You are on page 1of 1

Peranan dan Tanggungjawab Guru Pelatih a. Menghadiri taklimat praktikum. b. Memahami dan menghayati objektif praktikum. c.

Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab semasa praktikum. d. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru pembimbing dan staf sekolah. e. Menghantar pada minggu pertama senarai tugas, jadual waktu, takwim sekolah dan maklumat-maklumat lain kepada institut/maktab. f. Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan institut/maktab dan peraturan sekolah. g. Hadir di sekolah sepanjang tempoh praktikum. h. Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah. i. j. Mendapatkan sukatan pelajaran daripada sekolah. Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar.

k. Membuat persediaan mengajar yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. l. Merancangan pengajaran bersama-sama guru pembimbing.

m. Melaksanakan pengajaran secara berpasangan (lihat Lampiran D) dan individu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran. n. Mengamalkan penulisan jurnal sepanjang praktikum berdasarkan garis panduan penulisan jurnal (Lampiran C). o. Meneruskan penyediaan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada pensyarah pembimbing sebaik sahaja tamat praktikum. p. Melibatkan diri dalam membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum. q. Menyerahkan Borang Kehadiran Praktikum (Lampiran 10) kepada pensyarah pembimbing sebaik sahaja tamat praktikum.

You might also like