You are on page 1of 2

Ruj.

Kami: SKAH 10/004/10 (025) Tarikh: 25 Julai 2011 Kepada: Guru-guru Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

Tuan/Puan Kursus Implikasi Kesalahan Tatabahasa dalam Pembinaan Item Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam akan mengadakan kursus bagi semua guru seperti ketetapan berikut: Tarikh Tempat Masa : : : 13 Ogos 2011 (Sabtu) Bilik Mesyuarat, SK Ayer Hitam 9.00 pagi 1.00 tengah hari

2. Sehubungan dengan itu, para guru diwajibkan menghadiri kursus tersebut. Setiap panitia juga dimestikan membawa sekurang-kurangnya satu komputer riba untuk kegunaan semasa kursus dan menyediakan JSU serta contoh soalan peperiksaan bagi setiap subjek. 3 Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dalam menjayakan program

yang direncanakan ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,

............................................

LAMPIRAN

1. Semua guru hendaklah berada dalam panitia sepanjang kursus berlangsung.

2. Ketua panitia hendaklah memastikan panitia masing-masing mempunyai sekurang-kurangnya satu komputer riba untuk kegunaan semasa kursus.

3. Setiap panitia perlu menyediakan JSU serta contoh soalan peperiksaan bagi setiap subjek.

Tentatif

9.00 pagi

Pendaftaran peserta kursus

9.15 pagi

Kursus Implikasi Kesalahan Tatabahasa dalam Pembinaan Item

1.00 petang

Bersurai

You might also like