You are on page 1of 42

018/028/038

SAINS

FORMAT KERTAS SOALAN: Kertas soalan terbahagi kepada dua, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Masa keseluruhan yang diperuntukkan bagi menjawab ialah 1 jam 15 minit (75 minit) . Bahagian A terdiri daripada 30 item aneka pilihan dengan 4 pilihan jawapan. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 45 minit. Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berdasarkan Kemahiran Proses Sains (KPS). Masa yang dicadangkan untuk menjawab Bahagian ini adalah 30 minit. Calon dikehendaki menjawab setiap soalan di ruang-ruang yang disediakan di dalam kertas soalan itu sendiri, mengikut sub-soalan. PRESTASI KESELURUHAN: Sebahagian besar calon cemerlang menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala calon berprestasi sederhana dan rendah hanya menguasai soalan-soalan aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Untuk Bahagian B, sebahagian besar calon telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Mereka mempamerkan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang sangat baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh memberikan respon yang menepati kehendak soalan. Ini menunjukkan lebih ramai calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains yang diuji di Bahagian B. Calon prestasi sederhana dan rendah, hanya menguasai sebahagian Kemahiran Proses Sains yang ditaksir di bahagian B. Calon sederhana menghadapi masalah memberikan respon yang baik dalam soalan-soalan inferens, pemerhatian, hubungan dan kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula menghadapi masalah dalam kebanyakan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang diuji. Kebanyakan mereka hanya mempamerkan kemampuan dalam soalan-soalan pembolehubah dan corak sahaja.

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON: Calon Dalam Kumpulan Tinggi: Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab soalan menepati kehendak soalan. Persembahan jawapan baik dengan penggunaan istilah, kosa kata dan nahu (grammar) yang betul yang dapat membezakan tugasan soalan dengan jelas. Daripada aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang cuba ditaksir, sebahagian besar calon dalam kumpulan ini telah dapat menguasai dengan baik. Selain itu, sebahagian besar calon juga mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kebolehan mengaplikasi dengan baik terhadap konsep/prinsip sains yang dipelajari. Sebahagian besar calon juga dapat menjawab dengan menepati kehendak soalan. Contoh:

Hanya sebahagian kecil calon yang masih belum menguasai kefahaman yang mendalam tentang beberapa konsep/prinsip asas sains seperti faktor-faktor yang menyebabkan persaingan dalam situasi yang diwujudkan dalam penyiasatan yang dibuat.

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Calon Dalam Kumpulan Sederhana: Mutu jawapan calon dalam kelompok ini masih baik, mudah difahami dan menepati tugasan. Calon telah menguasai pengetahuan dengan baik terhadap beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang ditaksir. Kehilangan markah disebabkan calon tidak memahami tugasan soalan dengan tepat. Contoh:

Calon sepatutnya memberikan jawapan kerana bulan di tutup awan bukan kerana pada waktu itu ayam belum berkokok. Calon dalam kumpulan ini masih menguasai pengetahuan asas tentang beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang ditaksir, tetapi tahap penguasaan dari aspek kefahaman dan aplikasi masih rendah. Kebanyakkan calon boleh menguasai soalan aras rendah dan sederhana.

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Contoh 3 (a) dan 3 (b).

Calon Dalam Kumpulan Rendah: Calon tergolong dalam kelompok ini semakin menurun bilangannya berbanding dengan tahun lepas. Namun jumlah calonnya masih tinggi. Ini menunjukkan penguasaan calon terhadap aspek pengetahuan, kefahaman, dan juga kebolehan mengaplikasi konsep dan prinsip asas sains amat rendah. Calon juga masih tidak menguasai Kemahiran Prose Sains (KPS) dan memiliki tahap Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) yang amat rendah. Sebahagian besar calon dalam kelompok ini tidak dapat menjawab mengikut kehendak soalan, khususnya yang memerlukan jawapan menggunakan pola ayat tertentu seperti tujuan penyiasatan, hubungan antara pembolehubah, kesimpulan dan juga inferens. Hampir separuh calon dalam kumpulan ini tidak memahami rugasan soalan serta konstruk yang hendak ditaksir. Ditambah dengan penguasaan bahasa yang sangat lemah, calon tidak dapat mempersembahkan jawapan dengan baik.

