You are on page 1of 18

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum…

Syukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah


rahmatNya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
mengenai “sistem pendawaian satu fasa dua dawai” dengan
tempoh masa yang di berikan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima


kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Fadzlillah
Suhaimi Bin Mohd Adnan Iaitu selaku pensyarah Bahan dan
Binaan Kejuruteraaan 3 saya.Ini adalah jasa dan
pengorbanan beliau yang tidak jemu-jemu membimbing saya
dan memberi saya tunjuk ajar untuk saya menyiapkan
tugasan yang di berikan ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak


terhingga kepada kedua orang tua saya yang banyak
memberi saya dorongan dan sumbangan kewangan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini.Tanpa mereka saya
mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini
dengan sempurna.

Akhir sekali,ucapan terima kasih kepada rakan


seperjuangan yang bertukus-lumus untuk membantu
menyiapkan tugasan ini.Idea dan pendapat mereka sangat
bermakna dalam menyiapkan tugasan saya ini. Hasil
kerjasama daripada rakan-rakan saya semua saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya.
Sekian,terima kasih...

SOALAN:

Huraikan bekalan tiga fasa empat dawai


ke premis pengguna?
Apa itu elektrik ? ??
Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat
kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia
membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia
meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan
elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian
seperti elektronik dan kuasa elektrik. Elektrik juga dalah satu bentuk tenaga yang
di hasilkan apabila bahan bahan api( fuel) seperti arang batu, minyak atau gas yang
di bakar. Elektrik di cipta melalui pelbagai kaedah dan jenis, antara jenis elektrik
ialah elektrik melalui hidro,enjin generator seperti diesel dan petrol,kincir
angin,tenaga solar,biomass dan banyak lagi.
3 fasa 4 dawai
lazim digunakan dalam sistem grid pengagihan elektrik di seluruh
dunia. Ia juga digunakan sebagai punca kuasa bagi motor elektrik yang
besar serta penggunaan beban tinggi yang lain. Secara amnya, sistem
tiga fasa merupakan sistem yang paling ekonomik kerana ia
menggunakan kurang bahan pengalir bagi menghantar bekalan elektrik
daripada sistem fasa tunggal ataupun dua fasa yang setara pada
voltan yang sama.[2]

Di dalam sistem tiga fasa, tiga pengalir mengangkut tiga arus ulang-
alik (yang sama frekuensinya) yang mencapai nilai puncaknya pada
masa yang berbeza, dengan selang antara fasa sebanyak 1/3 kitaran.
Selang antara fasa ini mempunyai kesan pemindahan kuasa yang
malar pada setiap kitaran litar, serta membolehkannya menghasilkan
medan magnet berputar pada motor elektrik.

Sistem tiga fasa boleh jadi ada atau tiada wayar neutral. Wayar neutral
membolehkan sistem tiga fasa menggunakan voltan yang lebih tinggi
sementara ia menyokong peralatan fasa tunggal bervoltan rendah.
Bagi sistem penghantaran voltan tinggi, adalah lumrah untuk tidak
menggunakan wayar neutral langsung memandangkan beban boleh
disambungkan terus antara fasa.

Sistem tiga fasa mempunyai sifat yang menjadikannya sistem yang


sesuai bagi sistem penghantaran elektrik:

 Arus fasa cenderung untuk saling membatal sesama sendiri,


bersamaan dengan sifar dalam kes beban seimbang. Ia
membolehkan wayar neutral dikecilkan saiznya ataupun tidak
digunakan langsung; kesemua wayar fasa mengangkut arus yang
sama serta menggunakan saiz pengalir yang sama, bagi kes
beban seimbang.
 Pemindahan kuasa bagi beban seimbang linear adalah malar,
mengurangkan gegaran pada penjana dan motor.
 Sistem tiga fasa boleh menghasilkan medan magnet yang
berputar mengikut arah yang tetap, mempermudahkan rekaan
motor elektrik.
Kebanyakan pengguna rumah menggunakan sistem fasa tunggal. Di
Malaysia, pengguna rumah memperoleh bekalan fasa tunggal dua
dawai 240 V daripada sistem pengagihan tiga fasa 415 V melalui
sambungan pada wayar neutral serta salah satu daripada tiga wayar
fasa.

Kod warna bagi sistem tiga fasa adalah berbeza mengikut negara, Di
Malaysia, kod warna bagi

Pendawaian elektrik
Rencana utama: Pendawaian elektrik

Di kebanyakan negara, kebanyakan rumah menggunakan sistem


bekalan elektrik fasa tunggal, dengan dua atau tiga wayar yang
digunakan pada setiap soket:-

 Wayar hidup (juga dikenali sebagai wayar fasa) - membawa arus


ulang-alik dari punca kuasa ke beban.
 Wayar neutral - mengembalikan arus elektrik ke punca kuasa.

