You are on page 1of 12

KERTAS KERJA



PERTANDINGAN FIESTA MUZIKA


MAKUM 2008
14hb - 16hb MAC 2008



Tema

“ MUZIK MENYEMARAKKAN PERPADUAN BANGSA”

Anjuran

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Majlis


Kebudayaan Universiti – Universiti Malaysia (MAKUM)

Dengan Kerjasama

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia


(KeKKWa) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
PERTANDINGAN FIESTA MUZIKA MAKUM ANTARA INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA 2008

1.0 PENGENALAN

Seni muzik adalah satu cabang kesenian yang membentuk kehalusan jiwa
demi mewujudkan insan yang seimbang. Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berhasrat agar generasi muda
mengenali, menghargai dan menghayati kesenian warisan budaya dan
menampilkan jati diri bangsa.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan mahasiswa IPTA bergaul sesama sendiri bagi memupuk


sikap hormat-menghormati dan perpaduan kaum di kalangan warga
kampus.

2.2 Mengenengahkan muzik berirama nusantara kepada mahasiswa bagi


memupuk nilai-nilai perpaduan di antara satu sama lain.

2.3 Memberi peluang kepada mahasiswa menunjukkan bakat dalam


bidang muzik secara berkumpulan di samping memastikan lagu
yang dibawa dapat memberi mesej yang berguna kepada mahasiswa
amnya.

2.4 Menyahut seruan kerajaan ke arah intergrasi kaum di kalangan


mahasiswa IPTA di Malaysia melalui seni muzik.

2.5 Membentuk insan seimbang yang mempunyai kewibawaan fungsian


minda kiri (logikal) dan minda kanan (seni).

3.0 TEMA

“Muzik Menyemarakkan Perpaduan Bangsa”

4.0 TARIKH PERTANDINGAN

Pertandingan adalah di dalam satu pusingan sahaja.

KUMPULAN 1
Tarikh : 15 MAC 2008 (SABTU)
Masa : 8.00 malam

KUMPULAN 2
Tarikh : 16 MAC 2008 (AHAD)
Masa : 8.00 malam
5.0 PERASMI

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulai –
Canselor Universiti Malaysia Perlis.

6.0 TEMPAT

Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis.

7.0 PENYERTAAN / SASARAN

Semua (20 buah) IPTA di Malaysia berdaftar di bawah MAKUM.

8.0 ANJURAN

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Majlis Kebudayaan Universiti –


Universiti Malaysia (MAKUM) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) dan Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPT)

9.0 TENTATIF PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran A1 dan Lampiran A2

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran B.

11.0 BAJET KESELURUHAN DAN ANGGARAN PENDAPATAN PROGRAM

Rujuk Lampiran C.

12.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran D.

13.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan semoga Pertandingan Fiesta Muzika MAKUM


Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia 2008 ini akan menjadi
pemangkin kepada generasi pada hari ini untuk sama-sama menyumbangkan
tenaga dan fikiran demi untuk pembangunan negara. Justeru program ini
diharap mampu menjadi perintis ke arah memperkenalkan seni muzik kepada
pelajar-pelajar IPTA. Semoga dengan kerjasama dan komitmen yang
ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat, segala objektif yang telah
digariskan akan tercapai.
LAMPIRAN A1

Majlis Perasmian Pertandingan Fiesta Muzika MAKUM Antara Institusi Pengajian Tinggi
Awam Malaysia 2008

Tarikh : 15hb Mac 2008 (Sabtu)

Tempat : Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis

8.00 malam - Ketibaan hadirin & para pelajar

8.10 malam - Ketibaan Pegawai Utama & Ketua Jabatan UniMAP

8.15 malam - Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP dan Isteri

- Lagu Negaraku dan WAWASANKU

- Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP

- Perasmian Pembukaan Pertandingan Fiesta Muzika


MAKUM 2008 Oleh Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP

- Pertandingan dimulakan (5 kumpulan)

- Persembahan Kumpulan Band Jemputan

- Pertandingan disambung semula (5 kumpulan)

- Nyanyian Lagu WAWASANKU & Lagu Cemerlang,


Gemilang, Terbilang

- Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP dan Isteri


meninggalkan majlis

11.30 malam - Majlis bersurai


LAMPIRAN A2

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Fiesta Muzika MAKUM Antara Institusi Pengajian
Tinggi Awam Malaysia 2008

Tarikh : 16hb Mac 2008 (Ahad)

Tempat : Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis

8.00 malam - Ketibaan hadirin & para pelajar

8.10 malam - Ketibaan Pegawai Utama & Ketua Jabatan UniMAP

8.15 malam - Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP dan Isteri

- Ketibaan DYTM Tuanku Canselor UniMAP dan DYTM Raja


Puan Muda Perlis.

