Professional Documents
Culture Documents
IPOH
TINGKATAN: 1 ORKID
TANDATANGAN: _____________
0
1
2. ISI KANDUNGAN
1. Skema Pemarkahan 1
2. Isi Kandungan 2
3 .Tajuk Kajian 3
4. Objektif Kajian 4
5. Penghargaan 5
6. Pendahuluan 6
7. Kawasan Kajian 7
8. Kaedah Kajian 8
9. Hasil Kajian 9-12
10. Rumusan 13
11. Lampiran 14
12. Rujukan 15-16
4: OBJEKTIF KAJIAN
3
I. Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan Taman
Ipoh Timur.
II. Memerhati dan mengkaji cuaca dan iklim serta pengaruhnya terhadap kegiatan
ekonomi di Taman Ipoh Timur.
5: PENGHARGAAN
4
Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subejek geografi
saya kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan
untuk menyiapkan folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga
saya atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio
ini.
Disamping itu, terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan – rakan sekelas saya
kerana telah berkongsi idea dan pengetahuan bersama saya.
6: PENDAHULUAN
5
6.1 Nama saya Salmah bt Salleh. Saya seorang pelajar tingkatan 1 Orkid di Sekolah
Menengah Main Convent, Ipoh. Sebagai memenuhi kehendak subjek geografi, saya perlu
menyiapkan satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “Cuaca dan Iklim
dalam aspek Kegiatan Ekonomi.” Saya telah memilih kawasan perumahan Taman Ipoh
Timur untuk menjalankan kajian saya.
6.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat saya tinggal . Selain itu,
saya telah tinggal di kawasan ini lebih daripada 12 tahun .Ini memudahkan saya
menyiapkan folio ini.
6.3 Saya telah mengambil masa selama 3 minggu untuk mengumpul maklumat dan
gambar untuk menyiapkan folio ini.
7: KAWASAN KAJIAN
6
7.1 Latar Belakang Kawasan Kajian
Saya telah memilih Taman Ipoh Timur sebagai kawasan kajian. Taman Ipoh
Timur terletak lebih kurang 10 km daripada bandaraya Ipoh. Sebelum dibangunkan
Taman Ipoh Timur merupakan kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan ini mula
dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1970an. Taman Ipoh Timur merupakan kawasan
perumahan kos sederhana rendah dan kos sederhana tinggi. Terdapat rumah pangsa,
kondominium, apartment, rumah teres dan rumah banglo di kawasan ini. Segala
kemudahan awam dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi . Hasil daripada
pencarian saya di internet, sehingga akhir Disember tahun 2008, Taman Ipoh Timur
didiami lebih kurang hampir 10,000 orang penduduk.
8: KAEDAH KAJIAN
7
8.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:-
a) Pemerhatian
b) Internet
c) Temubual
8.2Pemerhatian
Saya telah meluangkan banyak masa memerhati ciri – ciri cuaca dan iklim di
kawasan Taman Ipoh Timur dan ktiviti–aktiviti ekonomi yang dijalankan.
8.3 Internet
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat
tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian ataupun melalui
keadah temubual. Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah jumlah penduduk
dan keluasan kawasan kajian dan gambar-gambar serta peta yang telah dimuatturunkan.
8.4Temubual
Saya telah bertemubual bersama beberapa orang jiran saya mengenai kegiatan
ekonomi di kawasan ini. Jiran- jiran saya yang di temubual itu telah menduduki Taman
Ipoh Timur selama lebih daripada 20 tahun.
9: HASIL KAJIAN
8
9.1 Ciri – Ciri cuaca dan Iklim
Taman Ipoh Timur yang terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia
menteBHGkan ia menerima iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Kedudukan Taman Ipoh Timur menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan
purata enam jam sehari. Kawasan ini juga berkeadaan lembab sepanjang tahun. Cuaca
sedemikina amat sesuai untuk aktiviti pertanian, perniagaan dan perkhiddmatan.
9.2.1 Pertanian
Iklim dan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun merupakan factor yang
mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan Taman Ipoh Timur. Di antara jenis
pertanian yang dijalankan ialah tanaman sayur- sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran
jenis kekacang, cili, sawi, terung dan terung merupakan beberapa jenis tanaman yang di
tanam di kawasan ini.
9.2.2 Perniagaan
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Taman Ipoh Timur telah
menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan – usahawan yang
membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan, butik, kedai
runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai
penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan. Bekalan hasil tanaman juga mudah
diperolehi dari kebun-kebun yang berhampiran.
9.2.3.Perkhidmatan
9
Selain itu, penduduk di Taman Ipoh Timur terlibat di dalam bidang perkhidmatan
kerana di kawasan Taman Ipoh Timur terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah
rendah dan tadika. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan
menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat tersebut.
PERNIAGAAN DAN
70
60
JENIS
50
Pelabgai Barangan
40
Pelbagai Perkhidmatan
30
Makanan
20
10
0
Graf 1
JUMLAH KEDAI
10
9.3 Masalah
9.3.1.Pencemaran
Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada
kesihatan dilepaskan ke alam sekitar. Di Taman Ipoh Timur aktiviti pertanian telah
menyebabkan pencemaran udara dan air. Udara tercemar kerana asap dari pembakaran
sisa tanaman dilepaskan ke udara.Bahan kimia daripada penggunaan baja kimia yang
digunakan oleh penduduk juga telah menyebabkan pencemaran..
9.3.3.Hujan Asid
Kejadian hujan asid mempunyai kaitan rapat dengan pelepasan asap dari mesin-
mesin pertanian dan kenderaan.Asap ini mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida,
sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Di Taman Ipoh Timur, kebun-kebun banyak
melepaskan asap dan dapat menyumbang dalam pembentukan hujan asid.
9.4.1.Kempen
Penduduk Taman Ipoh Timur diingatkan tentang kepentingan menjaga alam
sekitar melalui kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-
kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.
11
9.4.2.Penguatkuasaan Undang-undang
Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi
alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan
perkara-perkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang
alam sekitar termasuk pertanian di Taman Ipoh Timur.
9.4.3.Pendidikan
Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk
Taman Ipoh Timur tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui
pendidikan diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah
(Geografi dan Sains)
9.4.4.Penyelidikan
Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang
baru atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak
mencemerkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam dan harus
diamalkan oleh semua yang terlibat.
12
10. RUMUSAN
Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, saya dapat mengetahui apakah
jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya. Jenis-jenis kegiatan ekonomi di
tempat kita harus diketahui kerana ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai
kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara.
Saya juga dapat mengetahui bahawa terdapat pelbagai kesan yang didapati
daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti
pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dicungkil dan ditanam dalam jiwa penduduk. Ini
dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut.
.
Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah
dan harus diambil untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut . Apabila
penduduk melihat langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti
langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta
akan tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.
Saya berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya.. Saya berharap agar
kawasan yang saya duduki ini akan terus berkembang dengan lebih pesat dan akan terus
menyumbang kepada perkembangan di negara kita.
13
12. RUJUKAN
14
15
Gambar Aktiviti Penanaman
16
Gambar Aktiviti Perniagaan
17