You are on page 1of 15

TAJUK :

KESANTUNAN BAHASA
Apa itu kesantunan berbahasa?
 Kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara
lisan atau pun bertulis.
 Kesantunan berbahasa juga bermakna timbang rasa yang
diberikan kepada pihak yang mendengar apa-apa yang
diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis.
 Oleh itu, bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil kira
bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem
sapaan yang diguna pakai.
Bahasa Sapaan
Kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga
 Secara umum kata ganti diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti
diri pertama (tunggal dan jamak), kata ganti diri kedua (tunggal dan
jamak) dan kata ganti diri ketiga (tunggal dan jamak). Manakala
sapaan dalam keluarga pula biasanya berbeza mengikut daerah.

Kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat


 Penggunaan kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat ialah
berdasarkan pangkat atau status seseorang.

Protokol dan panggilan hormat


 Penggunaan bahasa sapaan ini merupakan tatasusila dan panggilan
hormat yang melibatkan seseorang individu.
Fungsi Bahasa Melayu

Sebagai Bahasa Kebangsaan


 Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan
identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.
 Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama
sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa
rasmi negara tersebut.
 Ia merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti
tentang kedaulatannya membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
 Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-
undang yang ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.
Sebagai Bahasa Rasmi
 Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan
rasmi dan surat menyurat.
 Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai
bahasa rasmi.

Sebagai Bahasa Pengantar


 Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah,
maktab, politeknik, dan universiti.
 Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi
menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan.
 Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan
keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang.
Sebagai Bahasa Komunikasi
 Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa
perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari
dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk
kawasan ini.
 Maka fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu
kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.

Sebagai Bahasa Perpaduan


 Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat
Malaysia membantu memupuk perpaduan secara tidak langsung antara
kaum, keturunan, dan sebagai perpaduan politik.
Peranan Bahasa Melayu dengan Jati Diri Rakyat
Malaysia dan Wawasan Negara

 Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan


identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.
 Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa kebangsaan, bahasa
komunikasi, dan bahasa perhubungan rakyat Malaysia secara meluasnya.
 Maka fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu
kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.
Bahasa Tubuh

 Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat
tangan, air muka, dan gerakan badan.
 Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar
dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.
 Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi,
personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu.
 Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan
lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak
disampaikan dengan jelas.
 Dengan membaca bahasa tubuh, kita dapat mengetahui sama ada apa-
apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif.
Gerakan Anggota Badan
 Mempunyai makna tertentu
 Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam
komunikasi yang dihasilkan.
 Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang
difahami oleh semua orang.

Gerakan Mata
 Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
 Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya.
 Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta.
 Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak
tenteram perasaannya.
Gerakan Tangan
 Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat
mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
 Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk
menyampaikan maksud.
 Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya.
 Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan
mulut yang bermakna diam/ tolong senyap.
 Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan
tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan
seseorang.
 Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, dia akan
menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin
disampaikannya itu.
Mimik Muka
 Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat
diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
 Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
 Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas
terhadap seseorang.
 Kita dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air
mukanya.
 Selain itu, menentukan jalinan komunikasi yang dilalui. Untuk membentuk
jalinan komunikasi yang mesra / positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.
Kesepaduan Bahasa Lisan dan Bahasa Tubuh dalam Komunikasi
Dapat Memberi Kesan Pemahaman yang Lebih Mendalam
Antara Pemberi dengan Penerima Mesej.

 Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan


emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu.
 Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh
akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang
hendak disampaikan dengan jelas.
 Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat
mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
 Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat
diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan yang
membantu mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
Sumber Rujukan
Bahasa Melayu Komunikasi – Pengajian Asas (
Modul 1/1)

http://www.blogger.com/feeds

http://www.scribd.com/doc

You might also like