Tahap Gred Mata Wang Kertas
Ini merupa pengenalan bagi mereka yang ingin menjadi pengumpul wang kertas. Ianyapenting kerana selain keluaran dan tahap susah untuk mendapatkan sesuatu wangkertas, tahap gred mata wang kertas juga memainkan peranan penting terhadap nilaisemasa sesuatu yang kertas khasnya. Saya senaraikan disini tahap gred mata wangyang selalu digunakan;
Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar,kertasnya kukuh dan bersih
About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat,mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaanbersih.
Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yangtajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.
Very Fine (VF)
terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjurumungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya penjuru yang tajamdan kertas masih kelihatan keras.
Fine (F)
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyaksedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warnakelihatan masih elok tetapi tidak terang.
Very Good (VG)
Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidakmenjejaskan keseluruhan imej permukaan.
Good (G)
Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat. Terdapatlubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesancontengan tulisan.
Fair (FA)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar.Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.
Poor (P)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar.
Add a Comment