PRAKTIKAL 4 MENGUKUR DAN MEMBANDING BEZA KEPELBAGAIAN (DIVERSITI) SPESIES

Tujuan

:

Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buah pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang.

Hipotesis

:

Semakin tinggi nilai Indeks Simpson,D , semakin tinggi nilai kepelbagaian spesies di dalam pulau tersebut.

Teori :

Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan.

Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama

1

dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.

Prosedur

:

1. Kesemua kupu-kupu dikelaskan kepada beberapa kumpulan tertentu. 2. Operasi unit taksonomi (operational taxonomic units) yang telah diberikan boleh dianggap sebagai spesis yang telah dibahagi dan setiap spesis baru itu diberi nama yang unik. 3. Satu kumpulan spesis kupu-kupu dipilih dan dikumpulkan dari ketiga-tiga pulau tersebut. Prosedur yang sama diulang untuk spesis kupu-kupu yang lain. 4. Bilangan individu yang hadir dalam sesuatu kumpulan spesis dikira dan data dimasukkan kedalam jadual. 5. Kepelbagaian spesis dikira dari setiap pulau dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson, D.

2

Keputusan :

SPESIS

PULAU SIPADAN

PULAU TALANGTALANG

PULAU REDANG

11 SPESIS A

0

11

9

0

0

SPESIS B

5

12

4

SPESIS C

6

0

10

SPESIS D

10

23

0

SPESIS E

3

2

0

3

SPESIS F

4

2

0

SPESIS G

0

2

0

SPESIS H

0

3

0

SPESIS I

3

15

0

SPESIS J

29

4

0

SPESIS K 4

35

4

0

SPESIS L

0

0

7

SPESIS M

0

0

10

SPESIS N

0

0

14

SPESIS O

0

0

18

SPESIS P

5

3

35

0

SPESIS Q BILANGAN INDIVIDU 117 100 77

KEKAYAAN SPESIS

11

9

8

INDEKS SIMPSON (D)

5.5

4.6

6.5

KEUTAMAAN UNTUK PEMULIHARAAN

2

3

1

6

MENGIRA INDEX DIVERSITI SIMPSON

Indeks tersebut dikira menggunakan formula berikut :

PULAU SIPADAN = 5.548844751 ≈ 5.5

PULAU TALANG-TALANG = 4.604051565 ≈ 4.6

PULAU REDANG = 6.479781421 ≈ 6.5

7

Perbincangan : 1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘building blocks’ atau unit taksonomi operasi di dalam biodiversiti? Jelaskan.

Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersamasama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma.. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomi merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan, pengecaman dan tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini. Pengelasan ialah aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam dunia berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan di kalangan organisma hidup. Pengecaman ialah aktiviti mengenal pasti organisma dengan menggunakan suatu sistem universal iaitu sistem hierarki Linnaeus. Tatanama ialah aktiviti pemberian nama kepada organisma yang telah diketahui atau baru ditemui dengan satu sistem universal iaitu sistem Binomial Linnaeus.

2. Secara ringkas, terangkan apakah kekayaan spesis dan kesamarataan spesis?

8

Kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang wujud dalam sesuatu sampel. Semakin banyak bilangan spesies dalam sesuatu sampel, semakin kaya sampel itu. Kesamarataan spesies pula adalah bilangan individu yang sama rata atau hampir bagi setiap spesies yang wujud dalam sesuatu sampel.

3. Apakah order pulau tersebut, daripada diversiti yang tertinggi kepada yang paling rendah?

Pulau Sipadan memiliki kepelbagaian yang paling tinggi di mana terdapat 11 jenis spesis kupu-kupu. Seterusnya ialah Pulau Talang yang mempunyai 10 jenis spesis kupu-kupu dan kepelbagaian yang paling rendah ialah di Pulau Redang di mana hanya terdapat 8 jenis spesis kupu-kupu.

4. Bagaimanakah anda menentukan tahap pemuliharaan pulau tersebut? Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira untuk menetukan keutamaan pemuliharaan?

Nilai diversiti atau nilai kepelbagaian menjadi pengukur yang membawa kepada proses pemuliharaan. Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-

usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usahausaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebut tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Faktor lain seperti bilangan spesis

9

yang makin berkurangan boleh membawa kepada proses pemuliharaan. Tujuan pemuliharaan dijalankan adalah untuk memastikan sesuatu spesis itu masih wujud dan berupaya untuk membiak bagi menjamin kewujudannya agar tidak terancam.

5. Jika tiada sumber untuk memulihara keseluruhan spesis, apakah kriteria yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha pemuliharaan?

Usaha pemuliharaan boleh dikenalpasti melalui pencemaran. Sebaik sahaja sesuatu tapak disyaki tercemar, penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaian itu seringnya bermula dengan penyediaanPenilaian Tapak Persekitaran Fasa I. Penggunaan sejarah tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan di tapak itu dapat memandu strategi penilaian serta jenis pensampelan dan analisis kimia yang perlu dilakukan. Tapak-tapak berhampiran yang ditebus guna, diratakan atau diisi dengan tanah juga boleh mengalami pencemaran walaupun guna tanah terkini kelihatan tidak berbahaya.

Kesimpulan :

Pulau Redang mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dengan Indeks Simpson sebanyak 6.5.

10

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful