You are on page 1of 1

Pendaftar,

(Bahagian Pengurusan Akademik)


Unit Kemasukan Dan Rekod,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai.
JOHOR DARUL TAKZIM 7 Mei 2010

Tuan,

RAYUAN KEMASUKAN KE UTM UNTUK PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN


MEKANIKAL AMBILAN JULAI 2010

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ingin
membuat rayuan untuk mengikuti Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DDJ) bagi sesi
pengambilan Julai 2010.

2. Untuk makluman pihak tuan saya telah membuat rayuan di laman sawang Kem.
Pengajian Tinggi. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan
untuk rujukan tuan.

3. Dengan tulus ikhlasnya saya memohon jasa baik tuan supaya memberi peluang kepada
saya untuk mengikuti Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DDJ) pengambilan Julai 2010.

Sekian dimaklumkan,atas jasa baik Tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

AHMAD KAMIL BIN MAZLAN

You might also like