You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan yang melibatkan


14 orang iaitu tujuh orang sepasukan. Biasanya, dalam sesuatu perlawanan bola
baling. Satu pasukan akan terdiri daripada 12 orang pemain, termasuk lima oang
pemain simpanan atau pemain gantian. Antara 7 orang pemain dalam satu pasukan,
seorang akan menjadi penjaga gol manakala yang lain akan menjadi pemain
gelanggang.

Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat
umur. Sesuatu perlawanan bola baling akan diadili dua orang pengadil.

Bagi membolehkan sesuatu perlawanan dimulakan, sekurang-kurangnya 5 orang


pemain daripada bilangan maksimum tujuh orang dari kedua-dua pasukan harus
berada di padang atau di gelanggang permainan. Sekiranya, bilangan pemain kurang
daripada 5 orang, perlawanan akan ditangguhkan atau dibatalkan kerana undang-
undang telah menetapkan 5 orang sebagai bilangan pemain minimum bagi
membolehkan perlawanan dimulakan.

Ketua pasukan dari kedua-dua pasukan akan dipanggil oleh pengadil untuk
membuat pengundian melalui lambungan duit syiling bagi menentukan pasukan yang
akan memulakan perlawanan terlebih dahulu. Ketua pasukan yang memenangi undian
berhak membuat lontaran mula atau memilih salah sebelah kawasan permainan.
Lontaran mula mesti dilakukan dalam tempoh 3 saat dari tengah-tengah gelanggang
setelah pengadil meniupkan wisel.

Semasa perlawanan dimulakan, setiap pemain perlu berada di kawasan


gelanggang atau padang sendiri, manakala pemain dari pasukan lawan perlu berada
sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat lontaran sehingga bola
dilepaskan daripada tangannya.
Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah
seperti berikut:

1) Untuk pemain lelaki dan perempuan dewasa atau mereka yang berumur lebih
daripada 18 tahun, tempoh permainan ialah 30 minit bagi tiap-tiap satu tempoh atau
separuh masa dengan 10 minit masa rehat diberikan antara dua tempoh tersebut.
Sebarang masa gangguan atau masa kecederaan akan ditambahkan selepas setiap
tempoh berakhir.

2) Untuk pemain lelaki dan perempuan dari peringkat umur atau kategori lain, tempoh
permainan ialah 20 minit bagi tiap-tiap separuh masa permainan dengan 10 minit
masa berehat diberikan antara dua tempoh tersebut.

3) Untuk pertandingan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM),


tempoh permainan adalah seperti berikut:

a) Secara liga : 20 minit diberikan untuk setiap separuh masa dengan 10 minit
masa rehat (20:10:20).

b) Secara kalah mati : 20 minit diberikan untuk setiap separuh masa dengan 10
minit masa rehat (20:10:20).

Kedua–dua pasukan akan menukar kawasan permainan semasa separuh masa


kedua bermula, dan pasukan yang tidak membuat lontaran mula pada separuh masa
pertama akan melakukannya pada separuh masa kedua ini. Permainan akan berakhir
dengan kemenangan dan kekalahan salah satu pasukan ataupun seri. Jika peraturan
permainan memerlukan satu pasukan digelar pemenang pada akhir permainan dan
permainan berakhir dengan keputusan seri, masa tambahan selama 5 minit bagi tiap-
tiap separuh masa tanpa masa rehat harus diberikan. Permainan pada masa tambahan
ini akan dimulakan dengan undian sekali lagi, iaitu melalui lambungan duit syiling oleh
pengadil.
Jika keputusan masih seri, masa tambahan seperti yang dinyatakan akan diberi dan
dimulakan setelah 5 minit masa rehat diberikan kepada kedua-dua pasukan. Jika
keputusan masih seri, undang-undang pertandingan boleh diamalkan dan biasanya
lontaran penalti diadakan untuk menentukan pasukan pemenang.

Ringkasan Undang-undang

A)KAWASAN PERMAINAN

1. Kawasan permainan adalah berbentuk segiempat bujur, panjangnya 40 meter di


garisan tepi dan lebarnya 20 meter di garisan gol. Kawasan ini dibahagikan kepada
dua kawasan gol dari garisan tengah.
2. Gol hendaklah didirikan ditengah-tengah garisan gol kedua-dua bahagian
permainan. Gol mengandungi dua batang tiang tegak yang sama jarak dari dua
penjuru kawasan permainan, 3 meter jarak dan 2 meter tinggi, disambung oleh
sebatang palang empat persegi tepat 8 cm × 8 cm. Bahagian belakang tiang gol
hendaklah selari dengan tepi garisan bahagian luar garisan gol. Tiang gol hendaklah
dibuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna
yang terang. Gol hendaklah dipasangkan jaring.
3. Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter daripada gol dan
disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan
garisan gol.
4. Garisan balingan percuma ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3 meter dari
garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah 15 cm tiap-tiap
satu.
5. Garisan penalti ditanda dengan satu garisan (1 meter panjang) selari dengan jarak 7
meter dari tengah-tengah garisan gol.
6. Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar. Hanya garisan
gol berukuran 8 cm antara dua tiang gol.
7. Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan garisan gol, diukur 4 meter dari
tengah garisan gol dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut garisan penjaga gol.
8. Dari garisan tepi, dua garisan 15 cm panjang diukur ke dalam kawasan permainan
dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar dan
masuk, disebut kawasan pertukaran pemain.