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Contoh :

Kebanyakkan calon hanya memperolehi markah daripada sub-soalan yang memerlukan jawapan ringkas (satu kosa kata sahaja) atau nombor, seperti subsoalan 1 (b), 3 (b). Sebahagian kecil calon hanya menyalin semula maklumat dalam stimulus atau stem soalan. Terdapat juga calon yang langsung tidak menjawab. Prestasi terperinci: Soalan 1:

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 1 a Kekuatan Calon Calon dapat menyatakan ayat hubungan (relationship) dengan betul dan tepat seperti yang dikehendaki soalan dengan menyatakan hubungan What To Change (WTC) dan What To Observe (WTO) yang betul . Contoh :

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon Calon tidak dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan betul. Contoh :

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang sering berlaku Calon tidak menguasai cara penulisan dan langsung tidak memahami kehendak soalan. Contoh :

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 1 b Kekuatan Calon Sebahagian besar calon yang dapat menjawab dengan tepat . Calon dapat meramal dengan tepat dan memberi jawapan dengan menggunakan nombor bulat. Contoh:

Kelemahan calon Sebilangan kecil gagal membuat ramalan dengan betul kerana kurang memahami arahan soalan. Contoh:

Sains

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang sering berlaku Kesilapan yang di kenal pasti bagi sub item yang dilakukan oleh calon adalah dengan menulis nombor dalam julat nombor iaitu : 111 hingga 129 bukan dalam satu nombor bulat diantara 111 129. Walau bagaimana pun calon berbuat demikian adalah kecil bilangannya. Sub Item 1 c. Kekuatan calon Sebilangan besar dapat memberikan alasan yang betul walaupun dalam penyampaian yang pelbagai. Contoh :

Sains

10

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan calon Ramai calon tidak memahami kehendak soalan. Calon hanya memberikan pemerhatian sahaja tanpa memberikan alasan yang munasabah seperti yang dikehendaki oleh soalan. Contoh :

Sains

11

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan calon Ramai calon tidak boleh memberikan jawapan yang lengkap. Contoh :

Sains

12

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 1 d. Kekuatan Calon Sebilangan calon dapat memberikan jawapan sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan. Calon juga dapat menentukan kedudukan What To Change (WTC) dan What To Observe (WTO) di kedudukan yang betul. Contoh :

Sains

13

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon Sebilangan calon tidak mengenal pasti What To Change (WTC) dan What To Observe (WTO) dari maklumat yang di berikan. Ini menyebabkan jawapan calon tidak menepati kehendak soalan. Contoh:

Sains

14

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan Calon Calon tidak dapat memahami maklumat yang di persembahkan menyebabkan jawapan yang diberikan oleh calon langsung tidak berkaitan dengan soalan. Contoh:

Sains

15

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

SOALAN 2 : Sub Item 2 a : Kekuatan Calon Sebilangan besar calon dapat memberikan jawapan yang betul dengan persembahan ayat yang baik bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasatan. Contoh:

Sains

16

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon Ramai juga calon tidak menggunakan fasa ayat yang betul untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan penyiasat seperti yang di kehendak soalan. Contoh :

Kesilapan sering

yang dilakukan

Terdapat juga calon sama sekali tidak menguasai dan memahami cara penulisan jawapan bagi menyatakan tujuan penyiasatan. Contoh :

Sub Item 2 b (i) Kekuatan Calon Sebilangan besar calon dapat menyatakan pembolehubah yang dimalarkan dengan tepat.

Sains

17

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Contoh :

Kelemahan Calon Hanya sebahagian kecil calon yang tidak dapat menentukan pembolehubah yang perlu dimalarkan, sebaliknya hanya menamakan radas tertentu yang tidak mempengaruhi hasil sesuatu penyiasatan. Contoh :

Sains

18

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang sering berlaku Kebanyakan calon tidak menuliskan parameter sebelum memberikan jawapan yang berkaitan dengan pembolehubah. Contoh :

Sains

19

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub-Item 2 b (ii) Kekuatan Calon Sebahagian besar calon dapat mengenalpasti pembolehubah yang bergerak balas dengan betul. Contoh:

