Professional Documents
Culture Documents
Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru. Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program disleksia di sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru yang mengajar subjeksubjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas arus perdana. Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004, oleh Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dr William Pringle Morgon telah menghasilkan sebuah artikel perubatan pertamanya yang berjudul A case of congenital wordblindness di English School Physician pada tahun 1896 (Critchley,1970). Artikel beliau telah menerangkan kesukaran mengeja yang dihadapi oleh individu kajiannya yang dianggap bijak dan berbakat tinggi dalam bidang sukan. Keadaan in telah diistilahkan sebagai disleksia perkembangan (Khadijah,1998)
Seterusnya,Anna Gillingham seorang tokoh yang telah menganalisis dan mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah dirintis oleh Dr.Orton. Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan membiasakan sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman, telah menulis dan menghasilkan sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak disleksia, yang bertajuk (1946): Remedial Training for Children with Specific Disability in Reading, Spelling and Penmanship.
TOKOH-TOKOH MALAYSIA
Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui ciri-ciri iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah dalam menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika proses P&P dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia bukanlah suatu kecacatan kerana tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang.
Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan bantuan rawatan (BOLD 2000). Hasil daripada kajian pakar perubatan dengan mendapati kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi 2000). Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak disleksia diberi peluang pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanakkanak disleksia ini adalah sangat penting.
Rosana (1998) menyatakan bahawa secara keseluruhannya pelajar disleksia adalah lemah dalam pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat serta lambat dalam bertutur. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia tersebut memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Hal ini kerana rogram pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar disleksia.
Antara tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai masalah disleksia seperti yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8 September 2003 ialah Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew.