You are on page 1of 48

BAB 1: PENGENALAN

Apabila memperkatakan tentang perniagaan secara Islam, salah satu elemen yang
perlu kita perhatikan ialah riba. Walaupun Allah mengharamkan riba sebagaimana
arak atau judi diharamkan, ia masih kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang
Islam. Masih terdapat di antara mereka yang menganggap ia sebagai isu yang
remeh dan tidak perlu diberi perhatian yang berat seperti dosa-dosa besar yang lain.
Kurangnya pemahaman tentang takrifan dan hikmah pengharaman riba
menyebabkan ianya dipandang sebelah mata sahaja oleh orang Islam sendiri.
Pada masa sekarang, riba merupakan sinonim dengan interest atau faedah yang
diamalkan oleh institusi kewangan konvensional. Amalan riba oleh bank dilakukan
apabila bank membayar faedah kepada penyimpan dan mengenakan bunga kepada
peminjam di mana perbezaan antara kedua-duanya merupakan keuntungan kepada
bank.

1.1 SEJARAH RIBA

Amalan pengambilan riba bermula sejak tahun 3000 Sebelum Masihi semasa
tamadun Sumerian lagi. Pada zaman itu wujud sistem kredit yang sistematik di mana
pinjaman berasaskan gandum adalah berdasarkan kuantiti dan pinjaman logam
perak berdasarkan berat. Pinjaman berasaskan gandum dikenakan kadar faedah
33.33% setahun manakala pinjaman untuk perak adalah 20% setahun.
Pada zaman Babylon pula iaitu sekitar 1900-732 Sebelum Masihi Raja Hammurabi
(kira-kira 1800 Sebelum Masihi) telah memperkenalkan satu peraturan dikenali
sebagai Code of Hammurabi yang mengiktiraf kadar faedah dan menjadikannya
kadar yang sah di sisi undang-undang Babylonian dan digunapakai hampir 1200
tahun lamanya. (Homer 1977).

Amalan mengambil faedah ini berterusan pada zaman Assyrian (732-625 Sebelum
Masihi), Neo-Babylonian (625-539 Sebelum Masihi), Parsi (539-333 sebelum
Masihi), Yunani (500-100 Sebelum Masihi) dan Romawi (500- 90 Sebelum Masihi).
Bermula kurun ketiga Masihi iaitu pada zaman Permulaan Kristian amalan
pengambilan faedah ini mendapat tentangan daripada pihak gereja dan paderipaderi. Selain daripada itu, terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan bahawa
pinjaman yang dikeluarkan pada zaman pemerintahan beraja di negara-negara
Eropah adalah juga berdasarkan faedah
( Homer, 1977).
Pengambilan faedah juga diharamkan di England beberapa abad yang lalu. Salah
satu sebab kaum Yahudi dihalau daripada England adalah kerana isu pengambilan
faedah kerana mereka mengenakan faedah yang terlalu tinggi. Hanya pada tahun
1545, pengambilan faedah ini dibolehkan di England di mana Akta 1545 digubal bagi
memastikan pengambilan faedah yang tidak terlalu tinggi dan telah ditetapkan pada
kadar 10% setahun.

Riba mula dikaitkan dengan perbankan pada era medieval dan dilakukan oleh
saudagar emas. Saudagar emas membenarkan orang ramai menyimpan emas dan
perak dengan mereka dan mengenakan bayaran. Mereka kemudiannya
mengeluarkan resit kepada penyimpan untuk menunjukkan emas dan perak yang
disimpan oleh mereka. Resit ini boleh digunakan untuk menuntut barangan tersebut
pada bila-bila masa.

Bagaimanapun apabila keyakinan orang ramai mula tinggi kepada saudagar emas,
sesetengah daripada mereka menggunakan resit tersebut sebagai perantara
pertukaran bayaran tanpa menebus barangan mereka setiap kali membuat bayaran.
Perlahan-lahan resit diterima sebagai wang dan duit emas dan perak menjadi
simapanan atau rezab bagi resit tersebut.

Selepas beberapa ketika, saudagar emas mula sedar bahawa orang ramai
menyimpan wang lebihan di dalam bank dan menggunakan resit sebagai bayaran
kepada orang lain. Saudagar emas yang kemudiannya menjadi pemilik bank setelah
memerhatikan paten ini sekian lama, mula mengeluarkan resit tambahan dan
memberikannya sebagai pinjaman kepada pelanggan yang memerlukan. Pelanggan
kemudiannya dikenakan bayaran sebagaimana mereka menyimpan emas dan perak.

Oleh itu, apabila bermulanya sejarah penubuhan dan perkembangan bank moden
pada abad keenam belas, segala operasinya adalah berdasarkan faedah. Pemberian
faedah sukar untuk dipisahkan daripada amalan system bank kerana ianya akan
menyebabkan sistem bank tidak akan berjalan dan ekonomi tidak akan berkembng
(Mannan, 1986).

BAB 2 : PENGERTIAN RIBA

Kata Ar-Riba adalah isim maqshur, berasal dari rabaa yarbuu, yaitu akhir kata ini
ditulis dengan alif.
Asal arti kata riba adalah ziyadah tambahan; adakalanya tambahan itu berasal dari
dirinya sendiri, seperti firman Allah swt:
(ihtazzat wa rabat) maka hiduplah bumi itu dan suburlah. (QS Al-Hajj: 5).Dan,
adakalanya lagi tambahan itu berasal dari luar berupa imbalan, seperti satu dirham
ditukar dengan dua dirham.
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti
berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan
mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat),
Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan
jual beli dan mengharamkan riba.
Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus
berhenti (dari mengambil riba),maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu
(sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang
mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka,
mereka kekal di dalamnya.
Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai
setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. Sesungguhnya
orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan
menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada
kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba
(yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak
mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahwa Allah dan RasulNya
akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu
tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. al-Quran 2 : 275 278
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat
ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang
kafir. Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat.al-Quran 3 : 130
133.
Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Nafibahwa beliau mendengar
Abdullah ibn Umar berkata,Jika seseorang meminjamkan sesuatu, biarkan kondisi
satu-satunya yang dilunasi. Al-Muwatta Imam Malik : 31.44.94
Malik meriwayatkan kepadaku bahwa beliau mendengar Abdullah ibn Masud
pernah berkata, Jika seseorang membuat pinjaman, mereka tak boleh menetapkan
perjanjian lebih dari itu. Meski hanya segenggam rumput, itu adalah riba. Al-Muwatta
Imam Malik : 31.44.95
Abdullah ibn Masud meriwayatkan bahwa Rasulullah salallaahu alayhi wasallam
melaknat mereka yang menerima, yang membayar, yang menyaksikan, dan yang
mencatat riba. Sunah Imam Abu Dawud: 16.1249.
Riba secara harfiah berarti kelebihan dalam bahasa Arab. Qadi Abu Bakar ibnu al
Arabi, dalam bukunya Ahkamul Quran memberi definisi sebagai: Setiap kelebihan
antara nilai barang yang diberikan dengan nilai-tandingnya (nilai barang yang
diterimakan).

Kelebihan ini mengacu pada dua hal:

1.Tambahan keuntungan yang berasal dari peningkatan yang tidak dapat dibenarkan
dalam bobot maupun ukuran.

2. Tambahan keuntungan yang berasal dari penundaan (waktu) yang tidak


dibenarkan.
Pengertian riba menurut Islam secara lebih rinci diuraikan Ibn Rushd (al-hafid)
seorang fakih, dalam kitabnya Bidaya al-Mujtahid, Bab Perdagangan. Ibn Rushd
memaparkan beberapa sumber riba ke dalam delapan jenis transaksi:
1.Transaksi yang dicirikan dengan suatu pernyataan Beri saya kelonggaran
(dalam pelunasan) dan saya akan tambahkan (jumlah pengembaliannya)
2. Penjualan dengan penambahan yang terlarang.
3. Penjualan dengan penundaan pembayaran yang terlarang;
4. penjualan yang dicampuraduk dengan utang;
5. penjualan emas dan barang dagangan untuk emas;
6. pengurangan jumlah sebagai imbalan atas penyelesaian yang cepat;
7. penjualan produk pangan yang belum sepenuhnya diterima;
8. atau penjualan yang dicampuraduk dengan pertukaran uang.
Perlu diketahui bahwa Ibn Rushd menuliskan Bidayat al-Mujtahid dengan
menganalisis berbagai pendapat para imam dari keempat madhhab utama. Dua
aspek ini telah mendorong para ulama mendefinisikan dua jenis riba. Ibnu Rusyd
mengatakan : Para hakim secara ijma menyepakati tentang riba dalam buyu
(perdagangan) dalam dua jenis yaitu penundaan (nasiah) dan kelebihan yang
ditentukan (tafadul)

2.1 TAKRIFAN RIBA

Ada tiga konsep yang berkaitan apabila kita memperkatakan tentang riba iaitu
faedah, riba dan usury. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, faedah adalah
wang yang dikenakan atau dibayar untuk penggunaan wang yang juga dikeanali
sebagai bunga. Usury pula bermaksud mengenakan bunga atau faedah yang tinggi
atau keterlaluan. Kamus Oxford edisi Kedua 1989 pula mendefinisikan faedah
sebagai:

Money paid for the use of money lent (the principal), or for forbearance of a debt,
according to a fixed ratio ( rate percent).

Kamus ini juga memberi dua definisi kepada perkataan usury iaitu:

1) The fact or practice of lending money at interest: especially in later use, the
practice of charging, taking, or contracting to receive, excessively or illegal rates of
interest for money on loan.

2) Premium or interest on money (or goods) or received on loan; gain made by


lending money.

