You are on page 1of 31

Bab 1 

  Persamaan Perakaunan dan Kunci kira-kira 

Modal 
satu jumlah wang yang disumbangkan oleh pihak pemilik perniagaan bagi tujuan
menjalankan urusniaga supaya memperolehi untung

Aset 
harta benda yang dimiliki oleh pihak perniagaan bagi membantunya menjalankan
urusniaga.

Liabiliti 
liabiliti ialah jumlah tanggungan atau hutang yang perlu dijelaskan atau dibayar balik
oleh perniagaan

Persamaan Perakaunan : - 
        1.   modal = aset 
        2.   modal + liabiliti = aset

Kunci kira-kira 
satu penyata yang menunjukkan kedudukan modal, liabiliti dan aset pada satu titik
masa tertentu. 

Bab 2  Sistem Catatan untuk Aset & Liabiliti

Sistem Catatan Bergu 


satu sistem yang diwujudkan untuk merekodkan urusniaga perniagaan secara bersusun
dan bersistematik dimana setiap satu urusniaga berlaku , catatan dibuat dua kali, satu
kali di bahagian debit sesuatu skaun dan satu kali lagi di bahagian kredit akaun yang
lain dengan jumlah yang sama.

Bab 3   Aset Inventori 

Inventori 
barang niaga yang ada pada sesebuah syarikat

1. Inventori akan bertambah apabila : - 


    i) Belian Berlaku 
       - belian ialah barang-barang dibeli dengan tujuan 
         dijual semula untuk memperoleh untung, mengikut 
         harga beli atau kos beli 
   ii) Pulangan jualan berlaku 
       - pulangan jualan ialah barang-barang dipulangkan 
         oleh pelangan atau penghutang kerana tidak 
         memuaskan 
       - sebab-sebab pulangan jualan : - 
                a) rosak, cacat atau tidak segar 
                b) salah jenama, saiz atau warna 
                c) salah kualiti 
                d) bekas kosong 
                e) sudah sampai tarikh luput 
       - Pulangan jualan ikut harga jualan selepas tolak 
         diskaun niaga

2. Inventori akan berkurang apabila : - 


     i) Jualan Berlaku 
        - Jualan ialah barang-barang niaga dijual kepada 
           pelanggan untuk memperolehi keuntungan, 
           ikut harga jualan 
     ii) Pulangan Belian berlaku 
        - Pulangan belian ialah barang-barang niaga 
           dipulangkan  kepada pembekal kerana 
           tidak memuaskan 
        - Sebab-sebab pulangan belian : - 
                a) rosak, cacat atau tidak segar 
                b) salah jenama, saiz atau warna 
                c) salah kualiti 
                d) bekas kosong 
                e) sudah sampai tarikh luput 
         - Pulangan belian ikut harga belian selepas tolak 
            diskaun niaga diterima.

