You are on page 1of 7

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua 2011 Hari: Isnin Tarikh: 11 April 2011 Masa: 1.

45 petang Tempat: Bilik Mesyuarat Seri Anggun Agenda: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perutusan pengerusi Pengesahan Minit Mesyuarat Perkara Berbangkit Analisa keputusan peperiksaan SPM 2010 Penilaian berasaskan sekolah. Kem akademik

Kehadiran: Seperti dalam Lampiran Agenda. 1.0 Perutusan Pengerusi. Pn pengetua selaku pengerusi mengucapkan terimakasih atas kehadiran semua ahli majlis. Beliau memaklumkan kepada semua guru bahawa mesyuarat ini adalah penting untuk kecemerlangan akademik. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat. Minit Mesyuarat kali pertama telah disahkan tanpa sebarang pindaan. 3.0 Perkara Berbangkit. 3.1 Pembelian harta modal. Semua panitia boleh membeli barangan harta modal. Contoh OHP. Harta modal yang dimaksudkan boleh diselenggara dan digunakan. 3.2 Majlis Guru cemerlang Pengetua berharap agar majlis ini memainkan peranan dalam peningkatan prestasi sekolah. Majlis ini juga diharap dapat mengendalikan kursus motivasi kepada guru. 4.0 Anugerah Kualiti. SMK Seri serdang telah menerima dua anugerah iaitu Pengurusan Cemerlang Pengetua Negeri Selangor dan Pengurusan Cemerlang ePPDA. Bilik ePPDA SMK Seri Serdang akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Harapan agar bantuan daripada guru terutama unit beruniform untuk memantapkan lagi bilik ini dari segi penyediaan bahan. SMK Seri serdang juga menerima Anugerah peningkatan Kualiti STPM Terbaik 2010.

5.0 Perubahan dalam pentadbiran. Terdapat sedikit perubahan dalam pentadbiran apabila Pn Naimon Mohamad dan Pn Zalinah Zainal Abidin dilantik sebagai guru tingkatan enam. Penolong kanan Akademik yang baru ialah Pn Nor Riha Zakaria. Penolong kanan Hal Ehwal Murid ialah Pn NorLila Omar dan Guru Kanan Teknik dan Vokasional pula ialah Pn Rohani Sulaiman. Pn pengetua mengucapkan jutaan terimakasih dan penghargaan kepada Pn Naimon Mohamad dan Pn Zalinah Zainal Arifin. 6.0 Isu Novel Interlok. Pn Pengetua bersyukur kerana tiada isu yang timbul dalam Novel Interlok. Novel ini akan digunapakai dan satu panel bebas telah dilantik. Pn Zurita Che Yeh telah membacakan teks berkaitan dengan novel ini dan pindaan yang telah dibuat. Harapan agar selepas ini tiada lagi isu yamg timbul dan diharap agar semua guru berhati-hati dan menjaga sensitiviti apabila membincangkan novel ini dalam pengajaran kepada pelajar. 7.0 Penilaian Berasaskan Sekolah. Bermula tahun 2011 ,keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun [peralihan,Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tin gkatan 4] akan ditambah 20% [sahsiah,latihan dan ketepatan masa]. Ini bermakna peperiksaan masih mengekalkan 100% ditambah dengan 20% menjadikan jumlah keseluruhan 120%. Daripada 120% akan dijadikan 100%. Penambahan ini tidak melibatkan peperiksaan percubaan PMR dan SPM.Penilaian berasaskan sekolah ini akan menilai keseluruhan pelajar dan diharap akan menambahkan peningkatan dari segi disiplin. 8.0 Hari Usahawan Muda. SMK Seri Serdang akan mengadakan Hari Usahawan Muda pada 30 April 2011[Sabtu] . Ini merupakan sekolah ganti. Tujuan hari Usahawan Muda ini adalah untuk menambah dana sebanyak RM20ribu. Antaranya untuk membaiki sistem audio dewan dan interkom di bilikbilik khas. 9.0 Taklimat Penolong Kanan Akademik [Pn Naimon Mohamad] Pn Naimon Mohammad mengucapkan terimakasih kepada Pn Pengetua dan semua warga sekolah yang banyak memberi sokongan kepadanya sepanjang menjawat sebagai penolong Kanan Akademik. Penolong kanan Akademik yang baru Pn Nor Riha Zakaria mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. 9.1 Buku kedatangan Kedua. Buku Kedatangan kedua merupakan senjata guru untuk mengawal pergerakan dan disiplin pelajar. Semua guru hendaklah merekodkan maklumat yang terdapat dalam buku tersebut setiap kali selepas waktu pengajaran dan pembelajaran. 9.2 Analisa SPM [Rujuk Lampiran] Tahniah kepada panitia yang menunjukkan peningkatan pada tahun ini iaitu panitia Sejarah,panitia Matematik, Sains dan Perdagangan. Tahniah juga kepada panitia yang mengekalkan kelulusan 100%. Program kecemerlangan akademik yang berkesan akan diteruskan pada tahun ini. Beri tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan kelompok kecil seperti Program PATs kerana ia lebih berkesan.