Bagaimanapun, menurut The Barnhart Dictionary of Etymology, 1988, konsep


interest berasal dari bahasa zaman pertengahan Latin yang bermaksud pampasan
kerana kerugian atau bayaran pampasan. Di dalam undang-undang Romawi,
menurut Divine (1959), interest atau dalam bahasa Latin id quod interest bermaksud
pampasan yang diberikan akibat kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh
sipemiutang akibat kegagalan sipeminjam untuk memulangkan semula pinjaman
pada tarikh yang ditetapkan di dalam kontrak pinjaman.

Noonan (1957) pula menyatakan interest dalam bahasa Latin ialah intero yang
bermaksud sesuatu yang hilang. Daripada kedua-dua takrifan ini interest yang
sebenarnya adalah kerugian atau kerosakan yang meliputi kehilangan keuntungan
yang mungkin ditanggung oleh pemberi pinjaman melalui wang yang diberi pinjam itu
(Homer, 1977).

Perkataan usury pula berasal daripada bahasa Latin iaitu usura dan usuria pada
zaman pertengahan Latin (The Barnhart dictionary of Etymology, 1988). Di dalam
bahasa Yunani , usury dikenali sebagai tokos yang bermaksud mengeluar atau
menghasilkan. Oleh itu, usury meliputi apa saja caj atau bayaran dikenakan akibat
meminjam sama ada baranngan atau wang, selagi ianya termasuk dalam kategori
mutuum iaitu bentuk makanan atau wang yang diguna untuk dipakai seperti rumah,
peralatan dan sebagainya. Selepas itu terdapat banyak lagi takrifan tentang usury ini
dibuat.

Definisi pertama usury dikeluarkan pada zaman pertengahan (1000-1500) oleh kaum
Nynweger yang memberi maksud usury sebagai where more is asked than is given
(Noonan, 1957). Jadi di sini usury wujud apabila seseorang meminta lebih daripada
yang dibernya dahulu.
Pada zaman kesarjanaan Kristian, perbincangan hangat berlaku antara para sarjana
dan ahli agama tentang konsep faedah dan usury di mana akhirnya pada tahun 1836
Pejabat Suci Agama Kristian mengeluarkan arahan membenarkan pengikutnya
mengambil faedah .
Faedah kemudiannya telah didefinisikan sebagai harga yang dinyatakan dalam
bentuk peratus untuk pinjaman berbentuk wang atau ia dianggap sebagai premium
kepada nilai wang masa kini untuk dibawa pada masa akan datang (Divine, 1959)
dan dibenarkan dari segi undang-undang manakala usury adalah untuk kadar faedah
yang berlebihan.

Dari sudut ekonomi pula, ahli-ahli ekonomi tidak ketinggalan memberikan maksud
kepada perkataan faedah. Fisher (1954) dalam bukunya Theory of Interest sebagai
contoh, medefinisikan faedah sebagai peratusan premium yang dibayar ke atas
wang pada tarikh tertentu dalam bentuk wang yang perlu diserahkan kembali dalam
tempoh stahun akan datang.
Dalam bukunya The General Theory of Employment, Interest and Money, Maynard
Keynes (1939) menakrifkan faedah sebagai hadiah kepada seseorang yang sanggup
berpisah dengan wang tunainya. Ia juga berfungsi sebagai pengukur
ketidaksanggupan seseorang yang mempunyai wang untuk berpisah dengan wang
yang ada di dalam kawalannya.

Dalam bahasa Arab, riba bermaksud menambah (al-ziyada), mengembang (alnumuw), meningkat dan membesar (al-irtifa dan al-uluw) (Ahmad 1990). Ibnu Manzur
(630 Hijrah 711 Hijrah) di dalam kitabnya Lissanul Arab mengatakan umbi bagi
perkataan riba adalah bertambah, oleh itu riba yang melibatkan wang adalah
pertambahan kepada wang tersebut (Homoud, 1985). Sementara itu, Al-Tabiri (310
Hijrah) menyatkan bahawa perkataan riba ada kaitan dengan rabia, yang bermaksud
bukit atau tanah tinggi.
Maksud perkataan riba boleh diguna dalam dua konteks berbeza iaitu apabila
berlaku pertambahan di dalam barangan itu sendiri dan juga apabila berlaku
pertambahan akibat dari perbandingan atau perbezaan dua jenis barangan
(Homoud, 1985).

Al-Maududi pula dalam memberikan definisi riba, telah membahagikan


pendekatannya kepada dua bahagian iaitu dari segi bahasa dan dari segi istilah.
Menurut beliau, dari segi bahasa riba membawa banyak maksud seperti
mengembang, bertambah, naik, membesar, membiak, bukit dan tanah tinggi. Di
dalam Al-Quran, banyak ayat yang memberi maksud riba sebagai berkembang,
bertambah atau meningkat seperti yang terdapat di dalam surah Al-Haj ayat 5, surah
Al-Rad ayat 17, surah Al-Nahl ayat 92, surah Al-Baqarah ayat 275 dan 276, surah
Al-Mukminun ayat 50 dan surah Ar-Rum ayat 39.

Dari segi istilah pula menurut Maududi, riba bermaksud pinjaman wang apabila
dibayar kembali mempunyai dua ciri- ciri iaiitu tambahan atau lebihan daripada
jumlah yang dipinjam dan ditetapkan terlebih dahulu kadar pertambahan itu
berdasarkan kepada tempoh pinjaman.

Secara umumnya, riba merupakan satu tambahan atau lebihan atau tidak sama
timbangan atau sukatan semas berlakunya pertukaran bahan ribawi. Riba
mempunyai tiga unsur iaitu tambahan atau lebihan dari yang sedia ada ke atas
modal pinjaman, penentuan tambahan ini berkaitan dengan masa dan persetujuan
menjadi syarat ke atas bayaran tambahan yang ditentukan sebelumnya oleh
sipemiutang ke atas sipenghutang.

2.2 HUKUM RIBA


Riba hukumnya berdasar Kitabullah, sunnah Rasul-Nya dan ijma umat Islam:
Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba
(yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak
mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka permaklumkanlah bahwa Allah dan
Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),
maka bagimu pokok hartamu; kami tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. (QS
Al-Baqarah: 278-279).
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri, melainkan seperti
berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. (QS AlBaqarah: 275).Allah memusnahkan riba dan menyuburkan shadaqah. (QS AlBaqarah: 276).

10

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda, Jauhilah tujuh hal yang
membinasakan. Para sahabat bertanya, Apa itu, ya Rasulullah? Jawab Beliau,
(Pertama) melakukan kemusyrikan kepada Allah, (kedua) sihir, (ketiga) membunuh
jiwa yang telah haramkan kecuali dengan cara yang haq, (keempat) makan riba,
(kelima) makan harta anak yatim, (keenam) melarikan diri pada hari pertemuan dua
pasukan, dan (ketujuh) menuduh berzina perempuan baik-baik yang tidak tahu
menahu tentang urusan ini dan beriman kepada Allah. (Muttafaqun alaih: Fathul
Bari V: 393 no: 2766, Muslim I: 92 no: 89, Aunul Mabud VIII: 77 no: 2857 dan Nasai
VI: 257).
Dari Jabir ra, ia berkata. Rasulullah saw melaknat pemakan riba, pemberi makan
riba, dua saksinya dan penulisnya. Dan Beliau bersabda, Mereka semua sama.
(Shahih: Mukhtasar Muslim no: 955, Shahihul Jamius Shaghir no: 5090 dan Muslim
III: 1219 no: 1598).
Dari Ibnu Masud ra bahwa Nabi saw bersabda, Riba itu mempunyai tujuh puluh tiga
pintu, yang paling ringan (dosanya) seperti seorang anak menyetubuhi ibunya.
(Shahih: Shahihul Jamius Shaghir no: 3539 dan Mustadrak Hakim II: 37).
Dari Abdullah bin Hanzhalah ra dari Nabi saw bersabda, Satu Dirham yang riba
dimakan seseorang padahal ia tahu, adalah lebih berat daripada tiga puluh enam
pelacur. (Shahih: Shahihul Jamius Shaghir no: 3375 dan al-Fathur Rabbani XV: 69
no: 230).
Dari Ibnu Masud ra dari Nabi saw, Beliau bersabda, Tak seorang pun
memperbanyak (harta kekayaannya) dari hasil riba, melainkan pasti akibat akhirnya
ia jatuh miskin. (Shahih: Shahihul Jamius Shaghir no: 5518 dan Ibnu Majah II: 765
no: 2279).

11

BAB 3 JENIS-JENIS RIBA

Menurut Imam Shafie, riba boleh diklasifikasikan kepada dua kategori:

3.1 RIBA JUAL-BELI (RIBA Al-BUYU)


Riba jenis ini merujuk kepada jual-beli yang tidak sama timbangan atau sukatan atau
semasa penyerahan barang-barang tertentu atau matawang pada ketika berjual beli
atau secara tukar-menukar, bahan atau barangan tersebut yang sama sejenis. Ini
ada disebutg di dalam hadis nabi yang berbunyi:

Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, tamar dengan
tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, unjuk-berunjuk (secara
tunai); sesiapa juga yang membayar lebih atau meminta (mengambil) lebih maka
dia telah terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan yang membayar
adalah sama.
( Riwayat Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasai)

Dari hadis tersebut bahan ribawi terdiri daripada dua kelompok iaitu matawang yang
terdiri daripada emas dan perak danbahan makanan asas yang terdiri daripada
gandum, barli, tamar dan garam.

12

Aktiviti riba dalam urursan jual beli terbahagi kepada dua jenis:

i. Riba Al-Fadl

Riba jenis ini merujuk kepada aktiviti jual beli antara bahan ribawi sama sejenis.
tetapi tanpa persamaan timbangan atau sukatan yang sama semasa berlakunya jual
beli itu. Contohnya membeli beras dan dibayar dengan beras. Riba berlaku apabila
sukatan atau timbangan tidak sama seperti satu kilo beras Gred A dijual beli
dengan dua kilo beras Gred B.

