You are on page 1of 6

SULIT

02/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
LTS 2006
Set 3
2 jam
UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2006’

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

Kertas 2

2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki
menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan
sahaja.

5. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

[Lihat sebelah
SULIT
Set 3 Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian A(i)
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang punca -punca meningkatnya kes jenayah. Panjang ringkasan anda
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Peningkatan kes jenayah yang melibatkan remaja perlu diberikan perhatian yang
serius oleh semua pihak. Pendedahan salah laku remaja yang dipaparkan melalui media
massa begitu mengejutkan kerana kebanyakan remaja yang dihadapkan di mahkamah
berusia antara 15 hingga 25 tahun. Menurut pakar psikologi,perlakuan jenayah sama seperti
tingkah laku lain yang memerlukan kelaziman(kebiasaan melakukan sesuatu perkara).
Seseorang itu tidak mungkin melakukan pembunuhan jika sekadar memegang sebilah pisau
kerana alat tersebut boleh digunakan untuk melakukan pelbagai kerja yang berfaedah.
Individu yang tidak pernah menyalahgunakan pisau, berisiko rendah untuk membunuh atau
mencederakan orang lain.Kelaziman berlaku selepas individu itu mendapat habuan daripada
perbuatannya yang terdahulu. Baginya, habuan untuk diri sendiri adalah kepuasan(balas
dendam) atau meningkatkan ego dan harga diri.
Mempelajari sesuatu perlakuan jenayah juga sama seperti mengikuti pelajaran di
dalam bilik darjah kerana memerlukan masa dan tahap yang tertentu. Oleh sebab itu,
penjenayah untuk kes yang berat, lazimnya bermula dengan melakukan beberapa jenayah
kecil. Kejayaan demi kejayaan melepaskan diri daripada tangkapan pihak berkuasa akan
meningkatkan keyakinan dan kemahiran penjenayah. Keberanian mencabar undang-undang
semakin bertambah sehingga menjadikannya berani melakukan jenayah serius.
Persekitaran sosial yang teruk seperti kemiskinan, kawasan perumahan setinggan
yang daif, kadar pengangguran yang tinggi dan penyalahgunaan dadah yang berleluasa
boleh mempengaruhi perlakuan jenayah. Sebagai contoh, ketagihan dadah me nyebabkan
remaja memerlukan wang yang banyak untuk membeli dadah dan akhirnya mereka terpaksa
mencuri untuk mendapatkan wang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan maklumat terkini supaya dapat mengawal tingkah laku anak
remaja mereka. Remaja sekarang tidak sama seperti remaja 20 tahun yang lalu. Dahulu
mereka tidak akan membantah apabila dilarang melakukan sesuatu perkara. Sebaliknya,
remaja sekarang jauh berbeza. Semakin kuat ibu bapa melarang mereka melakukan
sesuatu perkara, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk mencubanya.

(Dipetik daripada rencana Punca Peningkatan kes


Jenayah oleh Nina Afrina dalam ruangan Surat
Pembaca, Dewan Masyarakat,Januari 2005)

LEARNING TO SCORE 2
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Set 3 Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian A (ii): Pemahaman


[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i) jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri

i) Berikan maksud rangkai kata “meningkatkan ego”?


(2 markah)

ii) Bagaimanakah persekitaran sosial mempengaruhi perlakuan jenayah?


(4 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengurangkan
kes jenayah di negara kita?
(4 markah)

LEARNING TO SCORE 3
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Set 3 Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian B
( Masa yang dicadangkan : 25 minit )
( 20 markah )

Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual itu,
huraikan pendapat anda tentang tempat-tempat bersejarah yang terdapat di
Malaysia.Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tempat-tempat Bersejarah Yang Terdapat di Malaysia

Negeri Tempat bersejarah

Perak Pasir Salak


Istana Lama Bukit Chandan
Selangor Bukit Melawati

Melaka A Famosa
Bukit St Paul
Bukit Cina
Perigi Hang Tuah

Kedah Lembah Bujang

Johor Bukit Kepong

Negeri Sembilan Istana Lama Seri Menanti

LEARNING TO SCORE 4
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Set 3 Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 45 minit]
[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan .

(a) Sebagai seorang pegawai polis, anda tela h dijemput untuk menyampaikan ceramah
kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah tentang “Peranan Masyarakat dalam
Membanteras Jenayah”.
Tulis ceramah anda itu selengkapnya.

(b) Anda dan keluarga membuat persiapan untuk menyambut satu perayaan kaum.
Gambarkan persiapan tersebut.

(c) Lembaga Pengawas sekolah anda menganjurkan pertandingan kelas terbersih.


Sebagai ketua tingkatan, anda merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti agar
kelas anda menjadi johan.
Catatkan segala perancangan yang telah anda lakukan.

(d) Anda baru sahaja membaca satu cerpen bertemakan pengorbanan yang tersiar di
dalam sebuah akhbar.
Tulis semula cerpen yang anda baca itu.

(e) Mutu sukan negara semakin merosot sejak belakangan ini.


Bincangkan.

LEARNING TO SCORE 5
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Set 3 Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian D
[Masa yang dicadangkan: 10 minit]
[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang pernah anda kaji sama ada di
Tingkatan 2, atau tingkatan 3.

(i) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari.


(ii) Merdeka! Merdeka! , karya A. Rahman Hanafiah.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, pilih satu watak
sampingan dan huraikan tiga perwatakan watak sampingan dalam novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE 6
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

You might also like