2 Jenis Urusniaga

1. urusniaga tunai   - bayaran dibuat secara serta-merta


2. urusniaga kredit - bay boleh ditunggak, ditunda atau berhutang.
3. Bab 4  Sistem Catatan Bergu untuk Belanja dan Hasil 
4. Belanja 
satu jumlah wang yang dibayar oleh syarikat kepada pihak-pihak tertentu
sebagai pertukaran mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan untuk
menjalankan urusniaga perniagaan 
contoh : upah & gaji, sewa, kadar bayaran, 
             alat tulis, belanja pos, insurans, 
             belanja am.
5. Akaun belanja mempunyai baki debit 
Sebab-sebab : 
a) akaun bank / tunai di kreditkan 
b) perkhidmatan dan kemudahan diterima masuk ke dalam syarikat 
c) apabila belanja debit, modal menurun,  seterusnya belanja menurunkan 
    modal, jadi belanja di debitkan
6. Hasil / Pendapatan 
satu jumlah wang yang diterima oleh syarikat daripada pihak-pihak tertentu
sebagai pertukaran membekalkan perkhidmatan dan kumudahan 
contoh:  sewa diterima, komisen diterima, 
             faedah diterima
7. Akaun hasil mempunyai baki kredit 
a) Akaun bank / tunai di debit kan 
b) Perkhidmatan dan kumudahan dibekalkan oleh 
    syarikat dan dikeluarkan daripada syarikat 
c) Modal meningkat akaun modal dikreditkan, 
    hasil menambahkan modal, jadi akaun hasil 
    dikreditkan.
8. Bab 5   Mengimbangkan Akaun 
9. Akaun-akaun diimbangkan
10.1. Akaun perorangan 
    a) Pemiutang 
        - dagangan ( pembekal barang-barang niaga ) 
        - bukan dagangan ( pinjaman, belanja-belanja hutang ) 
    b) Penghutang 
        - dagangan ( pelanggan-pelanggan yang membeli secara kredit ) 
                  *  Peruntukan Hutang Lapuk boleh wujud * 
        - bukan dagangan ( hasil belum diterima, pinjaman kepada pekerja ) 
                  * Tidak Mungkin ada Peruntukan Hutang Lapuk  *
11.   Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 dan 
                                         baki b/b pada  1/ 1 /1997.
12.2. Akaun-akaun aset 
    Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 dan 
                                           baki b/b pada  1/  1/ 1997
13.3. Akaun-akaun liabiliti 
    Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 dan 
                                           baki b/b pada  1/  1/ 1997
14.4. Akaun-akaun hasil, belanja, modal, ambilan 
    a) Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 & 
                                               baki b/b pada  1/  1/ 1997 
        jika tidak tutup akaun iaitu akaun penamat tidak disediakan 
    b) Imbangkan akaun dengan baki h/b pada 31/12/1996 & 
                                               baki b/b pada  31/12/1997 
        jika akaun diimbangkan dan ditutupkan akaun untuk menyediakan 
        akaun penamat 
15.Bab 6   Imbangan Duga 
16. Definasi 
Satu penyata disediakan pada bila-bila masa, biasanya pada akhit bulan atau
akhir tempoh perakaunan bagi menunjukkan keseimbangan jumlah baki-baki di
sebelahdebit dan jumlah baki-baki disebelah kredit
17.Tujuan 
Untuk menyemak urusniaga-urusniaga perniagaan yang telah direkod
mematuhi sistem catatan bergu. Jika sistem catatan bergu tidak dipatuhi,
imbangan duga tidak akan seimbang
18.Format 
  

Bab 7   Akaun Perdagangan dan Untung Rugi 


1. Tempoh Perakaunan 
    satu tempoh jangka masa dipilih untuk mereokd urusniaga perniagaan yang
berlaku, 
    biasanya 1 tahun ( 12 bulan) 
    contoh  :       1/ 1 / 96     --->    31/12/96 
                        1/ 4 / 96     --->    31/ 3 /97 
                        1/ 7 / 96     --->    30/ 6 /97 
                        1/10/ 96     --->    30/ 9 /97

2. Dagangan 
    Syarikat beli barang-barang dan jual semula untuk mendapatkan keuntungan.

3.  Perkilangan 
     Syarikat buat barang-barang niaga dan jual untuk mendapatkan keuntungan 
  
4.  Untung Rugi 
      Keuntungan daripada dagangan dicampur dengan pendapatan-pendapatan 
      lain dan ditolak segala belanja-belanja yang terlibat dalam menjual barang 
      niaga sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tujuan akaun dagangan dibuka ialah untuk mencari untung atau rugi kasar 
                                                    sementara 
tujuan akaun untung rugi dibuka ialah untuk mencari untung atau rugi bersih 
 