- Lagu Negaraku dan WAWASANKU

- Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP

- Perasmian Penutup Pertandingan Fiesta Muzika MAKUM


2008 Oleh DYTM Tuanku Canselor UniMAP

- Pertandingan dimulakan

- Persembahan Kumpulan Band Jemputan

- Pengumuman Pemenang & Penyampaian Hadiah

- Ulasan Ketua Hakim

- Nyanyian Lagu WAWASANKU & Lagu Cemerlang,


Gemilang, Terbilang

- DYTM Tuanku Canselor UniMAP dan DYTM Raja


Puan Muda Perlis meninggalkan majlis

11.30 malam - Majlis bersurai


LAMPIRAN B

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penaung
Y. Bhg. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin B. Hussin

Penasihat
Prof. Madya Dr. Salmah Bt. Ayob

Pengerusi
En. Mohd Najmuddin B. Mohd Hassan

Timbalan Pengerusi
En. Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah

Setiausaha
Pn. Mashitoh Bt. Abu

Bendahari
Cik Norsyahiza Bt. Hamzah

Ahli Jawatankuasa

Event Manager
En. Mustaffa B. Ismail
En. Raja Shah Erman B. Raja Arifin

Stage Manager
En. Mohd Zul Fauzi B. Mohamed Sawal

Lojistik & Fizikal


En. Shahril Mukhriz B. Sulaiman

Publisiti
Cik Hanum Bt. Hassan
En. Bimazlin B. Bidin

Protokol & Jemputan


En. Mustaffa B. Ismail – Jemputan VIP dan VVIP
Mohd Hakam B. Hassan – Jemputan Dalaman dan Pelajar

Jemputan Peserta IPTA


Puan Mashitoh Bt. Abu

Pengangkutan
En. Rosfarizal B. Abd Manan

Penginapan
En. Amir B. Ahmad

Jamuan
Pn. Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin
Pn Fazlina Md. Fadzil

Hadiah & Cenderahati


Pn. Julinawati Bt. Suanda
Cik Syeamarsyeta Bt. Ahamad

Sambutan
Lt. Kol. (B) Azuddin B. Bahari

Buku Cenderahati
En. Zulhillizan B. Othman

Tugas-Tugas Khas (Pengacara Majlis)


Cik. Sharmila Bt. Saidin

Multimedia, Rakaman
En. Mohammad Nazri B. Mohammad Khalid
Norismiza Bt. Ismail

Penghakiman
Mohd Izwan Izhar B. Haris

Lighting & PA System


Puan Noor Aziana Bt. Ibrahim

Keselamatan
Lt. Kol. Omar Hamzah Zamhari B. Mohd Nasir
LAMPIRAN D

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FIESTA MUZIKA MAKUM 2008

1. PESERTA

1.1 Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
Malaysia.

1.2 Ahli setiap kumpulan tidak boleh melebihi 15 orang. Setiap kumpulan peserta wajib diwakili
oleh setiap bangsa (Melayu, Cina, India)

1.3 Semua ahli kumpulan dimestikan berada di atas pentas sepanjang


persembahan.

1.4 Kesemua ahli kumpulan dibenarkan menyanyi dan memainkan alat muzik.

1.5 Sesuatu kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini sekiranya mana-mana
ahli kumpulannya terdiri daripada penyanyi atau pemuzik professional. (Penyanyi atau
pemuzik professional adalah mereka yang telah pernah menghasilkan album sama ada dalam
bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat baik secara solo ataupun berkumpulan.)

2. SYARAT-SYARAT AM FESTIVAL

2.1 Setiap IPTA hanya layak menghantar satu kumpulan sahaja.

2.2 Setiap IPTA yang mengambil bahagian dikenakan yuran penyertaan sebanyak
RM 600.00 di atas nama Bendahari Universiti Malaysia Perlis.

2.3 Segala perbelanjaan pakaian dan persediaan termasuk penyediaan peralatan muzik tambahan
adalah tanggungan kumpulan masing-masing.

2.4 Penganjur hanya menyediakan peralatan muzik kumpulan yang asas SAHAJA.

2.5 Kumpulan yang berminat boleh memohon untuk menyertai pertandingan dengan mengisi
borang penyertaan yang dilampirkan bersama-sama kertas kerja ini.

3. LAGU

3.1 Setiap kumpulan dimestikan menyediakan 3 buah lagu:

3.1.1 Lagu wajib – Lagu Nusantara


(lagu yang dipilih dari senarai yang dilampirkan)

3.1.2 Lagu pilihan (bebas)


3.1.3 Lagu instrumental (bebas)

3.2 Setiap kumpulan akan mempersembahkan ketiga-tiga buah lagu tersebut (lagu wajib, lagu pilihan
dan lagu instrumental).

3.3 Lagu wajib tidak dibenarkan dimainkan secara medley.

3.4 Untuk lagu pilihan dan lagu instrumental, setiap kumpulan boleh memilih sebarang
lagu yang bersesuaian dengan etika kemanusiaan (etnik malaysia, balada, pop rock, keroncong
dan asli).

3.5 Lagu yang tidak beretika seperti lagu Black Metal, lagu yang mempunyai senikata yang
bertentangan dengan ajaran agama dan lagu-lagu yang seumpama dengannya adalah
dilarang sama sekali di dalam pertandingan ini.

