You are on page 1of 43

SGDV3013 MORAL DALAM

PEMBENTUKAN MASYARAKAT
TAJUK 5:
KONSEP PEMBINAAN SIKAP MORAL DALAM
PEMBENTUKAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
Disediakan Oleh:
Felicia Yudin 128741
Diana Ak Tanie 128747
Ummu Kausar Bt Ahmad Kamaludin 129280
Nur Farhanah Bt Mohamed 130057
Raihan Bt Mohamed 130059
PENGENALAN
• Malaysia: sebuah negara yang masyarakatnya
terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik,
warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan dan
adat resam yang tersendiri.
• Kejayaan Malaysia yang mampu menguruskan
masalah hubungan etnik ini bukanlah mudah
tanpa kerjasama semua pihak tidak kira dari
pihak pemerintah mahupun rakyat.
SAMB…
• Pembinaan sikap moral dalam pembentukan
masyarakat sangat penting bagi
memperkukuhkan lagi perpaduan dalam
kalangan masyarakat dan seterusnya
mewujudkan masyarakat berintegrasi.
KONSEP MORAL
• Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh
etika.
• Moral terbahagi kepada dua iaitu :
1. Baik; segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh
etika sebagai baik.
2. Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika
sebagai buruk.
• Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan
peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di
luar kawalan individu
KONSEP TANGGUNGJAWAB
• "Perbuatan-perbuatan yang difardukan
kepada seseorang serta wajib mengerjakannya
seperti ibadah dan ia adalah kewajipan-
kewajipan syarak"
(KAMUS ISLAM)

• Tanggungjawab atau responsibility merupakan


tugas dan kewajipan melaksanakan sesuatu
kerja yang telah diberikan.
KONSEP MASYARAKAT
• Manusia merupakan makhluk yang memiliki
keinginan untuk bersatu dengan sesamanya
serta alam lingkungan di sekitarnya dengan
menggunakan fikiran, naluri, perasaan,
keinginan dan sebagainya manusia memberi
reaksi dan melakukan interaksi dengan
lingkungannya.
KONSEP MASYARAKAT
 Kumpulan manusia yang bergaul, hidup
bersama dan hidup bermasyarakat”
(Kamus Dewan)

 Community pula membawa maksud


kumpulan individu yang hidup bersama dan
mempunyai nilai yang bersama.
(Bahasa Inggeris)
KONSEP MASYARAKAT
• “masyarakat” berasal dari akar kata “syaraka,
yusyariku, masyarakatan” yang bermaksud
bersekutu, berkongsi atau hidup bersama.
( Bahasa Arab)
• Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan
bahawa masyarakat dalam ketiga-tiga bahasa
Melayu, Arab dan Inggeris membawa maksud
yang hampir sama iaitu perkongsian, persatuan,
perkumpulan, usahasama dan pergaulan.
ASAS PEMBENTUKAN TINGKAH
LAKU YANG BAIK DAN
BERMORAL DALAM HUBUNGAN
MASYARAKAT
DEFINISI KONSEP
Kamus Dewan 1993, Asas ialah sesuatu yang
menjadi sandaran atau pendukung kepada
sesuatu yang lain.

Kamus Dewan 1989, mendefinisikan tingkah


laku bermaksud perbuatan, gerak geri,
kelakuan sikap, dan perangai.
• Tingkah laku sebahagian drpd elemen sikap
bagi seseorang individu. Menurut Azizi (2005),
tingkah laku merupakan penampilan dan hasil
terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan
emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkah laku
mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh
dilihat dengan mata kasar.
INSTITUSI AGAMA
Agama Islam, tingkah laku yang baik atau buruk
yang ditonjolkan berpunca dari rohani seseorang, @
lbh khusus merujuk kepada aspek pembentukan dan
pendidikan hati.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
...ingatlah sesungguhnya dalam jasad itu terdapat
seketul daging, apabila elok daging tersebut maka
eloklah seluruh jasad, sebaliknya apabila rosak
daging tersebut maka rosaklah seluruh jasad.
Ingatlah bahawa daging itu adalah hati.
Ibn Qayyim membahagikan tiga jenis hati :

Hati yang tenang dan tenteram


Hati yang sakit
Hati yang mati

Hati yang tenang - jelasnya merujuk kepada


hati yang disuburkan dengan akidah atau iman.

