You are on page 1of 56

BAB 7 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERLEMBAGAAN  Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimana sesuatu negeri/negara itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai.  D. Robertson : Perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara, dan antara autoriti awam dengan rakyat.  Perlembagaan Bertulis Tidak bertulis

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan Raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu , agama Islam, kewarnegaraan, kehakiman dan sebagainya. Perlembagaan boleh dikatakan sebagai dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas negara.

Sejarah Pembentukan Perlembagaan Malaysia


 

Bermula sejak abad ke-19 oleh penjajah British semasa mereka menguasai negeri2 Melayu Bersekutu. Pengenalan Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan oleh British untuk merangka ke arah pembentukan perlembagaan Tanah Melayu. Selepas Pilihanraya 1955, Parti Perikatan menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu Persidangan perlembagaan di London. Dicadangkan agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya iaitu suruhanjaya Reid untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu sbg langkah pertama ke arah kemerdekaan. Suruhanjaya Reid sbg asas kpd pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk pada 31 Ogos 1957.

Tujuan Perlembagaan a) Wujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil - tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara spt keistimewaan org Melayu, bhs Melayu. b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah - terdapat bbrp peruntukan khas tertentu untuk YDPA serta sultan/raja/ Yang Dipertua Negeri c) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat - peruntukan bukan sahaja kepada pemerintah malah kpd rakyat melalui kebebasan asasi (bhg 2, Perkara 5-13) e) Menyelesaikan masalah atau konflik - rujukan utama dalam penggubalan undang2 Persekutuan dan negeri f) Menjamin riwayat sesebuah negara - berperanan menentukan hala tuju pentadbiran negara g) Menjamin keamanan dan kestabilan negara - kebebasan dan keistimewaan ada had untuk kekal kestabilan.

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia  Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan  Sebagai negara Raja berperlembagaan  Sebagai negara demokrasi berparlimen  Perlembagaan memperuntukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi menjamin kebebasan beragama  Pelembagaan memperuntukkan ketertinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang  Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga badan kerajaan ialah Badan Eksekutif,Kehakiman dan Perundangan.  Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan


Bahagian Bab 1 2 3 1 1 1 2 3 4 1 2 3 Perkara 1-4 5 - 13 14 - 22 23 - 28A 29 - 31 32 - 37 38 39 - 43C Kandungan Negeri-negeri, Agama dan Undangundang Kebebasan Asasi Perolehan Kewarnegaraan Penamatan Kewarnegaraan Tambahan ttg Kewarnegaraan Ketua Negara dan Majlis Raja-raja Majlis Raja-raja Pemerintah

Bahagian Bab 4 5 5 6 6 1 1 2 3

Perkara 44 - 65 66 - 68 69 70 - 72 73 - 79 80 - 81 82

Kandungan Badan Perundangan Persekutuan Acara Perundangan Keupayaan terhadap Harta dan Lain-lain Negeri-negeri Hbgn antara Kerajaan Persekutuan Dgn Kerajaan Negeri Pembahagian Kuasa Pemerintah Pembahagian Beban Kewangan

Bahagian

Bab 4 5 6

Perkara 83 - 91 92 93 - 95 95A - 95E 96 - 112 112A - 112E 113 - 120 121 - 131 A 132 - 148

Kandungan Tanah Pembangunan Negara Siasatan Persekutuan terhadap Negeri Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Peruntukan- peruntukan Kewangan Sabah dan Sarawak Pilihanraya Kehakiman Perkhidmatan Awam

7 1

8 9 10 11

2 1 1 1

Bahagian Bab 1 12 1 12A 13 14 1 1 1 1 15 15 1 1

Perkara 149 - 151 152 153 154 - 160 161 - 161A 162 - 180 181 182 183

Kandungan Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan kuasa-kuasa Darurat Bahasa Kebangsaan Kedudukan Istimewa Orang Melayu Am dan Pelbagai Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkecualian bagi Kedaulatan Raja-raja Mahkamah Khas Tiada tindakan boleh diambil ke atas YDPA dan Raja-raja , kecuali dengan keizinan Peguam Negara

Perlembagaan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malaysia (16 September 1963). Mengandungi 15 Bahagian dan 183 Perkara, 13 Jadual) Bentuk Perlembagaan  Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis: a) Perlembagaan bertulis - bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. b) Perlembagaan tidak bertulis - semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.Cth Akta Parlimen dan keputusan mahkamah.


