You are on page 1of 7

MINIT CURAI

MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID TAHUN 2018

Tarikh : 21 November 2018


Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Latihan PPD Gombak SK Taman Prima Selayang

Kehadiran
1. En Sulaiman Bukhari Bin Hj Amir
KU Pembangunan Dan Kemanusiaan PPD Gombak
2. En Aznur Khairi Bin Ahmad
Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid PPD Gombak
3. Pn Azlina Binti Osman
Penyelia Hal Ehwal Murid PPD Gombak
4. Dr. Noridah Binti Mohd Yaasin
Ketua Unit Pasukan Sekolah PKD Gombak
5. Penolong-Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah & Menengah
.   

1. TAKLIMAT OLEH : EN SULAIMAN BUKHARI BIN HJ AMIR – KETUA UNIT


PEMBANGUNAN DAN KEMANUSIAAN PPD GOMBAK

1.1 ERKM baru bermula untuk tahun 1&2.

1.2 Menu ERKM ada dalam menu APDM.

1.3 Sejarah Kesihatan Murid perlu diketahui oleh semua guru. Jika ada masalah
melibatkan kesihatan seperti sawan boleh terus dirujuk kepada ibu bapa atau pihak
hospital dengan segera.

1.4 APDM kehadiran murid perlu sentiasa dikemaskini. APDM akan dipantau oleh PPD
Gombak maklumat kehadiran untuk atasi masalah ponteng dan sebagainya.

1.5 APDM boleh dikemaskini bila-bila masa sahaja. PK HEM perlu pantau kehadiran di
dalam APDM secara harian atau seminggu sekali untuk elakkan ketirisan data.

1.6 Pembantu guru akan dihantar bermula tahun depan tetapi kaedah dan bilangan
pembantu akan ditetapkan kemudian.

1.7 Pihak sekolah perlu sentiasa berikan kerjasama kepada pihak PKD dan mematuhi
piawai untuk proses pemantauan kesihatan murid sekolah

1.8 Pihak sekolah perlu berjaga-jaga dengan penyakit Beguk (MUMPS) dengan


melaporkan kepada pihak PPD Gombak dan pihak PKD dengan segera. Sekolah
perlu menjalankan pencegahan awal untuk mengelakkan wabak ini merebak
dan menyebabkan sekolah ditutup.

1.9 Keperluan dan spesifikasi 2019 iaitu meja kerusi dan buku teks. Keperluan 1 meja
1 kerusi 1 buku untuk persediaan awal sekolah.

1.10 Kebersihan sekolah perlu bersedia sebelum sekolah bermula.

1.11 Keselamatan bermula 5 kaki daripada pintu pagar utama sekolah. Selepas itu
menjadi tanggungjawab Majlis Tempatan.

Minit Curai | Mesyuarat Pengurusan HEM 2018 PPD Gombak 1


1.12 Sekiranya berlaku kerosakan bekalan elektrik seperti kerosakan pendawaian dan
masalah kerosakan  bekalan elektrik, terus mohon kepada JKR dan salinan
aduan kepada En. Jaafar, PPD Gombak.

1.13 Sekiranya berlaku kerosakan struktur bangunan / fizikal sekolah, sila makkumkan


kepada JKR dan salinan aduan kepada En Jaafar PPD Gombak. No telefon untuk 
berhubung dengan En. Jaafar 019 276 0746.

1.14 Kerosakkan lain daripada 2 masalah tersebut tidak perlu hantar ke JKR tetapi terus
hantar kepada En Jaafar PPD Gombak.

1.15 My Portfolio mesti siapkan sebelum 30/11/2018.

1.16 Cogankata Menteri Pendidikan (LHR) Kasih Sayang (Loving), Kegembiraan


(Happiness) Dan Hormat Menghormati (Respect).

1.17 Inisiatif KPM (asal ada 10 tetapi telah ditambah kepada 2 inisiatif) iaitu Baik Pulih
Sekolah Daif dan Memeriahkan Speech Corner (Ruangan Berpidato dalam dwi
bahasa)

1.18 Balik kepada asas keguruan. Cikgu mengajar murid belajar

1.19 Dr. Maszlee mencadangkan inisiatif untuk peperiksaan akan diawalkan.

1.20 Peratus kehadiran mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

1.21 Rayuan bersekolah semula mulai 2018 (RBS) utk sekolah menengah mesti ada
cetakan SSDM dan rekod pelajar yang hendak dibuang.

1.22 Arahan KPM hanya SSDM sahaja yang akan diterima sekiranya ada masalah
disiplin. Jika ada pertikaian di mahkamah hanya sistem ini sahaja yang akan
diterima.