Hati yang sakit - adalah hati yang telah dicemari dengan


perkara-perkara dosa.

hati yang mati - adalah hati golongan yang tidak beriman


kepada Allah.
INSTITUSI KELUARGA
 Tingkah laku juga merupakan penampilan dan hasil
terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi,
perasaan dan pemikiran.
 Dalam aspek membina tingkah laku baik dan bermoral
ini boleh diibaratkan seperti membina sebuah
bangunan.
 sebelum sesebuah bangunan itu didirikan, pembinaan
asas perlu didahulukan dengan perancangan yang rapi
dan strategik untuk memastikan bangunan yang dibina
itu kukuh dan kuat.
SAMB…
 Oleh yang demikian, dalam membentuk
sebuah masyarakat mesti dimulakan dengan
asasnya terlebih dahulu.
 Jika kukuh asas yang dibina, maka tegak
masyarakat itu.
 Namun, jika lemah maka runtuhlah apa saja
yang dibina di atasnya.
 pendidikan itu bermula daripada rumah. Bak
kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
 ibu bapa seharusnya mewujudkan suasana
yang boleh mendorong kepada tingkah laku
yang positif dalam keluarga seperti menyemai
sikap berdisiplin, hubungan kekeluargaan yang
erat dan harmoni.
 tidak seharusnya terlalu memberi kebebasan
kepada anak-anak, sebaliknya mereka perlu
mengawal sedikit tingkah laku anak-anak
untuk menjadikan mereka sebagai insan yang
berdisiplin.
 ibu bapa perlu menjadikan rumah sebagai
satu persekitaran yang baik dengan menyemai
cara hidup yang positif.
 Dalam agama Islam sendiri juga ada mengatakan
bahawa institusi keluarga adalah asas bagi segala
pendidikan yang kukuh bagi generasi muda.
 Islam mengambil berat terhadap ibu bapa yang
bertindak sebagai pemeri dan pemerintah keluarga.
 jika ibu bapa berjaya melahirkan anak yang baik
dan bermoral dalam institusi keluarga bermakna
mereka juga berjaya melahirkan insan yang baik
dan bermoral dalam hubungan masyarakat.
INSTITUSI PENDIDIKAN
elemen yang penting dalam memainkan peranan
sebagai asas pembentukan tingkah laku baik dan
bermoral dalam hubungan masyarakat.
melalui budaya sekolah yang diamalkan di
sekolah seperti hubungan pelajar dengan guru,
hubungan pelajar dengan pelajar serta hubungan
pelajar dengan masyarakat di sekitar kawasan
sekolah akan mempengaruhi cara mereka
berhubung dengan masyarakat.
SAMB…
institusi pendidikan seharusnya menerapkan
nilai-nilai positif dan nilai moral dalam diri
pelajar melalui proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Pembentukan tingkah laku baik dan bermoral
juga boleh dibentuk melalui penerapan melalui
subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Agama
dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
SAMB…
Sebagai contoh: melalui mata pelajaran
Pendidikan Moral terdapat beberapa nilai
yang boleh diterapkan dalam diri pelajar
berkaitan dengan tingkah laku baik dan
bermoral dalam hubungan masyarakat seperti
hormat-menghormati, toleransi, baik hati,
bekerjasama dan sebagainya.
SAMB…
Melalui nilai-nilai moral yang diterapkan dalam
mata pelajaran tersebut akan menjadi asas dan
panduan kepada anak-anak dalam menbentuk
tingkah laku baik dan bermoral dalam
hubungan masyarakat.
berperanan dalam membentuk disiplin pelajar
sebagai asas pembentukan tingkah laku yang
baik dan bermoral melalui peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan di sekolah.
SAMB…
Melalui peraturan tesebutlah yang akan
membentuk disiplin pelajar dan seterusnya
pelajar akan menerapkan disiplin diri itu
apabila mereka berada dalam kalangan
masyarakat di sekeliling mereka.
INSTITUSI SOSIAL
Sosialisasi merupakan satu proses dimana individu belajar
cara bermasyarakat ataubersosial supaya mereka boleh
berfungsi dikalangan masyarakat tempat tinggalnya.
Kanak-kanak diajar amalan dan nilai dalam sesuatu
masyarakat melalui perhubungan dengan setiap individu
yang telah sedia mengamal norma dan nilai masyarakat
tersebut dan ini lazimnya bermula dari keluarga.
Sosial merupakan asas pembentukan tingkah laku yang meliputi
banyak aspek, antaranya keluarga, kejiranan, komuniti, negara
dan dunia tempat mereka tinggal dan dibesarkan.

Dalam konteks ini, tingkah laku dipengaruhi oleh ibu bapa,


adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, rakan sebaya, orang
dewasa yang ada hubungan dengan mereka, sekolah, rumah-
rumah ibadah dan kumpulan atau pertubuhan dimana mereka
adalah sebahagian daripadanya.
Selain itu, sosialisasi juga yang merupakan asas pembentukan
tingkah laku termasuklah ideologi, nilai, sikap, undang-undang
dan peraturan, ‘mores’ serta adat dan pantang-larang sesuatu
budaya.

Budaya pula adalah berbeza mengikut negara, antara kaum dan


etnik serta kumpulan-kumpulan berdasarkan sosio-ekonomi.
Oleh itu, yang di katakan asas dalam sosialisasi dalam
membentuk tingkah laku adalah, apa yang diterapkan dan
cuba di sampaikan oleh persekitaran sosial kepada
pembentukan tingkahlaku seseorang yang seawalnya
bermula daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.