Ketertinggian Perlembagaan  Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis.  Menurut Tun Muhammed Suffian, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi.  Peruntukan Ketertinggian Perlembagaan: a) Parlimen b) Perlembagaan c) Kedudukan YDPA d) Kuasa Perundangan e) Kebebasan asasi

SIAPAKAH YANG TERTINGGI DI MALAYSIA  Ialah Yang di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di Malaysia.  Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan, dan dari segi pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat Jemaah Menteri (Kabinet), sungguhpun semua tindakan rasmi kerajaan dilakukan atas nama baginda.  Kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal.  Walaupun sungguh berkuasa, ia mesti patuh pada Perlembagaan; Dengan itu, jelas perlembagaan adalah yang tertinggi.

PINDAAN PERLEMBAGAAN Mengapa ?  Perlu sebab perubahan ekonomi, sosial, politik atas kehendak sejajar dengan tujuan demokrasi. Bagaimana cara membuat pindaan ?  Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah kerana ia boleh dipinda oleh Parlimen, dengan kuasanya sendiri.  Perlembagaan Malaysia boleh dipinda menurut Perkara 159 dan 161E perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan Akta Parlimen  Tiga cara perlembagaan ini boleh dipinda iaitu; a) Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara 2/3 dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, dengan syarat ianya diizinkan oleh Majlis Raja-Raja. Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang membuat pindaan kepada Perkara 10(4), 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, 153 atau 181.

Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih suara 2/3 dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, jika ianya dipersetujui oleh Yang Dipertua bagi mana-mana negeri, seperti Perkara 161E(2); dan Sesetengah-sesetengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara 2/3 dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa berkehendakkan persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen, seperti dalam Perkara 159(4).

Perkara-perkara Yang Dipinda  Pemisahan Singapura - pindaan dibuat 2/3 drpd Dewan Rakyat . 9 Ogos 1965 keluar dari Malaysia  Berkenaan gender - Artikel 8(2) berkaitan jantina- tiada sebarang diskriminasi jantina  Kekebalan Raja - raja tidak boleh didakwa di mahkamah biasa. Dihadapkan di mahkamah Khas Di raja. - Akta perlembagaan (pindaan )1993 telah meminda perihal kekebalan tersebut.

Unsur Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan

Pemerintahan Raja Raja mutlak ditukar kpd Perlembagaan

Kedudukan Istimewa Orang Melayu Tanggungjawab YDPA

Unsur-unsur tradisi

Agama Islam Sebagai agama rasmi

Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan Persekutuan

PERLEMBAGAAN NEGERI


Perlembagaan Malaysia merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Menurut Perkara 71 Perlembagan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukan semua perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukan-peruntukan perlu seperti yang terkandung dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, yang menentukan kedudukan Raja, Yang Di pertua Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dewan Undangan Negeri (Dewan Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan), peruntukan kewangan, layanan sama rata bagi pekerja-pekerja negeri dan pindaan perlembagaan negeri. Di dalam Jadual Kelapan, peruntukan-peruntukan telah dibahagikan kepada dua bahagian : a) Bahagian I mengandungi peruntukan tetap dan peruntukan kewangan. b) Bahagian II pula mengandungi peruntukan sementara sebagai alternatif kepada peruntukan Bahagian I.

Negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlembagaan daripada perlembagaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan telah dimaktubkan dalam Jadual perjanjian itu. Amnya mengikut cara Melaka dan Pulau Pinang. Ini semua bertujuan untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri serta memastikan supaya perlembagaan-perlembagaan negeri mematuhi perlembagaan persekutuan (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 42). Selain itu juga perlembagaan negeri adalah penentu kepada corak pemerintahan. Kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak pada Raja atau Yang Dipertua Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing. Kuasa eksekutif ini dilaksanakan atau diwakilkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri atas nama Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Kerajaan Negeri mempunyai autonomi yang luas dalam mentadbir perkhidmatan awamnya. Semua negeri melainkan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang mempunyai suruhanjaya perkhidmatannya sendiri. Namun demikian, menurut Perkara 112 Kerajaan Negeri tidak boleh, tanpa persetujuan Kerajaan Persekutuan, menambah perjawatan negeri atau gaji dan emolumen yang sedia ada. Sekiranya tindakan berkenaan akan menambah tanggungan Kerajaan Persekutuan dalam hal pencen, ganjaran dan elaun-elaun lain (Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kelapan (Bahagian 1).

Perlembagaan Negeri (tertakluk kepada pengecualian tertentu) boleh dipinda oleh Dewan Undangan Negeri dengan syarat ia disokong dengan undi sekurangkurangnya dua per tiga daripada jumlah bilangan ahli pada bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang pindaan itu. Di negeri-negeri beraja, pindaan tidak dapat dibuat tentang kenaikan takhta dan kedudukan pembesar negeri memerintah (Perlembagaan Persekutuan Perkara 73(a). Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga ada memperuntukkan Bahagian VI (perkara 73-95E) dalam hal perhubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri. Terdapat tujuh bab di bawah Bahagian VI ini, iaitu:

Terdapat tujuh bab di bawah Bahagian VI ini, iaitu:  Pembahagian kuasa-kuasa perundangan;  Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah;  Pembahagian beban kewangan;  Tanah;  Pembangunan negara;  Agihan Persekutuan kepada Negeri dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri


Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

Sambungan Perlembagaan Malaysia


Peruntukan Utama Perlembagaan Federalisme  Federalisme pembahagian kuasa yang berdasarkan wilayah atau sebuah kerajaan yang mewakili wilayah-wilayah lain.  Konsep Federalisme bermaksud pembahagian kuasa dalam sesuatu sistem pemerintahan.  Bentuk pemerintahan Malaysia : a) Sistem Federalisme b) Pengasingan Kuasa  Negara Persekutuan membawa maksud negara yang mengandungi sebuah kerajaan persekutuan atau pusat. Cth Amerika Syarikat.

Ciri-Ciri Penting Negara Persekutuan a) Perlembagaan bertulis b) Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan Persekutuan c) Setiap warganegara perlu patuh kpd undang-undang kerajan negeri dan peruntukan kerajaan Persekutuan d) Pembahagian kuasa tiga badan persekutuan e) Penegasan perlembagaan f) Badan kehakiman yg bebas


Jadual Kesembilan mengandungi pembahagian kuasa di bawah Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Raja Berperlembagaan Kuasa Yang Dipertuan Agong (YDPA)  Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan raja yang tidak mempunyai kuasa mutlak, tetapi hanya bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.  Berkuasa memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen.  Memperkenankan rang undang2 yang dibuat dalam Dewan Parlimen.  Kuasa melantik hakim, menangguh, memberi keampunan dan meringankan hukuman kpd pesalah  YDPA pemerintah tertinggi angkatan tentera.  Ketua Agama Islam Persekutuan Malaysia Ketua Negeri  Sebagai negara persekutuan yg mengamalkan pengagihan kuasa kpd negeri  Kuasa pentadbiran negeri dipegang oleh Sultan/Raja  Bagi Sabah,Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka Yang Dipertua Negeri

  

Baginda mendapat nasihat Ketua Menteri atau Menteri Besar serta Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) di Semenanjung, Kabinet Menteri (Sabah) dan Majlis Tertinggi (Sarawak). Tugas sultan/raja memanggil, menangguh dan membubarkan DUN Berkuasa menanguh, meringan dan memberi keampunan kpd pesalah negerinya. Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu dinegeri masing2.

