You are on page 1of 2

PANDUAN MENGISI JADUAL KEDATANGAN MURID

A. PENYATA BULANAN MENGIKUT BANGSA. 1. Diisi pada setiap hujung bulan termasuk bulan Disember. 2. Bilangan murid mestilah sama dengan catatan enrolmen mengikut bulan. 3. Ruangan Catatan catatkan bilangan murid keluar / masuk pada sesuatu bulan. A. BAYARAN YURAN 1. Semua bayaran yuran mestilah dicatat pada Jadual Kedatangan Murid. 2. Catatkan nombor resit bayaran pada bahagian awal sahaja. B. ENROLMEN MENGIKUT BULAN 1. Bilangan dalam sekolah mestilah sama dalam Buku Besar Pendaftaran Sekolah dan dicatat pada setiap bulan. 2. Tulis nama murid dan nombor rekod murid pada setiap bulan termasuk Disember. 3. Asingkan murid lelaki dengan murid perempuan. 4. Nama penuh ( mengikut kad pengenalan ) ditulis Huruf Besar dengan lengkap. 5. Catatan Kehadiran Murid - / hadir - O tidak hadir sakit / mc doctor /kenyataan / surat ibu bapa kegiatan sekolah/PPD/JPNT gantung sekolah 6. Ponteng sekolah - Guru tingkatan keluarkan surat amaran kepada pelajar. Rekod surat keluar dalam Borang Semak yang disediakan. 7. Cuti - Cuti hujung minggu tak perlu tulis - Cuti Penggal / Am tulis dengan jelas - Cuti Akhir Tahun ( Disember ) tulis dengan jelas. 8. Ruangan Ringkasan. - Mesti diisi dengan lengkap pada setiap akhir bulan. C. MAKLUMAT DIRI MURID - Hitung panjang Kedatangan Jumlah kedatangan murid semuanya bahagi dengan bilangan hari belajar. - Peratus kedatangan Jumlah kedatangan murid yang hadir dibahagi dengan jumlah kedatangan sepatutnya dan darab 100. - Hitung Panjang ramai murid Jumlah kedatangan murid yang patut ada dibahagi dengan bilangan hari belajar

PANDUAN MENGISI JADUAL KEDATANGAN MURID

D. MAKLUMAT DIRI MURID - Semua maklumat / butiran mesti dilengkapkan dengan tujuan semakan / rujukan apabila diperlukan. - Bahagian catatan tulis unit beruniform, persatuan dan sukan/permainan murid. E. MAKLUMAT DIRI IBU / BAPA / PENJAGA - Semua maklumat / butiran mesti dilengkapkan dengan tujuan semakan / rujukan apabila diperlukan. - Jika murid berhenti atau berpindah, tulis tarikh berhenti dan sebab berhenti untuk rujukan. F. ANALISA KEDATANGAN - Mesti di isi pada setiap akhir bulan dengan lengkap. G. SURAT-SURAT CUTI MURID DAN SURAT BERKAITAN KELAS. - Semua surat kepada murid hendaklah di simpan dalam fail kelas yang disediakan. - Termasuklah semua surat cuti sakit murid.

PERINGATAN : 1. Jangan menggunakan Liquid Paper / Cecair Pemadam untuk sebarang bentuk pembetulan atau pindan. Potong dan tandatangan sahaja kesalahan. 2. Guna hanya Pen Mata Bola / Ball Pen warna HITAM sahaja untuk menanda. Semoga semua kerja buat kita akan mendapat Keredhaan Allah hendaknya.

Terima kasih, Saya yang menjalankan tugas,

( WAN AZMI BIN WAN ALI ) Guru Penolong Kanan HEM SMK Cherul 24000 Kemaman, Terengganu.

You might also like