Dapat dijelaskan sebagai berikut, transaksi sewa-menyewa melibatkan kedua unsur,


baik penundaan maupun penambahan nilai hanya dapat dilakukan atas bendabenda tertentu saja seperti bangunan, kendaraan, binatang, dan sejenisnya; dan
tidak atas benda-benda lain yang habis terpakai dan tidak bisa dimanfaatkan bagian
per bagiannya seperti makanan dan benda yang dipakai sebagai alat tukar, yakni
uang. Sewa-menyewa uang berarti merusak fitrah transaksi, dan menjadikannya
sebagai riba. Dalam hal ini riba yang terjadi adalah riba al-fadl, karena menyewakan
uang serupa dengan menambahkan nilai pada utang-piutang.

Transaksi utang-piutang mengandung penundaan (selisih) waktu, tapi tidak ada


unsur penambahan. Seseorang meminjamkan anda uang Rp 500.000, dan
peminjam melunasinya, setelah tertunda beberapa waktu lamanya, dalam jumlah
yang sama, IDR 500.000. Penundaan waktu dalam utang-piutang ini dibenarkan dan
hukumnya halal, tetapi penambahan atasnya tidak dibenarkan dan hukumnya haram.
Penambahan dalam utang-piutang adalah riba al-fadl.

Riba al-fadl mengacu pada jumlah (kuantitas). Riba an-nasiah mengacu pada
penundaan waktu. Riba al-fadl sangat mudah untuk dipahami. Dalam peminjaman,
riba al-fadl merupakan bunga yang harus dibayar. Namun pada umumnya riba ini
mewakili peningkatan tambahan terhadap nilai tanding yang diminta oleh satu pihak.

13

ii. Riba al- Nasiah

Riba ini berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan
bayaran, iaitu tanpa pnyerahan di waktu yang sama. Contohnya membeli gula dan
dibayar dengan gula juga tetapi urusniaga ini tidak dilakukan serentak.
Riba an-nasiah adalah kelebihan karena penundaan. Memahami riba an-nasiah lebih
pelik. Riba ini merupakan kelebihan dalam waktu (penundaan) yang secara artifisial
ditambahkan pada transaksi yang berlangsung. Penundaan ini tidak dibolehkan. Hal
ini mengacu pada benda nyata (ayn) dan benda tidak nyata (dayn), medium
pembayaran (emas, perak dan bahan makanan yang digunakan sebagai Wang).
Ayn (nyata) merupakan barang dagangan yang nyata, sering disebut sebagai tunai.
Dayn (tidak nyata) merupakan janji untuk membayar atau hutang, atau apa saja yang
pembayarannya atau pelunasannya ditunda. Menukar (safar) dayn untuk ayn dari
jenis yang sama disebut riba an-nasiah. Menukar dayn untuk dayn juga haram.
Dalam penukaran, yang boleh dipertukarkan hanya ayn dengan ayn.
Riba an-nasiah secara khusus mengacu pada penggunaan dayn dalam pertukaran
(safar) jenis benda yang serupa. Tetapi pengharaman ini diperluas sampai
perdagangan umum jika dayn mewakili uang yang melampaui ciri privatnya dan
menggantikan ayn sebagai alat pembayaran umum. Memahami riba an-nasiah amat
sangat penting agar mampu mengerti kedudukan kita berkenaan dengan uang
kertas.
Alasan mengapa kaum ulama modernis mengambil pandangan yang menyimpang
tentang riba jelas-jelas untuk mensahkan perbankan yang sebetulnya tidak bisa
diterima. Pembenaran ini kemudian hari menjelma menjadi perbankan Islam. Prinsip
darurat digabung dengan penghapusan riba an-nasiah telah memungkinkan mereka
membenarkan penggunaan uang kertas dan pada gilirannya membenarkan
perbankan dengan cadangan uang (fractional reserve banking) yang merupakan
basis sistem modern perbankan.

14

Pertama-tama kita diperintahkan untuk meninggalkan riba, setelah itu anda boleh
berjihad fisabilillah. Nabi secara jelas menyebutkan kedua pihak yang terlibat dalam
transaksi ribawi sebagai periba. Abdullah bin Masud radiyallahu anhu berkata
bahwa Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam melaknat yang memungut maupun
yang membayar riba. Saya bertanya bagaimana dengan yang mencatat transaksi
dan dua saksinya. Maka beliau (periwayat hadis) menjawab, Kami sampaikan yang
kami dengar. (Al-Muslim, Bab DCXXVII)
Jabir berkata bahwa Rasulullah sallallahualayhi wa sallam melaknat pemungut
maupun pembayar bunga, pencatat transaksi, dan dua saksinya, kemudian beliau
bersabda, Mereka semua sama saja. (Al-Muslim, Bab DCXXVII, 3881)
Dengan demikian, seharusnya tak hanya bank yang dianggap sebagai momok riba
tapi kita pun bisa dipersalahkan jika menerimanya Riba bukanlah nun jauh di sana
seolah asing bagi kita. Untuk menyelesaikannya, sadarilah riba sebagai bagian cara
berniaga kita sehari-hari. Kita begitu tergantung pada riba dan jalan keluarnya adalah
ubahlah cara berniaga kita sehari-hari hingga tak lagi bergantung pada riba. Inilah
kewajiban kita bersama.
Beberapa orang yang katanya waras menyangka bahwa tidak mungkin
meninggalkan uang-kertas dan perbankan. Padahal, meninggalkan riba bukanlah
mustahil, bahkan inilah yang termudah. Sebab Allah subhanahu wa ta`ala tidak
membebankan kewajiban pada setiap manusia di luar kemampuannya. Allah
subhanahu wa ta`ala telah memberi kita dua tugas berbeda yakni meninggalkan riba
dan memerangi periba
Meninggalkan riba berarti juga menciptakan cara berniaga yang halal antar
kita, juga dengan digunakannya kembali Dinar-Dirham. Dan memerangi periba (harb)
adalah dengan mengerahkan segala cara yang sesuai dengan Syariah untuk
menghancurkan sarana ribawi mereka. Keduanya harus dikerjakan serentak, karena
takkan bisa kita menyeru khalayak untuk menumbangkan sistem ribawi bila di saat
yang sama tiada pilihan lain yang kita tawarkan. Inilah perjuangan yang ada di
hadapan Muslimin. ketaatan kepada Allah adalah kunci kemenangan.
15

Dengan kita telah memahami pengertian riba di atas yang telah dijelaskan
oleh Ibn Rusd yang mengacu kepada empat Ulama Madhab, maka kita melihat Islam
hari ini jadi jelas apa posisi pembaharu islam yang berusaha mengislamkan kapitalis
yaitu sistem riba dan uang kertas, maka menciptkan Bank Islam atau bank Syariah,
para pembaharu ini dengan sengaja atau tidak telah mengabaikan aspek pengertian
riba dan uang kertas dengan meredefinisi pengertian riba dengan tujuan untuk
memasukan sistem ekonomi modern atau kapitalisne yang sepenuhnya berdasarkan
riba melalui demokrasi kedalam kehidupan muslim hari ini. Mari kita tinggalkan riba
dan uang kertas, Mari kita gunakan dinar dan dirham, tunggu apalagi. Bismillah.
Kedua-dua riba Al-Fadl dan riba Al-Nasiah dapat dielakkan dengan menggunakan
matawang sebagai media perantaraan. Urusniaga yang melibatkan bahan makanan
asas tidak disyaratkan sama timbangan atau sukatan asalkan serah menyerah di
lakukan pada masa yang sama.

3.2 RIBA HUTANG-PIUTANG


Riba jenis ini berlaku apabila wujud lebihan yang diisyaratkan atau dijanjikan untuk
diberi kepada pemiutang. Lebihan ini diletakkan sebagai syarat kepada sesuatu
kemudahan kewangan atau pinjaman atau pemberian kredit dari ursniaga jual beli
tertangguh. Riba hutang-piutang in terbahagi kepada dua jenis:

i) Riba al-Qard
Riba ini meujuk kepada hutang atau pinjaman yang disyaratkan atau dijanjikan
sesuatu faedah untuk kepentingan pihak sipemiutang .

ii) Riba al-Jahiliyyah


Riba al-Jahiliyyah adalah bayaran lebih dari hutang asal (pokok pinjaman) yang
dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya hutang tidak dijelaskan pada
tempoh yang ditetapkan.

16

3.3 CONTOH RIBA MASAKINI


Sistem perbankan
Sistem perbankan adalam sistem kewangan yang dikenal pasti paling banyak
menjalankan urusan riba', seperti pinjaman rumah, kereta, wang tunai, pinjaman
pelajaran dll. Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan ke atas
peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih tinggi
daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada
tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi
dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan
mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh
membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.
Sistem Insurans
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang
ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem
kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah
(interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran
faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang
akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana
dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen
kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang
berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

17

3.3.1 PENYELESAIAN RIBA


Sistem perbankan
Bagi membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam,
urusniaga faedah (riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih
boleh menjana keuntungan walaupun tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep
berikut:

Mudharabah (perkongsian keuntungan)

Wadiah (simpanan amanah)

Musyarakah (usaha sama)

Murabahan (kos tambahan)

Ijarah (pajakan)

Sistem Insurans
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans
Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful.
Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring
dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan
Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

18

3.4 DALIL-DALIL PENGHARAMAN RIBA


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.
( Surah Al Baqarah Ayat 275 )

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba yang bergandaganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat
kemenangan.
(Surah Ali Imran Ayat 130)
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba orang yang berwakil padanya
dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja.
(Riwayat Muslim)

3.5 HIKMAH DIHARAMKAN RIBA


Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang
miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana
memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa
bertambah bunganya bila lambat dibayar.Pihak yang memakan riba akan bertambah
kaya dan senang.Riba akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa
bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan
bekerja.

19

Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya


pemakan riba dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di
dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan
sebagainya.

