Encik Abu Bakar bin Sidek, Ketua Kampung; merangkap, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Dan Keselamatan Kampung, Kampung Ulu Bendul, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tuan ,
JEMPUTAN KE IFTAR PERDANA DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN 2014
Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan kepada tuan bahawa SK Ulu Bendul akan mengadakan Iftar Perdana dan Majlis Khatam Al- Quran 2014 dengan kerjasama daripada guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar, Seremban pada ketetapan berikut :
Tarikh : 19 J ulai 2014 ( SABTU ) Masa : 4.00 petang 8.15 malam Tempat : Surau j-Qaf SK Ulu Bendul
3. Justeru, pihak kami amat berbesar hati menjemput tuan untuk memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
. ( SUHAIMI BIN NORAZI ) Guru Besar, SK Ulu Bendul, ATURCARA PROGRAM : 4.00 petang Berkumpul di surau bilik j-Qaf 4.30 petang Persiapan solat Asar berjemaah 5.00 petang Majlis khatam Al- Quran bermula Ketibaan VIP Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Ucapan YB Penyampaian Hadiah Persembahan Murid 7.00 petang Persiapan berbuka puasa & menjamu selera 7.45 malam - Solat Maghrib berjemaah 8.15 malam - Bersurai