You are on page 1of 6

Perbankan Islam di Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam diketahui bermula pada bulan September 1963 dengan
tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah ditubuhkan
untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan
ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat
Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai Lembaga
Tabung Haji).

Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993, bank perdagangan,
bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan
perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (SPI). Walau bagaimanapun,
institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam
daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada percampuran dana.

[sunting] Prinsip Syariah dalam Perbankan Islam


Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan
operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat
(peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah
perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah).

Di antara konsep-konsep Islam yang selalu diguna pakai di dalam perbankan Islam ialah:

• perkongsian untung (Mudharabah)


• simpanan (Wadiah)
• usaha sama (Musyarakah)
• kos tokok (Murabahah)
• sewaan (Ijarah).

[sunting] Pautan luar


• maklumat, latihan dan seminar kewangan Islam di Malaysia

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbankan_Islam_di_Malaysia"


Riba
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau
kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang
disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam
pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti
yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.

Senarai kandungan
[lipat]

• 1 Firman Allah s.w.t.


• 2 Riba Zaman Jahiliyyah
o 2.1 Riba Nasi'ah
o 2.2 Riba Fadhl
• 3 Contoh Riba Masakini
o 3.1 Sistem perbankan
o 3.2 Sistem Insurans
• 4 Penyelesaian Riba
o 4.1 Sistem perbankan
o 4.2 Sistem Insurans

• 5 Takrif Tabarru'at

[sunting] Firman Allah s.w.t.


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba
(yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Al-Baqarah (2):
278
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa
Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan
riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
Surah Al-Baqarah (2): 279.
Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta
manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan
berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang
berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surah Al-
Rum (30): 39
Ayat di atas jelas menegaskan bahwa selebihnya dari pokok harta adalah riba, baik itu sedikit
maupun banyak.

[sunting] Riba Zaman Jahiliyyah


Pada zaman Jahiliyyah, riba terkenal dengan dua model yaitu riba nasi'ah dan riba fadhl:

[sunting] Riba Nasi'ah

1. Menurut Qatadah, riba al-nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu
hingga tempoh waktu tertentu. Apabila tempoh waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum
mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempohya dilanjutkan lagi.

2. Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang
kepada orang lain, lalu yang berhutang berkata kepada pemberi hutang, "Hutang saya akan saya
bayar "sekian (lebih)" dengan syarat anda melanjutkan tempohnya kepada saya". Lalu orang itu
melanjutkan waktunya.

3. Abu Bakar Al-Jashshah mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah riba hanya pinjaman
berjangka dengan penambahan bunga bersyarat. Penambahan bunga itu sebagai imbalan dari
penundaan waktu pelunasan hutangnya, lalu Allah SWT membatalkan sistem itu.

4. Menurut Al Imam Ar-Razi dalam tafsirnya, "Sesungguhnya riba al-nasi'ah itulah yang terkenal
di zaman jahiliyyah kerana seseorang dari mereka meminjamkan wangnya kepada orang lain
dengan tempoh tertentu, dengan syarat ia harus memberinya bunga tertentu setiap bulan. Kalau
tidak sanggup memenuhi janjinya maka bunganya ditambah dan waktunya dilanjutkan".

[sunting] Riba Fadhl

Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti
menjual emas dengan emas, mata wang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan
seterusnya.

Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan
perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, korma dengan korma dan garam
dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang
manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta maupun
yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadith Riwayat Al-Syaikhan.
Dari Abu Said Al-Khudari, katanya, "Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan
membawa korma kualitas Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana
korma itu ?". Ia menjawab , "Kami punya korma yang buruk lalu kami tukar beli dua liter
dengan satu liter". Maka Rasulullah bersabda:

"Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mau membeli,
juallah dahulu kurmamu itu kemudian kamu beli kurma yang kamu inginkan. Muttafaq 'alaih
Jenis riba yang pertama sudah jelas, sedangkan jenis yang kedua hanya terdapat pada perbedaan
kualiti barang sejenis yang dipertukarkan sehingga jual beli tersebut digolongkan sebagai riba.
Rasulullah memerintahkan untuk menjual dulu kurma yang hendak dipertukarkan dan wangnya
digunakan untuk membeli kurma yang lebih bagus. Ini semua diamanatkan oleh Rasulullah
untuk menjauhkan ummatnya sejauh mungkin dari bayangan riba.

Begitu pekanya perasaan Rasulullah dari bayangan riba dalam sistem ekonomi masyarakat.
Beliau berhasil memecah penyakit riba yang telah mendarah daging di zaman jahiliyyah.

[sunting] Contoh Riba Masakini


[sunting] Sistem perbankan

Rencana utama: Perbankan Islam

Sistem perbankan adalam sistem kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan
urusan riba', seperti pinjaman rumah, kereta, wang tunai, pinjaman pelajaran dll. Dalam sistem
perbankan konvensional, faedah dikenakan ke atas peminjam, bermakna peminjam terpaksa
membayar dalam jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika
peminjam gagal membayar pada tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga
akan bertambah tinggi dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank
dengan mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh membawa
kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.

[sunting] Sistem Insurans

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada
peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans
akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali
bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan
digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan
insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham
yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan
konvensional.

[sunting] Penyelesaian Riba


[sunting] Sistem perbankan

Bagi membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam, urusniaga
faedah (riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh menjana keuntungan
walaupun tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:-
• Mudharabah (perkongsian keuntungan)
• Wadiah (simpanan amanah)
• Musyarakah (usaha sama)
• Murabahan (kos tambahan)
• Ijarah (pajakan)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana Perbankan Islam.

[sunting] Sistem Insurans

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional.
Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut
menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal
Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur
gharar dan maisir.

[sunting] Takrif Tabarru'at


Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks
perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir
dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka
menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju
untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Riba"

Mudharabah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Mudharabah ialah pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal dan pengusaha projek di
mana pengusaha projek boleh menggunakan dana bagi menjalankan aktiviti perniagaan beliau.
Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dibahagi di antara pemberi modal dan pengusaha
projek tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian akan ditanggung
seluruhnya oleh pemberi modal
Musyarakah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Konsep ini biasanya diguna pakai bagi perniagaan perkongsian atau perniagaan usaha sama
untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama
berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung berdasarkan
nisbah sumbangan modal.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Musyarakah"

Murabahah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Penjualan barangan adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh
kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah
dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan.

You might also like