You are on page 1of 3

Faridatul Faraid Fi 'Ilmil 'Aqaid Karangan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni

www.alraufi.blogspot.com

Ini Risalah Yang Amat Kecil Yang Dinamakan Dia Dengan

Faridatul Faraid Fi Ilmil Aqaid


(Yang Terunggul Dari Segala Yang Terunggul Pada Menyatakan Ilmu Aqidah)

Pada Bicara Ilmu Tauhid Iaitu Ilmu Usuluddin Atas Mazahb Imam Asyari
Terhimpun Padanya beberapa Banyak Aqidah Dan Beberapa Banyak Masalah Himpunan
Hamba Yang Sangat Harap Daripada Allah Akan Taufiq Dan Hidayah
Dan Bahawa Dimudahkan Baginya Segala Yang Payah Ahmad
Ibn Muhammad Zain ibn Mushtofa ibn Muhammad Al-Fatoni
Semoga Allah I menghijaukan (menyuburkan) taman-taman harapannya
dengan tercapainya segala impian dan memberi manfaat
dengan risalah ini kepada orang-orang Islam sekalian.
Amin.
1

Faridatul Faraid Fi 'Ilmil 'Aqaid Karangan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni
www.alraufi.blogspot.com

Muqaddimah

!
.

Puji itu bagi Allah yang menaikkan pada beberapa langit segala hati orang yang Mukminin akan
beberapa matahari pengenalan padahal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yakin.


.

Dan rahmat dan sejahtera atas jurubahasa ketuhananNya dan yang menunjuk kepada keesaanNya,
penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan segala mukjizat yang mengalahi kerana
menguatkan risalahNya dan membenarkan penunjukNya.

.

Dan atas keluarganya yang sampai mereka itu kepada beberapa pangkat yang tinggi dengan ketinggian
qadarnya, dan segala taulannya (sahabatnya) yang gilang-gemilang hal keadaan mereka itu segala bintang
penunjuk dengan nas sabdanya.


.
Kemudian dari itu maka ini risalah pada ilmu tauhid akan himpunkan dia daripada beberapa kitab yang
diiktibarkan ( - muktabar), aku ambil segala kebunnya akan buah-buahan yang diinginkan dan
daripada beberapa lautnya akan beberapa permata megah.
____________________________________________________________
[Faedah] menaqal setengah mereka itu bahawasanya barang siapa membaca

empat puluh satu kali.

Kemudian dihadiah akan dia kepada empunya Taubah ( )dan berkata ia: Hai Ahli Taubah () , bahawasa aku di dalam
peliharaan kamu. Nescaya sentosa ia daripada tiap mara bahaya dan terpelihara ia daripada segala bala.
[Dan daripada] Asy-Syeikh Muhammad Ath-Thohir Sunbul ( ) bagi menunaikan sebesar-besar hajat bahawa
dibacakan tujuh ratus delapan puluh enam kali (786) akan doa Basmalah ini iaitu:

Ya Allah! Engkau baginya dan atau ia sukar, lapangkanlah baginya dengan kelebihan Bismillah.............
2

Faridatul Faraid Fi 'Ilmil 'Aqaid Karangan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni
www.alraufi.blogspot.com




.
Maka datang ia dengan kepujian Allah I aqidah yang sebenar yang elok cahayanya lagi yang
mengandungkan itiqad Ahli Sunnah, dan ketetapan penunjuk yang diam pada hati orang yang Mukmin.
Aku lindungkan dia dengan Allah I daripada itiradh ( )yang diserupakan dengan syaitan.

.

Yang dibangsakan kepada Imam Abu Hasan Al-Asyari Mazhabnya, lagi kepada Melayu bahasanya,
lagi kepada Fathoni tuturannya, lagi kepada kenyataan isyaratnya.

.
Ditempatkan di antara segala umpamanya daripada beberapa risalah yang kecil pada tempat rupa yang
ditengah mata, dan dilebihkan dia atas sekaliannya seperti dilebihkan emas di atas perak.

.


Sebenar dengan bahawa dilubakan atas mendapatnya dan diingatkan segala bicaranya pada mata hati, dan
patut bahawa diingatkan risalah ini ke atas pengajangan1 kelebihan diperpegang dengan dia.

.
Dan hamba namakan dia Faridatul Faraid pada bicara ilmu aqaid.

.

Dan atas Allah I aku berpegang dan daripada limpah kurniaNya aku menuntuti pertambahan.

________________________________________________________________
1. Pengajangan: iaitu tempat yang dihiasi dihantarkan atasnya perempuan yang dikahwinkan pada mulamula diperjumpakan dia dengan suaminya dihadapan orang ramai.

You might also like