3.5.1 SYARAT-SYARAT PENJUALAN BARANG-BARANG


UNTUK MENGELAKKAN RIBA
Barang yang sama jenis:a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
Barang yang tidak sama jenis:a) hendaklah dengan tunai.
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya
tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan
antara kedua pihak.

20

3.5.2 BEBERAPA BARANG YANG PADANYA DIHARAMKAN


MELAKUKAN RIBA
Riba tidak berlaku, kecuali pada enam jenis barang yang sudah ditegaskan nashnash syari berikut:
Dari Ubaidah bin Shamir ra bahwa Rasulullah saw bersabda, (Boleh menjual emas
dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair (sejenis
gandum) dengan syair, kurma dengan kurma, garam dengan garam, sebanding,
sama dan tunai, tetapi jika berbeda jenis, maka juallah sesukamu, apabila tunai
dengan tunai. (Shahih: Mukhtashar Muslim no: 949, dan Muslim III: 1211 no: 81 dan
1587).
Dengan demikian, apabila terjadi barter barang yang sejenis dari empat jenis barang
ini, yaitu emas ditukar dengan emas, tamar dengan tamar, maka haram
tambahannya baik secara riba fadhl maupun secara riba nasiah, harus sama baik
dalam hal timbangan maupun takarannya, tanpa memperhatikan kualitasnya
bermutu atau jelek, dan harus diserahterimakan dalam majlis.
Dari Abi Said al-Khudri ra bahwa Rasulullah saw bersabda, Janganlah kamu
menjual emas kecuali sama, janganlah kamu tambah sebagiannya atas sebagian
yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali sama, janganlah
kamu tambah sebagiannya atas sebagian yang lain, dan janganlah kamu menjual
emas dan perak yang barang-barangnya belum ada dengan kontan. (Muttafaqun
alaih: Fathul Bari IV: 379 no: 2177, Muslim III: 1208 no: 1584, Nasai VII: 278 dan
Tirmidzi II: 355 no: 1259 semana).
Dari Umar bin Khattab ra bahwa Rasulullah saw bersabda. Emas dengan emas
adalah riba kecuali begini dengan begini (satu pihak mengambil barang, sedang
yang lain menyerahkan) bur dengan bur (juga) riba kecuali begini dengan begini,
syair dengan syair riba kecuali begini dengan begini, dan tamar dengan tamar
adalah riba kecuali begini dengan begini.

21

Dari Abu Said ra, ia bertutur: Kami pada masa Rasulullah saw pernah mendapat
rizki berupa tamar jama, yaitu satu jenis tamar, kemudian kami menukar dua sha
tamar dengan satu sha tamar. Lalu kasus ini sampai kepada Rasulullah saw maka
Beliau bersabda, Tidak sah (pertukaran) dua sha tamar dengan satu sha tamar,
tidak sah (pula) dua sha biji gandum dengan satu sha biji gandum, dan tidak sah
(juga) satu Dirham dengan dua Dirham. (Muttafaqun alaih: Muslim III: 1216 no:
1595 dan lafadz ini baginya, Fathul Bari IV: 311 no: 2080 secara ringkas dan Nasai
VII: 272).
Manakala terjadi barter di antara enam jenis barang ini dengan lain jenis, seperti
emas ditukar dengan perak, bur dengan syair, maka boleh ada kelebihan dengan
syarat harus diserahterimakan di majlis:
Berdasar hadits Ubadah tadi:
tetapi jika berlainan jenis maka juallah sesukamu, apabila tunai dengan tunai.
Dalam riwayat Imam Abu Daud dan lainnya dari Ubadah ra Nabi saw bersabda:
Tidak mengapa menjual emas dengan perak dan peraknya lebih besar jumlahnya
daripada emasnya secara kontan, dan adapun secara kredit, maka tidak boleh; dan
tidak mengapa menjual bur dengan syair dan syairnya lebih banyak daripada
burnya secara kontan dan adapun secara kredit, maka tidak boleh. (Shahih: Irwa-ul
Ghalil V: 195 dan Aunul Mabud IX: 198 no: 3333).
Apabila salah satu jenis di antara enam jenis ini ditukar dengan barang yang berlain
jenis dan illah sebab, seperti emas ditukar dengan bur, atau perak dengan garam,
maka boleh ada kelebihan atau secara bertempo, kredit:
Dari Aisyah ra bahwa Nabi saw pernah membeli makanan dari seorang Yahudi
secara bertempo, sedangkan Nabi saw menggadaikan sebuah baju besinya kepada
Yahudi itu. (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 1393 dan Fathul Bari IV: 399 no: 2200).

22

Dalam kitab Subulus Salam III: 38, al-Amir ash-Shaani menyatakan. Ketahuilah
bahwa para ulama telah sepakat atas bolehnya barang ribawi (barang yang bisa
ditakar atau ditimbang, edt) ditukar dengan barang ribawi yang berlainan jenis, baik
secara bertempo meskipun ada kelebihan jumlah atau berbeda beratnya, misalnya
emas ditukar dengan hinthah (gandum), perak dengan gandum, dan lain sebagainya
yang termasuk barang yang bisa ditakar.
Namun, tidak boleh menjual ruthab (kurma basah) dengan kurma kering, kecuali
para pemilik ariyah, karena mereka adalah orang-orang yang faqir yang tidak
mempunyai pohon kurma, yaitu mereka boleh membeli kurma basah dari petani
kurma, kemudian mereka makan dalam keadaan masih berada di pohonnya, yang
mereka taksir, mereka menukarnya dengan kurma kering.
Dari Abdullah bin Umar ra, bahwa Rasulullah saw melarang muzabanah. Muzabanah
ialah menjual buah-buahan dengan tamar secara takaran, dan menjual anggur
dengan kismis secara takaran. (Muttafaqun alaih: Fathul Bari IV: 384 no: 2185,
Muslim III: 1171 no: 1542 dan Nasai VII: 266)
Dari Zaid bin Tsabit ra bahwa Rasulullah saw memberi kelonggaran kepada pemilik
ariyyah agar menjualnya dengan tamar secara taksiran. (Muttafaqunalaih: Muslim
III: 1169 no: 60 dan 1539 dan lafadz ini baginya dan semana dalam Fathul Bari IV:
390 no: 2192, Aunul Mabud IX: 216 no: 3346, Nasai VII: 267, Tirmidzi II: 383 no:
1218 dan Ibnu Majah II: 762 no: 2269).
Sesungguhnya Nabi saw melarang menjual kurma basah dengan tamar hanyalah
karena kurma basah kalau kering pasti menyusut.
Dari Saad bin Abi Waqqash ra bahwa Nabi saw pernah ditanya perihal menjual
kurma basah dengan tamar. Maka Beliau (balik) bertanya, Apakah kurma basah itu
menyusut apabila telah kering? Jawab para sahabat, Ya, menyusut. Maka
Beliaupun melarangnya. (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 1352, Aunul Mabud IX: 211 no:
3343, Ibnu Majah II: 761 no: 2264, Nasai VII: 269 dan Tirmidzi II: 348 no: 1243).

23

Dan, tidak sah jual beli barang ribawi dengan yang sejenisnya sementara keduanya
atau salah satunya mengandung unsur lain.
Riwayat Fadhalah bin Ubaid yang menjadi landasan kesimpulan ini dimuat juga
dalam Mukhtashar Nailul Authar hadits no: 2904. Imam Asy-Syaukani, memberi
komentar sebagai berikut, Hadits ini menunjukkan bahwa tidak boleh menjual emas
yang mengandung unsur lainnya dengan emas murni hingga unsur lain itu
dipisahkan agar diketahui ukuran emasnya, demikian juga perak dan semua jenis
barang ribawi lainnya, karena ada kesamaan illat, yaitu haram menjual satu jenis
barang dengan sejenisnya secara berlebih.
Dari Fadhalah bin Ubaid ia berkata: Pada waktu perang Khaibar aku pernah
membeli sebuah kalung seharga dua belas Dinar sedang dalam perhiasan itu ada
emas dan permata, kemudian aku pisahkan, lalu kudapatkan padanya lebih dari dua
belas Dinar, kemudian hal itu kusampaikan kepada Nabi saw, Maka Beliau bersabda,
Kalung itu tidak boleh dijual hingga dipisahkan. (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 1356,
Muslim III: 1213 no: 90 dan 1591, Tirmidzi II: 363 no: 1273, Aunul Mabud IX: 202
no: 3336 dan Nasai VII: 279).

24

BAB 4 : KONSEP FAEDAH DARI PERSPEKTIF


ORANG BUKAN ISLAM
Pengharaman terhadap pengambilan riba tidak hanya terhad kepada orang Islam
tetapi orang bukan Islam juga dilarang daripada mengambil riba. Orang Yahudi
misalnya dilarang mengambil faedah melalui pinjaman yang diberikan kepada orangorang miskin sama ada di kalangan mereka ataupun orang-orang asing yang telah
pun diterima untuk tinggal bersama-sama di dalam masyarakat mereka. Ini dapat
dilihat di dalam kitab mereka Hebrew Bible melalui ayat 22:25 di dalam bab Exodus
atau Keluaran dan ayat A25: 35-37 bab Leviticus atau Imamat.

Jika engkau meminjamkan wang kepada salah seorang daripada Ummahku, orang
yang miskin dia antaramu, maka janganlah engkau berlaku sebagai seorang penagih
hutang tehadap dia; janganlah kamu bebankan bunga wang kepadanya.
(exodus 22:25)

Apabila saudaramu jatuh miskin, sehingga tidak sanggup bertahan di antaramu,


maka engkau harus menyokong dia sebagai orang asing dan pendatang, supaya dia
dapat hidup di antaramu. Janganlah engkau mengambil bunga wang atau riba
daripadanya, melainkan engkau harus takut akan Tuhanmu, supaya saudaramu
dapat hidup di antaramu.

