You are on page 1of 4

MINIT CURAI

Taklimat : Pengurusan HEM Daerah Julau 2019 (Unit Hem PPD Julau)

TARIKH : 22 FEBRUARI 2019 ( JUMAAT )

MASA : 8:30 pagi – 11:30 pagi

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK ST Alphonsus, Julau

ISI KANDUNGAN KURSUS/TAKLIMAT/BENGKEL/ MESYUARAT:-

1. Taklimat Penyelia Unit Hem – En. Jantan Anak Saweng

 Mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas buat semua PK HEM yang baru dilantik
bagi sesi 2019
 Pada tahun2018, Daerah Julau telah melepasi KPI kehadiran Kebangsaan ( 95% ) iaitu 96%
dan berada di tangga ke-10 di negeri Sarawak

2. Taklimat Ketua Unit Hem- En. Asas Anak Ranyaw

Beliau menyampaikan amanat PPD:


 Mengenai keciciran murid
- pastikan semua sekolah ambil maklum dan ambil tindakan
 Kewarganegaraan murid
- pastikan murid bukan warganegara dan tiada maklumat diambil perhatian oleh PK
HEM/guru kelas
 Kehadiran Murid ( Isu Kluster Pertama )
- 7 buah sekolah menggunakan kehadiran online sepenuhnya
- Sekolah lain masih menggunakan Buku Jadual Kedatangan
 3K Asrama
- keceriaan di asrama dan persekitaran asrama wajar dibuat untuk keselesaan murid
asrama dengan dibantu oleh ahli Unit Pengurusan Asrama yang lain
 Keselamatan Murid & Murid Asrama
- kawasan sekolah mesti ada papan tanda amaran yang perlu
- tanda keselamatan & plan kecemasan di setiap tempat mesti mengikut SOP
- murid yang menggunakan laluan sungai mesti guna jaket keselamatan
 Peruntukkan Pengangkutan Murid ( PPM )-RM60 setahun
- 2 kali setahun ( pergi & balik kampung )
- Duit PPM untuk tahun 2014 hingga tahun 2017 telah diurus oleh pejabat dan
digunakan untuk membiayai tambang pengangkutan bas untuk lawatan
- Bagi sekolah berenrolment besar 5% akan disimpan di pejabat untuk menghantar
murid untuk aktiviti luar
 Bantuan
- Mana-mana bantuan perlu ada mesyuarat dan perlu ada JawatanKuasa Bantuan
Sekolah
- Mesyuarat mestilah diminitkan semua AJK terlibat dalam pemilihan murid yang layak
- Gaji minimum untuk ibu/bapa/penjaga-buruh-RM1100.00 & petani atau pekebun
boleh di bawah RM70
 Insurans Takaful Pelajar Malaysia
- Semua murid layak dan mengikut enrolmen yang telah disahkan pada 31.01. 2019
- Untuk MBWN-membayar RM1.60 kepada pihak insurans dan diurus oleh sekolah
 Program Ziarah Cakna
- Telah dibuat Pelancaran Peringkat Daerah Julau di SK Ng Pakan-28.01.2019
- Semua sekolah wajib membuat program ini
- Program Jom Ke Sekolah Bersama PDRM (18.01.2019 ) seharusnya wajib dibuat oleh
semua sekolah
 Surat Menyurat
- Logo pendidikan tak perlu dan hanya logo Jata Negara sahaja pada kepala surat
- Untuk perpindahan murid, gunakan borang format baru seperti yang telah diedarkan
ke sekolah
- Semua pengetua dan guru telah dimaklumkan
 Protokol di Sekolah
- Ikut kekananan, jumlah kerusi ganjil, jumlah minuman ikut jumlah tetamu utama
- Kalau jemput pihak pejabat-PPD sahaja di depan

 Whatsapp Kumpulan HEM


- Untuk urusan penting sahaja & jangan melalut

3. Penyelia Unit Hem – En. Jantan Anak Saweng ( 5 perkara )


 APDM
- PK HEM adalah admin untuk PK HEM & tidak boleh menjadi guru kelas
- Pengesahan data mesti terkini dan sentiasa dikemaskini
- Pengesahan data dalam APDM hendaklah disahkan sekiranya berlaku perpindahan
masuk atau keluar

 Kehadiran Murid
- Kehadiran secara online atau yang manual mesti dibuat setiap hari
- Sekolah yang menggunakan Buku Jadual Kedatangan perlu juga isi pada hari Jumaat
untuk minggu berkenaan
- Rumusan Kehadiran mesti dihantar ke PPD seperti biasa pada setiap hujung bulan
sebelum 5 hb berikutnya

