You are on page 1of 10

TEKS PENGACARAAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PENGAKAP 2011.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat YANG BERHORMAT DATO SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU berserta rombongan. YANG BERHORMAT, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, PARA HADIRIN YANG DIMULIAKAN. Majlis dengan rasa sukacitanya mempersilakan para hadirin untuk berdiri tegak bagi menzahirkan rasa cinta terhadap negara Malaysia dengan nyanyian lagu negaraku serta seterusnya lagu Pengakap Malaysia. Dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan dipersilakan duduk kembali. Indah nian istana bunian Istana bunian cantik menawan Tetamu kehormat di alu-alukan Moleklah rasanya majlis dimulakan Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Assalamualaikum w.b.r..salam sejahtera..salam perpaduansalam kemesraan salam satu Malaysia ..salam Hari Raya dan selamat datang ke majlis MAKAN MALAM AMAL PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BINTULU 2011 . YANG BERHORMAT DATO SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU. Yang Berbahagia En Othman Bin Hj Mat Setiausaha Politik kepada YB Datuk Hj Talip Zulipilip ADUN N58 Jepak merangkap Menteri Muda Pelancongan Sarawak. YANG BERBAHAGIA _________________________________________________________, RESIDEN BINTULU.

YANG BERUSAHA Encik Cristopher Yek Pengarah Urusan BBC Contraction mewakili Yang Berusaha TEMENGGUNG BARRY YEK, Naib Pengerusi Majis Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bintulu. YANG BERUSAHA EN. ABDUL MUIN BIN HAJI ABDUL KASSIM, Pesuruhjaya Pengakap Kawasan Bintulu merangkap Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu dan Penasihat Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam Amal Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bintulu 2011). YANG BERUSAHA EN JANUDIN BIN AB RAHMAN, Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Bintulu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bintulu 2011 YANG BERUSAHA Pengetua -Pengetua dan Guru-guru Besar di Bahagian Bintulu YANG BERUSAHA Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan swasta,Pengerusi2 Persatuan

PARA PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH / PENOLONG2 PESURUHJAYA PENGAKAP DA ERAH BINTULU/TATAU DAN SEBAUH, AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA, PARA PENGAMAL MEDIA, TUA-TUAN, PUAN-PUAN, PARA HADIRIN YANG DIMULIAKAN.

Alhamduillah hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita kehadrat tuhan yang maha kuasa kerana mempertemukan kita dalam keadaan sihat, kuat, dan bersemangat, berbentengkan rasa mesra perpaduan antara pelbagai kaum dan ugama dalam usaha melestarikan Majlis Makan Amal Pengakap Daerah Bintulu 2011. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini merupakan majlis makan malam amal yang julung-julung kalinya dianjurkan khas bagi mengumpul dana aktiviti Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Bintulu pada masa akan datang. Majlis ini, En dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bintulu dengan kerjasama Pengakap kawasan Bintulu dan Persekutuan Pengakap Derah Tatau dan Sebauh. Para Hadirin, Marilah kita bersama-sama menadah tangan dengan penuh kusyuk dan tawaduk, memohon restu ilahi rabbi,agar majlis kita ini direstui dan dianugerahi lipahan keberkatan dan kejayaan gilang-gemilang. Untuk itu,majlis dengan rasa penuh

hormatya menjemput dan mempersilakan yang berusaha EN. YUSUF PIEE , PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH BINTULU untuk memimpin bacaan doa. Dipersilaan . -Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EN. YUSUF atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya, majlis menjemput EN. PERIT AK AMBAH, PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH SEBAUH untuk memimpin Lafaz Persetiaan Pengakap. Dipersilakan. EnTuan-tuan dan puan-puan dipohon untuk berdiri. -Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada EN. PERIT AK AMBAH di atas lafaz persetiaan itu tadi. Yang berhormat, tuan-tuan, puan-puan para hadirin yang dimuliakan, Majlis dengan dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha EN. JANUDIN BIN AB. RAHMAN, Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Bintulu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam Amal 2011, untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan ini mempersilakan. -Majlis merakamkan setinggi-tinggi peghargaan kepada EN. JAINUDIN BIN ABDUL RAHMAN atas ucapan itu td.. Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan para hadirin yang dimuliakan, Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha EN. ABDUL MUIN BIN HAJI ABDUL KASSIM, Pesuruhjaya Pengakap Kawasan Bintulu merangkap Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu dan Penasihat Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam Amal Persekutuan Pengakap 2011 untuk menyampaikan ucapan . Dipersilakan. -Majlis merakamkan setiggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha EN. ABDUL MUIN BIN HAJI ABDUL KASSIM atas ucapan itu tadi. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat DATO SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU, untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya nanti menyempurnakan acara gimik pelancaran.

-Yang Berhormat, mohon terus berada di pentas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha TEMENGGUNG BARRY YEK, EN. JAINUDIN, EN.ABDUL MUIN, dan _____________________________________________, untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara gimik pelancaran dengan membunyikan gong sebanyak 3 kali. Dipersilakan Yang Berhormat. -Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat DATO SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU serta para pengiring. Tepuk-tepuk pengakap.sekali lagi..

Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera Sambil menonton marilah makan, Dengan persembahan kami sajikan. Para hadirin sekalian, Sambil menikmati hidangan, marilah sama-sama kita menonton tayangan gambar aktiviti pengakap sehingga September bagi tahun 2011. Selamat menjamu selera. Para Hadirin, Demikian sudah tayangan gambar.. Pada malam yang indah ini, marilah sama-sama menghayati beberapa persembahan yana akan dipertontonkan sebagai hiburan sampingan. (pengunguman button hole dan teka-teki) Memperkenalkan penyanyi yang dikenali ramai iaituEN. DAVID GIMAYuntuk mempersembahkan beberapa buah lagu bertajuk... Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. -Terima kasih ...........atas persembahan itu tadi.

hadirin dan hadirat, majlis ini diteruskan lagi dengan permainan bertajuk. Dipersilakan EN.LOOI untuk mengendalikan permainan ini. Dipersilakan. Terima kasih ...........atas permainan itu tadi. Seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian karaoke daripada.........................Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. Para hadirin sekalian, sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, barangkali kalau ada uji bakat bintang, atau Akademi Fantasia, mungkin mereka terpilih sebagai bintang AF agaknyakan. Hadirin sekalian, majlis diserikan lagi dengan Cabutan Tiket Bertuah..........dengan ini majlis menjemputnaik ke pentas dan mencabut tiket yang bertuah dengan sukacitanya majlis mempersilakan mari kita lihat siapa yang kena

Para hadirin, Tibalah masanya untuk mengumumkan pemenang bagi teka teki meneka bil.gulagula dan. Dengan ini majlis menjemput.........................................naik ke pentas.dipersilakan. Untuk pengetahuan para hadirin, jawapannya adalah.maka pemenang yang menjawab paling tepat adalah. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Hadirin yang dihormati, Pengakap muda pergi ke sawah, Pergi ke sawah menangkap ikan,

Makan malam sudah berhibur pun sudah, Penyampaian Sijil kini disempurnakan. Seterusnya, tibalah masa untuk Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Badan Karporat, Jabatan serta sekolah Yang Membeli Meja dan juga Watikah Perlantikan Pen.Pesuruhjaya 2010-2011 Majlis dengan penuh hormatnya skali lagi Yang Berusaha TEMENGGUNG BARRY YEK, EN. JAINUDIN, EN.ABDUL MUIN, Penolong Pesuruhjaya Tatau, Bintulu dan Sebauh bersama dengan para tetamu khas di kerusi utama untuk bersama-sama mempersilakan dan mengiringi Yang Berhormat DATO SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU bagi menyempurnakan upacara Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Badan Karporat, Jabatan serta Sekolah Yang Membeli Meja dan juga Watikah Perlantikan Pen.Pesuruhjaya 2010-2011. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi, kita merasa, Hadirin sekalian, Setinggi-tinggi penghargaan kepada badan Karporat yang sudi membeli meja untuk majlis kita pada malam ini. Dengan itu majlis dengan sukacitanya menjemput wakil dari (rujuk senarai badan karporat, jabatan dan sekolah) + + + Para Hadirin, + + +

Bagi penyampaian watikah, majlis menjemput PN. PATRICIA LEE mewakili seluruh warga Jawatankuasa Pengelola dan Penolong Pesuruhjaya bagi menerima watikah pelantikan Pen. Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Daerah Bintulu Tatau Sebauh bagi tahun 2010-2011.

Hadirin yang dihormati sekalian, Tiada gambar secantik lukisan, Tiada kata secantik bahasa, Buan tangan tanda penghargaan, Jadi ingatan sepanjang masa. Majlis dengan segala hormatnya menjemput YANG BERBAHAGIA TEMENGGUNG BARRY YEK, Naib Pengerusi Majis Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bintulu mewakili seluruh warga pengakap bahagian Tatau-Sebauh-Bintulu untukmenyampaikan buah tangan kepada Yang Berhormat DATO SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU. Dipersilakan. Majlis mempersilakan Yang Berbahagia dan para tetamu khas untuk kembali ke tempat duduk. Hadirin sekalian, dengan berakhirnya upacara itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis Makan Malam Amal Pengakap pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, kalau ada sumur di ladang, bolehlah kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi.

Kami mewakili pihak jawatankuasa pengelola, ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan setinggi-tinggi peghargaan kepada Yang Berhormat, kerana sudi hadir untuk menyeri, memeriah dan menyempurnkan acara majlis kita pada malam ini. Andai Berlaku sebarang kesilapan ,andai terdapat secebis kekurangan, moga tidak merobek hati, mencalar kemesraan. Tiada manusia yang sempurna , namun jika ada sebarang kekurangan tiada kami sengajakan. Kuih bahulu, daun selasih, sekian dahulu, terima kasih. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t. salam perpaduan..salam 1 malaysia.. Selamat Hari Raya bagi yang beragama Islam selagi belum terlambat. dengan ini diumumkan keberangkatan pulang Yang Berhormat DATO SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU berserta rombongan. .......................................................................

Format Secara ringkas. 1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri) 2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran. 3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan. 4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah. 4.1Perucap alu-aluan - Mengucapkan Selamat datang - Menyatakan fungsi dan objektif majlis - Melaporkan aktiviti - Mengemukakan Cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada. 5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu) 5.1Perucap terima kasih - Berterima kasih diberi peluang berucap - Mengucapkan selamat datang ke majlis - Melaporkan aktiviti .. - Mengemukakan cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK .. 6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap) 6.1Perucap Utama - Mengucapkan tahniah kepada pengelola - Melaporkan informasi terkini. - Memberi nasihat - Menjawab cadangan dan permintaan

- Kata penutup.. 7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah. 8.penutup 9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri) Semoga ianya dapat membantu sesiapa jua......................

You might also like