Demokrasi Berparlimen Istilah demokrasi dari perkataan Greek. Demos bermaksud rakyat dan kratos pemerintahan .  Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak merdeka.  Pemilihan pemimpin dibuat melalui pilihanraya setiap lima tahun. Dikendalikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen Pilihanraya Sistem Parlimen Kebebasan Asasi Pemerintahan berwakil Persamaan Corak pemerintahan Iktiraf kebebasan minoriti


Sistem Parlimen Latarbelakang Parlimen  Parlimen wujud drpd asas Majlis Persekutuan 1909 bagi NNMB.  Selepas Perang Dunia Kedua, dibubarkan dan digantikan dgn Malayan Union 1946.  !948, wujud Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-raja Melayu, Dan 1 Februari 1951, Sistem Ahli (Member System) pula diperkenalkan.  Julai 1955, pilihanraya Tanah Melayu diadakan untuk membentuk parlimen. Struktur dan Keanggotaan Parlimen  Parlimen terkandung dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.  Parlimen lambang demokrasi berparlimen.

Struktur Parlimen Malaysia


Badan Perundangan

YDPA

Parlimen

Dewan Negara

Dewan Rakyat

Dewan Negara  Dewan Negara ditubuhkan untuk membahaskan rang undangundang dengan lebih teliti berbanding Dewan Rakyat.  Ahli Dewan Negara
Keahlian 2 orang wakil dari 13 negeri 2 orang dari W.P KL 1 orang wakil dari W. P Putrajaya 1 orang wakil dari W.P Labuan Orang yang beri sumbangan pada negara Cara Lantikan Dipilih dari DUN Dilantik oleh YDPA Dilantik oleh YDPA Dilantik oleh YDPA Dilantik oleh YDPA Jumlah Bilangan Ahli 26 2 1 1 40 70

Dikenali sebagai Senator  Tempoh perkhidmatan 3 tahun  Tidak boleh memegang jawatan lebih dari 2 penggal.  Kelayakan umur 30 tahun ke atas. Dewan Rakyat  Dewan Rakyat bertindak sebagai penggubal undang-undang.  Fungsi Dewan Rakyat : a) Meluluskan undang-unadang b) Menentukan belanjawan negara c) Mengawasi perjalanan kerajaan  Keanggotaan Dewan Rakyat: a) umur 21 tahun ke atas b) Tempoh perkhidmatan 5 tahun


Ahli Dewan Rakyat akan hilang kelayakan dengan syarat berikut : a) seorang yang tidak sempurna akal b) muflis yg belum dibebaskan c) pegang jawatan bergaji dan berfaedah- sepenuh masa (perkhidmatan awam) d) tidak hadir 6 bulan berturut2 tanpa keizinan e) gagal hantar penyata perbelanjaan pilihanraya f) disabitkan dgn kesalahan jenayah mana2 mahkamah dan hukuman tidak kurang dari 1 tahun/ denda tidak kurang RM2000/tidak dapat pengampunan. g) perolehi kewarganegaraan asing secara sukarela.

Empat Rang Undang-undang Parlimen


Jenis Rang Undang-undang Rang Undang-undang Awam Pembentangan Dibentang oleh menteri yg mewakili kerajaan dan melibatkan kepentingan awam Melibatkan pertubuhan, persatuan, perbadanan atau orang tertentu Dibentang oleh ahli2 Parlimen drpd parti pembangkang Dibentangkan oleh ahli2 Parlimen (pemerintah/pembangkang) kepentingan tertentu.