Janganlah engkau memberi wangmu kepadanya dengan meminta bunga, juga


makananmu janganlah kau berikan dengan meminta riba,
(Leviticus 22: 35-37)
Daripada ayat-ayat di atas jelaslah bahawa orang Yahudi dilarang meminta lebih
daripada yang dipinjamkannya. Sikap ini menggambarkan tingkah laku pemeras ugut
yang menekan dan menindas orang miskin. Banyak lagi ayat-ayat di dalam bab-bab
lain Hebrew Bible yang memuji mereka yang tidak mengamalkan faedah dan mengeji
mereka yang mengambilnya seperti bab Ezekial ayat 18:8, ayat 18:17, ayat 18:13
dan bab Psalm ayat 15:5.

25

Di kalangan orang Yunani dan Rom pula tidak terdapat satu pun peruntukan di
dalam undang-undng mereka yang melarang pengambilan faedah. Pada zaman
tamadun Yunani iaitu pada abad keenam sebelum Masihi sehingga abad pertama
Masihi, telah wujud beberapa kadar faedah yang bergantung sama ada ianya
merupakan bayaran kepada pinjaman ataupun bayaran kepada pelaburan. Kadar
faedah untuk pinjaman dibahagikan kepada lima jenis iaitu pinjaman biasa (6%-8%),
pinjaman hartanah (6.67%-12%), pinjaman dari kota ke kota lain (7% -12%) dan
pinjaman untuk perdagangan dan industri (12% - 18%). Kadar faedah bagi pelaburan
pula adalah di antara 6% hingga 10% (Homer, 1977).

Semasa Tamadun Romawi (abad kelima Sebelum masihi sehingga abad keempat
Masihi) pula kadar faedah yang dibenarkan adalah kadar pinjaman biasa di Rom (4%
- 12.5%), kadar faedah untuk wilayah (6% - 100%) dan kadar faedah Byzantine (4% 12.5%) (Homer, 1977). Walau bagaimanapun, amalan pengambilan faedah ini
dikutuk oleh ahli falsafah Yunani yang terkenal seperti Plato dan Aristotle.

Di kalangan orang Kristian pula, pengambilan faedah telah diharamkan pada


awalnya oleh paderi-paderi awal Kristian yang hidup dari kurun pertama Masihi
sehingga kurun kedua belas. Mereka mengutuk amalan ini di dalam khutbah mereka
kerana ianya melanggar ajaran Kristian yang menyeru kepada sifat pemurah.
Pandangan mereka ini kemudiannya telah digubal dan dilaksanakan di dalam
beberapa peraturan dan undang-undang yang dikenali sebagai Canon.
Ahli-ahli gereja akan diturunkan pangkat atau dipecat sekiranya mereka
mengamalkan faedah. Seterusnya larangan ini semakin memuncak pada abad
kesembilan di mana kesemua paderi dikehendaki melarang pengikut Kristian
daripada mengambil faedah dan menghukum pengikut yang degil seperti mereka
tidak akan ditanam mengikut cara Kristian dan masyarakat, organisasi dan individu
tidak dibenarkan menyewakan rumah-rumah mereka kepada orang-orang asing yang
memakan faedah.

26

Walau bagaimanapun, dengan perkembangan pesat di bidang perniagaan pada awal


abad ke dua belas Masihi yang menyebabkan wang dan kredit menjadi unsur
terpenting di dalam masyarakat, wujud permintaan daripada golongan sarjana pada
masa itu supaya konsep faedah untuk pinjaman ini dibincangkan semula. Golongan
ini merupakan perintis kepada maksud perkataan faedah dan memberi perbezaan
antara faedah dan usury.
Faedah dianggap sah dan biasa manakala usury dianggap sebagai kadar faedah
yang berlebihan. Mereka memutuskan bahawa niat atau perbuatan untuk
mendapatkan keuntungan dengan memberikan pinjaman adalah berdoasa dan
bertentangan dengan konsep keadilan namun pengambilan faedah daripada
pinjaman adalah dibenarkan. Haram atau tidak faedah tersebut bergantung kepada
niat sipemiutang iaitu tidak haram sekiranya ia sebagai pampasan kepada pinjaman
yang dibuat untuk kebajikan.

Pendapat golongan reformis (kurun keenam belas sehingga 1836) agak berbeza
daripada pandangan golongan sarjana tadi. Menurut John Calvin (1509 1564),
faedah merupakan suatu dosa sekiranya ia menyakiti seseorang.Beliau berpendapat
bahawa faedah sewajar agak perlu untuk perniagaan tetapi seseorang tidak boleh
menjadikan perbuatan memakan faedah sebagai suatu pekerjaan. Secara umumnya,
Calvin menyatakan bahawa faedah tidak berdosa selagi ianya tidak membeban atau
menyakiti peminjam dan ia adalah sesuatu yang dibenarkan untuk pinjaman yang
diberikan kepada golongan berada yang meminjam semata-mata untuk menambah
keuntungan.

27

BAB 5 : LARANGAN RIBA DALAM AL-QURAN


Islam telah melarang riba ummahnya mengambil apa jua jenis riba dan larangan ini
dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran dan As-Suunah. Larangan yang terdapat
di dalam Al-Quran diturunkan Allah secara berperingkat-peringkat. Larangan pertama
dibuat melalui Surah Ar Rum ayat 39 yang berbunyi:

Riba yang kamu berikan dengan tujuan menambah zakat manusia, sebenarnya ia
tidak menambah di sisi Allah; (tetapi) zakat yang kamu keluarkan dengan maksud
mendapat keredhaan Allah adalah mereka yang mendapat pahala berlipat ganda.

Ayat ini diturunkan di Mekah yang pada ketika itu merupakan sebuah bandar yang
maju dan mewah disebabkan aktiviti perdagangan dan perniagaan. Peniaga-peniaga
di sana pada masa itu bukan sahaja terlibat di dalam perniagaan barangan tetapi
mereka juga di dalam urusniaga pinjaman dan spekulasi. Amalan riba ini yang
menyebabkan ayat ini diturunkan. Umat Islam disuruh mencari keuntungan melalui
usaha sendiri dan bukan dengan cara menindas dan menekn orang lain.

Larangan kedua pula melalui Surah An Nisa ayat 161 yang bermaksud:

Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah


dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang lain dengan jalan
yang batil, Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka
itu siksa yang pedih.

Ayat ini diturunkan di Madinah dan telah menimbulkan salah faham di kalangan bijak
pandai sama ada ianya ditujukan kepada orang Islam ataupun orang Yahudi di
Madinah.

28

Larangan ketiga terkandung di dalam Surah Al-Imran ayat 130:

Hai orang-orang yang beriman; jangan kamu makan riba berganda-ganda dan
bertaqwa kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.
Larangan di atas diturunkan sesudah Perang Uhud iaitu pada tahun ketiga Hijrah
dan meliputi semua bentuk dan jenis riba. Perkataan berganda-ganda membawa
maksud walau sedikitpun riba adalah haram apatah lagi kalau berganda-ganda.
Pada peringkat keempat, Allah telah menurunkan ayat 275 281 Surah Al Baqarah
yang bermaksud:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan
seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana
sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
Bahawa ssungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah
S.W.T telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.
Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan ) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambil dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah
kepada Allah S.W.T. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba
itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula
mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.
Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang terus kekal dalam kekufuran dan
selalu melakukan dosa.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan


sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,
dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
29

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan


tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang
berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu),
maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan daripada Allah dan RasulNya,(akibatnya kamu tidak akan menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka
hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan demikian) kamu
tidak melakukan zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka
berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya. Dan (sebaliknya) bahawa kamu
sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

Dan Peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan
dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap
seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan
balasnya sediktpun.

Ayat-ayat di atas yang diturunkan di Thaif melarang sekeras-kerasnya pengambilan


riba, dengan secara khusus menegaskan terdapat perbezaan antara jual beli dan
riba.
Di dalam al-Quran, ditemui kata riba sebanyak lapan kali, terdapat dalam empat
surah, iaitu al-Baqarah, Ali Imran, al-Nisaa, dan al-Rum. Tiga surah pertama adalah
Madaniyyah (turun setelah Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah), sedangkan surah alRum adalah Makiyyah (turun sebelum baginda berhijrah). Ini bermakna, ayat
pertama yang berbicara tentang riba adalah al-Rum ayat 39 yang bermaksud: Dan
sesuatu riba (kelebihan) yang kamu berikan agar ia menambah kelebihan pada harta
manusia, maka riba itu tidak menambah di sisi Allah

