You are on page 1of 7

KEMAHIRAN SIMPULAN DAN IKATAN

Jenis-jenis tali dan penjagaan tali Cara membuat ikatan dan simpulan serta kegunaannya Lilit pemati mudah Buku sila Bunga geti Ikatan pemukat

JENIS-JENIS TALI
a.

Tali Penyelamat Digunakan untuk menyelamat mangsa-mangsa dan diperbuat daripada rami Itali atau terylene. Dibentuk dengan cara 3 ikatan shroud laid. Mempunyai diameter 2 inci. Ketahanan tali rami Itali-2.85 tan. Ketahanan terylene-4.05 tan. b. Tali Pengangkat Diperbuat daripada rami manila dan nilon dengan cara hawser laid. Mempunyai diameter 2 inci, panjang 100 kaki, Ketahanan tali rami manila-2.05 tan. Ketahanan tali nylon-3-40 tan

C. Tali Penarik Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid. Mempunyai diameter 2 inci, panjang 130 kaki. Ketahanan tali penarik-2.73 tan. d. Tali Pengikat Diperbuat daripada rami manila dengan cara ikatan hawser laid. Diameter 2 inci,panjang 50 kaki. Ketahanan-2.03 tan.

PENJAGAAN TALI
Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala. Guna tali yang sesuai besarnya. Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai atau terlerai. 2 cara: lilitan mudah, lilitan lalat

Kita tidak boleh membasuh tali. Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai.

Cara membuat ikatan dan simpulan serta kegunaannya


Lilit pemati mudah Buku sila Bunga geti Ikatan pemukat

You might also like