peringkat daerah Semporna.
Walau bagaimanapun pencapaian pelajar bagi setiap latihan agak kurang
cemerlang, namun markah yang diperoleh mampu meningkatkan pencapaian
pelajar yang sederhana dan lemah kepada tahap yang lebih baik. Keadaan ini
terbukti melalui ujian pos yang dilaksanakan. Semasa ujian pos diberikan hanya 12
orang pelajar mencapai tahap lulus dan 9 orang pelajar mencapai tahap gagal. Jika
dibuat perbandingan antara ujian pra dengan ujian pos didapati ada peningkatan
dari segi pencapaian pada tahap cemerlang telah mengalami peningkatan ketara,
iaitu 7 orang pelajar meningkat kepada 22 orang pelajar.

10.2 Rumusan Pemerhatian

Masalah pembelajaran pelajar yang ditunjukkan melalui tingkah laku pembelajaran
pelajar pasif telah dapat diatasi. Sikap pelajar yang gemar berbual, kurang
tumpuan, dan tidak membuat latihan amat berkurangan. Secara tidak langsung
menunjukkan bahawa teknik penulisan TIK (Tema, Isu, Kata Kunci) dalam
pendahuluan, penggunaan AT (Ayat Topik), AH (Ayat Huraian), AC (Ayat Contoh),
dan AP (Ayat Penyimpul) dalam isi, serta CHK (Cadangan, Harapan, Kesan) dalam
penutup yang diserapkan dalam Pendekatan Berfokus mampu memberi panduan
kepada pelajar untuk meningkatkan pembelajaran pelajar menjadi aktif dan
berfokus bagi mencapai kecemerlangan dalam penulisan karangan. Oleh itu,
sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, pencapaian murid dalam penulisan
karangan umum diharap dapat membantu meningkatkan peratus keseluruhan
markah Kertas 1 Bahasa Melayu khususnya di peringkat SPM kelak.

10.3 Refleksi Pengajaran Guru

Setelah beberapa latihan diberikan kepada pelajar dan akhir kajian pelajar telah
menunjukkan penguasaan baik dalam kemahiran menulis karangan. Keadaan ini
memberi respon positif terhadap pembelajaran pelajar sehingga mempunyai
keyakinan diri dalam menjawab soalan karangan sehingga mampu berdikari
membuat latihan sendiri dan menulis karangan dengan baik. Guru juga telah
mengemukakan soalan kepada pelajar di kelas sama ada mereka masih
menghadapi masalah menulis karangan. Pelajar memberi respon baik bahawa
bimbingan guru dalam pendekatan menulis karangan dan tip-tip penting penulisan
karangan banyak membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam menulis
karangan. Respon positif daripada pelajar terhadap pelaksanaan Pendekatan
Berfokus amat bermakna kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan pelajar dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.

11. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan dan meningkatkan
pencapaian pelajar berkenaan dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun
terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian khususnya dalam pengajaran
tatabahasa. Oleh itu, dicadangkan untuk meningkatkan penguasaan pelajar
berkenaan dalam penggunaan imbuhan dan penggunaan kata dalam ayat. Selain
itu, pelajar juga perlu menguasai kemahiran membina ayat secara gramatis bagi
menghasilkan penulisan karangan yang baik.


10

12. PENUTUP

Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi
kesan terhadap kemahiran penulisan karangan. Seandainya pelajar mengalami
masalah pembelajaran boleh menjejaskan pencapaian pelajar dalam penulisan
karangan. Guru seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan
berusaha untuk mengatasinya dengan menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Oleh itu Pendekatan Berfokus yang diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru dalam penulisan karangan diharap mampu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan dan seterusnya
melonjakkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu peringkat SPM.








































11

You might also like