Wayar bumi - bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor


ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan
penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik, wayar ini tidak membawa
sebarang arus elektrik. Ia biasanya disambungkan ke bahagian bekas
logam serta bahagian peralatan lain yang mungkin bersentuhan
dengan manusia. Gangguan elektromagnetik serta pelindung kejutan
elektrik membuang cas
Kebaikan sistem 3 fasa 4 dawai
Sistem tiga fasa empat dawai ini sesuai di gunakan di rumah- rumah besar,rumah-
rumah setinggan,sekolah,masjid dan sebagainya ianya menggunakn beban elektrik
yang pelbagai ,banyak dan mggunakan sumber kuasa tinggi. Sistem tiga fasa empat
dawai menggunakn kuasa elektrik yang tnggi seperti air cond ,alatan bermotor
,gas,element pemanas dan sebagainya. tempat yang menggunakan jenis sistem ini
hanya memerlukan jumlah elektrik yang tinggi dan .ouput atau keluara elektrik
untuk sistem satu fasa ini hanya 415v 50Hz.kos pembayaran untuk penggunaan
sistem tunggal ini adalah lebih mahal berbanding dengan sistem satu fasa dua
dawai.cara pemasangannya juga lebih sukar dan cdan kos lbh tinggi daripada
sistem satu fasa dua dawai kerana ianya hanya memerlikan 1 pengalir da n 3
neutral (biru,kuning atau merah). ...

Penghantaran dari stesen pencawang ke tiang elektrik 4 dawai.Elektrik ini terhasil


daripda pelbagai punca antaranya ialah melalui,kincir angin,hidro,biomass dan
sebagainya. Bekalan elektrik di salurkan ke premis dengan melalui proses
penjanaan penghantaran dan pengagihan. Dari jana kuasa bekalan elektrik di hantar
ke stesen pencawang dengan voltan yang tinggi. Seterusnya bekalan elektrik dari
stesen pencawang tersebut di hantar ke tiang 3 fasa 4 dawai dengan voltan yang
sederhana iaitu 415volt.sistem tiga fasa 4 dawai ini mempunyai 1 neutral dan 3
pengalir iaitu NR,NK,NB. Sistem ini lebih stabil kerana ia mempunyai 3 pengalir,
apabila berlakunya ketiadaan elektrik ia tidak akn berlaku secara berterusan

Talian penghantaran elektrik tiga fasa.-( menara pylon)


Seterusnya bekalan elektrik dari tiang 4 dawai diagihkan kepada pengguna 3 fasa
melalui talian pengagihan atau kabel elektrik. Kabel – kabel ini biasanya
mempunyai voltan yang tinggi namun voltan tersebut di kecilkan iaitu 415v 50hz
untuk di agihkan ke premis yang hendak digunakan yang menggunakan beban
elektrik yang tinggi. Beban elektrik tersebut seperti penghawa dingin, alatan
berfilament, dan sebagainya. Sistem pengagihan ini di kenali sebagai sistem 3 fasa
4 dawai. Sistem ini di hasilkan daripada menyambung 4 talian atau kabel iaitu
kabel neutral dan dan 3 kabel pengalir biru,kuning dan merah. Setelah itu bekalan
elektrik tersebut di bawa masuk ke dalam premis melalui kabel perkhidmatan yang
merupakan kabel yang bersalut penebat bagi memberi keselamatan kepada
pengguna. Bekalan elektik daripada kabel perkhidmatan di salurkan ke peranti –
peranti kawalan tertentu yang di namakan “turutan kawalan”. Turutan kawalan
tersebut ialah fius perkhidmatan dan perhubungan, meter elektrik , suis utama ,
pemutar litar bocor ke bumi, papa

Tiang 4 dawai ke transformer elektrik


Transformer tiga fasa bagi sistem bekalan empat dawai 208Y/120 volt:
salah satu daripadanya adalah wayar neutral manakala yang lain ialah
fasa L1, L2 dan L3.
Meter elektrik di gunakan untuk menyukat unit tenaga yang di gunakan untuk satu
jangka masa yang tertentu. Meter elektrik adalah hak kepunyaan pembekal tenaga
atau pihak yang berkuasa memasang dan memyambungkan elektrik ke pengguna.