Rang Undang-undang Persendirian Rang undang-undang Ahli Persendirian Rang Undang-undang Hibrid

Peruntukan Istimewa Perlembagaan

Bahasa Melayu

Raja-raja Melayu

Agama Islam

Kewarnegaraan

Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Hak Asasi

Peruntukan Istimewa Perlembagaan Bahasa Melayu


 

Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) sejak abad ke 15 dari Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu termaktub dalam perkara 152 perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Dewan Bahasa dan Pustaka 1957 ditubuh untuk: a) memajukan bidang kesusateraan melalui Bahasa Kebangsaan b) mencetak dan menerbitkan buku dan risalah dalam Bahasa Kebangsaan dan bahasa lain c) menyelaraskan ejaan dan bunyi sebutan Bahasa Kebangsaan d) menggubal istilah yang sesuai dalam Bahasa Kebangsaan e) menterjemah buku-buku asing ke dalam Bahasa Kebangsaan

 

 

Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan bahasa Inggeris di dalam Dewan dengan kebenaran Yang Di Pertua Dewan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris selepas 10 tahun merdeka 1970 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi mercu kejayaan dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara 1982 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah

Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu


   

Bermula dengan Majlis Raja-raja Melayu pada 1 Julai 1896. Mesyuarat Durbar pertama 13 17 Julai 1897 di Kuala Kangsar. PTM 1948, keahlian ditambah dengan kemasukan NNMTB Fungsi Utama Majlis Raja-raja a) Memilih YDPA dan Tim YDPA b) Mempersetujui atau tidak apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama. c) mempersetujui atau tidak apa2 undang2 dan beri nasihat mengenai apa2 perlantikan menurut perlembagaan. d) melantik anggota2 Mahkamah Khas, Fasal (1) Perkara 182. e) Memberi keampunan

 

 

Semua raja dan Yang Dipertua Negeri secara automatik menjadi ahli MRR. Yang Dipertua Negeri tidak boleh menjadi ahli untuk pemilihan YDPA dan Tim YDPA , melucutkan jawatan YDPA dan bincang berkenaan keistimewaan raja-raja. Seri Paduka Baginda YDPA bukanlah ahli majlis Raja2 Baginda berangkat hadir pada hari kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh PM sbg Penasihat baginda. Pengerusi semua 9 raja Melayu secara bergilir-gilir. Mesyuarat diadakan 3 atau 4 kali setahun.

Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan  Agama Islam sudah lama bertapak Di TM sejak abad ke-13 melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu (1192 M) dan Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.  Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan tetapi memberi kebebasan beragama kepada kaum lain mengamalkan agama masing2.  Raja/sultan sebagai ketua agama bagi negeri masing2. YDPA bagi ketua Agama bagi negeri2 yang tidak mempunyai raja/sultan. Bidang Tugas Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam  Menasihati apa2 perkara yang diajukan oleh MRR, kerajaan negeri dan Majlis Agama Negeri dalam perkara hukum syarak, pendidikan Islam.  Mengikut perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam terletak dalam senarai negeri.

Kewarnegaraan
 

Melalui bahagian 3. Perkara 14 hingga 28 perlembagaan Kewarnegaraan diperolehi melalui : a) secara kuatkuasa undang2 b) secara pendaftaran/permohonan c) secara masukan/ naturalisasi d) secara cantuman wilayah Contoh secara kuatkuasa undang-undang a) Terdapat dua golongan perolehi kewarnegaraan i) individu lahir sebelum hari Malaysia (automatik) ii) individu yang lahir pada atau selepas hari Malaysia Rujuk m/s 181 -183

Hak Istimewa Orang Melayu , Bumiputera dan Hak Kaum Lain  Bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk hak istimewa orang Melayu  Antara keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera :
Perkhidmatan Awam

Perkara Hak Istimewa

Ekonomi

Pendidikan

Perkhidmatan Awam


Perkara 153 memperuntukkan tanggungjawab kpd YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk tentukan perizaban (reserve) bagi org Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sbg : i) seorang yang beragama Islam ii) bertutur bahasa Melayu iii) amal adat istiadat Melayu iv) lahir sblm merdeka atau pada hari merdeka di persekutuan Malaysia dan Singapura Pada zaman penjajahan British, orang Melayu kurang menjawat jawatan kerajaan. Kebanyakan org Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak menjadi petani dan nelayan di luar bandar Melalui perlembagaan bilangan org Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak diberi keutamaan jawatan pentadbiran dalam sektor kerajaan.