Objektif untuk menjalankan perniagaan

1. memaksimumkan keuntungan
2. meminimumkan kerugian / kos
3. Bab 8    Kunci kira-kira 
4. Definasi 
Satu penyata disediakan untuk menunjukkan kedudukan kewangan syarikat,
iaitu baki-baki aset, modal &  liabiliti pada satu titik masa tertentu, biasanya
pada hari terakhir tempoh perakaunan.
5. 1.  Aset Tetap 
     Aset yang paling sukar tukar kepada tunai atau kuasa membeli dengan serta-
merta 
     Contoh : Tanah, bangunan atau premises, kenderaan, lekapan & lengkapan
6. 2.  Aset Semasa 
     Aset yang lebih mudah ditukarkan kepada tunai atau wujud dalam bentuk
kuasa membeli 
     Contoh : Inventori, penghutang, bank, tunai
7. 3.  Liabiliti Jangka Panjang 
     Pinjaman atau tanggungan yang melebihi setahun
8. 4. Liabiliti Semasa 
    Hutang atau tanggungan yang kurang daripada setahun 
    Contoh : Pemiutang, overdrag bank.
9. Jenis-jenis Akaun 
1. Akaun Perorangan 
    - mewakili perseorangan atau firma yang berurusniaga dengan perniagaan
10.2. Akaun Bukan Perorangan 
    a) Akaun nyata / benar 
        - mewakili harta benda milikan syarikat seperti aset 
    b) Akaun nominal 
        - mewakili hasil dan belanja
11.Bab 9  Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta  Kunci kira-kira  
1. Angkutan masuk 
    - belanja yang terlibat dalam mengangkut barang-barang niaga dibeli masuk
ke dalam perniagaan. 
2. Angkutan keluar 
    - belanja yang terlibat mengangkut barang-barang dijual kepada pelanggan
12. Item-item yang mungkin wujud dalam akaun perdagangan 
13.
14.Item-item yang mungkin wujud dalam akaun untung rugi 

Bab 10    Buku Tunai 2 ruang 

Buku Tunai 
Gabungan akaun tunai dan akaun bank. Ia merupakan buku catatan pertama dan juga
buku catatan ke dua. Buku Tunai merekodkan aliran masuk dan keluar tunai

Dukumen-dokumen:-

1. Resir resmi
2. Buku cek / keratan cek
3. Baucer
4. Slip resit

Bentuk / Format Buku Tunai


Penggunaan Ruang Folio

1. Memudahkan rujukan
2. Memastikan catatan bergu dilengkapkan
3. Menyemak ralat / kesilapan
4. Bab 11    Buku Tunai  3 ruang 
5. Diskaun Tunai 
- satu potongan daripada hutang penghutang.  Ia merugikan syarikat dan 
   dicaj kepada akaun untung rugi 
- biasa diberi dalam peratusan 
- boleh dijumpai dalam invois jualan sebagai syarat pembayaran 
- diberi kepada penghutang untuk mengalakkan pembayaran yang lebih capat
6. Contoh :        7 hari    -       3 % 
                   14 hari    -       2 % 
                   21 hari    -       1 % 
                   30 hari    -  60 hari  <-  tempoh kredit diberi kepada penghutang
7.

Bab 12   Jurnal Jualan  


- buku catatan pertama 
- juga dikenali sebagai buku jualan harian 
- merekod jualan kredit sahaja 
- memperolehi maklumat daripada dokumen-dokumen 
   i) invois jualan (salinan pendua ) 
  ii) nota debit    ( salinan pendua ) 
       - untuk tambah nilai jualan 
       - angkutan masuk ditanggung oleh penghutang
Format: 

 
Kegunaan:

1. Meringkaskan catatan dalam akaun jualan


2. Memudahkan kerja penyemakan  ( ruang folio )
3. Memberi maklumat lebih cepat dan mudah
4. Memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu, misalnya jurujual
5. Membolehkan pembahagian kerja dan kawalan

Diskaun niaga : 
- satu potongan daripada senarai harga atau katalog diberi kepada 
  pelangan untuk menggelakkan jualan 
- tidak perlu menyediakan akaun untuknya 
- biasanya terdapat pada invois sahaja
Bab 13    Jurnal Belian  
- buku catatan pertama 
- merekod belian kredit sahaja 
- memperolehi maklumat daripada dokumen-dokumen 
    i) invois belian diterima  (salinan asal ) 
   ii) nota debit di terima     (salinan asal )

Format : 

Bab 14   Jurnal Pulangan 


- Buku Catatan Pertama 
- Jurnal Pulangan Jualan memperolehi maklumat daripada 
   nota kredit yang dikeluarkan oleh syarikat 
- Jurnal Pulangan Belian memperolehi maklumat daripada 
   nota kredit yang diterima Bab 15     Susut Nilai Aset Tetap 

Definasi:- 
- keusangan dan kejatuhan nilai aset tetep tiap-tiap tahun disebabkan oleh
penggunaannya 
- kod belanja perkhidmatan yang perlu dicajkan ke akaun untung rugi 
- nilai sumbangan atau penggunaan aset tetap kepada perniagaan 
 