Meter elekrik ke kotak agihan fius 3 fasa 4dawai


Fius agihan merupakan satu peranti yang digunakn untuk melindungi litar dari
kerosakan yang disebabkan oleh lebihan arus. Fius terletak secara bersiri dengan
litar dengan di pasang pada papan fius agihan. Penggunaan fius membolehkan litar
menerima voltan sepenuhnya. Terdapat 3 jenis fius antaranya ialah fius yang boleh
di dawai semula. Fius ini di buat dalam pelbagai saiz dan membenarkan arus yang
di hadkan mengalir melaluinya. Dan juga fius ini akan mencair dan memutuskan
litar apabila berlaku lebihan arus. Kebiasaanya ia digunakan untuk penggunaan
domestik atau arus beban yang kecil di kawasan-kawasan perumahan. Seterusnya
fius katrij ,biasanya ia digunakan di dalam plug untuk kegunaan perkakas elektrik
dan juga di anggap sebagai fius tambahan selain daripada fius yang ada di dalam
papan fius agihan. Fius katrij mempunyai kadar pemutusannya yang lebih cekap
dan tinggi malahan kadar arus nominalnya dapat di ketahui dengan tepat namun
apabila elemen fius putus, keseluruhan katrij tidak boleh digunakan lagi. Jenis fius
yang terakhir ialah fius kapasiti pemutus tinggi yang terdiri daripada satu tiub
seramik yang mempunyai penutup hujunh yang di perbuat daripada logam. Fius ini
di reka bentuk bagi melindungi litar daripada lebihan arus besar dan berupaya
membuka litar semasa berlaku litar pintas tanpa merosakkan peralatan yang ada di
sekelilingnya.

fius agihan

HALATUJU ERUS ELEKTRIK


Elektrik telah melalui kotak fius agihan setelah itu untuk sampai ke soket beberapa
jenis pendawaian boleh di lakukan. Antaranya :

a) Pendawaian terbuka
Pendawaian ini di lakukan dengan kabel-kabel di sokong oleh klip ke
permukaan di dinding , tiang , siling. Untuk itu pastikan permukaan
pendawaian bukan daripada bahan jenis logam ini kerana ia akan
membahayakan pengguna. Jika permukaan daripada batu bata atu konkrit,
kabel akan di klipkan di atas bilah papan yang di pakukan ke atas dinding
atau siling. Cara ini menampakkan keadaan semulajadi dawai. Walaupun
kaedah pemasangannya mudah dan kos nya murah namun keadaan itu akan
mencacatkan pemandangan isi rumah. Bahkan ia tidak mempunyai nilai
keselamatan yang tinggi kerana kabelnya terdedah menyebabkan kepada
kerosakan.

b) Sistem pendawaian tersembunyi


Kaedah ini adalah dengan menyembunyikan dawai atau kabel dari
pandangan isi rumah. Pemasangannya dengan membenamkan kabel –kabel
ke dalam lurah alur pada dinding atau siling yang di sediakan. Kaedah ini di
lakukan ketika di peringkat pembinaan sebelum kerja – kerja melepa di
jalankan. Melalui kaedah ini pendawaian tersebut nampak lebih kemas dan
cantik serta tidak akan terdedah kepada kerosakan di sebabkan oleh tikus,
lipas dan banyak lagi. Namun kaedah pendawaian ini memerlukan kos yang
mahal kerana penyelenggaraan dan pemasangannya sukar serta memerlukan
pendawai yang mahir dan cekap. Kaedah ini juga penunjuk- penunjuk
seperti suis dan amaran tentang kerosakan dan kebocorannya.
c) Sistem pendawaian kondiut
Bahan kondiut yang digunakan adalah daripada besi bergalvani, pvc atau
aluminium kerana bagi melindungi daripada berlaku kerosakan. Bahan
kondiut pvc banyak di gunakan kerana ianya ringan, mudah di pasang, di
bentuk, bahan pengelowapan dan murah. Kaedah ini dengan memasukkan
kabel ke dalam kondiut dan menariknya melaluinya. Bagi kondiut yang di
perbuat daripada logam sambungan kondiut-kondiut di lakukan dengan
sambungan berbenang dan menggunakan bahan – bahan pepasangan seperti
soket dan suis. Kondiut di lekatkan kepada siling,dinding,dan sebagainya
dengan menggunakan klip pelana.
Rumusan

Hasil daripada tugasan saya ini saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang
sistem 3 fasa 4 dawai. Sistem elektrik 3 fasa 4 dawai ini mempunyai kebaikan dan
keburukannya. Premis-premis yang hanya menggunakan beban elektrik yang tinggi
perlu menggunakan sistem 3 fasa 4 dawai . Dan kos pembayaran untuk sistem ini
adalah mahal dan kos pemasangannya adalah tinggi. Sistem ini biasanya digunakan
di kawasan perindustrian kerana di kawasan tersebut hanya menggunakan beban
elektrik yang tinggi. Sistem ini menggunakan output sebanyak 415v 50Hz dan
keluaran ini hanya sesuai untuk alatan elektrik yang tinggi sahaja s.pemasangan
utuk sisrem ini juga lebih mudah kerana ianya hanya memerlukan 1 pengalir dan 1
neutral. . Sistem ini juga hanya sesuai untuk beban elektrik yang bilangannya yang
tinggil saha. Sistem ini menggunakn 3 pengalir NR,NB,NK ini akan
memyebabkan ketiadaan elektrik berlaku secara berterusan apabila berlaku
ketiadaan elektrik yang berterusan pada sesebuah rumah. Sistem 3 fasa 4 dawai ini
juga mudah terganggu dengan bunyi.

You might also like