30

Selanjutnya al-Sayuthi, mengutip riwayat-riwayat Bukhari, Ahmad, Ibn Majah, Ibn


Mardawaih, dan al-Baihaqi, berpendapat bahawa ayat yang terakhir turun kepada
Rasulullah s.a.w. adalah ayat-ayat yang di dalam rangkaiannya terdapat penjelasan
terakhir tentang riba, iaitu ayat 278-281 surah al-Baqarah yang bermaksud: Wahai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba,
jika kamu orang-orang yang beriman.
Selanjutnya al-Zanjani, berdasarkan beberapa riwayat, antara lain daripada Ibn alNadim dan kesimpulan yang dikemukakan oleh al-Biqai serta orientalis Noldeke,
mengemukakan bahawa surah Ali Imran terlebih dahulu diturunkan daripada surah
al-Nisaa. Jika kesimpulan mereka diterima, maka bermakna ayat 130 surah Ali Imran
yang secara tegas melarang memakan riba secara berlipat ganda, merupakan ayat
kedua yang diterima oleh Nabi s.a.w, sedangkan ayat 161 surah al-Nisaa yang
mengandungi kecaman ke atas orang-orang Yahudi yang memakan riba merupakan
wahyu tahap ketiga dalam rangkaian pembicaraan al-Quran tentang riba.
Menurut al-Maraghi dan al-Shabuni, tahap-tahap pembicaraan al-Quran tentang riba
sama dengan tahap pembicaraan tentang khamr (minuman keras), yang pada
tahap pertama sekadar menggambarkan adanya unsur negatif di dalamnya (surah
al-Rum: 39), kemudian disusul dengan isyarat tentang pengharamannya (surah alNisaa: 161). Selanjutnya, pada tahap ketiga, secara tidak langsung, dinyatakan
keharaman salah satu bentuknya (surah Ali Imran: 130), dan pada tahap terakhir,
diharamkan secara menyeluruh dalam berbagai-bagai bentuk (surah al-Baqarah:
278).
Dalam menetapkan tuntutan pada tahap di atas, kedua-dua mufassir tersebut tidak
mengemukakan suatu riwayat yang menyokong, sementara para ulama sepakat
menyatakan bahawa mustahil mengetahui urutan turunnya ayat tanpa berdasarkan
suatu riwayat yang sahih, dan bahawa turunnya satu surah mendahului surah yang
lain tidak secara automatik menjadikan seluruh ayat pada surah yang dinyatakan
terlebih dahulu turunnya itu mendahului seluruh ayat dalam surah yang dinyatakan
turun kemudian. Atas dasar pertimbangan tersebut, kita cenderung untuk hanya
menetapkan dan membahas ayat pertama dan terakhir berkaitan riba, kemudian
menjadikan kedua-dua ayat yang tidak jelas kedudukan tahap turunnya sebagai
tahap pertengahan.
31

Perkara ini tidak akan banyak pengaruhnya dalam memahami pengertian atau
makna riba yang diharamkan al-Quran, kerana sebagaimana dikemukakan di atas,
surah al-Nisaa ayat 161 merupakan kecaman kepada orang-orang Yahudi yang
melakukan amalan-amalan riba. Berbeza halnya dengan ayat 130 surah Ali Imran
yang menggunakan pernyataan larangan secara tegas terhadap orang-orang
Mukmin agar tidak melakukan amalan riba secara adhafan mudhaafah. Surah Ali
Imran ini, sama ada dijadikan ayat tahap kedua mahupun tahap ketiga, jelas sekali
mendahului turunnya surah al-Baqarah ayat 278, serta dalam ketika yang sama
turun setelah turunnya surah al-Rum ayat 39.
Di sisi lain, surah al-Rum ayat 39 yang merupakan ayat pertama yang berbicara
tentang riba, dinilai oleh para ulama tafsir, tidak berbicara tentang riba yang
diharamkan. Al-Qurthubi dan Ibn al-Arabi menamakan riba yang dibicarakan oleh
ayat tersebut sebagai riba halal. Sedangkan Ibn Katsir menamakannya sebagai riba
mubah. Mereka merujuk kepada sahabat Nabi, terutama Ibnu Abbas dan beberapa
tabiin yang mentafsirkan riba dalam ayat tersebut sebagai hadiah yang dilakukan
oleh orang-orang yang mengharapkan imbalan berlebihan.
Atas dasar perbezaan erti kata riba dalam ayat surah al-Rum di atas dengan kata
riba pada ayat-ayat lain, al-Zarkasyi dalam Al-Burhan mentafsirkan sebab
perbezaan penulisannya dalam mushhaf, iaitu kata riba pada surah al-Rum ditulis
tanpa menggunakan huruf waw (huruf Arab), dan dalam surah-surah lainnya
menggunakannya (huruf Arab). Dari sini, Rasyid Redha menjadikan titik tolak
huraiannya tentang riba yang diharamkan dalam al-Quran bermula dari ayat 131
surah Ali Imran.
Oleh hal yang demikian itu, pembahasan secara singkat tentang riba yang
diharamkan al-Quran dapat dikemukakan dengan menganalisis kandungan ayat-ayat
surah Ali Imran (ayat 130) dan al-Baqarah ayat 278, atau lebih khusus lagi dengan
memahami kata-kata kunci pada ayat-ayat tersebut, iaitu (a) adhafan mudhaafah;
(b) ma baqiya mi al-riba; dan (c) fa lakum ruusu amwalikum, la tazhlimuna wa la
tuzhlamun.

32

Dengan memahami kata-kata kunci tersebut, diharapkan dapat ditemui jawapan


tentang riba yang diharamkan al-Quran. Dengan kata lain, apakah sesuatu yang
menjadikan kelebihan tersebut haram.

5.1 PELBAGAI PANDANGAN TENTANG ERTI ADHAFAN


MUDHAAFAH
Dari segi bahasa, kata adhaf adalah bentuk jamak (plural) dari kata dhaif yang
diertikan sebagai sesuatu bersama dengan sesuatu yang lain yang sama
dengannya (ganda). Sehingga adhafan mudhaafah adalah pelipatgandaan yang
berkali-kali. Al-Thabraniy dalam tafsirnya, mengemukakan sekitar riwayat yang dapat
membawa kita kepada pengertian adhafan mudhaafah atau riba yang berlaku pada
masa turunnya al-Quran. Riwayat-riwayat tersebut antara lain:
Daripada Ibn Zaid bahawa ayahnya mengutarakan bahawa riba pada zaman
jahiliyah adalah dalam berlipat ganda dan umur (haiwan). Seseorang yang
berhutang, apabila tiba masa pembayarannya, ditemui oleh orang yang memberi
hutan dan berkata kepadanya, Bayarlah atau kamu tambah untukku. Maka, apabila
pemiutang memiliki sesuatu (untuk pembayarannya), ia membayar hutangnya, dan
apabila tidak menjadikan hutangnya seekor haiwan yang lebih tua umurnya
(daripada yang pernah dipinjamnya).
Apabila haiwan yang dipinjamnya berumur setahun dan telah memasuki tahun kedua
(binti makhadh), dijadikannya pembayarannya kemudian binti labun yang berumur
dua tahun dan telah memasuki tahun ketiga. Kemudian menjadi hiqqah (yang
memasuki tahun keempat), dan seterusnya menjadi jazah (yang memasuki tahun
kelima), dan demikianlah seterusnya.
Sedangkan jika yang dipinjamnya itu berupa material (wang), orang yang memberi
hutang mendatanginya untuk menagih hutang, maka, apabila dia tidak mampu, dia
bersedia melipatgandakannya sehingga menjadi 100, pada tahun berikutnya menjadi
200 dan apabila belum lagi terbayar, dijadikannya 400. Demikianlah setiap tahun
sehingga dia mampu membayarnya.
33

Mujahid meriwayatkan bahawa riba yang dilarang oleh Allah s.w.t adalah aktiviti
yang dipraktikkan pada zaman jahiliah, iaitu bahawa seseorang mempunyai hutang
kepada orang lain, kemudian peminjam berkata kepada orang yang memberi hutang
itu, untukmu (tambahan) sebagai imbalan daripada penangguhan pembayaran,
maka ditundalah pembayaran tersebut untuknya.
Sementara itu, Qatadah menyatakan bahawa riba pada zaman jahiliah adalah
penjualan seseorang kepada orang lain (dengan pembayaran) hingga pada masa
tertentu. Apabila telah tiba masa tersebut, sedangkan orang yang berhutang tidak
mampu untuk membayar, ditambahkannya (jumlah hutangnya) dan ditangguhkan
masa pembayarannya.
Riwayat-riwayat di atas dan yang sama pendapat atau pandangan para ulama tafsir
ketika membahas ayat 130 surah Ali Imran, terdapat beberapa perkara yang perlu
diambilkira berkaitan riwayat-riwayat yang dikemukakan tersebut. Pertama,
penambahan daripada jumlah hutang yang digambarkan oleh ketiga-tiga riwayat
tersebut tidak dilakukan pada ketika berlakunya peminjaman, tetapi dikemukakan
oleh orang yang berhutang (riwayat kedua) atau orang yang memberi hutang
(riwayat ketiga) pada ketika tibanya masa pembayaran.
Dalam perkara ini, Ahmad Mustafa al-Maraghi (1883-1951) berpendapat dalam
tafsirnya: Riba pada masa jahiliah adalah riba yang dinamakan pada masa
sekarang sebagai riba fahisy (riba yang keji atau berlebih-lebihan), iaitu keuntungan
berlipat ganda. Tambahan pula, fahisy (berlebih-lebihan) itu terjadi setelah tiba masa
pembayaran hutang, dan tidak ada daripada penambahan itu (yang bersifat keji atau
berlebihan) dalam transaksi pertama, seperti memberikan kepadanya 100 dengan
(mengembalikan) 110 atau lebih mahupun kurang (daripada jumlah tersebut). Pada
mulanya, si pemberi hutang merasa cukup dengan keuntungan yang sedikit (sedikit
penambahan pada transaksi pertama). Bagaimanapun, apabila telah tiba masa
pembayaran hutang dan masih belum juga dapat dibayar oleh peminjam, maka
mereka untuk melipat ganda hutang tersebut sebagai imbalan terhadap
penangguhan atau penundaan pembayaran hutang. Dan inilah yang dinamakan riba
al-nasiah (riba akibat penundaan atau penangguhan).

34

Kedua, pelipatgandaan yang disebutkan pada riwayat pertama adalah gandaan dua
kali, sedangkan pada riwayat kedua dan ketiga pelipatgandaan tersebut tidak
disebutkan, tetapi sekadar penambahan daripada jumlah hutang.
Perkara ini membawa dua kemungkinan:
1. Memahami setiap riwayat secara berdiri sendiri, sehingga memahami bahawa
riba yang dilarang adalah penambahan daripada jumlah hutang dalam keadaan
tertentu, baik penambahan tersebut berlipat ganda mahupun tidak berlipat ganda.