Semua pihak yang berkaitan harus memainkan peranan


agar tingkahlaku yang dibentuk adalah baik dan sempurna
dan boleh di terima dalam persekitaran masyarakat.
MASALAH KE ARAH
PERLAKUAN YANG BAIK DAN
BERMORAL DALAM
KALANGAN MASYARAKAT
• Kemajuan negara pada masa akan datang adalah
bergantung pada remaja kita yang ada pada hari ini.
“Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin
yang baik pada masa akan datang”.
(Ibnu Khaldun)
Antara faktor- faktor yang menjurus kepada masalah ini ialah :

i. Kurangnya Didikan Agama

 Masalah kurangnya didikan agama adalah faktor


yang paling utama dalam masalah sosial remaja.
 Didikan agama mampu menjadi penghalang daripada
perkara yang tidak elok
 Oleh itu, ibu bapa memastikan anak-anak mereka
mempunyai didikan agama yang secukupnya untuk
menempuhi cabaran dunia kini terutamanya pada
peringkat kanak-kanak.
ii. Kasih sayang daripada keluarga
Kekurangan nilai kasih sayang yang dicurahkan
oleh ibu bapa kepada anak-anak
menyebabkan anak-anak memberontak dan
merasa tidak selesa di rumah dan lebih selesa
berfoya-foya dengan kawan-kawan di luar
iii.Pengaruh rakan-rakan
 Tidak dinafikan bahawa seseorang ingin
mencari kawan yang ramai dan berkawan
tanpa memilih sama ada baik atau sebaliknya.
Ini kerana perasaan seseorang remaja ingin
mencuba sesuatu perkara yang baru dalam
hidup mereka dan tidak menghiraukan halal
dan haram.
iv.Pengaruh media massa
• Media massa, sama ada media cetak ataupun
media elektronik sekarang banyak
memaparkan perkara-perkara yang tidak
sepatutnya disiarkan ataupun diluluskan untuk
pratonton masyarakat Islam. Ia sedikit
sebanyak akan mempengaruhi minda remaja.
v. Keadaan Sekeliling
• Keadaan sekeliling yang dimaksudkan adalah
terdapatnya pusat-pusat hiburan, karaoke,
pusat judi tempat-tempat maksiat dan
sebagainya akan menyebabkan remaja lalai
dengan hiburan duniawi semata-mata.
LANGKAH-LANGKAH
DORONGAN JIWA KE ARAH
PERLAKUAN YANG BAIK DAN
BERMORAL
Peranan
Penghayatan
masyarakat
agama

LANGKAH-
LANGKAH UNTUK
MENGATASI
Peranan kerajaan GEJALA SOSIAL.
dan NGO

Kawalan ibu bapa

Peranan media
PENGHAYATAN AGAMA
• Agama boleh menjadi benteng kepada seseorang
untuk menjauhi diri daripada melakukan perkara-
perkara yang ditegah atau dilarang.
• Pendidikan agama merupakan unsur yang paling
penting dalam kehidupan seseorang kerana
pendidikan agama membentuk seseorang
manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala
atau balasan baik dan balasan buruk
KAWALAN IBU BAPA
• Ibu bapa harus peka dengan setiap aktiviti dan
segala gerak laku anak-anak ketika mereka
berada diluar rumah.
• Memberi kasih sayang dan perhatian kepada
anak-anak supaya mereka tidak merasa diabaikan
• Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada
kedua-dua ibu bapa menyebabkan anak-anak ini
berpeleseran di luar bersama rakan-rakan yang
senasib dengan mereka
PERANAN KERAJAAN DAN BUKAN
KERAJAAN (NGO)
• menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan
masyarakat akan isu-isu moral.
• Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-
kelompok tertentu seperti kedua-dua ibu bapa dan guru
dengan tujuan memberi pendedahan ilmu mengenai gejala-
gejala yang semakin meruncing dalam kalangan remaja agar
mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka
telah terlibat dengan gejala-gejala negative.
• Bentuk program yang kedua ialah mensasarkan kepada
remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang
banyak terlibat dengan isu-isu moral.
PERANAN MEDIA MASSA
• Klasifikasikan filem berunsur ganas.
• Media juga perlu memaparkan filem, gambar,
cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-
kesan buruk terhadap diri sendiri mahupun
orang lain.
• Di samping itu, media juga perlu sentiasa
menayangkan iklan-iklan larangan gejala-gejala
yang negative seperti rempit, pembuangan bayi
dan seumpamanya.
KUATKUASA UNDANG-UNDANG
• Pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan
undang-undang dengan mengenakan hukuman
maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti
mengenakan hukuman sebat.
• Hal ini dapat mengurangkan kes pembuangan bayi
dan masalah keruntuhan akhlak remaja.
• Di samping mengambil tindakan yang tegas, kes-
kes berkenaan perlulah didedahkan kepada umum
agar menjadi pengajaran kepada orang lain.
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, kemelut gejala social yang
melibatkan remaja yang merupakan pelapis
dan penentu jatuh bangunnya sesebuah
Negara pada masa hadapan semakin
membimbangkan. Bersesuaian dengan konsep
satu Malaysia, semua pihak perlu peka
terhadap permasalahan ini untuk bersama-
sama mengembleng usaha dan tenaga bagi
menangani gejala ini.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like