9.3 Penilaian Kendalian Sekolah. Penilaian Kendalian Sekolah akan dilakukan sepenuhnya mulai Tingkatan 1 tahun 2012. Untuk memastikan berjalan dengan lancar pengurusan sekolah telah melantik Pn Rumaizah sebagai setiausaha dibantu oleh Pn Nur Diana Abdullah dan Pn Leo Li Ly. Sekolah di daerah Petaling Utama telah menjalankan penilaian ini yang dimasukkan bersama dengan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Semua guru boleh mencadangkan markah 20% ini dan serahkan kepada Pn Nor rafidah Daud. 9.4 Pencerapan. Jadual pencerapan dan pencerap terdapat dalam buku pengurusan 2011. Borang yang digunakan adalah borang baru SKPM 2010. Pencerapan akan dilakukan oleh pentadbir, Guru kanan matapelajaran,guru cemerlang dan ketua panitia. Penyemakan buku latihan akan menggunakan SKPM 2003 dan markah akan dimasukkan dalam SKPM 2010. SKPM 2010 antara elemen terpen ting ialah pengajaran antara guru dan pelajar dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Panitia Bahasa Inggeris akan mengadakan pencerapan berkumpulan untuk menghasilkan pengajaran berkesan sesuai dengan tahap pelajar. 9.5 Gelombang ICT Bersesuaian dengan keadaan semasa yang menggunakan ICT, unit akademik memaklumkan bahawa minit mesyuarat tidak akan dibuat salinan. Guru boleh muat turun dan membaca di Blog Akademik. Unit ICT juga telah menyediakan facebook warga pendidik. Mohon agar maklumat dapat disalurkan melalui media ini. 9.6 Hari Terbuka Hari terbuka akan diadakan 2 kali iaitu pada bulan April dan Julai. Tarikh akhir penyemakan markah pelajar ialah pada 12 April 2011. Semua keputsan hendaklah ditandatangani oleh pentadbir. Hari terbuka pertama akan diadakan pada 22 April 2011. Mesyuarat Hari terbuka akan diadakan pada hari jumaat 14 April 2011. 9.7 Sumbangan 1 Rim 1 Keluarga Semua guru tingkatan di minta untuk mengedarkan surat sumbangan 1 Rim 1 Keluarga. Sumbangan boleh dibuat mulai April hingga November.Sekiranya.sumbangan yang diterima berupa wang, guru tingkatan hendaklah menyerahkan wang tersebut kepada penyelaras tingkatan untuk diberi resit. Sumbangan dalam bentuk kertas,tiada resit tetapi guru tingkatan hendaklah mencatat nama dalam buku rekod dan sumbangan tersebut diserahkan kepada Pn Rosminah untuk direkodkan. 9.8 Kem Akademik. Kem akademik akan dijalankan pada cuti pertengahan untuk pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3.Jadual akan dikeluarkan oleh pn Nor Rafidah Daud.Kelas tambahan untuk pelajar Kelas Rancangan Khas akan diadakan pada minggu ketiga dan keempat setiap bulan .