Ekonomi  Pengeluaran lesen dan permit bagi urusan perniagaan dan perdagangan bagi orang Melayu  Untuk menolong orang Melayu terbabit dalam bidang perdagangan dan perindustrian dalam sektor ekonomi.  Usaha kerjaan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pendidikan  Fasal 22 Perkara 153, YDPA bertanggungjawab melindungi keistimewaan dalam pemberian biasiswa, bantuan, kemudahan pelajaran oleh kerajaan Persekutuan.  Sistem kuota kemasukan pelajar Bumiputera ke IPTA lebih banyak dari bukan Bumiputera

Hak Asasi
   

Termaktub dalam Perkara 5 - 13 Perlembagan Malaysia. Malaysia bergiat aktif dalam Suruhanjaya hak Asasi Manusia Pertubuhna Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR). Kerjaan telah menubuhkan SUHAKAM (Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia) Fungsi SUHAKAM : Memupuk kesedaran dan sediakan pendidikan yang berhubung dgn hak asasi manusia Menasihati dan membantu kerajaan dlm merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran Syorkan kpd kerajaan berkenaan penyertaan perjanjian dan surat cara antarabangsa hak asasi manusia Menyiasat aduan berkenaan hak pelanggaran hak asasi manusia

Antara Hak Asasi dalam Bahagian 11, Perlembagaan Persekutuan Menjamin kebebasan Asasi Artikel Artikel 5 Artikel 6 Artikel 10 Artikel 11 Artikel 12 Artikel 13 Perkara Hak kepada Kehidupan Hak kepada Kebebasan Peribadi Larangan terhadap perhambaan dan bekerja secara paksaan Kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan Kebebasan beragama Hak Pendidikan Hak Memiliki Harta

Proses Pilihanraya


Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan amalan demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihanraya dan bertanggungjawab kpd rakyat. Sejarah Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu pertama bermula pada 27 Julai 1955. Antara parti yang menyertai pilihanraya: a) Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) 52 calon b) Parti Negara 33 calon c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) - 11 calon Sekiranya YDPA membubarkan parlimen, pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak 90 hari Pilihanraya Umum diadakan memilih wakil parlimen (persekutuan) dan wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kerajaan negeri.

Fungsi Pilihan raya 1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi 2. Mengekalkan pucuk pimpinan 3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan 4. Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik. Badan pentadbir Pilihanraya  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan perjalanan pilihanraya di Malaysia.  Ditubuhkan pada 4 September 1957.  Keahlian SPR - anggota 5 orang iaitu pengerusi, seorang tim pengerusi, tiga ahli yang dilantik oleh YDPA setelah berunding dgn MRR (berkhidmat sehingga 65 tahun)

Syarat-syarat ahli SPR a) seseorang yang tidak muflis b) mesti berumur kurang drpd 65 tahun c) tidak memegang jawatan beragji d) bkn ahli mana2 parti politik / wakil Dewan Parlimen Fungsi SPR a) Mengkaji dan membuat persempadanan kawasan pilihanraya b) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih c) Menjalankan pilihanraya umum dan kecil d) Mendaftarkan calon yang bertanding dan pastikan calon memenuhi kriteria dan kelayakn yang diperlukan.

Proses Pilihan Raya di Malaysia  Sistem Pilihan raya - sejak 1957, Malaysia mengeklakan sistem politik pelbagai parti politik dari Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri). Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan First - Past - The Post - System .  Undang-undang dan Peraturan Pilihanraya - Mengikut prosedur undang dan peraturan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).  Elemen penting pilihan raya :
Bahagian Pilihan Raya

Pendaftaran Pemilih

Kelayakan Calon

Proses Pilihan raya

ALIRAN PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi 1. Tempat mengundi 2. Diberi kertas undi 3. Memangkah calon yg dipilih 4. Kertas undi dimasukan ke dlm peti undi

