You are on page 1of 2

KARANGAN :ΚEBAIKAN MENyERтAl ΑKтivIтIKOKURIKULUM

55

Aktivitl kokurikulum merupakan satu daripada elemen yang


terdapat dalam pendidikan di sekolah. Aktiviti kokurikulum
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu sukan,permainan dan
unit beruniform. Kebiasaannya aktiviti kokurikulum diadakan pada
sebelah petang atau hujung minggu. Terdapat beberapa kebaikan
apabila pelajar menyertai kegiatan kokurikulum.
Antara kebalkan aktiviti kokurikulum lalah pelajar dapat
menambahkan pengetahuan dan kemahiran tentang sesuatubidang
yang disertal. Contohnya, dengan menyertai aktiviti unit
beruniform Kadet Polis, pelajar akan mengetahui tentang bidang
pekerjaan sebagai anggota polis. Jika pelajar menyertai aktiviti
perkhemahan unit beruniform pula, pelajar dapat pengalaman
tentang bermalam dalam khemah dan aktiviti berkhemah di
hutan.Pengetahuan dan pengalaman ini boleh digunakan oleh
pelajar setelah menamatkan zaman persekolahan kelak.
Selain itu, pelajar juga dapat membentuk:disiplin diri. Dalam
aktiviti kokurikulum yang disertai, pelajar akan diajar tentang
kepentingan disiplin.diri. Pernbentukan disiplin diri ini amat
penting dalam menjalani kehidupan sebagai seorang, pelajar.
Pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi biasanya akan
berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga
membolehkan pelajar memupuk nilai-nilal murni dalam dlri. Nilai-
nilai murni ini terpupuk dalam diri pelajar secara langsung atau
secara tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai
bekerjasama,bertolak ansur dan berdikari. Amalan nilai-nilai murni
ini akan membolehkan pelajar mnenjalani kehidupan seharian
dengan lebih baik.
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
seperti sukan akan menjadikan tubuh pelajar itu sihat dan cergas.
Hal ini kerana pelajar akan berpeluh apabila bersukan dan sisa
toksik akan keluar daripada badan melalui peluh. Dengan bersukan
juga, pelajar dapat menyihatkan jantung mereka. Apabila pelajar
sihat, mudahlah pelajar memberikan tumpuan kepada pelajaran
yang diajar oleh guru.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar juga dapat
memenuhi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.
Jika pelajar tidak menyertai aktiviti kokurikulum,pelajar
cenderung untuk menonton teleyisyen. Sesungguhnya, sebahagian
besar rancangan televisyen adalah berbentuk hiburan dan ia
kurang berfaedah kepada pelajar.Terdapat juga pelajar yang
menghabiskan masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang
tidak berfaedah seperti melepak di pusat membeli-belah atau
pusat siber.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kebalkannya jika pelajar
menyertai aktiviti kokurikulum. Oleh itu, sewajarnya ibu bapa
perlu memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai
aktiviti kokurikulum. Pada pandangan saya, aktiviti kokurikulum
telah dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti dan seimbang
daripada segi intelek, rohani,jasmani dan emosi. Sesungguhnya,
negara amat memerlukan pelajar yang berkualiti bagi memajukan
negara pada masa hadapan.

You might also like