 Pengurusan Bantuan
- SPBT-sepanjang tahun
- BAP- one off
- KWAPM – ikut tempoh
- RMT – ikut pencalonan ( melibatkan 4 buah sekolah sahaja di Daerah Julau )
- PT sekolah yg ada RMT mesti hantar 4 kali laporan ke pejabat
- Insurans Takaful Pelajar Sekolah Msia
- sepanjang tahun- tempoh sah insurans 01.01.2019 hingga 61.12.2019
-murid tak perlu membayar RM1.50-dibiayai oleh kerajaan dan melindungi murid
dalam 24 jam walau di mana sahaja mereka berada
-Murid bukan warganegara mesti membayar RM1.60 sahaja kpd Skim Takaful Msia
Bhd.
-Jika ada berlaku apa-apa- tuntutan boleh dibuat dalam masa 30 hari daripada tarikh
berlakunya kemalangan
-tuntutan akan dibayar kepada penama/waris, JIKA ADA
Skop Perlindungan Insuran:
a) mati akibat kemalangan -RM5,500.00
b) lumpuh akibat kemalangan –RM22,000.00
c) hilang kekal anggota badan-RM22,000.00
d) hilang 1 anggota bandan RM11,000.00
e) Khairat Kematian –RM1,500.00
f) Elaun Tunai Hospital RM25.00 sehari
g) Elaun Kerusi Roda – maksima RM1,000.00
- PERLINDUNGAN INI TAMAT DENGAN SERTA MERTA SEKIRANYA MURID
TRESEBUT TELAH BERHENTI ATAU DIBERHENTIKAN DARI SEKOLAH KERAJAAN
ATAU BANTUAN KERAJAAN

 KWAPM
- Data diambil dari APDM secara online
- Mula dibuka-1 Mac 2019 hingga 15 april 2019
- untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1
- cetak senarai pemohonan & Senarai murid berjaya
 Jika berlaku kebocoran paip atau pecah adalah tanggung jawab
 Bil air dan api biar nama pengusaha kantin
 Perjanjian 2 tahun – jika setujuuntuk tambahkan dilanjutkan 1 tahun lagi dan buat
perjanjian lanjutan.

 Isu 2019
Buku Teks
- Kekurangan buku teks, salah cetak & kelewatan pembekal
- Keciciran semasa tempahan online
- Melebihi unjuran3%
- Jika tidak cukup maklumkan dan sekolah tidak boleh menyimpan lebih daripada 3
buah buku teks untuk setiap buku
- Isu pindah sekolah-mesti bawa buku teks/aktiviti &rekod perolehan
- Pengurusan Fail SPBT & Bilik Boss
 SSDM
- Mesti dikemaskini, dicetak dan disahkan oleh guru besar setiap bulan
- Buat analisis dan failkan
- Jika kesalahan kecil berulang 3 kali isi terus untuk kes ringan/sederhana
- Jika kes berat terus isi
- Amalan baik pun boleh diisi

 Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah ( SPKS )


- Isi ikut tempoh masa-April & Ogos
- SKPA- Instrumen Penilaian Kendiri perlu hantar ke PPD Julau- Februari 2019

 Laporan Prestasi BMM & BMB


- Wajib hantar minggu pertana bulan berikutnya

 Ujian Urin Oleh Guru BnK ( Sekolah Menengah sahaja )


- Mohon dari AADK Daerah-melalui PPD Julau
 Ujian Psikometrik ( PPSI)
- Melibatkan Tahun 6, Tingkatan 2, 3, 4 & 5 ada jadual perlaksanaan
- Instrumen boleh dimuat turun dari laman web
- Untuk Tahun 6 adalah antara 18 – 22 Mac 2019
- Untuk SR, lantik Guru BnK dengan surat lantikan menjalankan tugas tersebut

 PPDA- perlu ada dan dicetak-simpan dalam Fail HEM

 Laporan Kendiri Dapur/Penarafan Dapur oleh Jabatan Kesihatan Julau

- 2 buah dapur sekolah di Daerah Julau yang dapat Gred A iaitu- SMK Julau No. 2 & SK
Ng. Pedanum
- Untuk laporan Kendiri dapur , gunakan borang 2018
- PO mesti guna pakaian lengkap dan penutup mulut semasa hidang makanan
 Pemantauan Kendiri Asrama
- Lawatan dan pemantauan ke asrama mesti ditandatangi oleh PK HEM atau GB’
- Begitu juga dapur & tandas sekolah

 My Kid
- semua murid mesti guna Mykid-beritahu ibu bapa –dalam tempoh 3 bulan ini

 Bidang Pengurusan HEM


a) Pembangunan Pelajar- keselamatan & Kebajikan
b) Pengurusan – Rekod & Pendaftaran
c) Pembangunan Organisasi – Hubungan Komuniti & Pembangunan Personal

 Cetak SPI/ Pekeliling yang berkaitan Dengan Unit HEM


-Failkan dan yg tiada , simpan dalam fail timbul sahaja

JAWATANKUASA HEM 2019

PENGERUSI : EN. MOHAMAD BIN SUHAILI ( SK NG BABAI )

N.PENGERUSI : EN. CASMIR IGAT AK LAWRENCE ATO ( SMK JULAU NO. 2 )

SETIAUSAHA : PN. HALIANAWATIE BINTI MALIKI ( SK NG DAYU )

PEN. SETIAUSAHA : PN. NANCY ANAK GUYANG ( SK ULU MANDING )

BENDAHARI : EN. KENEDY SAGA ( SK ULU ENTAIH )

Disediakan oleh:

(JOANNA HONG ENG HUA )


PK HEM
SK ST ALPHONSUS,2019

You might also like