B)MASA PERMAINAN

1. Masa permainan adalah seperti berikut:


Lelaki: Terdiri daripada dua tempoh dengan 30 minit tiap-tiap separuh masa dan 10
minit masa rehat di antaranya (dalam pertandingan sebagai peraturan, 15 minit tiap-
tiap separuh masa tanpa rehat).
Remaja lelaki: Terdiri daripada 2 tempoh dengan 25 minit tiap-tiap separuh masa
dan 10 minit masa rehat di antaranya (pertandingan 10 minit tiap-tiap separuh masa
tanpa rehat).
Peringkat lain: Terdiri daripada 2 masa dengan 20 minit tiap-tiap separuh masa dan
10 minit masa rehat di antaranya (pertandingan, 10 minit tiap-tiap separuh masa
tanpa rehat).
2. Di hadapan kedua-dua ketua pasukan, pengadil akan membuat undian dengan
melambung duit syiling dan pasukan yang menang berhak memilih sama ada
kawasan permainan atau memulakan permainan.
3. Apabila pengadil telah memulakan permainan dengan meniup wiselnya, balingan
mula (balingan percuma) hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 saat dari tengah-
tengah gelanggang.
4. Tiap-tiap pemain hendaklah berada di gelanggang masing-masing dan pemain-
pemain lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang
memulakan permainan, sehingga bola dilontarkan daripada tangannya.
5. Sesudah rehat, kedua-dua pasukan bertukar kawasan dan permainan dimulakan
oleh seorang pemain dari pasukan yang menentang di awal permainan (separuh
masa pertama).
6. Tambahan masa akan diganti untuk masa-masa yang hilang dan ditentukan oleh
pengadil.Pengadil akan memberitahu penjaga masa, pengadail kedua dan kedua-
dua ketua pasukan tentang tambahan masa.
7. Jika perlawanan berkeputusan seri, maka 5 minit rehat akan diberikan sebelum
tambahan dua separuh masa. Pengadil akan melambung duit syiling untuk
menentukan pasukan sama ada memilih kawasan atau memulakan permainan.
8. Hanya pemain-pemain dalam pasukan dibenarkan bermain dalam pertandingan
tambahan masa.

C)BOLA

1. Bola hendaklah berbentuk bulat, tidak terlalu keras, dan kulitnya hendaklah
berwarna.
2. Berat dan lilitan bola untuk kategori pemain adalah seperti berikut:
i. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)
Bola saiz 3
Berat antara 425g hingga 475g
Lilitan antara 58cm hingga 60cm.
ii. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun
hingga 16 tahun)
Bola saiz 2
Berat antara 325g hingga 375g
Lilitan antara 54cm hingga 56cm
iii. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 hingga 12
tahun)
Bola saiz 1
Berat antara 290g hingga 330g
Lilitan antara 50cm hingga 52cm.
3. Dua biji bola yang telah diakui, diperlukan untuk tiap-tiap perlawanan. Bola
hendaklah diperiksa dan dipilih oleh pengadil untuk digunakan. Bola tidak boleh
digantikan semasa dalam perelawanan, tetapi dibolehkan atas sebab-sebab tertentu
dan jika dibenarkan oleh pengadil.
4. Hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF sahaja yang boleh digunakan dalam
pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.
D)PEMAIN-PEMAIN

