You are on page 1of 6

y Larutan ammonia boleh digunakan untuk membersih, memutih

dan mengurangkan bau busuk. Larutan pembersih yang dijual kepada konsumer menggunakan larutan ammonia hidroksida cair sebagai agen pembersih utama. Tetapi, pengguna haruslah berhati-hati kerana penggunaan untuk tempoh yang lama mungkin boleh merangsangkan. y Ammonia sangat sesuai digunakan sebagai bahan penyejuk udara, kerana ammonia mudah menukar bentuk menjadi cecair dalam tekanan. Oleh itu, ammonia digunakan dalam hampir semua penyejuk udara sebelum penciptaan penyejuk udara yang menggunakan freon. Freon tidak merangsangkan dan tidak toksik, tetapi ia boleh menyebabkan hakisan lapisan ozon. Sekarang, penggunaan ammonia sebagai bahan penyejuk udara meningkat semula.

y Ammonia membentuk baja semula jadi ketika

dicampur dengan air, dan boleh digunakan begitu sahaja tanpa mencampurkan bahan kimia. Baja ini sesuai untuk penanaman tumbuhan yang bergantung kepada nitrogen, seperti jagung, tetapi memburukkan keadaan tanah. y Ammonia juga digunakan dalam pembuatan polimer dan bahan letupan

y Kegunaan kegunaan asid sulfurik yang utama dalam

perindustrian di Malaysia.
y Penggunaan asid sulfurik di Malaysia tertumpu kepada tiga

industri yang utama. y Pertama ialah industri pembuatan baja. Baja yang utama dibuat ialah ammonium sulfat , ammonium fosfat dan kalsium hydrogen fosfat (super fosfat). Dalam industri baja, asid sulfurik ditindakbalaskan dengan kalsium fosfat, sejenis baja semula jadi yang tidak larut di dalam air untuk menjadi asid fosforik yang akan dineutralkan oleh ammonia untuk membentuk ammonium fosfat

y Penggunaan kedua secara besar-besaran asid sulfurik ialah

dalam industri pembuatan detergen moden. Bahagian hidrokarbon dalam detergen berasal dari petroleum manakala bahagian ioniknya dibentukkan bersama asid sulfurik dalam tindakbalas pengsulfonan.
y Kegunaan ketiga ialah dalam industri bateri terutamanya

dalam akumulator plumbum- asid. Dalam kes ini, ia digunakan sebagai elektrolit dalam akumulator.

y Bahan letupan seperti trinitrotoluene (TNT) nitro

gliserin, kapas senjata api y Penggunaan dalam baja seperti kalsium nitrat dan ammonium nitrat y Garam nitrat seperti silver nitrat dan ammonium nitrat y Pewarna, minyak wangi,dadah

You might also like