1.23 Pihak sekolah perlu kemaskini maklumat dalam SSDM walaupun tiada kes. Dalam
sistem SSDM selain daripada melakukan kesalahan ada juga bahagian kebaikkan
dan pentadbir perlu sahkan sebelum 2 haribulan setiap bulan

1.24 Arahan JPN dan KPM pihak sekolah perlu menggunakan SSDM utk rekod
kesalahan disiplin murid.

1.25 Kasut hitam atau putih boleh dipakai bermula tahun depan secara soft landing.
Spesifkasi kasut dan stokin mengikut pekeliling Pemakaian Seragam Sekolah
1983.

1.26 Mana2 pekeliling yang mengarahkan ada cuti umum sila patuhi untuk ditulis dalam
JKM mengikut nama cuti tersebut.

1.27 Baju Pengawas Sekolah jika bewarna selain daripada putih mengikut pekeliling
perlu minta kebenaran daripada pihak pendaftar sekolah Jabatan Pendidikan
Negeri. Dicadangkan untuk mudahkan sekolah, bezakan murid-murid ini dengan
pemakaian vest atau tali leher.

1.28 Buku peraturan sekolah perlu mendapatkan kebenaran pihak pendaftar jabatan


pendidikan negeri.

1.29 Buku peraturan sekolah yang seragam satu Malaysia akan diedarkan kpd pihak
Minit Curai | Mesyuarat Pengurusan HEM 2018 PPD Gombak 2
sekolah. Perlu tunggu pengesahan daripada peringkat Parlimen dahulu.

1.30 Kebajikan telah dilantik dan akan dihantar nama-nama tersebut untuk cadangan
peringkat JPN Selangor.

1.31 Buku Pengurusan RMT telah diemail dan perlu dicetak dan diedarkan kepada unit
RMT (Penyelaras).

2. TAKLIMAT OLEH : UST AZNUR KHAIRI BIN AHMAD – PENYELIA KANAN HEM
PPD GOMBAK

2.1 Kerjasama antara pihak sekolah dan KKM perlu diberikan perhatian oleh pihak
sekolah. Ada MOU berkaitan penjagaan kesihatan murid antara KKM dan KPM.

2.2 Sekolah perlu ada salinan ERKM dan Kebenaran mendapatkan Rawatan Imunisasi
daripada ibu bapa untuk diberikan kepada pihak PKD Gombak semasa
lawatan kesihatan dijalankan.

2.3 Pengurusan HEM mesti diagih2kan kepada guru2 untuk membantu melancarkan


setiap program.

2.4 Keselamatan murid dan persekitaran, kebajikan dan disiplin menjadi tugas utama
HEM.

2.5 Keputusan Tender Kantin kepada pembida berjaya telah selesai dijalankan dan
dibuat lantikan.

2.6 Pada masa akan datang sila patuhi tarikh-tarikh melibatkan pengurusan tender
kantin 

2.7 Maklumkan kepada pihak kantin tentang meter utiliti air dan elektrik di premis
sendiri. Tanggungjawab pihak sekolah pastikan pihak kantin uruskan meter
tersebut dan pantau bil-bil utiliti tersebut agar pihak mereka membayar setiap
bulan.

2.8 Sebelum sekolah ditutup pastikan kawasan sekolah selamat terutama kawasan


pembiakan nyamuk dibersihkan (flush tangki septik dan bersihkan tempat-tempat
pembiakan nyamuk).

2.9 Pastikan bilik-bilik khas dijaga dan boleh digunakan.

2.0 Buku-buku teks sedang dalam proses penghantaran. Pastikan ada pegawai yang
akan menerima buku teks. Jika penerima daripada kalangan staf pejabat, pastikan
ada surat penurunan kuasa daripada Guru Besar/Pegetua.

2.1 Buku teks perlu terus dihantar ke Bilik SPBT oleh pengedar tersebut dan bukannya
pihak sekolah.

2.2 Semua pelupusan oleh pihak sekolah telah dimohon semula oleh pihak jabatan dan
bermula daripada permohonan bulan April 2018.

2.3 Semua buku yang dipohon untuk dilupuskan jangan lupus dahulu sehingga dapat
kebenaran / kelulusan tetapi dilabelkan.

2.4 Pastikan semua murid dapat buku di awal sesi sekolah tahun 2019. Murid-murid

Minit Curai | Mesyuarat Pengurusan HEM 2018 PPD Gombak 3


yang belum lengkap buku akan dapat mulai tahun hadapan secara berperingkat.