3.7 Lagu ciptaan sendiri sebagai lagu pilihan atau lagu instrumental adalah digalakkan.

4. FOKUS PEMARKAHAN

4.1 Pemarkahan akan diberikan berdasarkan elemen-elemen muzik yang


dipersembahkan oleh setiap kumpulan.

4.2 Lagu wajib : Berfokus kepada keupayaan vokal penyanyi serta kombinasi penyanyi
dengan band pengiring.

4.3 Lagu pilihan : Berfokus kepada kreativiti persembahan keseluruhan.

4.4 Lagu instrumental : Berfokus kepada kemantapan kumpulan dan kemahiran pemuzik melalui
semangat kepasukan.

5. HAKIM

5.1 Para hakim adalah terdiri daripada pemuzik professional, mahir dalam bidang muzik dan tiada
kaitan dengan mana – mana IPTA di Malaysia.

6. MASA PERSEMBAHAN

6.1 Masa persembahan tidak boleh melebihi 15 minit.

7. ALATAN MUZIK

Penganjur akan menyediakan alatan muzik seperti berikut:

7.1 2 buah amplifier gitar

7.2 Sebuah amplifier bass


7.3 Sebuah amplifier keyboard

7.4 Sebuah keyboard

7.5 Satu set drum

7.6 Satu set congga

7.7 Alatan muzik seperti gitar, bass, dan lain-lain alat tambahan hendaklah dibawa oleh
peserta.

8. SYARAT TAMBAHAN

8.1 Kesemua persembahan hendaklah dimainkan secara LIVE.

8.2 Sebarang bentuk pengaturcaraan/pemprograman (programming)


adalah tidak dibenarkan.

8.3 Tidak dibenarkan merujuk kepada nota muzik semasa pertandingan.

8.4 Pakaian hendaklah bersesuaian dan tidak menjolok mata.

8.5 Lagu wajib hendaklah dipilih dari senarai lampiran yang disertakan.

8.6 Keputusan pengadil adalah muktamad.

8.7 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan akan dibatalkan penyertaannya.

9. LAIN-LAIN KETERANGAN

9.1. Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah


tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat tuntutan kepada pihak
penganjur.

9.2. Segala makan minum dan penginapan kumpulan akan disediakan oleh pihak penganjur.

9.3. Semua peraturan wajib dipatuhi.

9.4. Kumpulan yang berminat diminta mengisi borang penyertaan yang disertakan
dan menghantar borang penyertaan kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Fiesta Muzika MAKUM 2008.

9.5 Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari 25 Februari 2008 (Isnin).
Sebarang penyertaan lewat tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada pihak
Urusetia Pertandingan Fiesta Muzika MAKUM 2008 di alamat:

Unit Kebudayaan dan Kesenian


Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP) Taman
JKKK, Kubang Gajah
02600 Arau, Perlis
No. Telefon : 04-9798084/017-4623618 – Pn. Mashitoh Bt. Abu
04-9798132/012-4068646 – Cik Rosernifariza Bt. Ramlan
No. Faks : 04-9798293

10. PINDAAN KEPADA PERATURAN

Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari
semasake semasa berdasarkan kepada keperluan demi
mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

11. HADIAH YANG DITAWARKAN

11.1. Pemenang-pemenang dalam Pertandingan Fiesta Muzika MAKUM Antara Institusi Pengajian
Tinggi Awam Malaysia 2008 ini akan mendapat Sijil Penyertaan, Piala Pusingan, Hamper dan
Wang Tunai seperti berikut:

Tempat Pertama (Johan) - Piala Pusingan


- Piala Iringan & Wang Tunai RM 3,000.00
- Hamper dan Sijil Penyertaan

Tempat Kedua (Naib Johan) - Piala Iringan & Wang Tunai RM 2,500.00
- Hamper dan Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga - Piala Iringan & Wang Tunai RM 2,000.00


- Hamper dan Sijil Penyertaan

Persembahan Terbaik - Wang Tunai bernilai RM 500.00


- Hamper

11.2. Setiap kumpulan yang tidak berjaya akan menerima Sijil Penyertaan, Hamper dan Tunai
sebanyak RM 200.00 sahaja.
12. SENARAI LAGU WAJIB

1. Tanya Sama Itu Hud Hud M. Nasir

2. Nyanyian Serambi Ramli Sarip

3. Dondang Ramli Sarip

4. Cinta Nusantara Sheqal

5. Inang Bujang dan Dara Illusi

6. Lagu Zaman S.M. Salim dan Jamal Abdillah

7. Ghazal Untuk Rabiah Jamal Abdillah

8. Seni Berzaman To’ki

9. Dondang Mustika M. Nasir

10. Mustika M. Nasir

11. Kerana Dia Yassin

12. Anak - Anak Kita M. Nasir

13. Inang Pulau Kencana M. Nasir

14. Bonda M. Nasir

15. Taat Rohana Jalil

16. Madah dan Karenah Ramlah Ram

17. Nazam Berkasih Syura

18. Rindu Merindu Fauziah Idris

19. Awallah Dondang Noraniza Idris

20. Nirmala Siti Nurhaliza

21. Kasihnya Balqis Aishah

22. Nafas Cahaya Misha Omar

You might also like