You are on page 1of 3

Nota Easy TU 1 1

PENGENALAN

(A) SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN

(I) Takrif dan tujuan simpan kira


 Simpan kira adalah cara merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik
berdasarkan prinsip-prinsip yang tertentu dalam pelbagai jenis akaun.
 Semua urus niaga direkodkan, dikelas & diringkaskan dalam nilai mata wang.
 Rekod-rekod yang disimpan kemudian digunakan dalam penyediaan penyata kewangan.
Maklumat ini membolehkan pemilik perniagaan membuat keputusan dan rancangan perniagaan.

(II) Takrif dan tujuan perakaunan


 Aktiviti perakaunan termasuk merekod, melapor, menganalisis, mengelas, mentafsir,
merancang, mengawal aktiviti perniagaan serta membuat keputusan.
 Maklumat kewangan perniagaan membolehkan pihak yang berkenaan membuat
perbandingan prestasi perniagaan antara beberapa tempoh perniagaan lain.

(B) BENTUK-BENTUK ORGANISASI PERNIAGAAN


Buku teks ms 12 – 13

(C) KONSEP DAN PRINSIP PERAKAUNAN YANG ASAS

1. Entiti Perniagaan Berasingan


 Perniagaan dianggap sebagai satu unit tersendiri. Ia adalah berasingan dan berbeza daripada
pemilik perniagaan.

 Urusan perniagaan dan urusan peribadi mesti diasingkan. Hanya urusan yang berkaitan
dengan perniagaan dicatatkan ke dalam buku perniagaan.

 Contoh:
 Wang yang dilaburkan oleh pemilik untuk memulakan perniagaan.(modal
yang dilabur merupakan satu liabiliti / tanggungan perniagaan kepada pemilik) – catatan
dalam buku : debit akaun tunai, kredit akaun modal
 Pemilik membeli sebuah meja untuk kegunaan sendiri dengan cek
perniagaan – catatan dalam buku : debit akaun ambilan, kredit akaun bank.
 Pemilik membeli sebuah kereta untuk kegunaan sendiri dengan cek
peribadi – catatan dalam buku : tidak perlu catat dalam buku perniagaan kerana
urusan ini merupakan urusan peribadi.

2. Wang sebagai ukuran


 Dalam perakaunan, wang digunakan sebagai unit ukuran untuk merekodkan urusniaga.

 Perniagaan tidak boleh menukar barang yang dimiliki secara terus dengan peralatan yang
ingin diperolehi.

 Hanya faktor-faktor yang dapat diukur dengan unit wang sahaja boleh direkodkan.
Nota Easy TU 1 2

 Nilai mata wang berubah dari segi masa. Andaian wang adalah malar.

 Contoh:
 Peniaga kedai perabot membeli 50 buah kereta dengan harga RM 60
sebuah – catatan dalam buku: akaun belian RM 3 000 bukan akaun belian 50.

3. Kos sejarah
 Kos sejarah merupakan kos belian asal aset.

 Semua jenis aset direkodkan dalam buku-buku mengikut kos dan tidak mencerminkan nilai
pasaran mereka.

 Contoh: Sebuah kereta bernilai RM 70 800 dibeli pada 1 Jan 2006. Pada tahun 2007, nilai
pasaran kereta hanya RM 68 000 sahaja. Catatan nilai kereta dalam akaun kenderaan pada
tahun 2007 masih ditulis RM 70 800 iaitu harga kosnya.

4. Badan Berterusan
 Mengandaikan kegiatan perniagaan akan dikendalikan selama satu tempoh yang tidak
terhingga lamanya.

5. Tempoh Perakaunan
 Tempoh perakaunan ialah jangka masa perniagaan.

 Semua maklumat urus niaga yang dibuat pada tempoh itu diringkaskan untuk mendapatkan
kedudukan kewangan perniagaan yang sebenar.

 Tempoh masa perakaunan adalah sama dan tetap.

 Contoh :
 setahun berakhir : 1/1/2006 – 31/12/2006, 1/4/2006 – 31/3/2007
 ½ tahun berakhir : 1/7/2006 – 31/12/2006, 1/5/2007 – 31/10/2006
 ¼ tahun berakhir : 1/10/2006 – 31/12/2006 (3 bulan), 1/3/2007 –
31/5/2007

6. Pemadanan
 Konsep ini digunakan untuk menentukan untung perniagaan.

 Penentuan untung : Untung = Hasil – Belanja

 Hasil yang dipertimbangkan ialah hasil yang patut diterima tidak kira sudah terima atau
belum diterima.

 Belanja ialah belanja yang patut dibayar tidak kira sudah bayar atau belum bayar.

 Contoh: Ahmad telah membayar insurans kedai sebanyak RM 600 pada akhir bulan
Disember dan baki sebanyak RM 150 belum bayar dan akan membayar pada bulan Januari.
Jumlah sebenar insurans yang perlu dibayar untuk bulan Disember ialah RM 750.

7. Prinsip Catatan Bergu


 Setiap urus niaga yang direkodkan dalam buku akaun melibatkan 2 catatan iaitu Debit dan
Kredit.
Nota Easy TU 1 3

 Jumlah Debit = Jumlah Kredit.

8. Ketekalan
 Menekankan kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam akaun-akaun
secara konsisten atau tetap bagi setiap tempoh perakaunan.

 Konsep membolehkan syarikat membuat perbandingan pencapaian dari tahun ke tahun.

9. Materialiti
 Perbelanjaan perniagaan boleh bersifat material atau bukan material.

 Mengikut prinsip ini, setiap item yang bersifat material hendaklah ditunjukkan secara
berasingan dalam laporan kewangan.

 Item-item yang bersifat bukan material hendaklah dilonggokkan bersama dengan item-item
yang sama jenis dan fungsi.

 Contoh: Mesin berharga RM 30 000 dicatatkan sebagai aset sebab ia merupakan material
tetapi alat tulis yang berharga RM 25 dianggap bukan material.

 Suatu catatan perakaunan dianggap material sekiranya keciciran butir-butir tersebut


memberi kesan terhadap penyata kewangan.

KITARAN PERAKAUNAN

Dokumen
Perniagaan
Buku Catatan
Catatan Pertama
Penutup

Penyata
Pengeposan
Kewangan
lejar

Imbangan Duga Penyediaan


Terselaras Pelarasan Imbangan Duga

You might also like