2.5 Borang KD2 perlu dihantar sebelum 2 haribulan setiap bulan. Laporan mesti tepat
dan tidak dicetak secara berulang.

2.6 Pemantauan secara berterusan, kebersihan perlu sentiasa dijaga, tanda harga
perlu dipamerkan.

2.7 Dokumen pengusaha kantin atau kedai buku yang tidak berjaya tidak boleh
dipulangkan kepada pihak pengusaha dan menjadi hak sekolah untuk simpanan
sehingga satu tempoh tertentu.

2.8 Buku teks akan ikut murid-murid yang berpindah ke sekolah baharu. Tidak timbul
isu jika sekolah lama tidak beri kepada murid. Maklumkan kepada ibu bapa murid
tersebut untuk berhubung semula dengan sekolah lama untuk dapatkan buku-buku
teks tersebut.

2.9 Pesanan Buku Teks boleh dibuat sekiranya tidak mencukupi mengikut enrolmen
murid terkini.

3. TAKLIMAT OLEH : DR. NORIDAH BINTI MOHD YAASIN – KETUA UNIT PASUKAN
SEKOLAH PKD GOMBAK

3.1 Terima kasih kepada sekolah yang telah memberikan kerjasama kepada pihak
PKD Gombak dalam memastikan penjagaan kesihatan murid di tahap maksimum.

3.2 Terdapat 10 buah Pusat Kesihatan di seluruh Gombak di bawah PKD Gombak.

3.3 Klien utama PKD Gombak di bawah Pasukan Sekolah melibatkan murid-murid


sekolah.

3.4 PKD Gombak di bawah Program Kesihatan Sekolah merupakan frontliner untuk


memberikan pendidikan kesihatan kepada semua masyarakat termasuk murid-
murid di seluruh Gombak.

3.5 Penyakit-penyakit yang biasa melibatkan pencegahan vaksin seperti MUMPS,


Difteria, Malaria, measels kembali semula disebabkan penularan golongan anti
vaksin tentang keburukan vaksin.

3.6 Program Bersepadu Sekolah Sihat melibatkan KPM dan KKM. Contoh program
terlibat adalah seperti RMT, Program Pencegahan Denggi, Sekolah Kawasan
Larangan Merokok, Pergigian, Imunisasi, Program Doktor Muda.

3.7 Tugas utama PKD ialah pemeriksaan fizikal melibatkan pra sekolah, Tahun 1
(melibatkan imunisasi / suntikan booster  dan pengesanan masalah kesihatan), 
Tingkatan 3 (suntikan imunisasi tetanus).

3.8 Suntikan Tahun 1 bermula 2018 melibatkan MR (measel dan rubella) dan Difteria
dan Tetanus ( penyakit yang masih belum dapat dihapuskan dan perlu suntikan
ulangan selepas tempoh 5-10 tahun).

3.9 Suntikan imunisasi HPV untuk pelajar perempuan Tingkatan 3. (suntikan untuk


pencegahan kanser serviks) secara percuma.

3.10 Suntikan imunisasi HPV difokuskan kepada yang belum terlibat dengan


pengalaman seksual dan hanya untuk wanita sahaja.
Minit Curai | Mesyuarat Pengurusan HEM 2018 PPD Gombak 4
3.11 Suntikan Imunisasi ATT untuk pelajar Tingkatan 3.

3.12 Pemeriksaan mata dan telinga perlu dijalankan setiap tahun kepada murid-murid
oleh guru-guru kelas. Arahan terbaharu ialah KKM akan melaksanakan
pemeriksaan tetapi guru-guru dan pihak sekolah digalakkan membantu
dan membuat laporan kepada PKD sekiranya ada masalah.

3,13 Program OutReach LINUS merupakan program yang akan membantu murid-murid


yang bermasalah daripada segi pembelajaran dan kesihatan.

3.14 Program Doktor Muda ialah program yang diwujudkan untuk membantu pihak
sekolah mengamalkan gaya hidup sihat.

3.15 Pihak sekolah perlu memberikan kerjasama untuk membenarkan pihak PKD masuk
ke sekolah berdasarkan jadual lawatan yang telah ditetapkan.

