You are on page 1of 3

PEMAHAMAN PETIKAN FAKTA

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Kegiatan kokurikulum bermaksud


aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan menyertainya. Ada tiga jenis
aktiviti yang dijalankan iaitu kelab, permainan dan unit beruniform.

Dengan menyertai kegiatan-kegiatan ini murid-murid akan memperoleh banyak faedah.


Anataranya, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya, melalui pengakap
murid-murid akan belajar jenis-jenis ikatan, cara mendirikan khemah dan sebagainya.

Seterusnya kegiatan ini dapat mengelakkan diri murid-murid daripada membuang masa
dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Contohnya melepak, merayau-rayau, bergaul dengan
budak-budak nakal dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh


berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Dengan itu dapat
mengeratkan tali persahabatan.

Di samping itu murid-murid akan memperoleh sijil penyertaan bagi unit-unit yang
disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon memasuki sekolah
berasrama atau universiti.

Itulah antara faedah murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, muird-murid
digalakkan menyertainya.
1 Apakah kegiatan yang diwajibkan di sekolah-sekolah?

A Pengakap
B Kurikulum
C Permainan
D Kokurikulum

2 Perkataan mengeratkan dalam petikan di atas bermaksud

A mengikatkan
B meningkatkan
C mengukuhkan
D mendekatkan

3 Mengapakah murid-murid tidak digalakkan mensia-siakan masa?

A Supaya murid-murid disayangi guru-guru


B Supaya prestasi pelajaran tidak merosot
C Supaya terhindar daripada perlakuan negatif
D Supaya senang memasuki sekolah berasrama

4 Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah terbahagi kepada ...

A tiga jenis.
B empat jenis.
C lima jenis.
D enam jenis.

5 Pilih pernyataan yang tidak benar.

A Aktiviti kokurikulum dimestikan kepada semua murid


B Melalui permainan murid-murid dapat melapangkan fikiran
C Aktiviti pengakap dapat melatih murid-murid hidup berdikari
D Sijil kokurikulum menjamin murid melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama
JAWAPAN

1. D 2. C 3. C 4. A 5. D

You might also like