2. Menggabungkan riwayat-riwayat tersebut sehingga dapat difahamis ecara jelas


bahawa penambahan yang dimaksudkan oleh riwayat-riwayat yang tidak
menyebutkan pelipatgandaan itu adalah penambahan berlipat ganda.
Dalam menghuraikan riwayat-riwayat yang dikemukakan di atas, dan riwayat-riwayat
lainnya, al-Thabari menyimpulkan bahawa riba adhafan mudhaafah adalah
penambahan daripada jumlah hutang akibat penundaan pembayaran atau apa yang
dinamakan riba al-nasiah. Menurut al-Thabari, seseorang yang mempraktikkan riba
dinamakan murbin kerana dia melipatgandakan harta yang dimilikinya di atas beban
peminjam, baik secara langsung mahupun penambahan akibat penangguhan waktu
pembayaran.
Kesimpulan al-Thabari di atas disokong oleh Muhammad Rasyid Redha yang
menurutnya juga merupakan kesimpulan yang dibuat oleh Ibn Qayyim.
Abdul Munin al-Namir, salah seorang ulama terkemuka al-Azhar dan wakil Syeikh alAzhar, menyimpulkan bahawa: Riba yang diharamkan tergambar pada seorang
pemberi hutang yang memiliki harta kekayaan yang didatangi oleh seorang yang
memerlukannya, kemudian dia menawarkan kepada peminjam itu tambahan pada
jumlah yang wajib dibayar ke atas hutangnya sebagai imbalan penundaan
pembayaran setahun atau sebulan, dan pada akhirnya peminjam terpaksa tunduk
dan menerima tawaran tersebut secara tidak rela.

35

Di atas telah dikemukakan bahawa kata adhafan mudhaafah bermaksud berlipat


ganda. Riwayat-riwayat yang dikemukakan ada yang menjelaskan pelipatgandaan
dan ada pula sekadar penambahan. Kini kita kembali bertanya: Apakah yang
diharamkan itu hanya berupa penambahan yang berlipat ganda atau segala bentuk
penambahan dalam keadaan tertentu?
Apa yang pasti, intipati ayat yang bermaksud berlipat ganda. Mereka yang
berpegang pada ayats tersebut menyatakan bahawa ini merupakan syarat yang
membawa kepada haram. Maknanya, apabila tidak berlipat ganda, maka ia tidak
haram.
Pihak yang pihak lain pula menyatakan bahawa ayat tersebut bukan merupakan
syarat tetapi penjelasan tentang bentuk riba yang sering dipraktikkan pada masa
turunnya ayat-ayat al-Quran. Bagaimanapun, untuk menyelesaikan perkara ini perlu
diperhatikan ayat terakhir yang turun berkaitan riba, khususnya kata kunci yang
terkandung di dalamnya kerana meskipun ayat adhafan mudhaafah merupakan
syarat, namun pada akhirnya yang menentukan intipati riba yang diharamkan adalah
ayat-ayat pada tahap ketiga.
Di sini, yang pertama dijadikan kunci adalah firman Allah, wa dzaru ma bagiya min
al-riba. Persoalan yang timbul adalah: Apakah kata al-riba yang berbentuk
marifah (definite) ini merujuk kepada riba adhafan mudhaafah ataupun tidak?
Rasyid Redha, dalam perkara ini mengemukakan tiga alasan untuk membuktikan
bahawa kata al-riba pada ayat dalam surah al-Baqarah ini merujuk kepada kata alriba yang berbentuk adhafan mudhaafah itu. Beliau mengemukakan tiga alasan
seperti yang berikut:
Pertama:
Kaedah kebahasaan, iaitu kaedah pengulangan kosa kata berbentuk marifah. Apa
yang dimaksudkan oleh Rasyid Redha adalah kaedah yang menyatakan apabila ada
suatu kosa kata berbentuk marifah berulang, maka pengertian kosa kata kedua
(yang diulang) adalah sama dengan kosa kata pertama.

36

Kata al-riba dalam surah Ali-Imran ayat 130 dalam bentuk marifah, demikian juga
halnya dalam al-Baqarah ayat 278. Ini bermakna, riba yang dimaksudkan pada ayat
tahap terakhir adalah sama dengan riba yang dimaksudkan pada tahap kedua, iaitu
yang berbentuk adhafan mudhaafah.

Kedua:

Kaedah memahami ayat yang tidak bersyarat berdasarkan ayat yang sama tetapi
bersyarat. Penerapan kaedah ini pada ayat-ayat riba adalah memahami erti al-riba
pada ayat dalam surah al-Baqarah yang tidak bersyarat itu berdasarkan kata al-riba
yang bersyarat adhafan mudhaafah pada ayat dalam surah Ali Imran. Apa yang
dimaksudkan dengan al-riba pada ayat tahap terakhir adalah riba yang berlipat
ganda.

Ketiga:

Rasyid Redha mengatakan bahawa pembicaraan al-Quran tentang riba selalu


ditemukan dengan pembicaraan tentang sedekah, dan riba dinamakannya sebagai
zhulm (penganiayaan atau penindasan).

Apa yang dikemukakan oleh Rasyid Redha itu tentang makna riba yang
dimaksudkan oleh al-Quran pada ayat tahap terakhir dalam al-Baqarah tersebut,
masih dapat ditolak, sementara pandangan oleh ulama antara lain menyatakan
bahawa kaedah kebahasaan yang diungkapkannya itu tidak dapat diterapkan kecuali
pada rangkaian satu susunan ayat dalam sesuatu surah, bukan dalam ayat berbeza
seperti al-Baqarah dengan Ali Imran, serta dengan menyatakan bahawa kata
adhafan mudhaafah bukanlah syarat tetapi sekadar penjelasan tentang keadaan
yang lumrah ketika itu, sehingga dengan demikian kaedah kedua pun tidak dapat
diterapkan.

Bagaimanapun, kesimpulan yang dibuat oleh Rasyid Redha itu dapat diterima.
Penerimaan ini berdasarkan riwayat-riwayat yang jelas dan banyak tentang sebab
nuzul ayat al-Baqarah tersebut. Kesimpulan riwayat-riwayat tersebut antara lain
ialah:
37

1. Al-Abbas (bapa saudara Nabi s.a.w) dan seorang daripada keluarga Bani alMughirah bekerjasama memberikan hutang secara riba kepada orang-orang dari
kabilah Tsaqif. Kemudian dengan kedatangan Islam (dan riba diharamkan) mereka
masih memiliki (pada para pemiutang) baki harta benda yang banyak, maka
diturunkan ayat ini (al-Baqarah ayat 278 untuk melarang mereka memungut baki
harta mereka berupa riba yang mereka praktikkan ala jahiliah itu.

2. Ayat tersebut turun dengan ada kaitannya dengan kabilah Tsaqif yang melakukan
amalan riba, kemudian (mereka memeluk Islam) dan bersepakat dengan Nabi s.a.w
untuk tidak melakukan riba lagi. Tetapi pada waktu pembukaan kota Mekah, mereka
masih ingin memungut baki wang hasil riba yang belum sempat mereka pungut
sebelum turunnya larangan riba, seakan-akan mereka beranggapan bahawa
larangan tersebut hanya berlalu pada masa itu, bukan pada masa dhulu. Maka
turunlah ayat tersebut untuk menegaskan larangan memungut baki riba itu.
Atas dasar riwayat-riwayat tersebut dan riwayat-riwayat lainnya, Ibn Jarir
menyatakan bahawa ayat-ayat tersebut membawa bermakna: Tinggalkanlah
tuntutan apa yang tersisa daripada riba, iaitu yang berlebih daripada modal kamu
Oleh hal yang demikian itu, amat tepat apan yang ditemui dalam al-Quran yang
bermaksud:I Tinggalkanlah sisa riba yang belum dikutip. Atas dasar ini, tidak tepat
untuk menjadikan pengertian riba pada ayat terakhir yang turun itu melebihi
pengertian riba pada ayat di dalam surah Ali Imran yang lalu (adhafan mudhaafah)
kerana riba yang dimaksudkan adalah riba yang mereka lakukan pada masa yang
lalu (jahiliah). Dapat disimpulkan bahawa bahawa riba yang diharamkan al-Quran
adalah yang disebutkannya sebagai adhafan mudhaafah atau yang diistilahkan
sebagai riba al-nasiah.

38

Kembali kepada masalah awal. Apakah perkara ini bermakna bahawa apabila
penambahan atau kelebihan tidak bersifat berlipat ganda tidak diharamkan alQuran? Jawapannya, terdapat pada kata kunci berikutnya, iaitu fa lakum ruusu
amwalikum (bagimu modal-modal kamu) (surah 2:279). Ini bermakna, apa yang
berhak mereka peroleh kembali hanyalah modal-modal mereka.
Jika demikian, setiap penambahan atau kelebihan daripada modal tersebut yang
dipungut dalam keadaan yang sama dengan apa yang terjadi pada masa turunnya
ayat-ayat riba ini tidak boleh dibenarkan. Dan dengan demikian, kata kunci ini
menetapkan bahawa segala bentuk penambahan atau kelebihan, baik berlipat ganda
mahupunau tidak, telah diharamkan al-Quran dengan turunnya ayat tersebut. Dan ini
bermakna juga bahawa kata adhafan mudhaafah bukan syarat tetapi sekadar
penjelasan tentang riba yang sudah lumrah mereka praktikkan.
Kesimpulan yang diperoleh ini menjadikan persoalan kata adhafan mudhaafah
tidak penting lagi, apakah ia syarat atau bukan, apakah yang dimaksudkan dengan
berlipat ganda atau bukan, pada akhirnya yang diharamkan adalah segala bentuk
lebihan. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa lebihan yang dimaksudkan adalah
dalam keadaan yang sama seperti yang terjadi pada masa turunnya al-Quran dan
yang diisyaratkan oleh penutup ayat al-Baqarah ayat 279 tersebut, iaitu la tazhlimun
wa la tuzhlamun (kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya).
Kesimpulan yang diperoleh daripada riwayat-riwayat tentang amalan riba pada masa
turunnya al-Quran, sebagaimana telah dikemukakan di atas, menunjukkan bahawa
amalan tersebut mengandungi penganiayaan dan penindasan terhadap orang yang
memerlukan dan yang seharusnya menerima bantuan.
Kesimpulan tersebut ditegaskan menerusi penutup ayat 279 surah al-Baqarah di
atas, sebagaimana sebelumnya ia diperkuatkan dengan huraian tentang perbezaan
riba dengan sedekah, seperti yang dikemukakan oleh Rasyid Redha, yang
menunjukkan bahawa keperluan si peminjam yang begitu tendesak sehingga
sewajarnya ia diberi bantuan sedekah, bukan pinjaman, atau paling tidak diberi
pinjaman tanpa mengenepikann sedekah.

