You are on page 1of 7

MATLAMAT

Sekolah Penyayang merupakan satu pendekatan berkesan untuk membendung


masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum,
kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam
kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para
murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah
serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya. . Apabila wujud suasana kasih sayang
dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995)Perkara 28 Hak Kanak-kanak PBB
Mengesyorkan supaya menggalakkan perkembangan Pendidikan menengah dan rendah
dalam pelbagai bentuk termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan
terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti
memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika difikirkan
perlu.
Sehubungan itu,Sekolah Kebangsaan Seri Banai turut melaksanakan program sekolah
penyayang bagi memenuhi tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan modal
insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya
semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi
amalan, sahsiah dan tingkah laku.
OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid,
ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan
masyarakat penyayang.
3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga
sekolah.
3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.
3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah
terhadap murid-murid di sekolah.
3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

KONSEP
Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu;
3.6 Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
3.7 Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani
dan berdisiplin tinggi.
3.8 Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang caring terhadap anak didik
di sekolah dalam segala aspek.
3.9 Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan
kakitangan sekolah.
3.10 Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam
kalangan mereka.
3.11 Mampu melahirkan guru-guru yang first in, last out di sekolah-sekolah.

PELAKSANAAN
Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran,
pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti
setempat.Antara program Sekolah Penyayang yang dijalankan secara konsisten di Sekolah
Kebangsaan Seri Banai adalah seperti berikut:


1. Program MAYANG (MASIH ADA YANG SAYANG)

Matlamat : Mengubah tingkah laku murid bermasalah
Objektif : 1.Memberi perhatian dan kasih sayang kepada murid.
2.Menimbulkan kesedaran di kalangan murid bahawa mereka sangat
disayangi dan dihargai.
3.Mendampingi dan mengenal pasti masalah murid.
4.Menyedarkan bahawa masih ada orang yang mengambil
berat, menyayangi dan membimbing mereka.(Caring)

PROSEDUR PELAKSANAAN
Sasaran : Murid bermasalah
1. Mengenal pasti murid-murid berisiko tinggi (high risk).
2. Mengenal pasti guru angkat yang bersesuaian .
3. Pelancaran dan penyerahan peringkat sekolah
Bersama waris murid dengan kerjasama agensi luar yang berkaitan.
4. Pengisian:juga diterapkan semasa aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari Rabu.
I. Kenali Diri - Hubungan
II. Destinasi Diri - Akademik
III. Budaya Hidup - Keluarga
IV. Kemenjadian Murid
V. Hari Penyayang ( Sukaneka/Memasak/Ikhtiar hidup dll)


Sesi motivasi terhadap kumpulan murid yang dikenal pasti mempunyai masalah seperti masalah
pembelajaran,disiplin mahupun yang mempunyai masalah keluarga diadakan bagi menimbulkan
kesedaran bahawa sekolah sentiasa mengambil berat terhadap mereka.



2.SANTAPAN MINDA.

Matlamat
Menyuburkan minda dan jiwa dengan ilmu kerohanian dan motivasi
Objektif:
1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan guru.
2. Saling mengingati sesama rakan sejawat

Pelaksanaan
Santapan minda dijalankan lima minit sebelum mesyuarat guru bergantung kepada
ketetapan pihak sekolah. Program bacaan Yaasin turut diadakan setiap hari Khamis
bagi meraikan hari jadi guru dan murid.Program ini berlangsung pada pukul 7.30 pagi.

Murid-murid diajar dan didedahkan dengan aktiviti keagamaan seperti cara mengambil wuduk yang
sempuna.





Sambutan hari jadi murid yang diadakan oleh guru kelas bagi meraikan murid.

3. PROGRAM WELCOME TO SCHOOL

a. Matlamat
Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara
warga sekolah dan murid.

b. Objektif
i. Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersemangat tinggi untuk ke sekolah pada
setiap hari.
ii. Memberi pengiktirafan kepada murid- murid yang datang ke sekolah.
iii. Mengamalkan nilai-nilai salam, senyum, segak, sopan dan sayang.

c. Prosedur
i. Guru, pengawas/PRS yang bertugas bersedia di pintu pagar sekolah seawal pagi yang
boleh untuk menyambut kedatangan murid yang lain.
ii. Memberi ucapan selamat datang, ucapan salam atau selamat pagi kepada murid.
iii. Menyambut kedatangan murid dengan senyuman.


Guru menyambut kedatangan murid ke sekolah setiap pagi.


4. Identiti Sekolahku

Matlamat
Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.

Objektif

1. Mempamerkan pemuafakatan antara guru .
2. Meningkatkan ketrampilan guru.
3. Menanamkan rasa sayang, semangat kekitaan dan bangga terhadap sekolah.

Pelaksanaan
- Pemakaian seragam pada hari-hari tertentu dalam seminggu dan hari-hari penting
seperti Hari Guru, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat PIBG serta menjadi wakil-
wakil sekolah dalam sesuatu majlis.

You might also like