1. Biasanya mengandungi 12 orang pemain (10 orang pemain gelanggang dan 2 orang
penjaga gol). Bilangan maksimum, iaitu 7 orang pemain hendaklah berada di dalam
gelanggang (6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol. 5 orang pemain
lain ialah pemain pengganti. Penjaga gol dibenarkan bermain sebagai pemain
gelanggang dan pemain-pemain gelanggang boleh mengambil tempat sebagai
penjaga gol.
2. Sekurang-kurangnya 5 orang pemain dari sesebuah pasukan hendaklah berada di
kawasan permainan pada permulaan perlawanan. Bilangan pemain boleh
ditambahkan hingga ke 7 orang, semasa perlawanan.
3. Seseorang pemain dibenarkan memasuki gelanggan hanya dari tempat pengganti.
Tempat duduk pemain-pemain pengganti hendaklah berdekatan dengan meja
penjaga masa.
4. Jika seseorang pemain semasa bermain, menyeberangi atau melangkah keluar satu
daripada garisan-garisan sempadan, tetapi dengan serta-merta memasuki semula
ke dalam gelanggang , maka dia tidak dianggap sebagai meninggalkan
gelanggang.Nota: Menyeberangi atau melangkah garisan sempadan dengan tujuan
untuk mendapatkan kelebihan akan dihukum dengan memberikan balingan percuma
kepada pihak lawan.
5. Pengganti dibenarkan menyambung permainan pada bila-bila masa tanpa
memberitahu penjaga masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan
padang dahulu sebelum penggantinya masuk.
6. Kesalahan penggantian akan dihukum dengan balingan percuma dan diambil dari
tempat di mana pemain itu melakukan kesalahan. Selain itu, pemain berkenaan
akan digantung selama 2 minit. Jika kesalahan penggantian berlaku pada masa
permainanan berhenti, pemain berkenaan akan digantung 2 minit dan permainan
akn dimulakan dengan balingan percuma.
7. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam). Penjaga gol
hendaklah memakai warna yang berasingan dengan pemain-pemain pasukannya
dan pemain-pemain pasukan lawan. Pemain-pemain akan memakai nombor 1
hingga 20. Nombor 1, 12 dan16 dihadkan kepada penjaga gol sahaja. Pemain-
pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau boot. Kasut berpaku tidak
dibenarkan. Memakai gelang, jam tangan dan apa jua alat yang dianggap
merbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan.
8. Hanya pemain-pemain pengganti dan pemain-pemain yang digantung serta 4 orang
pegawai pasukan sahaja dibenarkan berada di tempat penggantian.
9. Tiap-tiap ketua pasukan mesti memakai kain lengan dengan ukuran 4 cm lebar dan
warnanya mesti bertentangan dengan warna pakaian pemain itu.
10. Jika seorang pemain berdarah atau terdapat darah pada badannya atau
pakaiannya, pemain itu mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta dan
digantikan supaya luka dan badannya dapat dirawat dan pakaiannya dapat
dibersihkan sebelum masuk semula ke dalam gelanggang. Jika seorang pemain itu
tidak mematuhi syarat di atas, dia dianggap sebagai tidak mempunyai semangat
kesukanan dan akan diberi amaran.
11. Dalam kes kecederaan, pengadil akan memberi kebenaran kepada dua orang
pemain atau pegawai pasukan berkenaan masuk ke gelanggang untuk menolong
pemain yang cedera itu.

E)PENJAGA GOL

1. Penjaga gol dibenarkan menjaga golnya dengan menggunakan kaki dan di


bahagian bawah lututnya dengan sebarang cara.
2. Penjaga gol boleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bolatanpa mengira
langkah dan had masa dalam kawasan gol tetapi dia tidak boleh melambatkan
balingan gol dengan sengaja.
3. Penjaga gol dibenarkan meninggakan kawasan gol tanpa bola. Dalam gelanggang,
dia hendaklah patut akan peraturan-peraturan sebagai pemain gelanggang yang
lain, kecuali dia tidak akan dihukum jika memasuki kawasan gol.
4. Penjaga gol tidak dibenarkan meninggalkan kawasannya bersama-sama dengan
bola.
5. Apabila penjaga gol telah membaling bola ke gelanggang permainan dari
kawasannya, maka dia tidak boleh lagi memegang bola itu, kecuali telah dimainkan
atau terkena seorang pemain lain.
6. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola sama ada bola itu menggolek atau
terletak di kawasan gelanggang permainan di luar garisan kawasan gol.
7. Sewaktu permainan, penjaga gol tidak dibenarkan mengambil dan memainkan bola
ke kawasannya.
8. Penjaga gol tidak dibenarkan merbahayakan pemain lawan semasa
mempertahankan golnya.
9. Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh bola dengan tapak kaki atau bawah lutut
ketika bola itu sedang mara ke kawasan permainan atau apabila terhenti di kawasan
gol.
10. Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh atau melintas garisan penjaga gol (garisan
4 meter) atau garisan sambungan di kedua–dua belah semasa balingan penalti.