Sebab-sebab wujudnya susut nilai : -

1. keusangan, kemerisitab fuzukal


2. ketinggalan zaman
3. ekonomi, jimat-cermat
4. hakmilik / hak rekacipta / hak paten
5. kehausan  - lombong, telaga minyak

Kaedah-kaedah mingira susut nilai : -

(a) Kaedah berasaskan purata 


      i) kaedah garis lurus / ansuran tetap 
         Formula :   _____kos asas - nilai bakian 
                                      tempoh penggunaan 
  
                          = susut nilai setahun

         Formula :    kos asal aset    x     peratusan susutnilai 


                         = susut nilai setahun

          * susut nilai mengikut kaedah ini adalah sama setiap tahun 
  
      ii) Kaedah unit pengeluaran 
          - membuat peruntukan susut nilai berasaskan unit keluaran 
             yang dihasilkan dalam sesuatu   tempoh 
            Formula   :   _ Kos sebenar   -     Nilai  bakian     _    x  Output sebenar 
                                       Anggaran jumlahh output 
                             = susut nilai setahun
(b) Kaedah Susut nilai terpecut 
        i) Baki berkurangan 
           Formula     :    Nilai buku aset   x   peratusan susut nilai 
                              = susutnilai setahun

            Nilai buku aset =  kos asal aset - peruntukan susut nilai 
            ( nilai bersih )                              ( Susut nilai terkumpul )

       ii) Kaedah jumlah angka digit tahun usia guna 


           Contoh : tahun usia guna       =      10 tahun 
                         1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 + 10 = 55 
                         Susut nilai tahun pertama     =    kos aset    x     _ 10 _ 
                                                                                                    55 
                         Susut nilai tahun kedua        =    kos aset    x     _ 9   _ 
                                                                                                    55 
                         Susut nilai tahun ketiga        =     kos aset   x     _ 8  _ 
                                                                                                   55 
                         Susut nilai tahun ketujuh      =      kos aset   x      _ 4 _ 
                                                                                                    55

           * Nilai bakian = nilai skrap = nilai besi buruk = nilai tolakan  *

Asas menentukan Peruntukan Susut Nilai untuk aset-aset dibeli dan dijual 
  i) Asas milikan bulan 
     Apablila aset dibeli, kira bulan selepas dibeli 
     Apablila aset dijual, kira bulan sebelum dijual 
     Contoh   :   aset dibeli pada        1 /  1 / 95       ---     12 bulan 
                                                     30/  6 / 95        ---      6 bulan 
                                                       1/ 10/ 95        ---      3 bulan 
                       aset dijual pada      31/   3/ 95         ---      3 bulan 
                                                     31/  8/ 95         ---       8 bulan 
                                                     30/ 11/95          ---    11 bulan 
                        Tempoh perakaunan  ==>   31/12/95

  ii) Beli aset, kira susut nilai 1 tahun penuh tidak kira bila dibeli 
      Jual aset, tahun aset dijual susut nilai tidak perlu dikira 
      Contoh : Aset dibeli pada   29 / 3 / 95,  21/11/95,   31/12/95 
                       -  susut nilai dikira 1 tahun penuh 
                    Aset dibeli pada   27 / 8 / 95,  15/10/95,   31/12/95 
                       -  susut nilai tahun '95 tidak perlu dikira 

Bab 16    Rekod Catatan Bergu untuk susut nilai 


( I )  Kaedah Lama 

 
  
 
( II )  Kaedah Baru 

 
  
  
 Pelupusan / Tolakan Aset

Kaedah moden: 

 
Kaedah lama : 

Bab 18    Pelarasan Lain bagi Akaun Akhir 

1. Belanja terakru/ terhutang/ tertunggak / belum bayat 


    contoh : sewa dibayar RM 500 dengan cek 
                 sewa bulanan RM 50
 

    Catatan Jurnal 
                                                                                            Dt          Kt 

                                     Sewa                                              600 


                                              Bank                                                  500 
                                              Sewa terakru                                      100 
 

                                     Untung Rugi                                    600 


                                              Sewa                                                  600 
 
 2. Belanja Prabayar / bayar terdahulu 
     contoh : Imbangan Duga menunjukkan baki sewa 
                  Dt RM 1400 
                  ( Sewa tahunan   RM 1200 )

Catatan Juranal 
                                                                                           Dt          Kt 

