You are on page 1of 10

GARIS PANDUAN

MENGIKUTI PROGRAM SECARA


PENDIDIKAN JARAK JAUH / SAMBILAN
Dl PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

BAGI

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


BUKAN SISWAZAH
(PPPBS)

BUKAN TAJAAN/ PERSENDIRIAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


Kementerian Pelajaran Malaysia
KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN HALAMAN
1. Keterangan Program 1
2. Tempoh Pengajian 1
3 Senarai Bidang 2

4. Pusat Pengajian Yang Dibenarkan Oleh KPM Bagi Program 3


PJJ/Sambilan

5. Syarat-syarat Memohon Surat Kebenaran Dan Peraturan Untuk 4


Mengikuti Kursus Sambilan Secara Pendidikan Jarak Jauh Secara
Persendirian Di Institusi Dalam Negeri

6. Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian 4

7. Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian 5

8. Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian 5

9. Perlanjutan Tempoh Pengajian 6

10. Permohonan Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar 6

11. Permohonan Pengesahan Surat Kelulusan Asal Hilang 6

11. Permohonan Pertukaran Bidang 7


12. Kemudahan Cuti 7
13. Gagal/Diberhentikan/Menarik diri 7
14. Kelakuan & Tatatertib 8

15. Hak Kerajaan 8


KETERANGAN PROGRAM

Program Pensiswazahan Secara PJJ/sambilan Bukan Tajaan/ Persendirian di Peringkat


Ijazah Pertama bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS)

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang mengikuti


pengajian Ijazah Sarjana Muda perlu mendapat Surat Kebenaran / Surat Kelulusan
Belajar daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan Untuk Mengikuti


Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh Dan Sambilan bertarikh 27 Julai
2000 memutuskan bahawa mulai 1 Ogos 2000, kuasa untuk meluluskan Kebenaran
Belajar secara PJJ diurus oleh BPG. Sehubungan dengan itu, garis panduan belajar
secara PJJ adalah perlu sebagai panduan khususnya kepada PPPBS untuk mengikuti
program pensiswazahan secara persendirian.

TEMPOH PENGAJIAN

Bagi Program PJJ bukan tajaan/ persendirian

Tempoh masa yang diambil oleh peserta berkenaan untuk mengumpul jumlah kredit
yang diperlukan bagi tujuan pengijazahan adalah lima hingga lapan tahun.

SENARAI BIDANG

1. Jika opsyen asal semasa diploma/sijil termasuk mata pelajaran yang ditawarkan
di sekolah, calon hendaklah mengekalkan opsyen asal dalam kursus sarjana
muda yang diikuti.
2. Jika Opsyen asal semasa diploma/sijil bukan mata pelajaran yang
ditawarkan di sekolah, pilih salah satu daripada opsyen di atas, mana yang
paling sesuai dengan opsyen asal dan pengalaman mengajar

1
Senarai bidang Kursus Ijazah Sarjana Muda di IPTA bagi pegawai mengikuti kursus
secara PJJ/sambilan yang diluluskan oleh KPM adalah seperti jadual berikut:

Bil. MENENGAH Bil. RENDAH


1 Kemahiran Hidup/Rekabentuk 1 Matematik
Teknologi
2 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris
3 MPV/MPAV 3 Bahasa Melayu
4 Bahasa Inggeris 4 Pendidikan Islam
5 Sejarah 5 Sains
6 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 6 Bahasa Cina
7 Sains 7 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
8 Matematik 8 Pendidikan Muzik
9 Pendidikan Islam 9 Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
10 Pendidikan Seni Visual 10 Pendidikan Seni Visual
11 Pendidikan Khas 11 Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran
12 Geografi 12 Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan
13 Bahasa Cina 13 Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran
14 Bahasa Arab 14 Pendidikan Pemulihan
15 Bimbingan Dan Kaunseling 15 Bahasa Tamil
16 Sains Sukan 16 Kemahiran Hidup/Rekabentuk
Teknologi
17 Pendidikan Muzik 17 Bimbingan Dan Kaunseling
18 Perakaunan
19 Bahasa Tamil

Sumber Rujukan: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian


Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)

Nota: Bidang pengajian akan berubah-ubah dari semasa ke semasa.


Pegawai boleh merujuk kepada Bahagian Pendidikan Guru (Unit
Peningkatan Akademik) untuk mendapat senarai terkini bidang
yang dibenarkan oleh KPM

2
PUSAT PENGAJIAN YANG DIBENARKAN OLEH KPM
BAGI PROGRAM PJJ/SAMBILAN

Mesyuarat Pengurusan KPM memutuskan kelulusan DIBERI kepada pegawai yang


mengikuti program secara Pendidikan Jarak Jauh/ sambilan di semua Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan di 8 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang
diluluskan oleh kerajaan.

Senarai 8 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diluluskan oleh kerajaan adalah
seperti berikut;
1. Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
3. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
4. Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
5. Universiti Nottingham kampus Malaysia, Semenyih
6. Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Miri
7. Universiti Malaysia Monash Kampus Bandar Sunway
8. Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Kuching
(Sumber Rujukan: Mesyuarat Penyelarasan Kebenaran Belajar Bagi Guru Dalam Perkhidmatan)
Bertarikh 1 Julai 2010

Peringatan Penting

1. Semua permohonan mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda


secara PJJ/sambilan perlu mengisi Borang PJJ A (pindaan 2009) yang disokong
oleh Ketua Jabatan dan disahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sebelum
mendaftar diri di universiti.