Kelemahan Calon Sebilangan kecil calon tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dengan betul. Sering juga didapati jawapan calon tidak lengkap. Contoh:

Sains

20

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang seringkali dilakukan Masih ada calon tidak boleh mengenal pasti pembolehubah yang terdapat pada maklumat yang dipersembahkan dalam soalan. Contoh :

Sub Item 2 c Kekuatan Calon Calon dapat memberi jawapan dengan tepat. Kedudukan Pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dinyatakan dengan betul dalam jawapan yang dipersembahkan. Contoh :

Kelemahan Calon Calon memberikan jawapan yang tiada berkaitan denga Kemahiran Proses Sains yang diuji.Sebaliknya memberikan jawapan yang tiada kaitan dengan Kemahiran Proses Sains yang diuji. Contoh:

Sains

21

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang seringkali dilakukan Calon dapat memahami kehendak soalan, walaubagaimanapun jawapan yang diberi lebih menjurus kepada tujuan penyiasatan. Contoh :

SOALAN 3 :

Sains

22

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub- Item 3 a : Kekuatan Calon Sebilangan besar calon dapat menyatakan corak perubahan terhadap pembolehubah bergerak balas apabila mereka merujuk rangsangan yang terdapat dalam soalan. Contoh:

Kelemahan Calon Sebahagian kecil calon didapati masih tidak dapat menyatakan corak perubahan dengan betul atau tidak faham langsung kehendak soalan. Contoh :

Kesilapan yang seringkali dilakukan Ada juga calon yang memberikan jawapan tanpa menggunakan frasa yang berkaitan dengan corak iaitu menaik atau bertambah. Sebaliknya menuliskan nombor. Contoh : ( 20 ) sahaja.

Sains

23

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 3 b Kekuatan calon Sebilangan kecil calon dapat mempersembahkan jawapan dengan betul dan menepati kehendak soalan. Contoh : Saiz belon lebih kecil daripada saiz belon yang di pam lima kali. (Untuk jawapan bagi soalan ini, rajah juga diterima dengan syarat rajah tersebut mempunyai saiz yang lebih kecil dari rajah yang disediakan).

Kelemahan calon Sebahagain besar calon tidak dapat memberikan jawapan dalam bentuk pernyataan yang betul . Calon juga didapati tidak dapat memahami maklumat yang terdapat dalam rajah yang dipersembahkan. Contoh:

Kesilapan yang seringkali dilakukan Terdapat juga calon tidak dapat membuat ramalan. Sebaliknya memberikan jawapan yang berkaitan dengan pembulehubah. Contoh:

Sains

24

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 3 c Kekuatan Calon Ramai calon didapati berjaya mempersembahkan jawapan yang betul berdasarkan soalan yang di kemukakan. Calon dapat memberikan sebab yang berkaitan dengan sifat udara yang berkaitan dengan ujikaji yang dipaparkan dalam rajah dengan betul. Contoh:

Kelemahan Calon Sebilagan kecil calon tidak dapat memberikan jawapan yang betul kerana tidak memahami kehendak soalan yang menyentuh tentang sifat udara. Ramai calon hanya mempersembahkan jawapan berbentuk pemerhatian sahaja, bukan memberikan inferens. Contoh :

Sains

25

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang seringkali dilakukan Didapati ada calon mempersembahkan jawapan yang tidak berkaitan dengan sifat udara. Contoh :

Sains

26

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 3 d Kekuatan Calon Ramai calon dapat mempersembahkan jawapan dengan memberikan pemerhatian yang betul sebagaimana yang dikehendaki dalam soalan. Contoh:

Kelemahan Calon Sebilangan kecili calon didapati tidak dapat mempersembahkan jawapan dalam bentuk pemerhatian seperti yang dikehendaki. Contoh:

Sains

27

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang seringkali dilakukan Kesilapan calon yang paling ketara bagi sub item ini ialah calon tidak memberikan jawapan lengkap yang perlu menyatakan perbandingan seperti kehendak soalan. Contoh:

SOALAN 4 :

Sains

28

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 4a Kekuatan Calon Sebilangan besar calon dapat menjawab dengan tepat berdasarkan jadual yang disediakan dalam soalan.

1 2

Kelemahan Calon Kebanyakan calon yang mejawab teringgal perkataan the Moon dalam maklumat pemboleh ubah yang bergerak balas. Contoh :

1 2

Sains

29

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Ada juga calon tidak dapat mencari maklumat dalam jadual malah memberikan jawapan yang berkaitan dengan membuat kesimpulan.

1 2

Kesilapan yang seringkali dilakukan Ada calon tidak dapat mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pemboleh ubah dalam topik gerhana Bulan.

Sains

30

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 4b Kekuatan Calon Hanya sebilangan kecil calon dapat menjawab soalan ini dengan betul mengikut kehendak soalan. Contoh :

Kelemahan Calon Ramai calon tidak dapat mengaitkan pola perubahan masa dengan pola perubahan peringkat gerhana Bulan dalam jadual yang diberi.

Sains

31

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang seringkali dilakukan Sebilang kecil calon tidak memahami konsep kejadian gerhana

Sains

32

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 4c Kekuatan Calon Sebilangan kecil calon dapat menjawab soalan ini dengan betul Contoh :

Kelemahan Calon Sebilangan besar calon tidak dapat memberi alasan yang munasabah berkaitan dengan rangsangan dalam soalan. Contoh :

Kesilapan yang seringkali dilakukan


Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Ramai juga calon masih tidak memahami kata tugas soalan iaitu inferens malah memberikan respons yang tidak betul dengan membuat kesimpulan berdasarkan maklumat dalam jadual.

Sains

34

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

SOALAN 5

Sub Item 5 a Kekuatan Calon Sebilangan besar calon dapat mempersembahkan jawapan yang tepat . Gaya bahasa yang betul menunjukkan calon dapat menguasai konstruk ini dengan baik. Contoh :

Sains

35

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon Hanya sebilangan kecil calon yang tidak dapat menjawab seperti kehendak soalan. Contoh:

Kesilapan yang seringkali dilakukan Ada juga calon didapati tidak menjawab mengikut frasa ayat tujuan yang betul. Sebaliknya calon sekadar menjawab mengikut cara menjawab bagi mata pelajaran Bahasa . Contoh:

Sub Item 5 b (i) Kekuatan Calon Sebilangan besar calon dapat menyatakan pembolehubah yang dimanipulasikan dengan menggunakan parameter yang betul. Contoh:

Sains

36

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon Calon tidak dapat menyatakan dan mengenalpasti pembolehubah yang dimanipulasikan dengan betul. Contoh :

Kesilapan yang seringkali dilakukan. Sebilangan kecil calon didapati tidak dapat mempersembahkan jawapan yang berkaitan dengan pembolehubah. Ini menunjukkan mereka masih belum menguasai konstruk ini. Calon didapati hanya mempersembahkan jawapan mengikut kefahaman mereka sahaja. Contoh:

Sains

37

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub Item 5 b (ii) Kekuatan Calon Sebilangan besar calon dapat manyatakan pembolehubah yang bergerak balas dengan betul. Contoh:

Kelemahan Calon Ramai juga calon tidak dapat mengenal pasti pembolehubah yang terdapat dalam jadual yang disediakan sebaliknya hanya menuliskan pernyataan yang berkaitan dengan pembolehubah tersebut. Contoh:

Kesilapan yang seringkali dilakukan Sebilangan kecil calon tidak dapat menentukan pembolehubah yang dikehendaki oleh sub item ini. Ini menunjukkan calon tidak mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam rajah. Contoh:

Sains

38

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Sub- Item 5 c Kekuatan Calon Sebilangan besar calon dapat menyatakan hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dengan betul. Contoh:

Kelemahan calon Ramai juga calon gagal untuk memastikan kedudukan pembolehubahpembolehubah yang barkaitan serta corak perubahan yang bersesuaian. Calon juga didapati kurang memahami kehendak sub-item yang berkenaan. Contoh :

Sains

39

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesilapan yang seringkali dilakukan Sebilangan kecil calon tidak memahami konstruk yang diuji. Jawapan yang dipersembahkan oleh calon lebih berbentuk pemerhatian dari rajah yang dipersembahkan. Contoh:

Sains

40

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

SARANAN KEPADA CALON.