Penamaan calon

Siapkan manifesto

SPR maklumkan tempat mengundi dan mengira undi

Kempen pilihan raya

Tempat mengira undi

Pengumuman keputusan pilihanraya oleh pegawai SPR

Kawasan Pilihan Raya  Kawasan pilihan aray dibagaikan kepada dua kategori iaitu : a) Parlimen (dewan rakyat) b) Dewan Undangan Negeri (DUN)  Pilihanraya pertama 1955 dan terkini 2004. Jumlah kerusi parlimen sekarang berjumlah 219 (parlimen) dan 561 (DUN).  Pilihanraya DUN bagi Sabah dan Sarawak berasingan dengan pilihan raya umum Pendaftaran Pemilih  Pemilih mestilah mendaftar dgn SPR sebelum mengundi bagi Dewan Rakyat atau DUN  Syarat layak : a) warganegara Malaysia b) berumur 21 tahun ke atas c) penduduk di mana-mana bhgn pilihanraya d) tidak hilang kelayakan

Ditahan kerana tidak siuman/ jalani hukuman penjara Didapati bersalah dan dihukum mati/ penjara utk tempoh > 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan Bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Perolehi kerakyatan asing. Kelayakan Calon 1. Seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya mestilah : - warganegara 21 tahun ke atas - bermastautin secara tetap dalam sesuatu kwsn pilihanraya dan mendaftar dalam daftar pengundi - sempurna akal dan tidak diisytiharkan muflis oleh mahkamah - tidak memegang jawatan yg berpendapatan dalam perkhidmatan awam - dihukum penjara tidak kurang drpd 12 bulan atau denda tidak kurang drpd RM2000 dan belum dpt pengampunan
-

Proses dan Prosedur Calon Bertanding :  Kertas penamaan calon diserah antara jam 9pg hingga 11pg  Wang pertaruhan sebanyak RM10,000 (Parlimen ) dan RM5,000 (DUN)  Wang pertaruhan akan hilang jika gagal dapat 1/8 daripada jumlah undi  Calon boleh guna simbol parti masing2 dan calon bebas guna simbol yang disediakan oleh SPR. Kaedah Berkempen  Melalui penyebaran risalah, surat, pelekat, poster dan ceramah  Keluar manifesto.  Bentuk kempen hendaklah ditamatkan sebelum jam 12.00 thg malam  Seseorang calon dibenarkan belanja sejumlah wang utk tujuan berkempen RM50,000 (Parlimen) dan RM30,000(DUN)

Pengundian  Masa mengundi antara jam 8.00 pg hingga 5.30 ptg pada hari yang sama. Bagi kawasan pendalaman Sabah dan Sarawakdiadakan dua hari.  Beberapa org tertentu sahaja yang dibenarkan berada ditempat mengundi : a) pemilih yang tercatat dlm daftar pemilih b) ketua dan kakitangan tempat mengundi c) calon dan wakil calon d) Ejen calon yang bertanding e) Petugas yang mendapat kebenaran dari SPR  Bagi pilihanraya Parlimen dan DUN diadakan serentak dua kertas undi disediakan. Peti undi berasingan Parlimen dan DUN.

Pengiraan Undi  Kiraan undi dilakukan di tempat mengundi dan undi pos tempat yg ditetapkan oleh Pegawai Pengurus SPR  Ahli yang dibenarkan berada ditempat mengira undi : a) ahli dan pegawai SPR b) Pegawai yang dilantik oleh SPR c) kerani mengira undi d) calon, wakil calon dan ejen Keputusan Pilihan raya  Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus kawasan pilihan raya.  Segala ketidakpuasan keputusan pilihan raya boleh dikemukakan petisyen ke mahkamah tinggi dlm masa 21 hari dengan alasan : a) berlaku penyogokan/ menyalahi undang2 b) tidak patuhi undang2 dan peraturan p/raya c) calon atau wakil hilang kelayakan d) berlaku penipuan atau ugutan

 

Jika Mahkamah mendapati p/raya tidak sah maka SPR akan mengadakan satu p/raya baru Penyata perbelanjaan p/raya perlu diserahkan kpd Pegawai P/raya Negeri dlm tempoh 31 hari selepas keputusan p/raya diwartakan.

You might also like