39

Kemudian pada ayat 280 ditegaskan bahawa, Dan jika orang yang berhutang itu
dalam kesukaran (sehingga tidak mampu membayar pada waktu yang ditetapkan),
maka berilah penangguhan sehingga ia mampu membayarnya, dan kamu
menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang itu) lebih baik bagi kamu jika kamu
mengetahui.

40

BAB 6 : LARANGAN RIBA DI DALAM HADIS


Larangan riba dalam hadis pula boleh dikelaskan kepada tiga kategori:

6.1 PENGHARAMAN DALAM BENTUK UMUM


Antara hadis-hadis dalam kategori ini ialah:

Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) riba, memberi


(membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan
ini semuanya adalah sama.
(Riwayat Muslim)

Baginda Nabi s.a.w. melaknati pemakan riba, saksi-saksinya dan penulisnya.


(Riwayat Al-Nasai)

Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dengan sedar adalah lebih
dahsyat tiga puluh enam kali dari dosa satu perbuatan zina.
(Riwayat Ahmad)

6.2 PENEGAHAN AMALAN JAHILIYYAH (RIBA HUTANG)


Contoh beberapa hadis dalam kategori ini ialah:

Sesungguhnys riba itu berlaku pada bertangguh.


(Riwayat Muslim)

Tidak berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara berunjuk-unjuk (secara tunai).
(Riwayat Muslim)

41

6.3 PENEGAHAN AMALAN RIBA JUAL BELI ATAU RIBA


TERSEMBUNYI
Hadis-hadis yang terdapat dalam kategori ini ialah:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan
barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, sama
dengan sama, unjuk-berunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan itu, maka kamu
boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut unjukberunjuk.
(Riwayat Muslim)

Bilal telah membawa buah tamar Barni (berkualiti tinggi), lalu Rasulullah bertanyakan
dari mana buah tamar itu diperolehi. Bilal menjawab, Tamar yang ada pada kami
adalah Radi (bemutu rendah) lantas saya menjualnya dengan dua sa bagi
mendapatkan satu sa untuk hidangan Rasulullah. Rasulullah terus bersabda, Hah,
ini betul-betul riba, jangan kamu lakukan demikian sebaliknya jika kamu ingin
membeli tamar, jualkan dahulu tamar yang ada pada kamu dan kemudian belilah
tamar yang kamu kehendaki itu dengan harga yang kamu perolehi daripada jualan
tadi.
(Riwayat Muslim)

42

BAB 7 : PANDANGAN MAZHAB-MAZHAB


TERHADAP RIBA
Di kalangan keempat-empat mazhab dalam Islam tidak terdapat perbezaan
mengenai larangan dan bentuk riba yang melibatkan hutang atau pinjaman.
Kesemua mereka bersetuju bahawa setiap hutang yang menghasilkan lebihan
adalah riba. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan pendapat mereka di
dalam beberapa perkara yang ada kaitan dengan riba seperti sama ada orang Islam
dibenarkan untuk melibatkan diri dengan urusniaga yang mempunyai unsur-unsur
riba dengan orang bukan Islam.

Menurut pakar perundangan Islam, urusniaga yang dilakukan oleh orang Islam ini
mungkin dilakukan di tiga wilayah yang berlainan iaitu Dar al-Salam, Dar al-Harb dan
Dar al-Sulh. Mazhab Hanafi membenarkan orang Islam memasuki wilayah bukan
Islam dan menjalankan urusniaga berdasarkan unsure-unsur riba termasuk dengan
orang yang memeluk Islam tetapi tidak berpindah ke Negara Islam. Golongan Syiah
juga berpendapat bahawa orang Islam tidak boleh memberi tetapi dibolehkan
mengambil riba dariapda orang bukan Islam (Homoud, 1985). Kesemua mazhab
Shafie, Maliki dan Hambali tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan percaya
tidak ada perbezaan dari segi wilayah di dalam menentukan larangan untuk riba.
Orang Islam dilarang memberi atau menerima riba sesama Islam dan juga dengan
orang bukan Islam (Homoud, 1985).

43

BAB 8 : KESAN RIBA KE ATAS MASYARAKAT


DAN NEGARA
Islam mengharamkan amalan riba ini kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke
atas kehidupan manusia. Menurut Al- Maududi riba keburukan riba boleh dilihat dari
segi akal, dari segi sosial , dari segi akhlak dan dari segi ekonomi

a) Dari segi akal

Riba tumbuh di dalam diri manusia dan menjadikan mereka mempunyai sifat rakus,
gelojoh, tamak, kedekut, ego dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan menebal dan
akhirnya menjadi darah daging yang sukar untuk dikikis lagi.

b) Dari segi sosial dan akhlak

Amalan riba akan merosakkan kemaslahatan dunia. Riba mendorong pemakannya


hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan
umatnya untuk berusaha dan bekerja. Ia juga merupakan penindasan terhadap
orang-orang miskin di mana pihak pemberi hutang akan bertambah kaya sementara
penerima hutang akan bertambah miskin dan tertekan.

Ini akan mewujudkan ketidaksaman di dalam masyarakat. Selain itu, amalan riba
boleh menyebabkan kasih-sayang, sikap tolong-menolong dan mengasihani antara
satu sama lain akan hilang. Riba boleh merosak dan merenggang hubungan antara
orang kaya pemakan riba dengan orang miskin dan menimbulkan perasaan benci
dan iri hati di kalangan mereka.
Konflik boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di kalangan peminjam seperti
rompakan, pembunuhan dan lain- lain. Ini boleh mengganggu gugat kestabilan
masyarakat secara keseluruhan.

44

c) Dari segi ekonomi

Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, menyebabkan kekurangan


pekerjaan dan pendapatan. Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan
mengakibatkan kan inflasi. Riba diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu dan
meletakkan kesemua risiko ke atas bahu peminjam.

45

KESIMPULAN
Pengharaman riba masih merupakan elemen yang penting dalam perniagaan Islam
untuk mewujudkan sebuah ekonomi yang bertanggungjawab secara sosial. Sejak
beberapa dekad yang lalu, menurut satu laporan oleh Institut Perbankan dan
Insurans Islam, sebanyak 150 institusi perbankan Islam telah mengurus $100 bilion
di dalam Negara-negara Islam dan luar Negara.

Minat kepada pelaburan secara Islam meningkat, di mana pasaran saham


antarabangsa telah melancarkan indeks pasaran secara Islam mengikut panduan
yang diberi Al Quran. Ini berkaitan dengan pengaruh etika Islam yang menekankan
kepada konsep keadilan sosial dan keadilan di dalam pembahagian kekayaan
melalui pengharaman riba.
Apabila Quran mengharamkan urusniaga yang melibatkan riba tujuannya adalah
untuk melindungi mereka yang tidak berkemampuan daripada mereka yang kaya
yang mungkin mengambil kesempatan daripada mereka. Oleh itu, pengharaman riba
oleh Islam hendaklah dilihat sebagai satu usaha untuk memperbaiki etika manusia
bahawa semua manusia mestilah dilayan dengan adil, bukannya sebagai halangan
kepada perniagaan.
Kesimpulan terakhir yang dapat kita ambil bahawa riba pada masa turunnya alQuran adalah lebihan yang dikutip bersama jumlah hutang yang mengandungi unsur
penganiayaan dan penindasan, bukan sekadar kelebihan atau penambahan jumlah
hutang.
Kesimpulan di atas diperkuatkan pula dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w yang
membayar hutang dengan penambahan atau nilai lebih. Sahabat Nabi s.a.w, Abu
Hurairah, memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah meminjam seekor
unta dengan umur tertentu kepada seseorang, kemudian orang tersebut datang
kepada Nabi untuk menagihnya.

46

Dan ketika itu dicarikan unta yang sesuai umurnya dengan unta yang dipinjamnya
itu, tetapi Nabi tidak mendapatkannya kecuali yang lebih tua. Maka baginda
memerintahkan untuk memberikan unta tersebut kepada orang yang meminjamkan
kepada baginda, sambil bersabda yang bermaksud Sebaik-baik kamu adalah yang
sebaik-baiknya membayar hutang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

47

RUJUKAN

Abdulaziz Sachedina. (tanpa tarikh). The Issue of Riba In Islamic Faith and Law.
(atas
talian) http.www.virgnia.edu.

Abdul Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Hj Ashaari, Arip Saaya.


1995.
Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Azlan Khalili Shamsuddin. 2000. Riba: Alternatifnya dalam sistem bank Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bilal Dannoun. (tanpa tarikh). Prohibition of Riba. (atas talian). http. www.asj.com.

Mat Hassan Abu Bakar. 2003. Apa itu Ekonomi Islam. Bentong: PTS Publications.

Mustafa Hj Daud. 1989. Pemikiran Politik dan Ekonomi Al-Maududi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Mohamed Yakcop. 1996. Teori, amalan dan prospek system kewangan Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and distributors Sdn Bhd.

Sudin Haron.1996. Prinsip dan Operasi perbankan Islam Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Berita Publishing Sdn Bhd.

Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Hj. Muhammad Nasri hj Md Hussain,
Mohd Nizam Hanafiah. 2005. Pengantar Perniagaan Islam.Petaling Jaya:
Prentice Hall.

48

You might also like