F)KAWASAN GOL

1. Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan memasuki atau berada di dalam kawasan gol.
2. Hukuman-hukuman kerana memasuki kawasan gol adalah seperti berikut:
a. Balingan percuma jika pemain gelanggang memasuki dengan membawa bola.
b. Balingan percuma jika pemain gelanggang memasuki tanpa bola tetapi
mendapatkan keuntungan dengan memasuki kawasan gol.
c. Balingan penalti jika pemain gelanggang dari pihak pertahanan dengan sengaja
memasuki kawasan gol. Walaupun tujuannya mempertahankan pasukannya.
3. Seorang pemain gelanggang memasuki kawasan gol sesudah memainkan bola
tidak akan dihukum, kecuali merugikan pihak lawan.
4. Bola di dalam kawasan gol menjadi hak penjaga gol, dan tidak seorang pun pemain
gelanggang dibenarkan memegang bola sama ada bergerak atau sebaliknya.
5. Pemainan hendaklah diteruskan jika bola yang masuk ke kawasan gol keluar
semula ke gelanggang tanpa terkena penjaga gol.
6. Jika pemain dengan sengaja memainkan bola ke kawasan golnya, sendiri dan bola
itu tidak keluar,hukuman-hukuman berikut akan dikenakan:
a. Dikira gol, jika bola memasuki gol.
b. Balingan penaiti, jika penjaga gol menahan dan bola tidak masuk gol.
c. Balingan percuma dalam keadan yang lain.
7. Permainan diteruskan jika semasa bertahan, pemain pertahanan terkena bola, tetapi
dengan serta-merta bola itu diambil oleh penjaga gol atau bola itu terletak dalam
kawasan gol.
8. Pemain pertahanan tidak akan didenda sekiranya dia memasuki kawasan gol utuk
menahan tetap sebaliknya dai akan didenda jika menyebabkan erugian kepada
pihak lawan.
9. Apabila bola berhenti di dalam kawasan gol, penjaga gol akan memulakan
permainan dengan membuat balingan gol.

G)MEMAINKAN BOLA

1. Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau memukul


bola dengan apa cara sahaja menggunakan tangan (sama genggam atau tapak
tangan), lengan, kepala, peha dan lutut.
2. Pemain dibenarkan menyimpan bola selama 3 saat waktu maksimum termasuk
ketika bola berada di atas tanah.
3. Pemain dibenarkan mengambil 3 langkah paling maksimum sewaktu memegang
bola.
4. Pemain dibenarkan :
a. Melantun bola sekali dan menangkapnya semula dengan satu atau kedua-dua
belah tangan sama ada semasa berlari atau berdiri;
b. Menangkap, melantun dan menangkap bola itu semula apabila telah terkena
pemain lain atau tiang gol;
c. Berulang kali melantun bola dengan tangan sama ada semasa berlari atau
berdiri. Seseorang pemain boleh melakukan seberapa banyak langkah ketika
melantun dan menangkap bola semula.
5. Pemain dibenarkan membuat hantaran dari tangan ke tangan, dengan syarat
tindakannya itu tidak terganggu oleh perbuatan lain.
6. Pemain dibenarkan menahan bola dengan satu atau kedua-dua belah tangan,
kemudian menangkapnya tanpa bergerak.
7. Pemain dibenarkan menahan bola dengan keadaan berlutut, duduk atau berbaring
di tanah.
8. Pemain dibenarkan menepis bola sekali ke arah tanah dan menyambutnya balik
dengan satu atau kedua-dua tangan.
9. Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih daripada sekali, kecuali bola telah
terkena tanah, pemain atau kedua-duanya.
10. Pemain tidak dibenarkan mengenakan bola dengan bahagian kaki di bawah lutut
atau dengan kaki.
11. Pemain tidak dibenarkan menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang sedang
bergolek atau terletak di tanah, kecuali penjaga gol di kawasannya sendiri.
12. Pemain tidak dibenarkan dengan sengaja melintas garisan tepi atau garisan gol di
luar gol dengan membawa bola.
13. Permainan tidak terganggu jika bola terkena pengadil.
14. Pasukan yang menyimpan bola dibenarkan mengambil sebarang langkah untuk
menyeberang atau cuba menjaringkan gol.
15. Permainan pasif, iaitu dengan tujuan tidak mahu mencuba sebarang serangan atau
jaringan gol tidak dibenarkan
2.4 Kemahiran yang kami pilih: kemahiran menjaring

Menjaringkan
gol

Jaringan dari Jaringan dari


bawah lengan atas kepala

Langkah-langkah permainan: Langkah-langkah permainan:

1. Pemain mengambil satu langkah 1. Pemain mengambil tiga langkah ke

ke depan dengan kaki kiri. Kaki depan dengan kaki kiri terlebih

kanan dibengkokkan sambil bola dahulu. Kaki kiri dibengkokkan

dibawa ke belakang bawah aras sambil bola dinaikkan ke atas

bahu. kepala.

2. Tangan pemain yang memegang 2. Tangan pemain yang memegang

bola diluruskan sambil kaki bola dinaikkan ke atas kepala

kanannya melangkah ke depan sambil kaki kiri melangkah ke

dan seterusnya bola dilontar depan dan seterusnya bola dilontar

dengan kuat ke sasaran. kuat ke sasaran.

3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke 3. Kaki kanan pemain dilanjakkan ke

belakang dan tangan kanan depan dan tangan kanan

dilepaskan. dilepaskan.

You might also like