2. Semua Permohonan bagi surat kebenaran kelulusan belajar perlu mengisi Borang
PJJ B (pindaan 2009) yang disokong oleh Ketua Jabatan dan disahkan oleh JPN
untuk diberi pertimbangan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

3. Implikasi pengajian secara PJJ/sambilan yang tidak mendapat kelulusan dari BPG/
KPM, tidak akan dipertimbangkan untuk lantikan ke Pegawai perkhidmatan Pendidikan
Siswazah DG41.

3
SYARAT-SYARAT MEMOHON SURAT KEBENARAN DAN PERATURAN UNTUK
MENGIKUTI KURSUS SAMBILAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH SECARA
PERSENDIRIAN DI INSTITUSI DALAM NEGERI

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kategori Bukan Siswazah yang telah dilantik


secara tetap di dalam perkhidmatan pendidikan dan telah disah jawatan.
2. Mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/MCE
atau yang setaraf dengannya.
3. Pegawai hendaklah mengikuti bidang yang DIBENARKAN sahaja dan diiktiraf
oleh kerajaan.
4. Pegawai TIDAK DIBENARKAN menukar bidang pengajian sebagaimana yang
telah ditawarkan.
5. Had umur pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian berumur tidak
melebihi 50 tahun pada tahun memohon.
6. Pegawai TIDAK DIBENARKAN menggunakan kemudahan pejabat bagi tujuan
kursus tersebut
7. Kerajaan tidak terikat untuk memberi jawatan yang lebih tinggi atau sebarang
jawatan yang lain setelah pegawai memperolehi kelulusan dari kursus tersebut.
8. Pegawai tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mengenai kelakuan dan
tatatertib di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib
1993)
9. Pegawai perlu memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk
perlantikan jawatan DG 41 berdasarkan iklan yang dikeluarkan.
10. Surat kelulusan terbatal dengan sendiri jika berlaku sebarang perlanggaran syarat-
syarat yang telah ditetapkan.

TINDAKAN SEBELUM MENGIKUTI PENGAJIAN

1. Pegawai yang ingin mengikuti kursus secara PJJ /sambilan hendaklah


merujuk kepada iklan tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS yang dibenarkan
oleh KPM.
2. Borang permohonan boleh didapati melalui internet atau di Jabatan Pelajaran
Negeri atau dari IPTA berkenaan
3. Mengisi borang permohonan ke universiti bersama-sama Borang PJJ A (pindaan
2009)
4. Sertakan dokumen berikut yang disahkan:
i. 1 salinan surat pengesahan jawatan
ii. 1 salinan sijil SPM dan setaraf dengannya
iii. 1 salinan kad pengenalan
iv. 1 salinanSijil/Diploma Perguruan
5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diperakukan oleh
Pengetua/Guru Besar/ketua Jabatan untuk dihantar ke JPN bagi mendapatkan
sokongan.

4
6. Pemohon perlu menghantar sendiri borang permohonan bersama borang
PJJ A (pindaan 2009) kepada universiti yang dipohon.
7. Setelah mendapatkan tawaran daripada universiti, pegawai perlu mengisi
Borang PJJ B (pindaan 2009)
8. Dokumen yang diperlukan dan telah disahkan adalah seperti berikut:
i. 1 salinan surat pengesahan jawatan
ii. 1 salinan kad pengenalan
iii. 1 salinan surat tawaran universiti
iv. 1 salinan sijil/diploma perguruan
9. Majukan Borang PJJ B (pindaan 2009) kepada Ketua Jabatan untuk
mendapatkan sokongan.
10. Pihak sekolah perlu menghantar borang permohonan tersebut kepada
JPN untuk mendapatkan pengesahan.
11. Pegawai bertanggungjawab di JPN perlu menyemak permohonan dan
pastikan kursus dan tempat pengajian yang dipohon adalah seperti yang
dibenarkan / diiktiraf serta memenuhi syarat-syarat kebenaran mengikuti
PJJ / Sambilan
12. Pegawai juga perlu memastikan bahawa pengajian yang diikuti telah diiktiraf oleh
Kerajaan.
13. Pihak JPN menghantar borang permohonan PJJ B beserta dengan dokumen –
dokumen yang disahkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk
mendapatkan kelulusan dan tindakan selanjutnya.

TINDAKAN SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN

1. Pegawai yang telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti kursus PJJ/
sambilan di universiti dalam bidang yang dibenarkan oleh KPM sahaja
dikehendaki membuat pendaftaran.
2. Pegawai diingatkan agar mematuhi pengakuan bahawa kursus yang diikuti tidak
mengganggu tugas-tugas hakiki.