                                     Sewa                                           1400 


                                               Bank                                               1400 

                                     Untung Rugi                                  1200 


                                     Sewa Prabayar                               200 
                                               Sewa                                               1400 
 
3. Hasil / pendapatan terakru/ terhutang /belum terima 
    contoh : Imbangan Duga menunjukkan baki kt akaun komisen diterima 
                 RM 1000. Komisen patut di terima RM 1200

Catatan Juranal 
                                                                                           Dt          Kt 

                                        Bank                                        1000 


                                               Komisen belum terima                       200 
                                               Komisen diterima                            1200 

                                        Komisen diterima                      1200 


                                               Untung Rugi                                     1200

4. Hasil / pendapatan diterima terdahulu 


    contoh : Komisen telah diterima RM 300 
                 Komisen patut diterma RM 200
Catatan Juranal 
                                                                                           Dt          Kt 

                                        Bank                                           300 


                                                 Komisen diterima                            300 

                                        Komisen diterima                        300 


                                                Komisen diterima terdahulu              100 
                                                Untung Rugi                                     200

Kesimpulan :

1.  Belanja terakru      --   baki kredit


2.  Belanja terdahulu   --   baki debit
3.  Hasil terakru         --    baki debit
4.  Hasil terdahulu      --    baki kredit

  
  
  
Ambilan : 
Definisi : Barang niaga, perkhidmatan, wang tunai diambil oleh pemilik perniagaan 
              untuk keguanaan sendiri.

Catatan Jurnal 
                                                                                           Dt          Kt 

                                       Ambilan                                        xx 


                                               Belian                                                xx 

                                      Ambilan                                         xx 


                                              Perkhidmatan                                     xx 
                                      (cth : sewa, insurans, kadar bayaran ) 

                                      Ambilan                                        xx 


                                              Bank/ Tunai                                       xx

Jenis-jenis modal 
1. Modal terlabur     - > modal yang dilaburkan 
                               ->  tidak dicampur untung atau ditolak rugi atau ambilan 
2. Modal digunakan ->  Jumlah Aset - Jumlah Liabiliti = modal akhir 
                                     ( "aset bersih" jika pemilik tunggal ) 
3. Modal Kerja       -> Jumlah aset semasa - jumlah liabiliti semasa 

Bab 19   Perbelanjaan Modal dan Hasil 

Perbelanjaan Hasil 
Pembayaran bagi : - 
 a) membeli inventori untuk dijual semula 
 b) membeli perkhidmatan untuk menjalankan perniagaan 
Biasanya hanya boleh digunakan sekali sahaja
Perbelanjaan Modal 
Pembayaran bagi pembelian aset yang digunakan berkali-kali 
dalam perniagaan
     Contoh : 

Bab 20   Penyata Penyesuaian Bank 

Penyata Bank 
satu penyata disediakan oleh bank dihantar kepada pemegang akaun semasa bagi
menujukkan penerimaan dan pembayaran cek

Penyata Penyesuaian Bank 


Satu penyata disediakan oleh pemegang akaun semasa untuk menunjukkan sebab-
sebab mengapa baki bank pada buku tunai tidak sama dengan  baki bank pada penyata
bank

Sebab-sebab baki Buku Tunai   tidak sama dengan  Penyata Bank 


(I) Cek-cek belum kemuka 
     Cek-cek yang sudah dikredit dalam Buku Tunai tetapi Penyata Bank tidak ada
catatan. 
     Kesan : Baki bank Buku Tunai kurang,  baki bank Penyata Bank kebih

(II)Simpanan Belum Kredit 


     Cek-cek yang sudah didebit dalam Buku Tunai tetapi Penyata Bank belum ada
catatan. 
     Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih,   baki bank Penyata Bank kurang

(III)Perintah tetap / Arahan Tetap 


      Arahan diberi oleh syarikat kepada pihak bank untuk membuat beberapa jenis
bayaran 
      pada tempoh yang ditetapkan dengan jumlah / amaun yang sama 
      Contoh : Premium insurans, sewa, bayaran ansuran aset tetap, pelaburan. 
      Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih,  baki bank Penyata Bank kurang

(IV)Caj Bank 
      Belanja yang dikenakan oleh bank, Buku Tunai belum ada catatan 
      Contoh : Caj bank, buku cek, komisen bank 
      Kesan :  Baki bank Buku Tunai lebih, baki bank Penyata Bank kurang

(V) Debit langsung 
      Bayaran dibuat terus daripada bank tanpa melalui Buku Tunai, lazimnya bayaran 
      kepada pemiutang 
      Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih, baki bank Penyata Bank kurang.