3.16 Pemantauan sampingan melibatkan kesihatan selain daripada suntikan imunisasi


terutama Tahun 1 akan dilakukan seperti berikut : 
           - Masalah Kutu
           - Obesiti
           - Kesihatan Mata

3.17 Keperluan yang perlu disediakan oleh pihak sekolah bila lawatan kesihatan
dilakukan:

 Borang KSK 01 (Borang KSK dan Konsen akan diedarkan lebih awal sebelum
lawatan kesihatan bermula)
 Borang Konsen - Borang Gantikan Buku RKM untuk pra sekolah
 Borang Kebenaran Ibu Bapa
 Guru pengiring untuk kawal murid dan bantu pihak pegawai kesihatan untuk
rujukan melibatkan maklumat murid

3.18 Isu yang perlu diatasi oleh pihak sekolah untuk elakkan masalah semasa lawatan
kesihatan dilakukan.
 Borang KSK tidak lengkap (melibatkan tinggi, berat) terutama pra sekolah.
 Borang Kebenaran Ibu Bapa tidak lengkap, tidak edarkan kpd ibu bapa.
 Masalah tempat untuk persediaan suntikan yg tidak bersih dan pengudaraan
tidak sesuai.
 Bilik Kesihatan sempit dan tidak sesuai, berhabuk dan  berdebu.
 Kurang kerjasama sekolah dan tidak menyediakan guru pengiring.

3.19 SK Bandar Baru Selayang (2) tidak menguruskan timbangan berat badan dan
tinggi murid pra sekolah dan mengisi dalam Borang KSK 01.

3.20 Guru-guru / warden tidak dibenarkan menandatangani Borang Kebenaran Ibu Bapa
untuk elakkan risiko disaman dan akan dipertanggungjawabkan jika berlaku
masalah.

3.21 Pihak sekolah dicadangkan untuk memberikan salinan Takwim Tahunan sekolah


untuk membantu pihak PKD dapat menyelaras waktu lawatan ke setiap sekolah.

4. TAKLIMAT OLEH : PN AZLINA BINTI OSMAN – PENYELIA HAL EHWAL MURID


PPD GOMBAK

4.1 Patuhi dateline data-data dan tarikh yang telah ditetapkan untuk elakkan masalah
Minit Curai | Mesyuarat Pengurusan HEM 2018 PPD Gombak 5
di peringkat Sekolah, PPD, Jabatan dan KPM.

4.2 Surat-surat panduan untuk pengurusan HEM akan diedarkan bermula tahun


hadapan.

4.3 Pemilihan murid RMT mesti yang telah ditetapkan oleh KPM. Sebarang kesilapan
daripada pemilihan tersebut boleh menyebabkan guru didakwa. Pemilihan mesti
mengikut ketetapan pendapatan oleh KPM, murid OKU, Borang Kebenaran dan
pengesahan ibu bapa dan penyata pendapatan ibu bapa yang telah disahkan.

4.4 Penghantaran prestasi kewangan RMT sukuan keempat perlu dihantar ke PPD
sebelum cuti 23/11/2018.

4.5 Untuk OKU tiada kad OKU sila berhubung dengan En Shafie pegawai Pendidikan
Khas PPD Gombak.

4.6 7 buah sekolah yang telah terlibat dalam pertandingan bijak wang anjuran SSPN
sila hadir ke PPD Gombak untuk ambil kit Bijak Wang.

5. HAL-HAL LAIN : 

5.1 Untuk atasi masalah melibatkan borang KSK dan kebenaran ibu bapa tidak
lengkap, pihak sekolah perlu ambil maklumat ERKM yg telah dihantar semasa
pendaftaran tahun 1dan simpan di dalam folder.

5.2 Borang ERKM dicetak oleh pihak sekolah dan satu salinan akan diserahkan kpd
Unit Kesihatan Sekolah yang datang menjalankan rawatan.

5.3 Borang ERKM yang dihantar perlu ada salinan buku salinan rekod suntikan bayi.

5.4 Untuk anak bukan warganegara sekiranya ibu bapa adalah warganegara dan
salah seorang atau kedua2 menjadi pegawai awam dan anak tersebut telah
mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Negara akan diberikan
kebenaran mendapatkan suntikan tersebut seperti murid warganegara lain.
( Dr Noridah dan PPD Gombak akan bincang balik mengenai perkara ini.
SPI PERKHIDMATAN BIL.21/2009 : PERATURAN PERMOHONAN
PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN (Rujuk Bahagian Pelaksanaan :
Tafsiran Bil. 5 )

5.5 Kepada sekolah-sekolah yang tiada guru kaunseling sila hantar laporan bimbingan
kaunseling dengan segera kepada En. Abd Aziz, Pegawai Kauseling PPD Gombak

Mesyuarat Pengurusan HEM tamat pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh:

NORIZAN BINTI ABDUL RAHMAN


GBKSM
SBP Integrasi Gombak

Catatan : Pn. Norizan binti Abdul Rahman mewakili En. Ilias bin Hamat, PK HEM
Minit Curai | Mesyuarat Pengurusan HEM 2018 PPD Gombak 6
yang tidak dapt hadir mesyuarat .

Minit Curai | Mesyuarat Pengurusan HEM 2018 PPD Gombak 7

You might also like