TINDAKAN SELEPAS MENGIKUTI PENGAJIAN

1. Pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian hendaklah


memaklumkan kepada Bahagian Pendidikan Guru setelah tamat pengajian.
2. Pegawai hendaklah mengisi borang permohonan selepas memperolehi ijazah
bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan PPPS DG 41 berdasarkan iklan
yang dikeluarkan. Borang SPP Bil 1/04 boleh dimuat turun melalui laman web
SPP di www.spp.gov.my

5
PERLANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN

1. Pegawai yang tidak dapat menamatkan program dalam tempoh yang telah
diluluskan hendaklah mengemukakan permohonan perlanjutan kepada
Bahagian Pendidikan Guru sekurang-kurangnya tiga bulan (3) sebelum tamat
kelulusan mengikuti secara PJJ/sambilan. Pemohon perlu mengisi Borang
PJJ/Pelanjutan yang disahkan oleh ketua jabatan dan disokong oleh JPN negeri
masing-masing dan dipanjangkan ke BPG.
2. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti
berikut:
i. Surat permohonan pelanjutan menggunakan alamat tempat bertugas
pemohon
ii. Surat pengesahan / tamat tempoh program pengajian dari Pusat
pengajian
iii. Salinan Surat Kelulusan Belajar yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan
iv. Salinan Kad Pengenalan
Pelanjutan tempoh belajar adalah tertakluk kepda kelulusan Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) KPM.

PERMOHONAN PINDAAN BAGI SURAT KELULUSAN BELAJAR

1. Pemohon yang ingin membuat pindaan maklumat pada surat kelulusan belajar program
pengajian jarak jauh / sambilan perlu mengisi Borang PJJ/Pindaan. Setiap permohonan
perlu disokong oleh Ketua Jabatan dan disahkan oleh JPN negeri masing-masing
seterusnya dipanjangkan ke BPG.
2. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti
berikut:
i. Surat permohonan menggunakan alamat tempat bertugas pemohon
bertugas yang menyatakan jenis pindaan
ii. Salinan surat tawaran Universiti
iii. Salinan Surat Kelulusan Belajar yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan
iv. Salinan Kad Pengenalan

PERMOHONAN PENGESAHAN BAGI SURAT KELULUSAN ASAL HILANG


BELAJAR surat kelulusan asal yang hilang atau
1. Pemohon yang ingin membuat pengesahan
musnah perlu mengisi Borang PJJ/Kelulusan asal hilang. Setiap permohonan perlu
disokong oleh Ketua Jabatan dan disahkan oleh JPN negeri masing-masing seterusnya
dipanjangkan ke BPG.
2. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti
berikut:

6
i. Salinan ASAL laporan polis
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan surat kelulusan yang hilang

PERMOHONAN PERTUKARAN BIDANG

1. Pemohon yang ingin menukar bidang bagi program pengajian jarak jauh / sambilan perlu
mengisi Borang PJJ/Tukar Bidang. Setiap permohonan perlu disokong oleh Ketua
Jabatan dan disahkan oleh JPN negeri masing-masing seterusnya dipanjangkan ke
BPG.
2. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti
berikut:
i. Salinan sijil perguruan
ii. Salinan sijil conversion
iii. Surat pengesahan pakar perubatan hospital kerajaan (jika berkaitan)
iv. Salinan Surat Kelulusan Belajar yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan
v. Salinan Kad Pengenalan

KEMUDAHAN CUTI

1. Cuti Tanpa Gaji memberi implikasi kepada perkhidmatan dan pencen.


2. Pegawai boleh memohon Cuti Tanpa Rekod untuk menduduki peperiksaan
sekiranya diadakan dalam waktu pejabat (Pekeliling Bil. KP (BB) 06/1/4 Jld 1 (47)
bertarikh 1.12.1997).
3. Pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian layak mendapatkan
kemudahan Cuti Tanpa rekod bagi mengikuti kursus intensif sekiranya mengikuti
pengajian secara PJJ/sambilan di IPTA dan 8 IPTS yang diluluskan oleh Kerajaan.

GAGAL/DIBERHENTIKAN/MENARIK DIRI

PPPBS tidak dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan pengajian.


Segala urusan penangguhan / menarik diri / berhenti adalah dibawah
tanggungjawab institusi pengajian calon.

7
KELAKUAN & TATATERTIB
Semasa mengikuti program, pegawai adalah tertakluk kepada peraturan-
peraturan universiti dan mematuhi undang-undang negara mengikut Peraturan-
Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002 serta arahan/peraturan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan universiti/institusi
berkenaan dari semasa ke semasa. Sebarang pelanggaran tattertib akan dirujuk
kepada pihak Jabatan Pelajaran negeri masing-masing untuk diambil tindakan
selanjutnya.

HAK KERAJAAN

1. Walau apa pun peraturan-peraturan yang terkandung di dalam garis panduan


mengikuti program secara sambilan melalui PJJ ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia berhak meminda syarat-syarat dalam garis panduan ini dari masa
ke semasa tanpa memberi notis dan pegawai adalah tertakluk kepada pindaan-
pindaan tersebut.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia juga berhak menarik balik garis panduan ini
sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau berlakunya
pelanggaran syarat-syarat kelulusan belajar tanpa memberikan sebarang
sebab.

You might also like