(VI)Pindahan kredit 
      Penerimaan wang yang terus didepositkan kedalam bank tanpa melalui Buku
Tunai 
      Contoh : Faedah, dividen, gaji 
      Kesan : Baki bank Buku Tunai kurang, baki bank Penyata Bank lebih.

Mengemaskini Buku Tunai : -


Bab 21   Jurnal 

Jurnal Am 
- merupakan buku catatan pertama 
- Dokumen-dokumen : -   (i) invois beli aset tetap secara kredit 
                                       (ii) memo 
                                       (iii) invois untuk jual aset tetap secara kredit

Kegunaan-kegunaan Jurnal Am 


1. Merekod belian dan jualan aset tetap secara kredit 
 
2. Merekod pembetulan ralat

3. Merekod catatan pembukaan

4. Merekod pindahan-pindahan lain

Bab 22   Buku Tunai Runcit 


- merupakan sebuah buku catatan pertama 
- digunakan untuk merekod bayaran secara kecil-kecilan 
- memperolehi maklumat daripada  : -  (i) slip / resit 
                                                          (ii) baucer 
                                                          (iii) bil-bil 
- memperolehi tunai daripada Buku Tunai

Kegunaannya 
- meringkaskan catatan dalam Lejar Am 
- meringkaskan beban Buku Tunai kerana merekod bayaran kecil-kecilan. 

Bab 23   Ralat tidak menjejaskan keseimbangan Imbangan Duga 


  1. Ralat ketinggalan 
      - urusniaga yang tidak dicatat dimana-mana buku 
      Contoh : invois belian RM 1000 sudah hilang 
           Kesan         : Belian kurang catat  dan pemiutang kurang catat 
           Pembetulan : Dt   Akaun Belian 
                               Kt   Akaun Pemiutang 
  
   2. Ralat komisen 
       - salah dari segi nama akaun yang didebit atau dikredit 
       Contoh : penjelasan hutang oleh Ali telah dimasukkan ke dalam akaun Alif 
            Kesan         : Baki penghutang Ali bertambah, baki penghutang Alif berkurang 
            Pembetulan : Dt Alif 
                                Kt Ali

   3. Ralat prinsip / konsep 


       - salah dari segi konsep 
       Contoh : Belanja membaiki bangunan telah didebit ke akaun bangunan 
            Kesan         : Baki bangunan lebih catat, baki belanja membaiki bangunan
kurang catat 
            Pembetulan : Dt   Akaun Belanja membaiki bangunan 
                                Kt   Akaun Bangunan

    4. Ralat berimbang 


        - Jumlah amaun yang salah dibahagian debit secara kebetulan sama dengan
jumlah amaun 
          yang salah dibahagian kredit. 
        Contoh : Upah lebih catat RM 100, Jualan lebih catat RM 100 
             Pembetulan  : Dt    Akaun Jualan 
                                  Kt    Akaun Upah

     5. Ralat pada catatan asal 


         - kesilapan berlaku pada dokumen perniagaan atau buku catatan pertama 
         Contoh : satu invois jualan terlebih tulis RM 10 
              Kesan         : Jualan lebih RM 10,   Penghutang lebih RM 10 
              Pembetulan : Dt    Akaun Jualan 
                                  Kt    Akaun Penghutang

     6. Ralat terbalik sama sekali 


         - Akaun yang patut didebit telah dikredit dan akaun yang patut dikredit telah
didebitkan 
         Contoh : Wang RM 50 dikeluar dari Bank untuk kegunaan pejabat 
              Kesan          :  Tunai kurang RM 50,  Bank >  RM 50 
              Pembetulan  :  Dt   Tunai    RM 100 
                                    Kt   Bank     RM 100

     ***  Nilai dalam pembetulan adalah dua kali ganda daripada nilai asal  *** 

Bab 24   Akaun Tergantung dan Ralat 

1. Salah campur dalam satu akaun 


    contoh :  jumlah jualan lebih catat RM 100

                       Kesan :  Imbangan duga bahagian kredit lebih RM 100 


               Pembetulan :   Dt  Jualan                    RM 100 
                                     Kt  Akaun tergantung   RM 100

