You are on page 1of 4

JEREBU

Jerebu ialah kehadiran partikal terampai di atmosfera seperti gas-gas yang mengakibatkan
pencemaran udara .Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara
yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu pertama
melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar
seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah
jerebu di negara kita.

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan
pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri
petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan
Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-
bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan
kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara
yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu,
asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-
asap di kawasan sekitarnya.

Ketiga,masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin
timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara
akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di
Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang
angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam
tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke
dalam udara


Kesan-kesan jerebu


Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbuh tumbuhan. Kesan kesihatan manusia
yang paling ketara ahla terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit
kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,,
kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh
zarah-zarah beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini
akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada
aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut
serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya
menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling
teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir
seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua
sekolah terpaksa ditutup.

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas
fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid.
Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah
dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem
hutan dan ekosistem muara.




Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu


Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan
secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan
alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di
samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang
sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di
negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida dan sebagainya
yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang
menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur
haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan
adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama
dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di
sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk
mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha
mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan
pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik
digiatkan untuk menangani masalah ini.





Maksud IPU.

IPU adalah satu sistem yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai
tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah.
Ia juga adalah satu sistem kepekatan pencemar yang diukur dan ditukarkan kepada suatu nombor
pada skala antara 0 hingga 500. Oleh itu, IPU dikategorikan kepada lima tahap iaitu baik, sederhana,
tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya

You might also like