PENTAKSIRAN AKTIVITI SUKAN, JASMANI DAN KOKURIKULUM(PSAJK)
1.0PENGENALAN PSAJK
1.1
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Kokurikulum dan Sukan (PSAJK) adalahpentaksiran baru yang akan mengambil kira keseluruhan prestasipencapaian calon.
1.2
Dengan perlaksanaan PSAJK, setiap murid dikehendaki melibatkan diridalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh guru berkenaansama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan muriddan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut.
1.3
PSAJK merangkumi pentaksiran berdasarkan aspek-aspek berikut:(a)Sukan(b)Kokurikulum(c)Ekstrakurikulum
(d)
Pendidikan jasmani(e)Kesihatan
1.4
PSAJK digunakan untuk menilai dan mengukur penyertaan, penglibatan,kemahiran, keupayaan, prestasi dan pencapaian murid dalam pelbagaiaktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum (extra-curricular),pendidikan jasmani dan kesihatan.
1.5
Panduan instrumen pentaksiran PSAJK akan dibangunkan oleh LembagaPeperiksaan (KPM) dengan kerjasama badan-badan atau agensiprofessional yang berkaitan mengikut kepakaran masing-masing.Instrumen tersebut akan ditadbir dan dikendalikan oleh guruberkenaan di peringkat sekolah.
1.6
Untuk murid Pra-Sekolah dan Tahap 1 (Tahun 1 – 3), murid akan diukur dan dinilai hanya perkembangan fizikal dan kecerdasan sertapenjagaan kesihatan tanpa sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum.Manakala untuk murid Tahap 2 (Tahun 4 – 6) dan SekolahMenengah, aspek sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan akan diambil kira dalam pengukuran danpenilaian.
2