2. Catatan Bergu tidak lengkap 


    contoh : Belian secara kredit direkod dalam akaun Belian sahaja 
  
                       Kesan :  Imbangan Duga bahagian debit lebih catat 
               Pembetulan :  Dt  Akaun Tergantung 
                                    Kt  Pemiutang

3. Debit satu akaun dengan satu amaun, kt akaun lain dengan amaun yang berlainan 
    contoh : Belian mesin sebanyak RM 1000 direkod dalam akaun mesin RM 1000
tetapi 
                 akaun Bank RM 100

                       Kesan : Imbangan Duga bahagian debit lebih daripada bahagian kredit 


               Pembetulan : Dt  Akaun Tergantung          RM 900 
                                   Kt  Akaun Bank                   RM 900

4. Kedua-kedua akaun didebit atau dikreditkan 


    contoh : Beli alat tulis RM 50 direkod sebagai debit akaun alat tulis dan akaun tunai

                      Kesan : Imbangan duga bahagian debit melebihi bahagian kredit 


              Pembetulan : Dt  Akaun Tergantung   RM 100 
                                  Kt  Akaun Tunai            RM 100 
 

Definisi Akaun Tergantung

 Satu amaun sengaja diwujudkan semata-semata untuk mengimbangakan


imbangan duganya
 akaun tergantung adalah satu petunjuk atau amaran bahawa kesilapan-kesilapan
telah berlaku pada rekod-rekod urusniaga
 Syarikat perlu menyemak dan memeriksa semua urusniaga untuk mengesan
ralat dan seterusnya menyelaraskan atau membetulkan ralat tersebut.
 Kemudian syarikat perlu menyelaraskan untung rugi, untung bersih dan kunci
kira-kira

* Tempat akaun tergantung wujud : - 


               (  i ) Imbangan Duga 
               ( ii ) Kunci Kira-kira

Kesan Ralat ke atas akaun penamat

1. Kunci kira-kira
2. Item-item dalam akaun perdagangan
3. Hubungan dengan untung kasar
4. Hubungan dengan akaun untung rugi
5. Hubungan dengan untung bersih
6. Bab 26   Nisbah-nisbah Perakaunan 
7. Nisbah = bandingan, hubungan
8. 1. Margin =    Untung Kasar 
                       harga jualan 
  
    contoh : Margin 50%   =       50    
                                              100 
                                      =        1 
                                                2   #
9.      Maka setiap RM 2 jualan, untung kasar ialah RM 1
10.2. Tokokan / markup    =           Untung kasar 
                                        kos barang-barang dijual
11.     contoh : margin = 30%, berapakan markup? 
  
                   margin =    30       =    Untung Kasar 
                                   100              harga jualan
12.                    oleh kerana 100 - 30 = 70, 
                    maka markup =  30   =   3 
                                             70        7   #
13.3. Komisen pengurus =        % komisen            x       keuntungan sebelum 
                                    % komisen + 100%                     komisen
14.    contoh : untung sebelum komisen = RM 8400 
                 peratus komisen = 5%
15.                 maka Komisen pengurus  =        5%         x    RM 8400 
                                                            5%+100% 
                                                        = RM 400   #
16.                                 Untung Bersih =  RM 8400 - RM 400 
                                                        = RM 8000   #
17.          ***   Bukti : RM 8000 x 5% = RM 400 iaitu sama dengan komisen
pengurus  ***
18.4.  Kadar perolehan stok / kadar pusinganti stok /      =   kos barang- barang
dijual 
     Kadar peralaihan stok / kadar pengeluaran stok                   stok purata 
     (  tingkat inventori yang biasa dipegang pada        =   bilangan kali setahun 
        setiap tahun )
19.      Stok Purata =    ( Stok awal + Stok akhir ) 
                                              2
20.      Contoh : kadar pesinganti stok =    8 kali setahun 
                                                   = 1.5 kali sebulan 
                    --> stok barang masuk dan keluar dengan cepat 
                    --> mungkin jualan laris, ciri-ciri barang tidak boleh simpan lama 

You might also like