9.9 Soalan Percubaan Soalan pertengahan tahun disediakan oleh sekolah.Soalan percubaan PMR, SPM, akhir tahun tingkatan 2 dan tingkatan 4 adalah soalan setara negeri. Jadual peperiksaan percubaan adalah seperti berikut: a. Percubaan PMR [18 Ogos sehingga 25 Ogos 2011] b. Percubaan SPM [6 September hingga 28 September 2011] c. Akhir Tahun tingkatan 2 [31 Oktober sehingga 4 November 2011] d. Akhir Tahun Tingkatan 4 [7 Oktober hingga 4 November 2011] 10. Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid [ Pn Nor Riha Zakaria] 10.1 Penyampaian Hadiah di perhimpunan. Hadiah yang disampaikan di peringkat sekolah hendaklah disampaikan oleh penolong kanan. Manakala peringkat daerah atau negeri dan seterusnya disampaikan oleh pengetua. Semasa perhimpunan guru hendaklah menyampaikan secara ringkas. 10.2 Buku Kedatangan Pelajar. Nombor pendaftaran pelajar hendaklah ditulis dalam buku kedatangan pelajar.Buku pendaftaran pelajar juga belum diisi dengan lengkap. Kelas yang belum mengisi buku pendaftaran ialah 1 Mulia, 1 Setia dan 1 Cekal. 10.3 Penggunaan Dewan Sebarang penggunaan dewan hendaklah dimaklumkan kepada Pn Rohaiza. Ini untuk memastikan dewan dapat digunakan tanpa sebarang masalah. 10.4 Program Kembali ke Landasan Pihak sekolah mengucapkan terimakasih kepada guru yang memberi sumbangan kepada pelajar yang bermasalah. Unit kaunseling dan badan kebajikan akan melancarkan tabung untuk pelajar bukan Islam. Pelajar yang datang daripada keluarga tunggal boleh memohon untuk Tabung Taiwan Buddist. Borang boleh di dapati daripada Pn Tan Wat Jin. Dalam program Kembali ke landasan sebanyak 100 sekolah terpilih. Setiap sekolah akan menghantar dua orang pelajar disiplin tegar untuk dididik agar kembali ke landasan yang betul. 10.5 Fail Peribadi Pelajar Semua guru tingkatan 1 diminta untuk meletakkan fail peribadi di dalam bilik Sri Siantan mengikut tingkatan. 10.6 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani. Semasa pendidikan jasmani pelajar boleh memakai pakaian sukan sekolah berwarna putih dan biru. Hanya pakaian sukan sekolah berwarna biru sahaja yang boleh digunakan sepanjang harisekiranya hari tersebut ada waktu pendidikan jasmani.

11. Makluman penolong kanan Hal Ehwal Murid [Pn Tengku Norhayati Tengku Muhammad]
11.1 Larian gemilang 2011.

Beliau mengucapkan terimakasih kepada semua warga SMK Seri Serdang kerana kerjasama yang diberikan untuk menjayakan Larian Gemilang 2011. 11.2 Sukan Tahunan dan Sukan antara Rumah. Sukan Tahunan SMK seri serdang akan diadakan pada bulan Julai 2011 di UNITEN.Tarikh yang dicadangkan ialah pada 7 julai 2011[Khamis]. Jadual untuk Sukan Ttara telah diedarkan. Mohon semua guru agar rujuk jadual yang telah diedarkan. 11.3 Hari Usahawan Muda. Hari usahawan Muda akan diadakan pada 30 April 2011 [Sabtu].Program ini dibuka kepada kelas untuk menambah dana. 11.4 Papan Kenyataan kreatif. Semua unit dan kelab yang mempunyai papan kenyataan kreatif diharap dapat mengemaskini maklumat yang terdapat di papan kenyataan kreatif masing-masing. 11.5 Markah Kokurikulum. Pelajar yang baru berpindah ke SMK Seri Serdang hendaklah membawa bersama markah kokurikulum. 12.0 Makluman oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam[ Pn Roslina Abd Ghani] Beliau mengucapkan terimakasih kepada semua guru yang memberi sokongan. Untuk pengetahuan semua 51/60 orang pelajar layak ke IPTA. Majlis Tingkatan 6 akan mengadakan ceramah berkaitan temuduga pada 21 April 2011 di Dewan Seri. Kolakium sedang dijalankan dan guru yang berminat digalakkan bersama semasa sesi pembentangan. Beliau juga memaklumkan bahawa markah kokurikulum penting untuk permohonan ke IPTA. 13.0 Makluman oleh Penolong kanan Petang [En Juri Kamdi] Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru cemerlang kerana membantu dari segi pemantauan pelajar di sesi petang.Program Mentor-mentee akan dijalankan di sesi petang. Terdapat perubahan dalam jadual waktu. Kelas peralihan juga akan dibuat rombakan.

14.0 Hal-hal lain. 14.1 Pusat Sumber. Pusat Sumber menerima komen yang positif daripada pegawai pemantau. Harapan agar pusat sumber sentiasa membuat penambahbaikan yang perlu untuk pelajar. Data nilam juga telah dikemaskini. Panitia boleh mencadangkan kepada pusat sumber sekiranya ada bahan yang perlu dibeli. 14.2 Bayaran Tambahan. Pihak sekolah mengucapkan terimakasih kepada guru tingkatan yang telah menyelesaikan kutipan bayaran tambahan.

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.50 petang.

Disediakan oleh: ....................................................... Nor Rafidah Daud [Setiausaha Kurikulum]

Disemak oleh..................................................... Pn Naimon Mohammad [Penolong Kanan Akademik]

Disahkan oleh:.........................................................

You might also like