1. Baca dan fahamkan maklumat yang terdapat dalam stimulus setiap soalan. Jika perlu, garis kata kunci yang boleh menjadi petunjuk kepada pembolehubah yang di manipulasi (What to change), yang bergerak balas (What to observe/measure) dan yang dimalarkan (What to keep the same). Fahami konsep atau prinsip sains yang cuba di siasat kerana kebiasaannya aspek ini tidak dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Calon sewajarnya dapat membezakan antara pembolehubah (variable), pemerhatian (observation) dengan faktor yang boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu pemerhatian. Kenalpasti pembolehubah daripada maklumat yang diberi melalui stimulus, samada dalam bentuk teks, geraf, jadual, carta atau gambar rajah, sebelum menjawab soalan. Dapat mengenalpasti pembolehubah dengan betul akan memudahkan calon menjawab soalan berkaitan dengan inferens, hipotesis, tujuan penyiasatan, hubungan diantara pembolehubah dan pembolehubah itu sendiri. Baca kesemua sub-soalan secara am sebelum menjurus kepada setiap subsoalan dan menjawabnya. Jawab dahulu sub-soalan tentang what to change/observe/keep the same. Apabila telah dapat mengenalpasti/ memberikan maklumat-maklumat ini, akan memudahkan anda menjawab subsoalan lain seperti tujuan penyiasatan,hubungan dan juga kesimpulan. Buat latih tubi membina ayat yang menunjukkan tentang pemerhatian,hubungan diantara pemboleh ubah, inference, kesimpulan dan corak perubahan. Usahakan untuk menjawab menggunakan pelbagai format jawapan. Jangan terikat dengan satu format tertentu sahaja. Jika soalan berkaitan inferens, lazimnya melibatkan perbezaan antara dua pemerhatian. Oleh itu pastikan murid membuat perbandingan. Nyatakan sebab untuk kedua-dua keadaan yang berbeza tadi, bukan hanya mengulang perbezaan pemerhatiannya. Apabila membuat ramalan tentang yang melibatkan nombor, pastikan ia ditulis dalam satu nombor bulat dan bukan julat nombor. Libatkan diri dalam aktiviti hands-on atau penyiasatan/eksperimen. Kenalpasti apakah perkara yang diubah ( what to change), perkara yang diperhati/ukur ( what to observe),perkara yang sama ( what to keep the same ). Ini dapat membantu memperkukuhkan kefahaman anda dalam mengenalpasti maklumat yang terlibat/perlu dikumpul. Jika sesuatu maklumat (information) yang tidak mempengaruhi sesuatu keputusan penyiasatan, maka ia tidak boleh dijadikan what to keep the same .
41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

2.

3.

4.

5.

6. 7.

8 9.

10.

Sains

SARANAN KEPADA GURU


1. Perbanyakkan aktiviti Hands-on yang menghendaki murid explore, seperti menjalankan eksperimen, kajian lapangan, penghasilan buku skrap dan perbincangan. Ini akan mendedahkan dan menimbulkan minat murid kepada penyiasatan yang pastinya melibatkan mengenalpasti pembolehubah. Gunakan kaedah mengajar secara questioning dan bukan sekadar telling. Soalan ini akan mendorong murid berfikir dan mereka akan belajar secara aktif. Pelbagaikan kaedah diperingkat induksi set supaya murid berasa seronok dan gembira dalam memulakan pembelajaran mereka. Setengah-setengah konsep sains tidak dapat diukur secara langsung. Contoh: Konsep kestabilan tidak boleh diukur, oleh itu cepat atau lambatnya sesuatu objek tumbang apabila di sengetkan dapat dijadikan pengukur kestabilan. Guru perlu menerangkan konsep sains dengan jelas dan apakah pembolehubah yang terlibat. Guru perlu menjalankan Penilaian Kerja Amali (PEKA) dengan lebih kerap dan sempurna dengan menyediakan lebih banyak tugasan bagi membolehkan murid melakukan semua Sains Proses Skill (SPS) dan Sains Manipulated Skills (SMS) yang telah ditetapkan. Guru perlu menggunakan sepenuhnya Buku Teks dan Buku Latihan Amali yang dibekalkan dan memastikan semua maklumat yang terdapat di dalam buku-buku tersebut dapat di fahami oleh murid.

2.

3.

4.

5.

Sains

42

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

You might also like